Sunday, June 14, 2009

ADUHHH JATUH LAGI

Aduhhh jatuh lagi.

“cikgu…darius pukul saya”

“cikgu..tengok anis dia ambil pensel saya”

Adriana memegang kepalanya, lepas satu masalah satu masalah yang menimpa kelas si celik ini. Baru seminggu dia bertugas sebagai guru tadika tapi rasanya maca setahun lamanya. Satu tangisan yang kuat kedengaran dari sudut kiri kelas.

“kenapa tu Darius?”

“cikgu dia nangis sebab dia berak dalam seluar cikgu” kedengaran darius bersuara diikuti dengan ketawa dari kawan-kawannya yang ada di situ.

“hah?? Berak..tak apa saya panggilkan Mak Cik Piah”

”tak nak....nak cikgu cebukkan..” kartika berkata perlahan sambil air matanya masih mengalir.

Dahi adriana berkerut. Aduhhh kena lagi, dia memandang tajam wajah Darius, memang budak itu sengaja mengenakannya. Sejak dia bertugas lagi di situ darius adalah murid yang paling sukar dikawal. Nakalnya mengalahkan kanak-kanak belasan tahun. Malah dalam diam dia tahu muridnya itu adalah seorang kanak-kanak yang bijak.

”diam semua malaikat lalu” kata-kata yang pernah keluar ketika hari kedua dia menjaga kelas. Saat itu dia tersenyum apabila berjaya membuatkan anak muridnya yang nakal itu senyap.

” cikgu!! darius ambil pensel saya” suara Hanis menjerit sambil menangis.

”Darius kenapa ambik pensel Hanis? Pensel Darius mana?”

”hilang cikgu”

”hilang kemana?” adriana mula meninggikan suaranya.

”tadi malaikat lalu dia ambik pensel saya cikgu” adriana tersenyum mendengar kata-kata yang lahir dari mulut anak muridnya yang comel itu. Akhirnya dia ketawa. Darius bijak menyelamatkan diri.

Langkah adriana laju menuju ke kereta kancilnya. Hujan renyai-renyai membuatkan dia menutup kepalanya dengan fail hijau yang dipegang. Separuh dari kain baju kurungnya sudah basah semakin laju semakin jauh rasanya tempat letak keretanya. Tiba-tiba sebuah BMW series hitam merempuhnya. Dia menjerit kuat.

”aduhhh..” dalam hujan renyai dia dapat merasakan darah yang mengalir di siku. Sakit. Baju kurung yang dipakai koyak menampakkan luka yang sudah berdarah,

”maaf saya tak sengaja” pemandu kereta sudah berada di depannya. Cuba membantu tapi ditolak perlahan. Dia masih boleh bangun sendiri tanpa pertolongan.

”awak tak apa-apa?” tanya lelaki itu lagi. Dalam masa yang sama bunyi hon kereta kedengaran. Seorang wanita masih berada di dalam kereta yang melanggarnya tadi.

”saya bawa cik ke klinik?”

”emmm tak apalah sikit je ni” adriana melihat luka di sikunya walaupun pedih namun masih boleh ditahan.

”sure?”

”yes” dia menghantar langkah lelaki itu dengan ekor mata. Bunyi hon kereta dapat didengar lagi. Hishhh perempuan ni tak tahu ke aku ni sakit agak-agaklah nak hon pun, hatinya menyumpah perlahan. Dia terus berjalan mendapatkan kereta

”apa yang you buat lama sangat tu?” Tasha bertanya geram .

”you tak nampak ke I terlanggar orang tadi?”

”alaa bagi je duit dahlah”

”you ingat semua benda boleh beli dengan duit?” tasha mencebik.

***
Adriana mengemas buku-buku yang bersepah di meja kecil itu. Memang sepanjang dia menjadi cikgu di tadika ini banyak yang secara tak langsung dipelajari. Apa yang paling penting dia belajar mengawal emosinya sendiri. Semua muid dah balik kecuali darius yang masih asyik bermain dengan buku dan pensel warna di tangannya.

”darius kenapa tak balik lagi?”

”papa tak sampai lagi” jawabnya perlahan, ada nada sendu di hujung bibirnya.

”emmm selalunyakan darius balik awal?”

”selalu pak mat yang ambik”

”habis hari ni pak mat pergi mana?”

”jemput Atuk” adriana mengangguk perlahan tanda faham. Dia meneruskan kerjanya.


”nampaknya papa darius lambat hari ni”

”papa memang selalu macam ni”

”emmm apa kata cikgu hantarkan nak?” anak kecil itu mengangguk laju.

Kereta kancilnya membelok masuk ke kawasan perumahan elit. Memang betul kata Puan hajah semua murid di tabika kasih datangnya dari keluarga berada. Satu persatu rumah bak mahligai dipandang. Kalau dibandingkan dengan rumah sewanya mesti macam langit dan bumi. Rumah Teratak Impian sudah di depan matanya. Mengikut alamat dari maklumat murid inilah rumah darius.

”inikan rumah darius?”

”mana cikgu tahu ini rumah saya? Pandailah cikgu ni” anak kecil itu menolak pintu kereta. Dia tersenyum memandang ke arah cikgu barunya itu.

”terima kasih cikgu”

”sama-sama pergi masuk” darius berlari masuk ke dalam rumah. Kelihatan seorang wanita tua sedang menatinya di pintu pagar. Wanita itu tersenyum ke arah adriana. Dapat dilihat darius melambaikan tangan ke arahnya sebelum dia pergi.

’patutlah nakal anak manja rupanya’ bisik hatinya. Gelagat darius sering menjadi perhatian semua cikgu. Budak bijak yang nakal.

***

”kan papa dah cakap papa jemput kenapa tak tunggu papa?” marah Fahkrul Naim. Kadang-kadang sikap anaknya itu sangat memenatkan.

Darius hanya diam dalam pelukan neneknya, Datin Kalsom. Matanya masih memandang ke arah papanya yang sedan marah.

”sudahlah Im kan dia dah selamat ada dekat rumah ni”

”tulah mama selalu sangat manjakan dia”

”kalau tak mama yang manjakan dia nak harapkan kau...hari-hari sibuk dengan kerja tengah malam baru nak balik” Naim diam terasa terpukul dengan kata-kata mamanya. Memang dia sibuk tapi tak bermakna dia tak sayangkan anak tunggalnya itu.

”darius ingat lain kali kalau papa lambat sekalipun jangan pandai-pandai naik kereta orang lain”

”bukan orang lainpun..Mak Kiah cakap dia balik dengan cikgu dia”

lega hatinya mendengar kata mamanya. Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku. Hanya tuhan saja yang tahu macamana gabranya dia bila tak ada seorang pun dekat sekolah tadi bila dia sampai. Merata tempat dia mencari anaknya itu. Sehinggalah dia mendapat panggilan dari mamanya menyatakan yang darius sudah balik ke rumah. Tali leher dilonggarkan perlahan. Dia meninggalkan ruang tamu tanpa sepatah kata, dia nak darius tahu apa yang dikatakan adalah serius.

”sudah sayang mari ikut nenek tidur, papa tu sayangkan darius, dia risau sebenarnya” anak kecil itu menganggukkan kepalanya beberapa kali. Papanya memang sering marah-marah.

Gambar ditangannya dipegang lama, ada air mata menitis di pipi keciknya. Perlahan disapu dengan tangan tapi ia tetap mengalir. Disentuh gambar yang tersenyum indah di dalam frame berbentuk hati itu.

”mama Ius rindu mama” bisiknya perlahan. ”papa marah Ius” sambungnya lagi dalam sendu. Selalu dia begitu. Sebaik saja dia yakin tiada mata yang memandang airmata anak kecil itu akan mengalir.

***

”kenapa ni sayang cikgu tengok monyok je masam macam cuka?”

” Ius rindu mama”

”mama? Laa mama darius pergi mana?”

”papa kata mama meninggal lepas lahirkan Ius” bulat mata adriana mendengarnya. Kenapa dia tak tahu. Dia mengeluh perlahan. Lama dia memandang mata anak kecil itu.

”darius nak tahu tak?” mata kecil itu setia menatap wajah adriana, perlahan tangan adriana mengusap rambut darius.

”cikgu pun dah tak ada mama dan papa.. tapi bila cikgu rindukan mereka mesti cikgu akan berdoa pada Allah supaya allah sentiasa jaga mereka dekat sana nanti”

”nenek pun selalu suruh Ius berdoa”

”emmm semua apa yang kita buat mestilah mulakan dengan doa..kita makan, tidur, mandi bila nak keluar dari rumah pun kita kena berdoa..tahu tak”

Darius mengangguk faham. Adriana melihat jam di tangannya sudah menunjukan jam 1.00.

”emmm mana Pak mat ni tak datang lagi ke?” darius mengelengkan kepalanya tanda tak tahu.

”kalau macam tu cikgu hantarlah”

“papa marah” darius bersuara perlahan.

”papa marah cikgu hantar darius?” kepala itu mengangguk lagi.

”kalau macam tu kita tunggulah”

”kenapa muka ni masam je? Darius ada masalah?” cuba berkompromi dengan muridnya yang satu itu. Darius diam , tunduk memandang ke lantai. Matanya kelihata redup.

”Darius selalu mimpi ada mama...boleh cikgu jadi mama darius?” soalan itu membuatkan adriana terkedu. tapi akhirnya dia tersenyum dan mengangguk perlahan, membiarkan anak kecil itu memeluk tubuhnya. Dia seakan dapat merasakan sesuatu.

***

Satu persatu buku di depannya diteliti. Novel terbaru diteliti satu persatu. Dia tersenyum apabila ada yang menarik minatnya.

”aduhh...” dia mengutip buku yang jatuh.

”sorry saya tak nampak” lelaki itu membuka cermin mata hitamnya.

”emm tak apa...” adriana menjawab perlahan, dia tunduk meneliti novel yang ada di tangan bimbang kalau ada kerosakan.

”ehhh saya macam pernah tengoklah awak ni” kata-kata itu membuatkan mata mereka bertentang. ’laaa dia ni ke’ bisik hati adriana.

”awak ingat saya?”

”emmm maaf ” adriana berpura-pura mengingati lelaki di depannya itu. Tak mungkin dapat dilupa lelaki yang hampir melanggarnya. Nyaris tak mati je.

”saya yang hampir langgar awak tu” sekali lagi lelaki itu cuba mengingatkan adriana.

”saya minta diri dululah” adriana berlalu tanpa sebarang kata. Fakhrul mencebik. Elehh tak ingat ke buat-buat tak ingat.

Adriana menutup pintu keretanya. Aduhh nasib baik dapat lari sejak dia hampir dilanggar oleh lelaki itu dia seakan sering ditimpa musibah. Bukan dia percaya kepada semua itu tapi dia merasakan adalah lebih baik dia menjauhi lelaki itu. Kereta dihidupkan di diundur ke belakang. Keadaan sesak hari ini membuatkan adriana berhati-hati.. tapi..
Debommm.....

”aduhhhh” melihat Honda CRV hitam. Dia yakin, pasti belakang keretanya yang rosak teruk.

”awak lagi...” sekali lagi adriana melepaskan keluhan berat.

”bukan salah saya sepatutnya awak kena tengok dulu sebelum keluar” adriana melihat kereta milik lelaki itu tiada kerosakan yang jelas. Tapi kereta kancilnya yang kecik molek nilah yang jadi mangsa.

”tak apalah awak tak payah bayar apa-apa” lelaki itu belagak profesional.

’memanglah yang rosak teruk bukan kereta dia, tapi kereta aku’ rungut adriana di dalam hati. Hishh memang aku kena mandi bunga kalau macam ni.

”tak nak ucap terima kasih ke?”

”terima kasih? Kenapa?”

”saya tak salahkan awak?” adriana mencebik. Malas dia melayan lelaki di depannya itu.

”emmm...terima kasih”

”tak apalah saya call kawan saya untuk selesaikan kereta awak ni” naim menawarkan bantuan.

”emm tak apalah” jawapan yang sama keluar dari mulut lelaki itu.

”kalau awak tak nak kena tipu baik awak terima saja pertolongan saya ni”

”dan boleh percaya ke yang awak tak tipu saya?” persoalan adriana membuatkan Fakhrul ketawa.

”suka hati awak untuk percaya atau tidak”

”emm oklah” fakhrul Naim tersenyum. Pantas poket seluarnya diseluk mencari telifon bimbit.

****

”nenek... cikgu Ius baik, cantik, ius suka cikgu”

”ya...”

”cikgu Ius pandai nyanyi...dia nyanyi sedap” sekali lagi anak kecil itu memuji cikgunya.

”amboi..susah cucu nenek ni nak puji orang.. mesti cikgu Ius baik sangatkan”

Fakhrul Naim memasang telinganya di sebalik Khabar Utusan yang dibaca. Perbualan anaknya itu menarik perhatiaannya, selama ini tak pernah anak tunggalnya itu memuji terutamanya orang yang baru dia kenal. Sebelum ini ada saja yang tak kena. Cikgu tualah, cikgu tak cantiklah, macam-macam lagi lahir dari mulutnya.

”nanti bolehlah Ius jemput cikgu makan malam dekat rumah” Datin Khalsom memberi Idea kepada cucunya.

”emmm...nenek boleh ke Ius ajak cikgu?”

”kenapa pulak tak boleh....nenekpun nak juga berkenalan dengan cikgu cantik, baik Ius tu” Ketawa darius kedengaran lagi,

”sukanya cucu atuk ni...cerita pasal apa?”

”pasal cikgu dia bang” Dato Latiff duduk di sebelah isterinya. Cucunya sedang asyik ketawa, menariknya untuk turut serta.

”emmm ni mesti pasal cikgu yang dari semalam dia duk cakap ni”

”siapa lagi bang...” senyuman manis datin khalsom mengundang senyuman yang sama di bibirnya.

”nenek tahu tak cikgu dah jadi mama darius, dia setuju jadi mama darius” Datin Khalsom dan Dato latiff terdiam. Naim merenung tajam wajah anaknya.

”apa Ius cakap ni? Ini ke yang cikgu Ius ajar? Siapa kata dia akan jadi mama Ius?”

”siapa cakap?”

”cikgu cakap” anak kecil itu tersenyum lagi, Naim berdengus geram, tapi tak mungkin dia melepaskan marahnya kepada darius. Apa jenis cikgu ni..ada hati nak jadi isteri aku? Ajar anak aku bukan-bukan. Hatinya berbisik jahat.

***

Adriana memandang sekeliling kawasan teratak kasih, akhirnya dapat juga dia masuk ke rumah ini selama ini hanya berdiri di pagar.

”jemputlah duduk” pelawa seorang wanita dalam lingkungan 50 an. Mungkin nenek Darius. Dia terpaksa menerima jemputan makan malan itu kerana darius yang beria-ria. Tak sanggup dia nak menghampakan perasaan murid kesayangannya itu.

”emmm terima kasih datin” ucapnya perlahan.

”ehhh saya bukan Datin, saya Mak Kiah orang gaji dekat sini, datin ada dekat atas sikit lagi dia turun” adriana tersenyum. Malu dengan sikap terburu-burunya. Tapi tak apa bukan dia kenalpun sesiapa dalam rumah ini jadi tak salah kalau dia tersilap orang.

”hooo awak nilah dia cikgu yang ajar anak saya bukan-bukan...rupanya dah banyak kali kita jumpa tapi tak kenal” Naim tiba-tiba muncul dari belakang. Adriana hairan tak tahu apa yang dimaksudkan oleh lelaki di depannya itu.

”apa Encik cakap ni?” dia dapat melihat wajah itu dengan jelas..laaa mamat ni ke apa hubungan dia dengan darius?

”apa yang awak ajar anak saya? Sampai awak suruh dia anggap awak sebagai mama dia?” adriana terkedu. Ini ke tujuan keluarga ini menjemputnya?

“saya tak faham apa maksud Encik?”

“untuk pengetahuan dan makluman awak tak mungkin ada yang akan mengantikan tempat mama darius, dan apa yang pasti awak tak akan dapat menjadi isteri saya” adriana bertambah hairan. Hishhh ni drama apa pula ni.

“Encik hina saya”

“terpulang baguslah kalau cikgu rasa terhina...dan berapa ramai anak murid yang cikgu hasut mindanya untuk cikgu mencari lelaki kaya?”

“encik jangan melampau...” lelaki itu sudah melangkah mendekatinya, adriana mengundur selangkah menjarakkan dirinya.

”dah lama cikgu sampai?” sapaan dari belakang membuatkan adriana berpaling. Kali ini dia yakin inilah nenek Darius, dari pakaian dan gayanya menampakan dia kelihatan lebih muda. Naim terus menuju ke tangga. Hatinya masih belum puas.

”baru je” darius yang memegang neneknya berlari mendapatkannya. Tangan cikgu muda itu dicium lembut. Adriana mengusap kepala anak kecil itu.

”terima kasih sebab cikgu sudi datang..bukan apa mak cik teringin juga nak tengok siapa yang boleh jinakkan budak baik darius ni”

”emmm sama-sama, sepatutnya saya yang berterima kasih pada datin sebab sudi jemput saya” adriana merendah diri.

”panggil mak cik, tak payah nak berdatin-datin..” sekali lagi Adriana tersenyum. Baik nenek darius ni.

”marilah kita ke meja makan...Ius panggil Atuk dengan papa turun makan” belum sempat arahan dari neneknya habis, darius terlebih dulu meluru ke tangga.

Datin Khalsom dan adriana beriringan ke meja makan yang agak jauh dari ruang tamu tadi. Namun belum sempat mereka duduk satu jeritan kedengaran dari arah tangga.

”Ya Allah cucu aku” jerit dato borhan. Datin dan Adriana berlari sebaik saja mendengar suara seakan memanggil.

”Ya Allah abang kenapa?” kelihatan tubuh kecil itu terdampar di lantai ada darah mengalir di kepala dan mulutnya. Dato Borhan menjerit memanggil satu nama yang dia sendiri tidak tahu siapa.

***

”macamana anak saya Doktor?” tanya Naim cemas. Dia meraut rambutnya beberapa kali. Duduknya tidak senang sekejap dia berjalan sekejap dia berdiri. Hanya tuhan yang tahu perasaannya apabila melihat tubuh kecil anaknya terbaring lesu dan berlumuran darah.

”macamana doktor cucu saya?” giliran Dato Borhan pula bertanyakan soalan yang sama.

”anak Encik kehilangan banyak darah, buat masa ni pihak hospital sedang berusaha mencari stok darah jenis O dan mungkin kita perlukan penderma, harap Encik dapat bersabar dan berdoa ”

”darah jenis O?” ada kesal si hatinya, kenapa dia tak memilik jenis darah yang sama?

”saya boleh menderma doktor” semua mata meluru ke arahnya. Adriana memgangguk perlahan. Meyakinkan mata yang memandangnya.

Penantian disulami dengan kebisuan. Hanya mata mereka saling berpandangan namun tiada kata-kata. Doktor Amir keluar dari bilik ICU dia menanggalkan sarung bajunya.

”macamana dokor?”

”alhamdulillah...semua selamat” Fakhrul melepaskan nafasnya perlahan. Senyuman kembali di wajahnya.

”syukur Ya Allah” kedengaran suara datin Dan Dato yang memeluk anak mereka.

”terima kasih cikgu”

”tak apa Mak cik mungkin ini hari darius mana tahu esok lusa hari saya..lagipun dia murid saya”

Mata Naim tak lepas memandang ke arah adriana, tak sangka inilah dia cikgu yang sering dibangga-banggakan oleh anaknya. Tak sangka juga wanita ini akan menyelamatkan anaknya. Rasa bersalahnya semakin menebal. Tapi bukan rasa itu yang merunsingkan hatinya tapi ada satu perasaan halus yang dia sendiri tidak sedar.

***

”kau nak tunggu apa lagi? Nak tunggu rambut tu beruban sampai gigi tu dah tercabut semua baru nak kawin?”

”alaaa mak Rina muda lagilah mak”

”sebab mudalah mak suruh kau kawin”

”mak jelah yang kawin..”

”hishhh budak ni kita pulak yang nak di ajar, umur kita ni semakin tua bukan muda kau tu aku tengok dekat dengan lelaki pun tak..kau nak cari yang macamana?”

”emmm yang macam arwah ayah...seorang ayah yang bertanggungjawab dan bijak memberi kasihnya” ucapan adriana membuatkan Mak som terdiam. Perlahan airmatanya mengalir.

”kau memang sengaja nak bagi aku sedihkan dok teringatkan ayah kau tu... tengok au dah nangis..”

”ala-ala...ok Rina mnta maaf...mak soal jodoh ni biarlah tuhan yang tentukan kalau ada jodoh rina akan kawin mak jangan risau ek”

Adriana tersentak. Dia kembali ke alam nyata, baru semalam maknya membebel. Entah kenapa ibu kesayangannya itu terlalu risau dengan hal perkahwinannya. Macamlah dia tua sangat. Umur 25 baru nak kenal dunia. Wad d234 diketuk.

”haiii”

”cikgu..bila cikgu datang?” kelihatan darius sudah cergas dan tersenyum sihat. Namun anak kecil itu masih di atas katil. Ketika itu hanya darius yang ada di dalam bilik.

”darius sorang je ke dalam bilik?” adriana bertanya hairan. Tak mungkin darius di tinggalkan seorang diri.

”emm papa pergi solat sekejap” Adriana menganggu perlahan, senyumannya dilontarkan kepada anak muridnya itu.

”darius dah makan?”

”emm dah tapi sikit..tak sedap” adriana ketawa kecil.

”cikgu tahu, makanan dekat hospital memang tak sedapkan” adriana mengeluarkan bekas makanan dari beg kertas yang dibawa.

”cikgu ada buatkan bubur nasi special untuk Darius...bubur nasi ni special, sedap nak rasa?” melihat anak kecil itu mengangguk tangannya cepat memasukkan bubur nasi ke dalam mangkuk.

Adriana menyuap perlahan bubur ke mulut kecil itu. Dia tersenyum apabila darius kelihatan berselera menikmati bubur yang dimasak.

”seleranya anak papa makan?” adriana pantas berpaling. Kelihatan Naim sudah berada di belakangnya. Dia bergerak sedikit ke belakang menjarakkan sedikit ruang antara mereka.

”sedap papa..cikgu masak..” ada rasa malu apabila mendengar pujian muridnya.

”ya ke... papa nak rasa boleh?”

”emmm boleh...papa suruhlah cikgu suapkan” kata-kata itu membuatkan denyutan jantung adriana bertambah pantas. Matanya tak lepas memandang senyuman di wajah Naim. Cishhh dia ni ambil kesempatan pulak, sengaja nak kenakan aku ni, rungut hatinya.
”emmm tak apalah kalau Encik naim nak ada lagi dalam bekas tu” cepat adriana mengelak. Naim tersenyum.

”tak apa saya bukan nak awak suapkan pun” perlahan dia berbisik di telinga adriana. Ketika itu terasa kakinya tak mampu untuk berdiri. Terasa longgar segala sendinya.

Darius hanya senyum melihat telatah papanya. dia akan membuka mulutnya setiap kali adriana merapatkan sudu bubur. Berselera anak kecil itu menghabiskan bubur nasi yang dimasak cikgunya.

”ok darius cikgu balik dulu”

”alaaa...cikgukan baru datang?”

”emmm tak apa sayang nanti cikgu datang lagi ek..lagipun cikgu ada hal” dia pantas meninggalkan bilik itu.

”papa pergilah pujuk cikgu” mendengar kata itu membuatkan Naim tersenyum. Anaknya seakan dapat membaca apa yang bermain di fikirannya.

”Cik Adriana tunggu..”
”nak apa?”

”saya ada sesuatu nak cakap dengan awak”

”emmm Encik Fakhrul Naim..kalau ada lagi hinaan yang terbuku di hati tu tolonglah simpan..lagipun untuk pengetahuan encik Naim bukan semua hubungan kasih dan sayang perlukan ikatan. Saya kasihkan darius bukan sebab-sebab bodoh yang Encik Naim fikirkan...saya sayangkan dia sebab dia seorang anak yang terlalu inginkan kasih sayang saya..dan kalau saya di beri pilihan sekalipun saya tak mungkin akan hampakan harapan dia sebab saya sayang dia” ucapan panjang lebar adriana membuatkan Naim tersenyum.

”apa masalah awak ni?” benci dia melihat senyuman Naim.

”masalahnya saya dah jatuh cinta dengan awak...dan saya dah putuskan awak sebagai isteri saya” adriana terkedu. Jantungnya seakan berhenti. Wajah Naim dipandang lama.

”apa encik naim merepek ni” wajahnya masih berona merah.

”bila pula saya merepek...saya Fakhrul Naim cintakan awak Nur adriana a.k.a cikgu Rina”

”gila”

”saya akan hantar rombongan meminang awak Minggu depan..” Adriana berlari meninggalkan Naim.

***

Rombongan merisik memenuhi rumahnya, adriana terkedu melihat Naim dan darius yang tersenyum. ’ehhh apa pula mamat ni nak buat ni hishhhh’.

”Ya Allah Naim dia dah lari ikut pintu belakang” kata mak som sememangnya dia juga bersetuju berpakat dengan Naim. Tak sangka anaknya akan lari.

”lari?” Naim berlari mendapatkan keretanya, sempat dia mendukung anak kesayangannya masuk ke dalam kereta.

”nak pergi mana papa?”

”kejar mama..” Naim tersenyum. Darius ketawa kecil.

”awak ni kenapa? Nak bunuh saya ke? Berapa kali awak nak langgar saya? Awak nak saya mati ek?” Adriana memuntahkan amarahnya. Wajah Fakhrul naim di pandang lama. Kalau ada pisau di tangannya dah lama di tusukkan ke perut lelaki itu. Nyaris kereta lelaki itu merempuhnya.

”awak marah ke?”

”habis tu awak nampak saya tengah meloncat-loncat suka” geram dia apabila mengetahui rancangan pakatan Naim dan ibunya. Ingat aku ni anak kucing ke nak kawin-kawin paksa ni.

”aikkk anak saya kata cikgu dia ni baik sabar”

”anak dengan bapak sama je menyusahkan orang”

”amboi merungut nampak”

”saya peduli apa” adriana bangun dia berjalan pantas ingin meninggalkan Naim, tapi entah di mana silapnya kakinya tersadung sesuatu.

”aduhhh...jatuh lagi” adriana mengosok pinggangnya yang terasa sakit.

”nampaknya awak dah tak boleh pergi jauh dari saya.. sebab kalau awak jauh sikit dari saya mesti awak jatuh” Naim tersenyum. Wajah Adriana masih lagi masam.

”adriana sudikah awak menjadi mama kepada Mohd darius bin Fakhrul Naim?”

”jadi sebab Darius awak pilih saya?”

”kalau nak jadi mama Darius kenalah kawin dengan papanya,” adriana tersenyum

”bodoh”

”apa awak cakap?” Naim berdiri di depan adriana. Dapat dilihat wajah yang selama ini hadir dalam mimpinya, akhirnya wajah itu jelas dimatanya.

”cikgu...” kedengaran satu suara dari belakang. Darius tersenyum sambil datang memeluk adriana.

”kenapa awak nak menipu lagi?”

”apa?” tanya adriana marah.

”awakpun cintakan sayakan?”

”siapa cakap saya cintakan awak?” adriana bertanya lagi. Matanya cepat-cepat dilarikan dari bertentang dengan mata Naim.

”dahlah...jangan nak berlagak lagi...mata awak dah menyatakan segalanya”

”cikgu” panggil darius lagi.

”bukan cikgulah sayang...mama” adriana berbisik perlahan. Namun masih dapat didengar oleh Naim. Mereka berpandangan lalu tersenyum.

”boleh awak sayang darius macam darah daging awak?” soal Naim perlahan.

”darah saya memang dan mengalir dalam tubuh dia” sekali lagi mereka tersenyum.

-The end-

DR CINTA 3

Dr cinta 3


“ni dia yang kau nak” Zikri meletakkan Nasi goreng Pataya, Restoran Ambang di atas meja. Iskandar tersemyum manja. Zikri mencebik, mengada-ngadalah tu dasar anak manja. Dia menarik kerusi di depan Iskandar dan duduk bersandar di situ.

”ni aku sayang kau ni..kaulah kawan aku dunia akhirat Zik” Iskandar mencium aroma Nasi goreng Pataya kegemarannya itu.

”dunia Akhirat hotak kau...kau tahu tak jauh gila restoran tu kau sengajakan nak dera aku” suaranya sengaja dikuatkan biar semua orang dengar.

”ala..lagipun aku jadi macam nipun sebab kau kan..” Iskandar menayang kakinya.

”amboii suka hati kau je kan kaki kau tu dah dua minggu baik tau...sengaja nak mengada-ngadakan” senyuman lebar Iskandar membuatkan dia mencebik. Bibik pembantu rumah Iskandar membawa pinggan dan sudu seperti yang diarahkan.

Tengku maria menurini tangga sambil tersenyum. Riuh rendah suara anaknya dan Zikri membuatkan hatinya tertarik untuk menyertainya.

“apa mama dengar bising-bising ni?”

”ni Is buli Zik Mak Engku”

”hah?” bulat matanya mendengar aduan anak angkat kesayangannya itu.

”Iskandar?”

”mama dengarlah cakap budak ni bukan boleh pakai..dia buli Is adalah..sampai patah-patah kaki orang tak fikir?”

”ehhh....pembetulan bukan patah, terseliuh je..amboiii pandai-pandai buat fitnah ek..”

”sama ajelah ejaan je lain”

”kalau patah kaki kau mesti sampai sekarang tak elok lagi tau..” masing-masing masih menegakkan hujah. Macam anjing dengan kucing bila tak jumpa kang sibuk tanya. Tengku Mariam mengeleng perlahan.

”hahhh dah..dah jangan nak macam budak kecik..awak dua orang tu dah besar panjang jangan nak buat macam budak kecik ek..”

”anak manja mama nilah….” Iskandar menunjuk ke arah Zikri. Memang Zikri anak angkat kesayangan mamanya sampai kadang kala dia sendiri terasa hati tapi masa kecik dululah sekarang ni tak mungkin. Zikri sendiri dah macam saudaranya.

Zikri tersenyum lalu mencapai bungkus nasi pataya di depan Iskandar pantas tangannya menyuap nasi ke dalam mulutnya. Bulat mata iskandar melihat gelagat Zikri.

”weiii Zik tu nasi akulah..”

”ada aku kisah?” dengan selamba mulutnya mengunyah nasi yang sudah penuh di dalam mulutnya. Langsung tidak mempedulikan wajah masam Iskandar.

Tengku Mariam hanya ketawa melihat telatah anak-anaknya. Hatinya terhibur memang kehadiran Iskandar dan Zikri banyak menceriakan hari-harinya. Zikri memandang ke arah Iskandar yang asyik membaca buku kegemarannya. Dari dulu lagi Iskandar memang suka membaca dan dia lebih suka menghabiskan masa di padang kalau tidak bermain bola dia akan mengaktifkan dirinya dengan sukan-sukan lain.

***

Mazliana duduk di tepi padang Futsal. Melihat anak-anak muda bermain tanpa menghiraukan orang sekeliling. kalaulah kak Ju ada mesti dia tak akan sunyi macam ni. Maz bejalan sendirian entah kemana dia sendiri tak tahu. Baru dua hari lepas dia menjual lukisannya, bangga kerana setiap lukisannya akan memuaskan hati pembeli.

”haiii boleh berkenalan” pantas dia menoleh ke arah jalan. Kereta kancil hitam itu dipandang lama. Cuba mengecam pemandunya tap dia tetap tak dapat mengingati siapa yang menegurnya itu.

”weiii la..kau ke mangkuk tingkat... ” jerit Maz kepada Bobo. Atau Boharin.

”aku dah hensem sangat ke sampai kau tak kenal aku?”

”emmm hensemlah.. sampai aku punya jantung terhenti bila nampak kau tadi” Maz tersenyum. Boharin adalah teman sekuliahnya dalam Art and Design. Sayu-satunya teman lelaki yang sehingga kini tahan dengan perangainya.

”meh arr masuk perkena teh tarik ke orang canai..”

”kau belanja”

”kau ni Maz dari dulu tak pernak berubah... yalah aku belanja no hal punya” Maz meloncat masuk ke dalam kereta Boharin. Tak sia-sia kalau tak dah lama dia terpaksa berebut bas untuk balik ke rumah.

Restoran Menanti menjadi pilihan Boharin. Mereka duduk di tempt yang jauh dari pelanggan yang ada.

”kau buat apa sekarang?jangan kata buat bodoh ok” tanya Bobo.

” alaaa tak buat apapun..aku macam biasalah bebas” kata-kata Maz membuatkan Boharin ketawa kuat.

”haiii bilalah kau ni nak ditakluk ek.. asyik bebas”

”alaa kau macam tak kenal aku, bukan senang tahu tak nak jadi Mazliana Hj Nordin ni” milo ais di depannya disedut perlahan. Aikk sedapnya air free.

”kau pula buat apa? Dah kawin?” giliran Mazliana pula mengajukan soalan yang sama.

”aku kerja sendiri je adalah masuk sikit-sikit, aku dah kawin anak dah sorang”

”hahh??? Fuyooo powerlah kau.. kawin tak ajak akupun ek”

”macamanalah aku nak ajak kau, lepas ke kita habis belajar kau hilang macam tu je.. kalau aku jumpa kau mesti aku tak jadi kawin” terkenang saat cintanya ditolak oleh Mazliana. Tapi kini hatinya hanya milik isteri tercinta.

”hishhh kau ni... tak pe nanti kau kenalkan aku dengan isteri kau dan apa yang penting anak kau ek”

”mesti... kau dah kawin ke?”

”kawin?” Mazliana ketawa lagi ” aku ni siapalah yang nak.. ganas brutal semacam..lelakipun takut ahu tak” sambungnya lagi.

”emmm kau tu memilih sangat, aku yang hensem ni pun kau reject ni mesti nak cari anak raja”

”hishhh kau ni...dah bukan jodoh kita, tapi apa yang penting kau kawin dulu sebelum aku..” Mazliana menutup rasanya. Malas dia mengenang peristiwa lama.

”sekarang kau masih melukis ke?”

”bobo..lukisan dengan aku mana boeh dipisahkan..kalau aku ni tak boleh melukis aku rasa boleh mati tahu tak” boharin tersenyum dia tahu itulah yang membuatkan hubungan mereka menjadi rapat. Minat mereka sama.

”mesti banyak masuk keu ni...relax je aku tengok” tanya bobo.

”emm adalah sikit-sikit..Sekarang ni Orang kita dah mula hargai seni”
”betul...aku setuju”

”kau setuju saja apa aku cakapkan” maz melihat jam di tangannya.

”alamak aku dah lambat ni..aku dah janji dengan mak aku nak temankan dia shoping..aduhhh ni mesti balik ni aku kena basuh ni”

”jomlah aku hantarkan kau”

”ni yang aku sayangkan kau ni...macam tahu-tahu je aku nak suruh kau hantarkan” ketawa Mazliana membuatkan Boharin tersenyum. Memang Maz tidak pernah berubah.

***

Perlahan-lahan dia masuk kedalam ruang tamu rumahnya, matanya melilau mencari bayang maknya. Dia melepaskan nafasnya perlahan. Macamanalah dia boleh lupa janjinya, dia menyesal kerana terlalu sibuk dengan urusan sendiri.

”kalau orang yang mungkir janji adalah orang yang munafik” Mazliana memejamkan matanya. Aduhhh menusuk ke jantung. Pantas tubuh puan Maznah dipeluk erat.

”sorry mak...Maz betul-betul terlupa”

“tulah anak…sampai lupakan mak yang melahirkan”

“mak….”

“ok macam nilah malam ni maz belanja makan dekat luar ok?” Maz cuba memujuk hati ibu kesayangannya

“hah??... betul ni Mazliana Hj Nordin nak belanja makan? Macam pelik bunyinya” Hj Nordin menyampuk dari belakang. Kelihatan dahi ayahnya berkerut.

”betullah..malam ni kita makan dekat luar...tempat terserah kepada penal hakim yang arif lagi bujaksana”

”ok kita ke restoran Seri Melayu malam ni” putus Puan Maznah.

”hah? Seri Melayu... mahal tu...”

”aikk...merungut nampak?” pantas hj Nordin bersuara, sengaja ditahan tawanya apabila melihat wajah kerut anak kesayangannya itu.

”emmm ok beres yang penting permaisuri hati ayah ni akan terpujuk hatinya, patik rela melakukan apa sahaja” Mazliana mencium tangan maknya. Tubuh wanita itu dipeluk lagi.


KERANA KAU 12

Kerana kau 12

”kenapa Mah tengok abang macam ada masalah?”

“tak ada apa, Cuma penat”

“abang kita dah hidup bersama dah lebih 20 tahun. Mah kenal abang macamana”, Datuk Mansur kembali duduk di sisi isterinya. Satu keluhan berat dilepaskan.

“abang dah jumpa dia Mah”

“dia? Kak Mardina?”

“bukan anak abang dengan dia, betul dia anak abang Mah”

Akhirnya apa yang bermain di fikirannya menjadi realiti, betullah apa yang di fikirkan selama ini. Maknanya selama ini suaminya mengabaikan tanggungjawab terhadap anaknya sendiri.

”abang jumpa dia?”

”dia kerja di Neraca Holding”

“hah?”

“abang dah rasa sejak mula berjuma dia tapi macam ada tak kena, sampailah abang dapat bukti kukuh”

“jadi dia macamana kenal abang?”

“entahlah Mah tapi dari cara dia macam dia tak kenal abang, sebab setiap kali abang jumpa dia mesti dia macam pekerja abang, lagipun dia baru lagi di Neraca Holding”

Kata-kata suaminya mengingatkan dia pada madunya itu Mardina, wajah lembut mardina membuatkan dia berasa malu. Tapi entah di mana silapnya wanita itu menjadi mangsa perkahwinan mereka. Salah dia kerana merampas kebahagiaan wanita itu.

“semua salah Mah bang” Dato Mansur memandang wajah Isterinya.

“bukan salah mah, abang yang gagal jalankan tanggungjawab dengan baik.. abang terlampau ikutkan perasaan”

“jadi sekarang apa abang nak buat?”

”abang kena tebus segala dosa yang telah abang lakukan Mah, dia zuriat abang darah daging abang tapi selama ni dia tak pernah dapat semua tu. Malah abang tolak kehadiran dia...Ya Allah”

Kekesalan yang tak mungkin dapat di tukar walau selaut air mata sekalipun. Mungkin ini sudah takdir yang sudah tertulis.

”mesti dia cantik macam Ibunya” kata-kata isterinya membuatkan Dato Mansur tersenyum.

” cantik Mah..memang cantik..mata yang sama wajah yang sama” ada sendu di hujung ayatnya.

”Mah rasa dah masanya kita jumpa dia bang”

”belum lagi Mah, abang tak tahu samada dia tahu atau tak yang abang ni adalah papa dia”

***

”haiii tak akanlah orang cantik macam awak ni masih belum berpunya”

”Siti, cantik ke tak cantik ke bukan tiket untuk dah berpunya ke belum tau, macam saya ni sebaya je dengan awak tapi awak dah ada anak sorangpun”

”emmm saya dulu lain Ayuni oiii gatal sangat nak kawin, tapi saya bahagia”

”hahh tengok tu muka dah merah, bahagia saya tengok awak”

”awakpun akan bahagia ayuni” Siti membalas kembali sengaja mengusik temannya itu. Walaupun jawatan ayuni lebih tinggi darinya namun ayuni bukan jenis wanita yang sombong dengan pangkatnya.

”saya akan bahagia kalau matlamat saya tercapai”

”amboii macam besar je matlamat tu?”

“besar tak besarlah tapi selama ni pun saya ke sini sebab matlamat tu”

”boleh saya tahu apa matlamat awak tu?”

”satu hari nanti awak akan tahu”

Ayuni berlalu dengan senyuman. Siti ditinggalkan kerana masih ada kerja yang belum diselesaikan.

”hello...mana bilik Adam?”
”cik cakap dengan saya ke?”

”yalah tak akan dengan dinding” Ayuni memandang lagak aleyya. Anak orang kaya bolehlah belagak.

”cik boleh jalan terus belok kanan tu bilik dia”

”ok Thanks....emmm ehh wait”

“yes, cik ada apa lagi?”

“saya rasa macam pernah tengoklah awak ni…tapi dekat mana ek”

“mungkin pelanduk dua serupa kot”

”emmm maybe” aleyya seakan cuba mengingati sesuatu tapi gagal lau dia terus menuju destinasi sebenarnya.

Pintu dikuak perlahan, adam sedang asyik menulis sesuatu di kertas dahinya berkerut-kerut. Aleyya tersenyum lagi dia suka melihat raut wajah lelaki yang serius dengan kerjanya sampai tunang dekat pintupun tak nampak. Pintu diketuk perlahan.

”ehh Leyya macamana boleh ada dekat sini?”

”amboi tak sempat-sempat jemput kita masuk nampak?” Adam meletak pennya. Dia bangun matanya masih tak lepas memandang aleyya.

”masuklah..mimpi apa ni kenapa tak call Adam kata nak datang”

”alaaa saja nak tengok bilik adam macamana sambil tu bolehlah tengok adam kot-kot ada pasang awek lain ke”

”fuhhh nasib baik tak ada ” Adam ketawa lagi.

”kenapa Leyya datang ni?”

”saja nak ajak makan...bosanlah duduk rumah bukan ada orangpun” wajah manja aleyya dipandang.

”haii selama ni yang duduk dalam rumah tu bukan orang ke?” sindir adam.

”adam Im serius ok”

”ok jomlah..tak nak ajak abang kesayangan you sekali ke?”

”you ni kalau tak ajak Fariz tak boleh ke? You bercinta dengan siapa sebenarnya dengan I ke dengan abang I?”

”dua-dua bukan” ketawa adam semakin menjadi. Aleyya menarik muncungnya. Sakit hati dia dengan gurauan tak berapa kelakar Adam.

***

Suasana Neraca Holding sunyi, jam menunjukkan pukul 8 malam pastinya semua pekerja sudah balik ke rumah masing-masing. Fariz menutup lampu biliknya. Akhirnya dia berjaya menyiapkan kerja yang sepatutnya disiapkan. Tekuknya diurut perlahan. Perlahan dia melangkah lesu terasa sedikit penat hari ini.

‘ehhh tak akan tak balik lagi’ hatinya berbisik apabila melihat bilik Ayuni masih terang. Dia berpatah balik menuju ke bilik yang memang tak jauh dari biliknya. Pintu diketuk beberapa kali.

”tak balik lagi?” terkejut Ayuni apabila ada yang menegurnya. Laju kepalanya diangkat.

”belum lagi” jawabnya malas. Hatinya mengutuk kenapalah dia boleh terkejut macam tadi. Memalukan.

”kenapa tak balik lagi?”

”bos saya tu orang yang garang, so semua kerja kena siapkan sebelum masa takut nanti ada pembetulan pula” terdengar lagi tengkingan Fariz.

’Hishhh kenakan aku pula’ matanya melilau melihat sekeliling bilik Ayuni, wajah lesu wanita itu juga dipandang sekilas.

”sudah pergi balik..lagipun lama-lama duduk dalam pejabat ni menghabiskan duit syarikat juga...” bulat mata Ayuni mendengar kata-kata Fariz. Kurang asam punya bos.

***

“papa bolehlah please”

”baik aleyya tumpukan saja pada pembukaan butik tu” wajah anak perempuannya tidak dipandang, datuk Mansur sibuk asyik membaca buku di tangannya.

Aleyya mencebik. Susah betul nak memujuk papanya, sudah hampir seminggu dia merengek untuk berkerja di Neraca Holding tapi permintaannya itu dianggap gurauan bagi papanya.

” papa tak yakin dengan Leyya ke?”

”papa kenal sangat anak papa ni, mesti bukan sebab Neraca Holdingkan tapi sebab Adam Mukriz”. Dato mansur tersenyum melihat perubahan wajah anaknya.

”alaaa papa ni sampai hati tuduh Leyya macam tu, mana ada leyya nak juga tolong papa” sekali lagi Dato Mansur tertawa mendengar kata-kata anaknya. Aleyya dari kecil memang manja, anak gadisnya itu bijak memujuk orang.

”hahh ni apa lagi ni...nak bodek papalah tu” Fariz muncul, dia duduk di sofa bertentangan dengan papa dan adiknya.

”Leyya ni nak kerja dekat Neraca Holding” sebaik mendengar kata papanya, fariz ketawa kuat membuatkan muncung aleyya bertambang panjang. Abangnya itu memang tak pernah menyebelahinya.

”Leyya sihat tak?” dia bangun sambil meletakkan tangannya di dahi Aleyya.

”hishhh apa ni..orang sihatlah”

”haiii bukan dulu abang dah suruh Leyya kerja dengan abang, tapi leyya tak nak.. bukan jiwa leyyalah bukan dunia leyyalah..ni apa cerita tukar fikiran?”

”alaaaa... itu dulu..masa tu leyya tak tahu nak berfikir lagi”

”emmm macam tu, bukan dulu tak ada Adam sekarang dah ada Adam?” sekali lagi abangnya mengulangi kata-kata abangnya. Aleyya menyentak kakinya, tanda protes.

”abang nak tolong Leyya ke tak?”

“bukan abang tak nak tolong tapi…”

“tapi abang kena ingat Leyya banyak simpan rahsia abang.. jangan sampai mama terlibat sama” Aleyya tersenyum. Fariz memang lemah dengan mamanya. Dia tahu abangnya itu terlalu kasih akan mamanya.

“alaaa ni malas ni suka main kotor tau” Fariz mengeluh perlahan. Adiknya sengaja menggunakan kelemahannya.

“oklah..nanti abang uruskan” Aleyya ketawa gembira sambil memeluk bahu abangnya.

Dato Mansur hanya tersenyum melihat kelatah anaknya. Memang Fariz dan Aleyya pelengkap kebahagiaan anak-anak itu sering menjadi pengubat hatinya. Mungkin hidupnya akan lebih bahagia jika adanya Ayuni di sisinya sekarang. Wajah anak terbuangnya itu terbayang lagi.

KERANA KAU 11

Kerana kau 11

“Ayuni sihat?”

“sihat dato” dahinya berkerut. Hairan.

“dah makan?”

“belum lagi dato lagipun baru pukul 11”

“emmm…ayuni…” pandangan pelik dilontarkan.

“ya dato?”

“tak ada apa” Dato Mansur terus berlalu.

Dia masih memikirkan pertemuannya dengan Dato mansur pagi tadi banyak menimbulkan tanda Tanya. Kenapa orang tua tu macam tu? Sekali lagi dia menatap potret indah di tangannya. Kemudian Ayuni bangun, perlahan menuju ke tingkap matanya terus merenung bulan yang sangat cantik.

”bulan tu cantik waktu malam sama macam anak ibu ni...moga sinar Nur ayuni Balqis akan sentiasa membahagiakan orang disekelilingnya”

Kata-kata Ibunya masih bermain di minda walaupun ketika itu dia masih belum mengenal maksud sebenar kata-kata itu.

”perlukah kau bulan membahagiskan orang lain di sekeliling kau sedangkan kau sendiri tak bahagia?”ayuni mengeluh perlahan. Kesal, kalaulah ibunya ada ketika ini pasti dialah orang yang paling bahagia, tapi sekarang Ayuni tak bahagia, hati Ayuni kosong.

Mutiara jernih itu jatuh lagi. Tidak pernah ia tumpah sebelum ini di hadapan orang lain dan itu adalah perkara yang mesti dipastikan ayuni. Tapi bila dia bersendirian di rumah pasti airmatanya begitu cepat mengalir tanpa dipaksa. Satu frame gambar yang terletak cantik di atas meja bersebelahan katilnya di ambil. Semua gambarnya bersama ibu. Di mana papa ketika ini?. Entah ke beratus kali hatinya bertanya.

”Ayuni awak tak ada ayah ke?”

”ada...”

”mana? Kita tak pernah pun tengok ayah awak?”

”ibu kata papa kita kerja jauh...”

”alaa kita tahu ayah awak orang jahat tu sebab dia lari..”

”bukanlah..”

”ya...ayah awak jahat ayu...ayah ayu jahat..ayah ayu jahat?”

Airmata jatuh mengalir di pipi. Setiap hari dia akan menangis kerana diusik rakan-rakan lain. Dan setiap kali itulah juga dia menyimpan dendam kepada setiap manusia yang merampas kebahagiaannya. Sepanjang bersama ibu juga cukup payah wajah itu tersenyum malah jika tersenyumpun di saat dia menyampaikan kecermelangannya di sekolah.

”ibu kalaulah ibu ada saat ini mesti ibu tersenyum dengan apa yang bakal ayuni lakukan” dia menyeka sisa air mata itu dengan tangan. Perlahan dia tersenyum, rancangannya semakin berjalan lancar. Hanya tinggal untuk dia terus bertindak.

”aku akan pastikan keluarga bahagia itu tak akan sebahagia dulu” dia ketawa kecil.

”boleh aku masuk?”

”kau dah masuk pun” senyumannya kembali mekar apabila melihat Noraina.

”kenapa ni?”

”tak ada apa teringatkan peristiwa lama, cepat kau balik?”

”cepat apa kau tengok jam tu dah pukul berapa..pening kepala aku kerja ni semakin di buat semakin menjadi banyaknya”

”emmm apa kata aku bagi kau cadangan?”

”apa?”

”emmm kau tak payah kerja, duduk rumah mesti tak ada kerja”

”amboii suka hati je mulut tu bagi cadangan ek...” ketawa mereka kedengaran lagi.

”kau masak apa hari ni? laparlah” Noraina mengosok perutnya sambil menayangkan muka seposennya.

”alaaa...sayang aku tak masaklah hari ni sebab petang tadi aku dah makan, aku ingat kau dah makan” terselit rasa kesalnya. Memang sepatutnya giliran dia memasak hari ini tapi terlalu banyak yang berlaku.

”tak apalah...nampaknya mee segeralah malam ni” Noraina bersuara sedih, sengaja menambahkan rasa kesal di hati temannya.

”emm tak apa kau pergi mandi siap-siap aku masakkan mee segera special untuk kau ek” suara ayuni sambil bangun menolak tubuh noraina perlahan.

”hahh ni yang aku sayang ni”

Aroma menusuk masuk ke dalam hidung. Bau mee goreng segera menarik kakinya menuruni tangga lebih cepat.

”mak aiii sedapnya bau”

”bau je rasa belum tahu lagi” ayuni tersenyum lagi.

”alaa tangan kau ni apa je kau masak mesti makan sampai jilat pingganlah..masakan kau ni kalau chef wan rasa mesti dia respek”

”amboii puji melambung ni ada apa-apa ke?”

”ada...”

”hahhh kenapa?”

”lapar... ” Noraina ketawa, memang ayuni punya bakat memasak sejak dulu lagi. Mee segera pun boleh jadi sedap kalau Ayuni yang masak.

”baca doa dulu”

****

Lama mata mereka bertentangan, ayuni menayangkan muka tak bersalahnya sedikitpun hatinya tidak gentar dengan pandangan tajam Fariz. Baginya semua itu sudah biasa. Hampir 3 bulan dia di Neraca Holding semua itu baginya adalah mainan harian. Terasa sudah lali dengan sikap baran lelaki itu.

“kenapa pula awak nak cuti?”

“saya rasa saya dah nyatakan dalam surat tu”

”tapi alasan awak tak cukup jelas, saya tak dapat luluskan” Fariz meletakkan kembali surat permohonan cuti itu ke atas meja. Dahi ayuni berkerut.

’tak cukup jelas? Suka hati dia je cakap tak jelas..kau ingat kau bos boleh buat sesuka hati?’ Ayuni tersenyum. Fariz pelik, senyuman wanita itu nampak menawan tapi seakan menyindirnya.

”sebenarnya saya dah dapat kelulusan cuti dari Dato sendiri, so surat ni sebenarnya hanya sebagai pemberitahuan kepada Encik Fariz” kata-kata itu membawa langkah ayuni terus keluar dari bilik sederhana besar itu. Berlama di situ boleh menyebabkan darahnya naik sampai kepala.

Pintu ditutup perlahan, dia menyandarkan kepalanya perlahan. Kepalanya ligat mengingatkan lagak ayuni yang meletakkan kembali surat permohonan cuti ke mejanya. Aksi wanita itu betul-betul mencabar kuasanya sebagai Pengarah. Tapi surat iu diluluskan oleh pengerusi syarikat sendiri, dia tak ada hak untuk membantah keputusan itu kecualilah jika melibatkan sebarang kecuaian.

”kenapa?” tanya Adam sebaik ayuni melintas di sebelahnya. Wajah wanita itu kelihatan menyatakan sesuatu.

”emmm tak ada apalah”

”muka tu semacam je?” mata lelaki itu berubah kecil. Memang itulah tabiat adam yang dapat dikesan. Kalau ada soalanya yang tak dijawab matanya pasti akan mengecil sambil keningnya dinaikkan. Kelihatan lucu.

”kawan baik Encik Adam tulah”

”kenapa?”

”entah datang bulan kot” ketawa Adam pecah mendengar kata-kata Ayuni.

”awak ni”

”baik awak nasihatkan kawan awak tu, kalau dia suka sangat marah tanpa sebab nanti kena serangan jantung terus jalan..masa tu awak dah tak sempat nak nasihat dah” sekali lagi adam menekan perutnya menahan gelak. Beberapa kakitangan Naraca Holding yang berada di situ dapat mendengar ketawa adam yang agak kuat.

”seronok nampak tak ada kerja ke?” tiba-tiba satu suara garau mencelah dari belakang. Ayuni berpaling.

”Fariz” panggil Adam yang masih dalam sisa tawanya.

”apa yang seronok sangat ni?” dia berdiri di antara adam dan Ayuni, jelas wanita itu melarikan matanya ke arah lain.

”baiklah Encik adam saya ada kerja” ayuni terus berlalu tanpa menanti jawapan adam.

”seronok nampak?” jelingan Fariz mengalakkan lagi gelak Adam.

”aku baru nak pergi jumpa kau”

”emm yalah tu” Fariz mencebik.

”jomlah aku nak bincang pasal projek damai sutera” mereka beriringan masuk ke bilik. Adam mengeleng perlahan. Bahu Fariz di tepuk perlahan, cuba meredakan kemarahan temannya.

GILA KAU 31

GILA KAU 31

Airmata masih lagi belum kering, dari pagi hingga sekarang dia masih belum menjamah apa-apa walaupun segelas air. Hatinya sakit. Mahligai yang dibina baru beberapa bulan sudah mula hilang sinarnya. Dapat dirasakan hubungannya dengan Johan semakin jauh.

“kenapa abang macam ni?”

“kenapa pulak?” Johan menanggalkan kemejanya lalu dicampak ke atas katil. Tuala dicapai dan disangkutkan ke bahu.

“abang dah banyak berubah”

“hishhh kau ni kalau tak membebel tak boleh ke? Dahlah aku nak mandi”

”tapi abang macam....”

”diam..aku kata”

Johan sudah mengangkat tangannya. Maya terpaku, bukan pertama kali Johan mengangkat tangan ke tubuhnya malah dia sendiri sudah tidak mengenali suaminya. Bukan kasih sayang yang diberi tapi sepak terajang. Kemana cintanya selama ini? Kalau dulu panggilan abang tak pernah lekang dari bibir suaminya, kini lelaki itu lebih senang ber’kau’dan ’aku’.

Bunyi curahan air di bilik air menyakinkan Maya untuk bertindak lebih berani. Satu- persatu poket seluar milik suaminya di seluk. Cuba mencari sesuatu, Nokia N90 itu dikeluarkan. Matanya masih mengawasi suaminya yang masih di dalam bilik air. Debaran kencang cuba diredakan. Nafas ditarik perlahan-lahan. Peti Inbox mesej dibuka.

’syg you jgn nkl2 ek’

’syg u tdr ingt I k’

’Syg U jgn nkl2 dgn isteri bodoh u tu’

’I Luv U’

’I miss your kiss’

Setiap ayat dalam sistem pesanan ringkas yang meniti di ruang skrin menikam jantungnya. Mengalir bersama air mata yang tak mungkin di tahan-tahan. Sesaat dia terkedu dengan barisan mesej yang dibaca. Tiba-tiba dia seperti hilang segalanya. Johan melangkah keluar dari bilik air sambil mengelap rambutnya dengan tuala kecil ditangan. Langkahnya mati apabila melihat telifon bimbitnya di tangan Maya. Panahan mata Maya juga menyatakan yang isterinya sudah mengetahui segalanya. Dia berpura-pura tenang walauoun hatinya berkocak resah.

”apa maksud abang dengan mesej-mesej ni semua?”

”mesej apa?”

”mesej perempuan gila dalam telifon abang tu” maya sudah menjerit kuat. Cuba melepaskan segala yang terbuku di hatinya

”kau baca mesej aku?”

”siapa perempuan tu? Baik abang cakap?”

”apa kau cakap ni aku tak faham” Johan cuba berdalih, dia berdiri memandang wajah Maya.

”abang jangan ingat saya bodoh... siapa perempuan tu abang, baik abang berterus terang” kini suaranya mula perlahan. Mungkin hatinya juga sudah tawar untuk menyemai kasih dengan Johan. Dia duduk di birai katil sambil tunduk memandang permaidani. Tak mampu rasanya mahu mendengar pengakuan suaminya.

Merah mukanya menahan marah, desakan Maya membuatkan dia semakin tercabar. Kalau tadi isterinya itu menjerit-jerit tapi kini Maya sudah duduk di birai katil. Renungan itu membuatkan dia mula rasa tertekan.

”siapa dia abang?”

”apa awak merepek ni, sudahlah saya nak keluar” Johan menyarungkan T shirt biru tuanya. Renungan Maya tidak diendahkan.

”abang jawab soalan saya dulu”

”kau ni kalau tak membebel tak boleh ke? Pening kepala aku tahu tak?”

”siapa dia?” Maya masih dengan soalannya. Hanya satu jawapan yang diinginkan dari suaminya. Cuma satu. Matanya memandang tepat ke anak mata Johan, kini mata mereka lebih memainkan peranan.

”dia kekasih saya..saya cintakan dia dari dulu lagi” Maya terjelepuk di permaidani. Kata-kata Johan membuatkan sekelilingnya terasa gelap.

”dari dulu? Jadi apa makna perkahwinan kita? Apa erti kata-kata cinta abang selama ni?” Johan terdiam. Bukan dia tak pernah menyintai Maya, malah dalam hatinya masih ada nama isterinya itu. Namun apakan daya kini di hatinya sudah diduduki oleh seorang wanita. Dia tak mampu berbohong lagi.

Maya diam. Mungkin betul kata kawan-kawannya, Johan mengahwininya kerana duit. Mungkin mahligai yang dibina semuanya atas dasar kemewahan yang selama ini menjadi buruan lelaki-lelaki seperti johan.

”kenapa abang buat Maya macam ni? Apa salah Maya?”

“salahnya kau bayang tanya, kau suka masuk campur urusan aku” tengking Johan

“apa maknanya saya isteri abang kalau saya tak boleh bersuara? Maya rasa mungkin hubungan kita ni sampai di sini dan akhirnya Maya kenal cinta abang yang selama ini Maya banggakan” Johan terdiam. Lidahnya kelu. Tersentuh hatinya mendengar kata-kata yang terungkap sebentar tadi.

”suka hati kaulah” akhirnya Johan membuat keputusan. Airmata yang di tahan-tahan tadi mengalir dengan sendiri tanpa di paksa.

Johan meninggalkan bilik mereka tanpa kata. Membiarkan isterinya berdepan sendiri dengan mainan perasaan yang di ciptanya. Janjinya untuk berjumpa dengan wanita tercintanya lebih penting.

”percayalah, Jo cintakan Maya sepenuh hati, kalau orang kata cinta boleh membuatkan seseorang menjadi gila, mungkin sekarang ni Jo dah gila”

”hish ada pulak cakap macam tu?”

“kenapa Maya tak percayakan Jo?”

”kepercayaan maya adalah bila Jo dah bergelar suami dan saat itu sedikitpun maya tak akan mengatakan tidak, tapi kalau Jo musnahkan kepercayaan itu Jo akan hilang sepenuhnya mungkin dalam sekelip mata”

Kata-kata yang diungkapkan satu ketika dulu yang sering dijadikan pegangannya kini terimbas kembali. Kalau dulu janji sumpah Johan dianggap penguat cinta mereka tapi kini itu semua hanyalah lakonan.

”sampai hati abang buat Maya macam ni.. apa salah maya?” dalam sendu terselit sejuta kesalan yang tak mampu ditanggung. Cinta johan sangat rapuh, akan datang dan pergi begitu saja.

Telifon bimbitnya dipegang. Satu persatu nombor di tekan. Mungkin hatinya sudah menemui kata putus, kata yang tak akan mungkin berpaling lagi.

***

”mama berkenan betul dengan budak Anita tu..cantik bijak, lagipun bukan orang lain” Lokman memandang ke arah mamanya. Dia tahu mamanya tak akan penat memadankan dia dengan mana-mana calon yang disukainya. Tapi apa yang mamanya tak tahu dia sudah ada pilihan hati malam hatinya semakin mengila bila teringatkan wanita itu.

”Mama cantik bukan menjamin yang Man akan bahagia”

”jadi Man nak yang tak cantik? Cacat macam tu?” Datin Maznah mula berang mendengar alasan anaknya.

”bukan itu maksud Man tapi kalau dah jodoh nak buat macamana, terima sajalah dengan hati terbuka”

”kau jangan nak buat gila Man, kau tahukan mama tak akan terima perempuan entah apa-apa jadi menantu mama” sudah banyak kali ugutan itu bermain di bibir mamanya , malah dia sendiri sudah hafal dengan dialog itu. Tapi seperti biasa dia akan tersenyum dan terus tersenyum.

”yang nak kawin tu bukan mamakan... so kenalah dengan apa yang Man nak”

”kalau betul kau cakap macam tu kau jangan marah kalau mama gunakan cara mama” sekali lagi datin Maznah mengugut anak bujangnya. Wajah wanita itu terbayang di mindanya. Hah anaknya mesti dah kena guna-guna dengan budak tu. Kurang ajar.

”dahlah mama macam serius pula, Man main-main mama betul-betul pula” ketawanya kedengaran. Ugutan mamanya itu sedikitpun tidak berbekas di hatinya.

”tapi Anita tu macam suka je dekat anak mama ni”

”emmm Man dengan Nita tu kawan je mama tak lebih dari itu.

”Mula-mula kawanlah nanti barulah rapat”

Lokman menggeleng perlahan. Mamanya kalau dilawan nanti lain pula yang jadi, baik dia terus berdiam diri. Malas memperbesarkan apa yang dirasakan remeh. Kalaulah mama tahu hati man kini dah dimiliki mungkin mama tak akan cakap macam tu. Andai muncul bidadari sekalipun mungkin Man tak akan berpaling sebab hati ni dah dipaku oleh panahan mata hazel milik Intan azura.

”lagipun si Anita tu dah ada speciallah Mama”

“special? Hishhh mana Man tahu? Setahu Mama dia memang sukakan Man dari dulu lagi lagipun Datin Murnipun dah bincang dengan Mama”

”Man nampak sendiri mama dia dengan sorang lelaki ni bukan main melekat lagi...” teringat aksi pasangan kekasih itu di Hotel Angkasa kelmarin. Mesra.
”emmm itu mungkin klien dia, atau saudara dia ke” datin Maznah membela bakal menantu pilihannya.

“mama Nita tu bukan orang lain dua pupu Man juga...tak akanlah Man tak kenal saudara dia” datin Maznah diam. Cuba menangkap ata-kata anaknya.

“tak percayalah, nanti mama tanya dia”

“suka hati Mamalah” Lokman berkata malas. Mamanya bukan boleh dilawan kalau lebih-lebih nanti tak pasal-pasal dapat title ‘anak derhaka’.


GILA KAU 30

GILA KAU 30

Pagi ini dia memilih untuk berehat di rumah. Lagipun dia sudah mengambil dua orang pekerja baru untuk butiknya. Kerja semakin ringan tapi butiknya itu perlu dipantau juga setiap hari. Malah hari cuti macam ni lebih ramai yang akan masuk ke Laifa butik. Intan menghidu udara yang nyaman, tumbuhan hijau yang memenuhi tamannya mambuatkan dia lebih segar.

‘yang kau sayang..sayang padamu . yang kau puja yang kau sayang bukan diriku’ suara nyanyian itu membuatkan shah semakin merapatkan dirinya ke pagar pemisah antara rumahnya dengan jiran kesayangan maknya.

“haiii lama tak nampak sedap suara” Intan berpaling. Dia kenal suara itu. Rindu pulak dia pada suara itu. Rindu? Hishhh..

”laaa...kan bagus kalau awak tak nampak saya mesti hidup awak lebih amankan”

”ni yang aku suka pasal kau..tahu je apa yang bermain di kepala hotak aku ni” shah kelihatan santai hari ini. Maklumlah hari ahad.

Intan mencebik, mamat poyo ni sengaja nak kenakan dia. Ada saja nak cari pasal pagi-pagi. Intan berjalan perlahan perlahan menuju ke pagarnya membuka peti surat. Beberapa keping surat ditarik keluar.

”amboii banyaknya surat” Intan membiarkan saja suara itu tanpa mengendahkannya.

”Intan” Mak Siti memanggil dari pintu rumah. Dapat dilihat wanita itu dengan jelas melambai-lambai ke arahnya.

”ya Mak Siti”

”Mari masuk rumah Makan mee goreng special”

”ehhh tak apalah mak Siti Intan dah sarapan”

”makan apa?” shah hanya memandang Maknya dan Intan yang berbual tanpa menghiraukan dia ada di situ.

”rotilah tu” teka Mak Siti apabila Intan terdiam lama.

”dah mari sini, mana eloknya makan roti tu tak kenyang langsung”

Intan tak dapat menolak permintaan Mak siti. Nampaknya dia gagal mempertahankan pembohongannya.

”tulah menipu, berdosa tau” sempat shah berbisik apabila Intan melintasinya.

”suka hatilah” marah Intan.

Mak Siti menyenduk mee ke dalam pinggan Intan. Shahrul sudah duduk bertentangannya turut sama menghulurkan pinggan kosongnya. Aik bukan ke dia dah makan tadi? . mak siti tersenyum. Mata anaknya dilihat seakan bersinar.

”Intan makan jangan malu-malu”

”entah jangan malu-malu buat macam rumah orang ek” gurau shah, Intan menjulirkan lidahnya. Sempat dia melihat kening shah yang berkerut melihat aksi spontannya itu.

”Intan tak pergi mana-mana hari ni?”

”emmm tak tahu lagilah mak cik mungkin petang nanti tengok-tengok butik” besemangat Intan menghabiskan mee di dalam pinggannya bukan sebab lapar tapi malas dia berlama di rumah itu, rasa tak selesa.

”kalau Intan tak keberatan bolehlah ikut mak siti”

”nak pergi mana Mak Cik?”

”pergi rumah farid...lagipun Ummi ada”

”hah..ummi ada...naklah dah lama tak jumpa ummi, bila tu mak Siti nak pergi?”

”emm lepas ni bolehlah kita pergi” Intan mengangguk tanda setuju. Ada rasa rindu di hatinya pada wanita yang dipanggil ummi.

Mak siti sudah bersiap sedia, dia membetulkan tudung yang terletak di kepalanya. Bau haruman Boss membuatkan dia berpaling. Shahrul sudah siap memainkan kunci kereta di tangan sambil menuruni tangga. Senyuman anaknya dipandang pelik.

”aik nak ke mana anak mak ni?”

”laaaa...kata tadi nak pergi tengok ummi”

”bukan tadi Shah kata ada hal lain ke?”

”mana ada mak ni, habis tak akan shah nak biar mak naik bas” senyuman maknya membuatkan shah mengaru kepalanya.

Panggilan dari luar membuatkan Mak siti tidak meneruskan pertanyaannya. Mungkin Intan yang memanggilnya. Shah mengikuti langkah mak siti.

”Mak cik dah siap?”
”dah Intan...amboii comelnya anak Mak cik ni” pujian itu melahirkan senyuman manis di wajah intan, namun senyuman itu mati apabila melihat wajah di tepi mak siti.

Shah menjeling beberapa kali ke arah Intan yang duduk di sebelahnya, haruman yang dipakai oleh Intan menyegarkan. Shahrul tersenyum bangga apabila Intan akur dengan arahannya.

”habis tu naik kereta siapa?”

”laa naik kereta akulah”

”oklah mak siti naik kereta saya, biar shah naik kereta dia..jomlah”

”ehhh nak buat apa bawa kereta banyak-banyak, nak pergi tempat yang sama? Dah naik kereta aku je”

”masalahnyakan saya dengan mak siti yang nak pergi? Awak sibuk tu buat apa?”

”masalahnya kau nak pergi mana?”

”rumah faridlah”

”farid tu siapa?” Intan diam.. matanya tajam menikam wajah shah. Dia tahu shah sengaja menyakitkan hatinya.

”hahh sudah ni nak pergi ke nak bergaduh ni?” Mujurlah maknya datang, dan yang pasti dia menang.

”ni kenapa senyum sorang-sorang?”

Peristiwa tadi hilang dari mindanya , Farid di depannya dipandang sekali imbas, Farid sudah mengambil tempat di depannya mengisi kerusi yang sememangnya kosong.

”kau menung apa? Ingat perempuan mana?” usik Farid.

”kau ingat dalam kepala hotak aku ni ada perempuan je macam kau?”

”manalah tahu..apa mimpi kau datang rumah aku ni?” pertanyaan Farid membuatkan dia menjeling.

”macam nak halau aku je”

”kau ni kadang-kadang macam perempuanlah. Cakap sikit marah merajuk, itu ayat tanya tahu tak bukan ayat penyata”

”entah aku mimpi kau bersanding semalam tu yang aku datang” giliran shah pula mengenakan sepupu kesayangannya itu.

”hahh itu maknanya mesti kau yang bersanding dulu sebelum aku” ketawa farid kuat.

”malas aku lawan kau ni cakap mesti nak menang je tak sia-sia kau jadi peguam syariah..tapikan akupun pelik juga kenapa kau tak ada special lagi? Sekurang-kurangnya aku pernah bertunag kau tu habuk pun tak ada”

”entahlah bila hari-hari aku berdepan dengan kes penceraian, perebutan anak aku jadi takut nak kawin. Macam baru-baru ni aku dapat kes anak jadi rebutan mak ayah dia kesian budak tu” farid meluahkan rasa hatinya. Memang itu yang sering menganggu hasratnya intuk berumah tangga.

”ajal, maut, jodoh dan pertemuan kita di tangan tuhan..kau tak boleh samakan hidup kau dengan kes-kes klien kau tu”

”amboi kau ni nasihatkan aku nombor satu..kau tu pun sama juga dua kali lima” shah ketawa lagi. Terasa nasihatnya sia-sia.

”kalau susah-susah sangat kau masuk Mutiara Holding je..tolong aku yang banyak kerja ni” sudah beberapa kali tawaran itu di berikan kepada Farid tapi sepupunya itu asyik menolak.

”aku sayang dan cintakan kerjaya aku sekarang”

”emmm dah agak dah jawapan copy paste” shah mencebik. Jawapan yang sama akan diberikan oleh farid.


Rumah banglo dua tingkat milik Farid memang cantik, lengkap dengan dekorasi taman yang sangat cantik. Apa yang lebih menarik minatnya adalah kolam ikan yang terletak tidak jauh dari tempat mereka duduk. Farid memang seorang yang mementingkan keindahan. Sama dengan sikap nenek, Ummi dan Maknya. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

”aku sukalah tengok taman kau ni cantik” puji shah. Farid tersenyum entah keberapa kali dia menerima pujian dari tetamu yang datang.

”kau jangan nak lari tajuk ek”

”tajuk pe?”

”kau tu umur dah berapa bila lagi nak kawin? Ni bukan soalan dari aku ek tapi soalan yang aku dapat dari madam kita dua orang dekat dalam rumah tu”

”haii aku rasa soalan tu sepatutnya soalan untuk kau bukan aku” dia tanhu soalan itu datangnya dari ummi dan maknya.

”aku pulak”

”laa umur kita bukan jauh manapun, kalau aku kena kau mesti kena jugakan”

”sebab aku kenalah aku nasihatkan kau ni, kalau kau kawin mesti aku terselamat dari serangan peluru bebelan dua madam tu” farid sudah tersenyum sinis.

”emmm bagus kau punya idea tu, nak selamatkan diri sendiri aku jadi mangsa ek”

”tulah namanya tektik”

”banyaklah kau punya tektik” ketawa mereka bersatu.

”kau dengan Intan macamana?”

”macamana apa?”

”kau tak ada perasaan ke dengan Intan tu?” pertanyaan Farid membuatkan jantungnya berdegup kencang.

”hishh kau tak ada apa-apa, dah tak akan ada apa-apa”

”emmm kalau tak ada apa-apa tu mesti ada apa-apa” Farid cuba mengorek hati sepupunya. Dia kenal sangat shahrul Iskandar. Seoarang yang paling susah berkongsi perasaannya dengan orang lain.

”along, abang shah makanan dah siap”

Perbualan mereka terhenti. Jeritan Aina dari muka pintu mengagalkan rancangan Farid untuk mendesak shahrul. Shahrul tersenyum tahu niat sebenar Farid membuatkan dia lebih dahulu bangun meninggalkan Farid dalam teka teki.

“cite apa yang seronok sangat Mak awak tu?”

”entah cite pasal bakal menantu kot”

Intan tersenyum mendengar apa yang lahir dari mulut shah. Dia dan shah sudah lama tunggu di kereta tapi dari cara Mak siti yang berbual dengan Ummi seperti lama lagi mereka akan tercegat di situ.

” Farid tadi kemana ek”

”ada hal katanya tadi tak tahu pulak ke mana..kenapa kau tanya dia?”

”tak ada apa”,

shah memandang Intan yang bersandar di kereta. Dia sudahpun duduk di tempat memandu dengan pintu kereta yang masih terbuka. Wanita itu nampak santai hari ini dengan jeans biru lusuh dipadankan dengan T shirt lengan panjang hitam sedondong dengan tudung yang dipakai.

”dua beradik ni kalau dah jumpa jangan haraplah sekejap” shah merungut perlahan. Melihat ummi dan maknya asyik berborak. Tadi kata nak balik.

”tak apalah mungkin banyak cerita yang nak di bualkan lagipun tadi sibuk siapkan makan, mana sempat nak bersembang”

”kau tak ada date ke hari ni?”

”entah mungkin ada mungkin tak ada” balas Intan acuh tak acuh.

”macam tu pulak?”

”macam tulah” Intan meninggalkan shah menuju ke arah dua orang wanita yang sedang ketawa. Shah hanya memandang lenggong wanita itu meninggalkannya, dia tersenyum.


Suasana suram malam membuatkan matanya masih belum mengantuk. Dia memanggil ibunya beberapa kali. Kedengaran sayup-sayup suara itu dari arah dapur. Laju langkahnya menuju ke arah yang sama.

“mak buat apa ni?” shah duduk di depan maknya yang sedang asyik melakukan sesuatu.

“tak ada apa saja kemaskan dapur ni sikit”

”tulah mak orang suruh pakai orang gaji tak nak...shah tak sukalah mak buat benda-benda ni lagi, cukuplah mak buat selama ni”

”alaa bukannya susah sangat pun..lagipun mak tak nak orang gaji tapi menantu, masa tu tak payahlah mak buat semua ni”

” hah..mak nak suruh menantu mak jadi orang gaji?? Hish-hish ni zaman ibu mertuaku ni” shah mula mengusik maknya.

Jelingan maknya membuatkan shah mematikan tawanya. Dia melangkah mengambil gelas dan menuju ke peti sejuk. Air oren jus diteguk perlahan. Maknya masih sibuk menyusun pinggan mangkuk ke dalam almari sederhana besar.

”kalau ada Intan ni mesti dia tolong”

”emm..habis kenapa anak angkat sayang mak tu tak tolong?” terdetik hatinya lama nama itu tidak meniti di bibirnya.

”dia ada dating..mak tengok tadi lelaki hensem jemput dia” sengaja dia membakar hati anaknya.

Shahrul terdiam, cuba memikirkan siapa yang bersama Intan hatinya sudah menduga mesti Lokman. Selain lokman tak pernah dia melihat lelaki lain bersama Intan. Bercintakah mereka?, mungkin Lokman memang kekasih dia?. Bermacam-macam soalan bermain di mindanya ketika itu.

Dalam hatinya bersyukur apabila melihat pertama kali wanita itu memakai tudung, walaupun tidak pernah mulutnya memuji namun dia akan tenang apabila matanya berlabuh di wajah mulus milik Intan. Cantik. Satu perkara yang tak pernah di akui di depan mana-mana manusia termasuk maknya sendiri.

***



Monday, June 1, 2009

KERANA KAU 10

Kerana kau 10

“kenapa Encik Adam tak habiskan?”

“emm saya dah kenyang” Ayuni memandang makanan yang masih banyak dipingan Adam.

“tak sangka awaklah wanita yang penumbuk Fariz tu” Adam menyedut milo ais di depannya. Wajah tenang Ayuni dipandang lama.

Hubungannya dengan Ayuni bertambah baik malah lebih baik dari sebelum ini. Ayuni jenis yang mudah didekati dan wanita itu bijak menyesuaikan diri. Entah kenapa dia sendiri berasa sangat selesa bila berhadapan dengan wanita ini. Iris matanya seperti ingin menyampaikan sesuatu tapi tidak diluahkan dengan kata-kata. Itulah Nur Ayuni Balqis.

“tak tahulah Encik Adam apa yang merasuk saya hari tu..mungkin Encik Fariz menguji tahap kesabaran saya” Ayuni tak senang bila peristiwa itu disebut kembali. Dia hampir nak melupakan segalanya tapi kenapa mesti diingatkan kembali.

”maaf kalau saya buat Awak tak selesa” sudah beberapa kali dia meminta Ayuni membuang panggilan Encik itu tapi semakin ditegur semakin dia selesa dengan panggilan itu.

”ehh tak adalah saya ok je”

”dah lama awak kerja dengan Neraca Holding?”

”emm baru lagi..apa yang pasti saya jumpa Encik Adam dulu sebelum saya masuk ke Neraca Holding”

”jadi kita di Neraca Holding nampaknya sama-sama baru”

”sama tapi tak serupa...Encik adam masuk je terus jadi bos..saya kuli je” kata-kata itu membuatkan Adam ketawa kecil.

”sayapun bermula dari bawah Ayuni..bertahun saya berkerja di tempat orang sambil belajar, lepas tu Datuk panggil saya balik jadi peluang ini saya rasa adalah yang terbaik” terang Adam. Senyuman dibibirnya masih tak hilang.

’emmm ke sebab kau bakal menantu Datuk..balik sebab nak jaga hati tunang kau..’bisik hatinya. Ayuni mencebik, meluat pula dia mendengar pengakuan Adam.

”ni tak apa ke Encik adam keluar makan dengan saya? Tak ada siapa marah” sengaja dia menduga.

“sepatutnya saya tanya soalan itu kepada awak..ni terbalik pula, siapa pula nak marah ayuni..lagipun kita makan bukan buat apa pun”

“manalah tahu” sekali lagi lelaki itu ketawa. Berkerut dahi ayuni, aku buat kelakar ke?

”saya suka tengok muka awak macam tu” kenyataan itu membuatkan ayuni bertambah pelik.

”muka saya? Kenapa?”

”bila awak buat muka keliru, muka menunjukkan awak macam ada sesuatu nak cakap tapi tak keluar di mulut awak tu”

”jadi Encik Adam tengok muka saya macam badutlah macam tu?”

“kalau muka badut macam awak ni mesti saya akan tengok hari-hari...comel sangat” kata-kata itu membuatkan Ayuni terkedu. Nampaknya dia berjaya meneruskan rancangannya.

‘kau akan tahu siapa sebenarnya Ayuni, aku akan pastikan perempuan tu juga akan rasa apa yang aku rasa. Aku akan pastikan keluarga kau juga akan rasa’ bisiknya dalam hati. Mata adam dipandang lagi. Kali ini pandangan yang seakan mengoda sengaja menimbulkan rasa di hati lelaki itu.

“tak sangka saya akan jumpa Encik Adam di Neraca Holading” Adam tersenyum.

“kalau awak tak sangka saya lagilah terkejut, rupanya awaklah orangnya yang sentiasa meniti di bibir Fariz”

“Encik Fariz menyata saya ke?”

“emmm tak adalah...Cuma Fariz adalah seorang ketua yang pentingkan mutu kerja, dia tak suka pekerja yang campur adukkan urusan peribadi dengan kerja. Jadi kita kena faham” Adam membela kawan baiknya.

“kita akan dikatakan profesional kalau boleh asingkan peribadi dengan kerja. Tapi siapa berani jamin yang kita tak akan terganggu kalau ada masalah sentiasa bermain dalam minda kita ni..lainlah kalau masalah tu kita boleh padam, macam kita padam dengan pemadam di atas kertas”,

“maksud awak?”

“kita manusia Encik adam..ada hati ada perasaan, memang saya akui kita kena pisahkan dua aspek tu tapi sebagai manusia dan bukan robot, saya masih tak mampu nak lakukannya..dalam sikap profesional sekalipun kita perlukan nilai kemanusiaan. Mungkin orang kaya macam Encik adam tak akan faham”

“awak terlalu cepat menilai orang Ayuni”

“bukan menilai tapi saya bercakap melalui pengalaman..”

“maksud awak orang kaya tak ada perasaan?”

“saya tak kata orang kaya tak ada perasaan, tapi perasaan dan pengalaman mungkin berbeza”

“kenapa awak kata macam tu?” adam masih tak puas hati

“perasaan dan pengalaman berbeza misalnya mungkin bagi Encik adam meninggalkan makanan yang masih banyak ini adalah sesuatu yang biasa tapi bagi kami orang miskin setiap apa yang kami dapat kami perlu hargai termasuklah makanan” jawapan Ayuni membuatkan adam memandang ke arah nasi goreng madu di depannya. Masih banyak sedangkan makanan ayuni habis dimakan.

“ini belum cukup untuk awak membuat kesimpulan” ayuni tersenyum lelaki ni memang sengaja nak mencari pasal.

Ayuni dan adam berjalan meninggalkan restoran Seri Melayu, langkah ayuni yang laju membuatkan adam berlari anak mengejarnya dari belakang.

“mungkin bagi orang seperti Encik adam duit 10 sen ni tak membawa makna tapi bagi orang seperti saya 10 sen sangat bermakna” ayuni berhenti di hadapan seorang pengemis lalu memasukkan duit syiling itu ke dalam bekas yang tersedia di depannya. Pengemis itu tersenyum dan berterima kasih.

“tapi...”

“tapi saya tak cakap yang semua itu teruk, Cuma pengalaman dan perasaan kita berbeza, mungkin disebabkan itu Encik Fariz juga tak boleh menerima cara saya” mulut adam terkunci. Kata-kata itu membuatkan dia hilang punca.

****

Adam memandang syiling 10 sen ditangannya, lama dia memikirkan apa yang dikatakan oleh Ayuni tengahari tadi.

“weii..kau ni kenapa dari tadi aku tengok pandang duit tu kenapa?”

“emmm tak ada apalah”

“kau tak ada duit ke?”

“hishh kau ni kalau tak ada duit dah lama aku mintak kau”

“habis apa masalah kau? Aleyya?” pertanyaan Fariz membuatkan dia tersenyum.

“kau ni nampak sangat adik kau tu masalah besar aku” ketawa Adam membuatkan Fariz menarik rapat kerusinya dekat ke arah Adam.

“aleyya buat hal lagi ke?” Fariz bertanya risau. Mukanya serius.

“kau rasa?”

“hishhh akupun tak tahulah..dia tu manja sangat mama dengan papa aku tu manjakan sangat dia, dia buat apa dekat kau?”

“dia suruh aku carikan kekasih untuk kau...yang jadi masalahnya siapalah yang nakkan harimau macam kau ni..semua perempuan tak tahan” adam ketawa kuat. Sengaja mengusik sahabatnya itu. Adam bangun menjarangkan dirinya.

“kurang asam punya kawan, kau tahu berapa ramai perempuan yang menangis sebab aku tolak cinta diorang? Kau tak tahu tahap kehebatan kawan kau ni” Fariz berlagak angkuh. Sengaja dia menayangkan muka machonya kepada Adam.

Adam tersenyum dia akui apa yang dikatakan Fariz betul. Teringat ramainya peminat lelaki itu sehinggakan ada diantara mereka yang sanggup menemui Datin Normah semata-mata menunjukkan rasa cinta mereka.

“kau ni aku tanya seriuslah” tanya Fariz tak puas hati.

“ apa makna seposen ni bagi kau?”

“aikk pelik soalan tu...kenapa kau tanya aku macam tu?”

“ni yang aku tak boleh cakap dengan kau ni mesti kau jawab dengan soalan balik...”

“masalahnya soalan kau lari dari tajuk perbincangan kita...” Fariz menegakkan lagi hujahnya.

“entahlah ada seseorang yang membuatkan aku terfikir sesuatu yang selama ini aku tak fikir dan mungkin kau juga tak pernah fikir” fariz pelik, lama wajah temannya itu dipandang.

“emm hebat juga orang tu sampai boleh buat kau terfikirkan seposen ni” Fariz ketawa. Terasa ada sesuatu yang mengelikan hatinya.

“ dahlah baik kau pergi balik bilik kau” ketawa Fariz masih belum reda.

“aikk halau bos nampak?” kata-kata Fariz membuatkan Adam tersenyum. matanya menghantar langkah temannya keluar dari bilik. Pintu ditutup perlahan. Adam bersandar di kerusi fikirannya masih memikirkan kata-kata Ayuni. Tiba-tiba pintu biliknya dibuka kembali.

“aku bagi kau duduk di kerusi tu bukan untuk fikir masalah seposen tu..tapi untuk kau uruskan hal-hal syarikat..so baik kau kerja dari melayan perasaan kau tu” Fariz sempat berpesan.

“baik bos..” Adam ketawa kuat, sibuk betullah si Fariz ni. bisik hatinya. Tapi dia sedar Fariz adalah seorang bos yang tegas dalam urusan kerja. Tak kiralah dengan keluarga sendiri sekali pun.

****

“Datuk semuanya dah sah…dia anak Datuk” Laporan DNA itu bertukar tangan. Datuk mansur meneliti laporan ditangannya. Betullah apa yang disangkanya selama ini. Patutlah setiap kali dia menatap wajah Ayuni terasa sayang yang melimpah terhadap wanita itu.

“Datuk...Datuk” panggil Borhan beberapa kali.

“jadi selama ni dia tahu saya ini Papanya?” Tanya datuk Mansur seperti baru sedar dari mimpi?

“itu saya tak pasti Datuk..mungkin juga dia tahu atau ada kemungkinan juga dia tak pernah tahu” jawapan Borhan membuatkan dia memegang kepalanya. Mampukah dia menghadapi anak yang selama ini di abaikan? Mampukah dia bedepan dengan Ayuni setelah apa yang dilakukan? dia sendiri takut memikirkan andaian yang bermain di fikirannya.

“lepas ni Datuk nak buat apa?”

“entahlah Borhan sayapun tak tahu apa nak buat..tapi saya kena tebus semula apa yang saya dah buat selama ni..saya dah banyak dosa”

“macamana dengan keluarga Datuk sekarang? Mereka boleh terima dia?” soalan Borhan lagi. penyiasat upahannya itu memang bijak. Bijak dalam mentafsir semua masalahnya.

“itu saya tak pasti, apa yang saya patut buat sekarang jumpa Ayuni anak saya”

Matanya masih lagi belum mampu dilelapkan. Satu demi satu peristiwa bersama Ayuni bermain di fikirannya. Kenapalah selama ni aku tak boleh tangkap yang dia anakku? Matanya mirip Mardiana..serupa, wajah mulus cantiknya juga mirip Mar..maafkan abang Mar sebab biarkan anak kita menderita. Adakah dia dapat menerima abang sebagai papanya.
“ehh..papa baru balik?” Fariz memerhatikan langkah papanya yang meniti dalam gelap. Lampu ruang tamu dipasang.

“hishh Riz ni terkejut Papa”

“haii papa terkejut? Macam buat salah je?” senyuman itu membawa sama rasa terkejut yang bersarang di hatinya. Datuk Mansur duduk di sofa sambil melepaskan keluhan berat. Terlalu banyak yang difikirkan.

“papa dari mana?” Fariz menghampiri Papanya.

“jumpa kawan papa dia baru balik dari Landon..papa tak nak kecutkan mama kamu..tu yang jalan macam pencuri tu” penjelasan Datuk Mansur, tahu apa yang bermain di fikiran anak mudanya itu.

“mama dah lama masuk tidur papa”

“riz tak tidur lagi?”

“dah tidur tadi tapi dahaga pula..tu yang bangun nak minum, lepas tu nampak ada orang tu terhendap-hendap nasib baik Riz tak pasang kekuda tadi papa” ketawanya kedengaran di sambut gelak Datuk Mansur.

“amboi papa hantar pergi belajar silat bukan nak suruh bersilat dengan papa..” sindir papanya membuatkan ketawa Fariz bertambah.

“riz tengok papa macam ada masalah je?”

“setiap manusia akan ada masalah Riz..tapi tak apalah nanti suatu hari papa ceritakan pada Fariz, Papa penat nak naik tidur” Datuk Mansur meninggalkan anaknya, memang badannya penat sangat. Ditambah pula masalah yang bakal timbul nanti. Perlahan langkah di atur sama dengan hatinya yang menghitung masa. Perlukan dia berjumpa Ayuni dalam masa terdekat ni?

****

Adam mengelap rambutnya dengan tuala. Dibiarkan saja tubuhnya dibelai angin malam. Dia hanya berseluar pendek memang itulah kegemarannya. Selesa rasanya untuk lena nanti. Lama dia memerhatikan hiasan lampu yang menghiasi metropolitan ini dari balkoni kondonya. Tenang malam ini, tapi tak setenang dirinya. Kenapa?

“Nur Ayuni Balqis” tiba-tiba nama itu meniti di bibirnya. Dia tersenyum.

Dia sendiri mengakui tarikan Ayuni sangat kuat, apa sahaja yang dilakukan oleh wanita itu terasa berkesan di hatinya. Malam ada kalanya dia sendiri sengaja mengadakan cerita untuk berada lama dengan wanita itu. Tapi kenapa?
‘hishhh tak akan aku jatuh cinta kot? Aleyya nak letak mana? Come on Adam jangan buat kerja gila’ bisik hatinya.

Dia kembali mengadap notebook kesayangannya masih ada yang perlu diselesaikan kalau dia terus melayan rasa sampai esokpun tak akan selesai.

GILA KAU 29

Gila kau 29

Intan melangkah keluar meninggalkan pusara Hafiz. Lama rasanya dia tidak menemani hafiz di situ. Setiap kali hatinya teringankan yayasan setiap kali itu nama hafiz akan meniti di bibirnya. Namun pemergian hafiz sudah di relakan tiada yang akan kekal di dunia ini. Jam di tangannya menunjukkan pukul 9 masih awal. Teringat nasi lemak Mak senah perutnya tiba-tiba lapar.

Kereta Gen 2 hitam berhenti di tepi gerai kecil. Mak aiii ramainya orang, kakinya melangkah perlahan. Ada beberapa mata memandangnya di saat dia masuk ke dalam kedai.

“fuyooo...cantiklah awek tu” kata rosli. Sambil matanya masih menikam susuk tubuh yang baru sahaja keluar dari perut kereta.

“kau tu batang kayu pun kau kata cantik” sambung Ayub. Rokok ditangannya masih belum sempat di sedut. Nasi lemak kesukaannya dilu di telan. Fazrul hanya tersenyum melihat gelagat dua rakannya. Matanya turt terhenti pada wanita yang diperkatakan.

Hah..dia ni rupanya, Fazrul menelan air liurnya. Dia menarik Utusan di depannya berpura-pura meneliti kandungannya. Cuba menyembunyikan wajahnya di sebalik akhbar Utusan itu. Namun matanya tetap curi-curi memandang ke arah Intan Azura, sebaris nama itu terlintas di hatinya.

“kalau aku dapat tu mesti aku tak keluar rumah..” suara rosli membuatkan ayub mencebik.

”tak akan dipandangnya muka pecah rumah macam kau tu..lainlah aku ni..” ketawa Rosli kedengaran tiba-tiba..

”kalau muka seposen macam kau dia nak baik dia ambik muka pecah rumah aku ni lagi berbaloi” ketawa mereka bersatu. Fazrul tersenyum mendengar angan-angan kawannya.

”emm..korang jangan perasanlah, perempuan macam tu..tak akan dipandangnya muka macam kita ni”

”mana kau tahu Rul?” tanya Ayub kembali.

”haiii kau ni buat-buat tanya pula ayub kawan kita ni bukan ke Romea terhebat dalam KL ni sekilas bak kata pepatah sekilas perempuan yang lalu dia dah tahu janda dan daranya” puji Rosli. Mereka ketawa lagi. Pepatah bodoh Rosli membuatkan mereka keras perut ketawa.

Emang rutin mereka setiap hari minggu pasti akan melepak di gerai Mak senah. Kalau tak perkena nasi lemak Mak senah boleh demam seminggu. Intan cuba mencelah untuk membeli nasi. Ramai pula yang menunggu.

”cik duduk dulu ek..” kata pembantu mak senah, Intan Akur. Dia mencari tempat yang sesuai. Dia duduk tak jauh dari kaunter senang jika ada yang memanggil.

“apa lagi inilah masanya nak tunjuk jantan” kata Rosli. Fazrul hanya diam. Tersenyum. Hatinya juga terusik bertanyakan pelnagai soalan. Layan ke perempuan tu dengan pemuda selekeh macam Rosli dan Ayub ni?. Kalau lelaki seperti Lokman yang sentiasa dikejar?

“kau rasa dia layan ke orang maca kita ni?.. kau tengoklah kereta dia dengan moto buruk aku tu…kalau dengan Rul bolĂ©hlah” Ayub merendah diri. Tiba-tiba dia sedar dengan kedudukannya. Alangkan Mazni anak Mak som tu pun tak memandangnya sebelah mata inikan pula wanita elit macam tu.

“ala tak salah kalau nak cuba..lagipun kau bukan nak buat binipun” Fazrul mengampuk, tahu apa yang bermain di minda kawannya itu. Dia sendiri ingin melihat reaksi Intan. Selama dia mengekori wanita itu, dia hanya nampak Intan bersama dengan lelaki-lelaki kaya.

Rosli mengangkat keningnya kearah Ayub, cuba mencabar rakannya itu. Wanita pujaan mereka tadi hanya duduk tidak jauh dari meja mereka. Ayub dengan bangganya bangun merapati meja yang dari tadi diperhatikan. Rasa tercabarnya membuatkan dia menunjukkan kejantanannya.

“haiii sorang je” ayub duduk di sebelahnya. Intan terkejut tiba-tiba saja lelaki itu datang kepadanya.

“maaf saya tak berniat..awak terkejut?” Intan memandang ke arah lelaki itu dari atas sampai bawah dia meneliti penampilan lelaki itu. Mungkin pemuda kampung, agaknya sendiri.

Sementara Fazrul dan rosli hanya memandang dari jauh meneliti satu persatu perlakuan ayub. Kawanya itu memang pantang dicabar. Tapi tak pernahpun berhasil.

“dah dapat ke pesanannya?” tanya ayub tak puas hati.

“belum lagi” jawapan dari Intan membungakan senyuman di bibir Ayub. Wanita itu menyambut soalannya. Hatinya berlonjak suka.

“selalunya kalau hari minggu macam ni ramai orang maklumlah sedap nasi dekat sini, cik ni dah banyak kali ke makan dekat sini?”

“baru tiga kali tupun kawan yang kenalkan memang sedappun” Intan membalas dengan senyuman. Tak salah kalau dia berbuat baik dengan orang. Biarpun hatinya sedikit ragu namun dia tahu lelaki di depannya itu nampak baik.


”lama dah ke tunggu?”

”bolehlah juga..tapi tak adalah lama sangat” Intan cuba melihat kalau-kalau pesanannya dah siap.

”saya ayub...”

”Intan Azura..”

”sedap nama awak” puji ayub. Intan hanya tersenyum. Faham sangat tektik lelaki itu. Ayat yang sering didengari bila dia memperkenalkan namanya.

”emm tak apa nanti saya tengokkan pesanan Intan” lelaki itu bangun, belum sempat Intan berkata apa-apa. Dia melihat sahaja gelagat lelaki itu masuk terus ke dalam kaunter, kelihatan lelaki itu sudah biasa dengan kedai ini.

Ayub kembali dengan dua bungkus nasi lemak siap didalam plastik di tangannya. Intan membalas senyuman lelaki itu. Bungkusan itu bertukar tangan.

”aikk...macamana boleh dapat cepat ni..kan ramai lagi tu” tanya Intan pelik.

” emmm...ini rahsia tau jangan bagi tahu orang lain..”

”kenapa?” berkerut dahi Intan..hishhh biar betul tak akan dia curi kot.. Intan memandang wajah lelaki itu serius.

”sebenarnya Mak senah tu mak cik saya..” bulat mata Intan mendengarnya.

”ohhh patutlah awak beria-ria iklan dekat saya tadi....” ayub ketawa disertai Intan.

”tapi memang sedapkan..?” pertanyaan Ayub dibalas dengan anggukan, mereka tersenyum. Intan mengeluarkan RM5 dan diserahkan kepada Ayub.

”ekkk..tak apa saya belanja Intan”

”mana boleh macam tu..kita baru saja kenal dah awak nak belanja nanti segan pula saya nak beli lagi dekat sini”

”tak apa anggap ini hadiah perkenalan saya dengan Intan”

”dan anggap sahaja saya terima perkenalan itu dengan membeli nasi ni dari kedai Mak cik awak..”. intan meletakkan RM5 itu di atas meja. Dia tersenyum lalu berlalu pergi selepas memberi salam.

Lama ayub memerhatikan gerak langkah wanita itu sehinggalah Gen2 hitam itu hilang dari pandangan. Dia tersenyum tak sangka dia berjaya kali ini. Tak sangka wanita itu sanggup menyambut salam perkenalannya. Sementara Fazrul dan Rosli memandang tanpa berkelip. Senyuman dan tawa ayub bersama wanita tadi membuatkan mereka seperti tidak percaya. Ayub melangkah bangga sambil mengangkat keningnya ke arah Fazrul dan Rosli.

”amboii...hebat juga kawan aku ni” Rosli memuji ayub.

”kau cakap apa dengan dia sampai berbisik-bisik?” tanya Fazrul tak puas hati. Kenapa begitu senang Intan berbual dengan ayub.

”emmm entahlah akupun terkejut juga, baiklah Intan tu... kita salah nilai dekat dia tadi, si Mazni anak Mak som kontot tu pun tak layan aku sopan macam tu tahu tak...pandang aku sebelah mata pun tak nak..aku rasa macam mimpi pula hari ni” kata-kata Ayub membuatkan dia ketawa sendiri.

”cihhhss kalau aku tahu dia baik macam tu tadi baik aku yang pergi...rugi betullah” rosli bersuara kesal.

”hahhhh abang yub mak mintak duit nasi kakak tu tadi..” Ita anak Mak Senah datang tiba-tiba. Dengan lagak gengsternya.

”kau ni nama je rozita patutnya nama kau Roslan..minta duit macam along je”

”alaaa tak ada maknanya nak lembut-lembut cepat meh sini duit tu..” ayub menghulurkan RM5 kepada adik sepupunya.

”garangnya anak mak senah ni” sampuk rosli.

”hahhh garang-garang juga..ni hutang abang Rosli bila nak bayar?...tak akan nak datang makan free je kot?” sergah Ita. Kali ini giliran Rosli pula kena. Kecut perutnya. Ayub di sebelahnya hanya senyum kambing, geli hati dia melihat wajah Rosli.

”alaa ita ni nanti abang bayarlah...cukup bulan ek...”

”cukup bulan..cukup bulan...entah bila cukup bulan dia entah..” bebel Rozita sambil berlalu pergi.

”hishhh....apalah anak mak senah ni macam singa dah....”berkata apabila pasti rozita sudah jauh dari mereka.

”padan muka kau...makan dekat sini macam kau buat macam makan rumah kau je” ketawa mereka bersatu.

”kau ni apahal Rul dia je dari tadi diam je?”

“emm tak ada apalah ok je” dia masih memikirkan Intan tadi. Entah kenapa sejak dia mengekori wanita itu dia semakin ingin mengetahui siapa sebenarnya Intan Azura. Dia mengambil kunci keretanya.

”weii kau nak kemana tu?”

”ada kerja sikit..” Rosli dan Ayub berpandangan sesama sendiri.

*****

GILA KAU 28

Gila kau 28

Maya menatap gambar perkahwinannya baru menjangkau tiga bulan tapi Johan bukan lagi seperti dulu. Malah apa yang mengejutkannya Johan mula naik tangan ke tubuhnya. Semalam dia bergaduh besar dengan Johan semata-mata disebabkan dia mencuri baca mesej di dalam telifon bimbit suaminya. Entah kenapa belum sempat dia memberi penjelasan tangan Johan terlebih dahulu sampai ke mukanya.

Airmatanya menitis lagi. Kepada siapa harus diadukan sealanya? Pada mama dan papa tak mungkin itu akan berlaku. Tiba-tiba hatinya terlalu merindui Intan. Nombor telifon bimbit sahabatnya itu didail.

‘hello..haiii Intan”

‘Maya kau ke?”

“akulah siapa lagi” senyuman mekar di bibirnya.

”Maya aku rindukan kau...rindu sangat..” luah Intan menambahkan sebak di hatinya. Setitis mutiara jernih itu mengalir lagi. Namun sedaya upaya ditahan.

”kenapa suara kau lain je aku dengar . kau tak sihat ke?”

”emm aku tak berapa sihatlah sakit tekak” Maya cuba menyembunyikan rasa hatinya,

“amboiii ke ada sesuatu?” gurau Intan terbayang wajah bahagia temannya.

“hishh kau ni mana adalah..tak ada rezeki lagi” faham dia apa yang dimaksudkan Intan, ketawa temannya itu mengubat sedikit kedukaan hati yang semakin bersarang.

“kau ok?” pertanyaan Intan secara tiba-tiba membuatkan airmatanya hampir menitis, dia cuba sedaya upaya menahan perasaan yang semakin membuak.

“ok...kau tu duduk dekat rumah tanpa aku amacam?”

“alaaa Maya..kau tak ada aku rasa macam dunia ni pelik je..balik je butik cakap dengan dinding..bosanlah” kedengaran ketawa kecil Maya di corong telifon. Namun iramanya seakan sumbang.

“Maya kau ok ke?” entah kenapa soalan itu lagi yang ditanya. Hatinya masih tak berpuas hati dengan jawapan Maya.

“oklah...Johan suami yang Romantik..rugi kau lambat kawin..” ketawa mereka bersatu.

“oklah Intan aku nak masak..emm nanti aku call lagi ek.. “ belum sempat mendengar jawapan diberi, talian dimatikan. Intan tersentak. Aikk kenapa maya ni baru berapa minit cakap dengan aku?

Airmata yang dari tadi ditahan merembes keluar, sesak nafasnya tiap kali Intan bertanyakan hal kebahagiaannya. Bahagiakah aku?, maya kembali ke alam nyata. Rumah teres setingkat ini dipandang lama. Kenapa perkahwinannya jadi begini? Apa salah aku?. Gambar perkahwinan mereka ditatap. Menyesalkah aku?


Langkah Intan dilajukan, sejak kebelakangan ini dia merasakan segala tingkah lakunya diperhatikan. Dari jauh dia dapat melihat kelibat Lokman yang tersenyum lebar.

“lama dah tunggu?”

“tak juga baru sampai”

“maaf ada stok baru sampai tadi”

”tak apa order dululah...Intan nak makan apa?” tanya Lokman. Matanya masih menatap wajah Intan, lama wajah iu tidak ditatap. Kali terakhirpun di majlis perkahwinan Maya. Kebetulan Johan juga merupakan salah seorang rakannya ketika di sekolah menengah.

“emmm apa-apa jelah”

“kejap ek...tak adalah Intan” berkerut dahinya, Lokman tekun meneliti Menu di hadapannya.

“apa yang tak ada?”

“makanan nama apa-apa jelah..mungkin restoran ni tak cipta lagi kot” bicara Lokman mukanya serius. Intan ketawa kecil, pantas tangannya mencapai menu dari tangan Lokman kemudian terdengar gelak lelaki itu.

“nak buat lawaklah tu?”

“taklah saja nak buat kelakar..” wajah wanita itu dipandang, manis senyumannya.

“kelakarlah sangat..”

“tak kelakar ke..tapi kenapa Intan ketawa?”

“saja nak buat senaman mulut” kini giliran Lokman pula melepaskan tawanya.beberapa mata memandang ke arah mereka. pantas Intan menutup mulutnya. Terasa ketawanya menganggu pengunjung di situ.

“awak ni..”

Intan memandang tak percaya. Jumlah perbelanjaan Lokman di dalam resit ditangannya. Jurujual itu tersenyum lalu memberikan resit kepadanya.

“suami Puan tertinggal resit tadi” tangannya mengambil kertas kecil yang dihulurkan wanita itu.

“suami?”

“emmm abang yang pakai T-shirt biru tadi” lokman? Mungkin wanita itu salah faham.

“ok terima kasih” senyuman bertukar senyuman. Dalam hati wanita itu memuji kecantikan Intan. Memang padan dengan suaminya yang kacak bergaya.

“akak ni memang cantik sesuai dengan suami akak yang hensem tu” pujian wanita itu membuatkan hati kembang sekejap.

“terima kasih...yang hensem tu bukan suami akak, dia tu abang akak..kalau adik nak boleh akak kenalkan...” Intan mula mengusik, tiba-tiba hatinya berbisik nakal untuk mengenakan Lokman.

“abang?..betul ke kak?” mata wanita itu bersinar-sinar.

Lokman datang ke arah mereka, tangan lelaki itu penuh dengan barang-barang yang dibeli. Senyumannya tak pernah lekak apabila Intan setuju menemaninya membeli belah. Tak sangka wanita itu akan bersetuju.

Pelik, asal pula minah ni pandang aku semacam je. Matanya memandang ke arah jurujual yang berdiri tak jauh dari Intan. Mata wanita itu memandangnya dengan pandangan yang menggoda.

“Man kenalkan Mastura” Intan tersenyum lagi. dalam hatinya ibarat digeletek hebat apabila melihat wajah tak berperasaan Lokman.

“haii.Lokman”

“Mastura..” wanita itu tersenyum manja. Lokman menelan air liurnya. Pantas tangan Intan ditarik meninggalkan jauh wanita itu.

Langkah Lokman semakin laju. tangannya masih mengheret tangan Intan. Nasib baik berlapikkan lengan bajunya yang panjang.

“ehhh awak nak bawa saya kemana ni?” langkah mereka berhenti. nasib baik Intan dapat mengawal langkahnya kalau tidak mesti dia terlanggarkan tubuh Lokman yang tiba-tiba berhenti.
“apa awak cakap dengan jurujual tu tadi?”

“kenapa?”

“saya tengok lain macam je” Intan ketawa besar. Lokman pelik.

“tak ada apa...dia suka tengok awak...dia kata hensem sangat...so saya suruhlah dia masuk jarum” mendengar kata Intan membuatkan Lokman mengeluh kecil. Nak main-main pula dia ni bisik hatinya.

Resit pembelian di tangannya tadi diserahkan kepada Lokman. Berkerut dahi lelaki itu tapi lepas dia meneliti kertas kecil itu barulah dia tersenyum.

“awak beli apa? Banyak macam ni?”

“tak ada apa..” jawab lokman sambil memasukkan kertas itu ke dalam poket seluar jeansnya.

“tak ada apa? Mak aiii nak dekat beribu habis tak ada apa?” Intan bertanya lagi, masih tidak berpuas hati dengan jawapan Lokman.

“jom kita pergi minum..” laju lelaki itu meninggalkannya dengan tanda tanya. Intan mengangkat bahunya lalu dia mengekor perlahan di belakang Lokman.

“tak apa ke awak keluar dengan saya ni Intan?”

“kenapa?”

“nanti tak pasal-pasal muka saya ni lebam kena belasah dengan kekasih awak” duga Lokman sengaja dia mengorek rahsia.

“alaaa kalau setakat lebam tak apa saya takut awak masuk ICU terus” meledak ketawa Intan. Sengaja dia mengenakan Lokman.

“takutlah saya macam tu...” Lokman sengaja menayangkan muka seposennya.

“siapalah yang nak dengan saya ni Man..nak kata rupa tak ada harta jauh sekali..”

“amboii ke memilih sangat?” Intan tersenyum.

“bukan memilih tapi menapis....” sekali lagi dia ketawa. Entah kenapa hatinya senang bila bersama Lokman. Terasa senang untuk dia melepaskan segala apa yang terpendam di hatinya. Lokman hanya tersenyum, dia tahu cukup susah dia ingin mengorek rahsia wanita itu. Intan seorang yang teralu berahsia.

Dari jauh ada dua pasang mata yang sedang memerhatikan mereka. sama-sama dari tadi tidak henti memandang pasangan itu. Fazrul tersenyum sinis. Dia bertindak tepat dengan masa, hatinya berbisik suka. Matilah kau lokman.

“kurang aiar punya perempuan..kaki kikis” marah Datin Maznah.

“tulah Mak ngah...Rul dah cakap tak nak dengar” masam muka Mak saudaranya itu membawa berita baik kepadanya. Lepas ini pasti semua apa yang dikatakannya akan masuk ke telinga Mak Ngahnya.

“itu entah apa yang di belanjakan Lokman pada perempuan tu...habislah kalau macam ni” sengaja dia mengapi-apikan hati Mak ngahnya.

“ini tak boleh jadi ni Rul..apa kita nak buat ni..aku tak nak Lokman tu jadi mangsa nanti” kata-kata Datin Maznah menambahkan lagi senyuman lebar Fazrul. Kepalanya ligat memikikan idea-idea jahat.

“tak apa Mak ngah kita tengok dulu sejauh mana mereka boleh pergi...lepas tu baru kita bertindak..” Datin Maznah tidak lepas memandang gelagat anaknya dari jauh. Mesra. Hatinya sakit. Macamanalah Lokman boleh kenal dengan perempuan tak tahu asal usul tu.

Lokman menceritakan pengalamannya di china, Intan asyik mendengarnya. Memang dia selesa berbual dengan lokman lelaki itu seorang yang memahami, bijak mencari topik perbualan di antara mereka. pengunjung di Cafe & Tea ni pun tak ramai sangat. Matanya meneliti pasangan-pasangan yang masuk ke dalam kedai. Tiba-tiba matanya menangkap satu wajah yang sangat dikenali. Tangan lelaki itu memeluk erat pinggang pasangannya. Mengalahkan suami isteri. Tajam pandangan matanya.

‘Johan? Apa dia buat dekat sini? Siapa pulak perempuan tu?’ teringat perbualannya dengan Maya yang menyatakan suaminya itu ke singapura ada urusan kerja tapi bukankah di depan matanya kini johan?.

“kenapa Intan?” Lokman dapat melihat perubahan wajah Intan.

“emmm eh tak ada apa..Man jom kita balik, penatlah” Inatn memberi alasan. Sebenarnya dia malas melihat sandiwara di depan matanya itu. Kurang ajar punya Johan, berani kau buat sahabat aku macam tu..tapi wajar ke dia sampaikan apa yang dilihat pada Maya?. Merekakan baru kawin.

“Intan...”

“hah...ya.”

“jomlah kata nak balik..” Intan kembali ke alam nyata.

***

Dahinya berkerut seperti memikirkan sesuatu. Dari tadi dia mundar mandir di ruang tamu rumahnya. Bercakap sendirian. Tangannya digengam erat. Mindanya berfikir ligat entah kenapa apa yang dilihatnya petang tadi bermain-main di fikiran. Ada rasa marah, risau, sakit hati dan macam-macam lagi. pantas nombor telifon bimbit Maya diangkat.

‘hello..” suara mamai sahabatnya membuatkan dia menekan yang maya sudah tidur ketika ini. Patutlah Jam di dinding dah menunjukkan pukul 1.30 pagi.

‘hello....Intan kau ok ke?’ Maya kembali bertanya. Kenapa Intan masih tak bersuara.

‘aku tiba-tiba rindukan kau..’

itu saja yang mampu diucapkan. Lain yang dirancang lain pula yang keluar..bodohnya kau Intan, cakaplah apa yang kau nampak tadi. Dapat didengari suara tawa kecil Maya.

“kau ni tulah aku suruh kawin tak nak ni dah rindu-rindu’

“amboii....Johan mana?” lama Maya mendiamkan diri. Begitu juga Intan.

“dia kata ada urusan lagi dekat sana tak dapat balik..tak apalah Intan lagipun dia kerja pun untuk aku juga” Intan mengigit bibirnya geram.

“emmm tak apalah Maya aku pun ada hal ni nanti aku call lagi ek...bye, sayang kau” segera dimatikan talian. Adakah maya simpan sesuatu?’







TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets