Monday, January 5, 2009

GILA KAU 5


”kau buat apa malam-malam dekat sini Intan?” laa....nasib baik maya, aku ingat hantu putih mana tadi.

”aku saja je nak makan angin kat sini” amik kau sebiji tanya lagi soalan bodoh..tak nampak ke kaki aku sakit ni? Lagi mau tanya haiyaaa...

Dengan bantuan maya aku dapat bangun....muka masa tu jangan tanyalah malunya...kalau ada ’doremon’ kat sini mesti aku dah masuk dalam poket ajaib dia. ’Mak
Siti pun balik kampung bukan nak bagi tau aku...eh.. bukan aku ke salah masuk rumah orang sesuka hati hahh.... mana ada aku bagi salam tadi ’.

Intan mengambil keputusan untuk merehatkan diri di yayasan baginya tulah tempat yang paling menenangkan jiwa.

”akak kenapa menung je, kak Intan sakit?” tanya hafiz, kanak-kanak malang yang ditinggalkan ibu, entah aku sendiri hairan ada juga manusia tak berhati perut meninggalkan anak yang comel macam ni. Apa yang aku tahu hafiz ditemui di bawah jambatan bersama kakaknya sarah yang hanya sehelai sepinggang.

”kak....hafiz tanya ni” matanya masih setia memandang Intan.

”laa...tak ada pape sayang, kak Intan ok? Emmm...hafiz sayang kak Intan tak?” entah macam mana soalan tu pulak yang keluar.

”sayang.....hafiz tak sayang mak tapi sayang sangat kak Intan....” bibir kecilnya tersenyum.

”hafiz setiap ibu mesti sayangkan anaknya, hafiz kena ingat yang walau apapun terjadi ibu hafiz lahirkan hafiz besarkan hafiz” Intan mengusap rambutnya lembut airmatanya jatuh, memang mutiara jernihnya akan mudah jatuh bila perkataan ”Ibu” keluar dari mulutnya.

”tapi dia tinggalkan hafiz dengan kakak.....hafiz benci dia...benci...” hafiz yang baru berusia 10 tahun tunduk air matanya juga jatuh...hahhh inilah yang membuatkan aku begitu sukar untuk meninggalkan tempat ini, terlalu banyak kasih sayang yang diperlukan. Intan terdiam kata-katanya mati, dia sendiri tiada jawapan dengan persoalan itu.

”jauh menung dah sampai mana?” suara garau itu mematikan kenanganku bersama hafiz pagi tadi. Alamak lokman rupanya...hensemnya dia, walaupun pakai t-shirt buruk je...penuh cat disana sini macam tukang cat pun ada...hehehehe...

” lokman duduk la.... saya baru nak sampai London dah awak kacau..” Intan bergurau sebenarnya nak cover dup dap dup dap jantung ni. Seminit dua kami mendiamkan diri mencari tajuk cerita..

”Dari mana.......” hah sudah dua-dua cakap serentak intan dan lokman berpandangan, pecah tawa mereka.

” saya tolong cat bilik tamu tu macam dah teruk sangatkan dulu kalau arwah ada dia jaga sangat bilik tu” lokman memulakan cerita, ’oooo patut arr macam tukang cat’ teka intan. Hatinya tersenyum.

” emmm....tu la lagi pun senanglah kalu ada pelawat yang datangkan oleh bermalam dekat sini. Emmm awak tak kerja ke hari ni ” ewahhh sopan pulak tetiba jadi wanita melayu terakhir, entah kenapa hati Intan mudah lembut bila bersama lokman mungkin lelaki ini tercipta untukku...hehhe perasanlah pulak.

Baru je nak buat ayat kak tipah pembantu yayasan menjerit memanggil nama lokman entah apa yang dia nak, Intan menghantar pemergian lelaki itu dengan senyuman. Dia pula terus ke ruang makan untuk bersama-sama penghuni yayasan yang sedang makan tengahari. Melihat senyuman dan tawa anak-anak di yayasan membuatkan dia terfikir banyak perkara. Bagi Intan dia cukup bertuah kerana walaupun tidak punya keluarga namun dia diberi peluang untuk berada di keluarga besar ini.

Hidup tanpa kasih ibubapa memang satu keadaan yang perit walaupun sudah sedaya upaya mengawal airmata tapi dia tumpah juga bila melihat kawan-kawan di sekolahnya memegang tangan ibu. Pernah dia tidak ke sekolah kerana sekolah mengadakan hari keluarga bukannya dia malas tetapi pastinya dia tidak punya ibu atau ayah seperti kawan-kawan lain untuk bermanja. Pengalaman hidupnya membuatkan Intan tidak segan untuk meminjamkan tangannya memimpin anak-anak di Yayasan ini.mereka adalah sebahagian dari hidupnya.


Lokman masih berteleku di hadapan lap top jenama acer kesayangannya. Tepat dihadapannya terlihat wajah manis gadis yang menghantui mimpi dan lenanya sejak seminggu ini. Keadaan itu membuatkan dia mengambil keputusan untuk merakamkan wajah itu secara sembunyi dengan menggunakan telifon bimbitnya.

”haaa...anak mama menung apa tu? Senyum sorang2?” entah dari mana mamanya muncul aduhhh kantoii...tak sempat lokman berbuat apa-apa mamanya sudah mengetahui segalanya.

”ooooo...patutlah tak keluar bilik anak mama ni ada bidadari depan mata rupanya.. anak datuk mana ni man?” Datin Maznah ghairah bertanya.

”hishh mama ni, bukan pape laaa ni gambar model barulah man nak tengok untuk iklan terbaru syarikat” lokman berdalih biarlah mamanya tak tahu apa-apa lagi.
Datin maznak keluar dari bilik anak bujangnya hatinya berbuang...anak datuk ke anak Tan sri manalah kawan lokman tu, cantik budaknya dia sudah berkira-kira memang payah nak tengok anak bujangnya itu minat dengan mana-mana perempuan sudah berpuluh-puluh anak rakan niaganya dipromosikan....langsung ditolak mentah-mentah....

Di kamar sederhana mewah itu lokman masih memandang skrin slide lap topnya gadis itu tersenyum, menangis, ketawa, marah...hahhh hatinya benar-benar sudah jatuh cinta.. sudah berpunyakan dia??.....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets