Thursday, December 23, 2010

GILA KAU 45

Gila kau 45

mungkin bukan kali pertama atau mungkin bukan kali terakhir saya memuji awak. Awak memang istimewa malah teristimewa yang pernah singgah di hati saya. Malah bukan disebabkan rasa cinta tapi lebih dari itu. Saya menghormati awak. Tapi entah kenapa apabila saya berfikir sedalam-dalamnya antara kita ada perbezaan. Maafkan saya Intan saya mungkin bukan yang terbaik untuk awak..saya terpaksa putuskan apa yang telah kita rancangkan.maafkan saya mungkin awak akan berjumpa dengan lelaki yang lebih baik dari saya.

Selamat tinggal....

ikhlas..
lokman

helaian biru itu jatuh melayang ke lantai. Ketika itu semua yang dilihatnya seakan hitam, gelap. Tiada apa yang dapat diucapkanlagi dengan apa yang terjadi. Dibiarkan saja Maya mengutip surat di lantai. Soalan demi soalan tak mampu dijawab.

“gila ke apa si lokman ni? Dia ingat semua ni kerja main-main ke? Kurang ajar..” sekali lagi telifon bimbit lokman dihubungi tak cukup dengan itu dihubungi telifon rumah juga tak berjawab. Jelas lelaki itu cuba melarikan diri.

“Ya Allah anak aku...sabar Intan..” Mak Siti meluru ke tubuh Intan lalu didakap kejap.rasa simpatinya tumpah pada wajah yang suram dalam pakaian pengantinnya.

Sumpah seranah sudah sebakul keluar dari mulu Maya. Semua yang ada di bilik sudah hilang suara. Ummi juga hanya duduk termenung sambil matanya masih menatap wajah sayu Intan. Hilang sudah wajah cerianya tadi, senyuman yang tadinya manis langsung hilang seri. Memang dia tak sanggup nak menelan apa yang berlaku sekarang apatah lagi yang punya diri.

Sok sek sok sek dari jiran tetangga sudah kedengaran. Tetamu juga sudah memakin memenuhi ruang rumah. Ada juga yang sibuk bertanya bila majlis nak bermula. Tak cukup dengan itu ada juga yang dok tambah tolak cerita.

Wajah Intan dan kemerahan. Dah tak tertanggung apa yang akan terjadi. Nak bersuarapun dia sudah tak bersuara. Maya masih lagi tak putus asa menghubungi Lokman. Dalam hatinya masih tak habis dengan sumpah seranah. Dasar lelaki suka sangat menyusahkan dan menyiksa orang.

“kita batalkan saja majlis ni..” akhirnya suara emas Intan lahir. Bersama linangan airmata yang tadinya kaku.

Saat seakan berhenti.ketika itu semua mata memandangnya dengan penuh rasa simpati. Alia adik Farid sudah turut meenitiskan airmata. Inai yang merah di jari Intan membuat dia turut sayu.

“ nanti.. jangan kita jadi orang lemah.. majlis ni tetap akan diteruskan walau apapun terjadi, Lia cari abang Farid kamu..” Ummi membuat keputusan, tiada bantahan.

“tapi long...” mak siti cuba membantah..
“dah tak payah nak tapi-tapi... Intan ni dah macam anak aku, biar kita yang buat keputusan macam orang tua, jangan biarkan orang pijak maruah kita..aku suka kalau Intan jadi menantu aku..” titik. Satu keputusan yang mengejutkan semua di situ.

Maya memandang wajah Intan yang seakan tiada reaksi. Adakah temannya itu rela bila masa depannya ditentukan sesuka hati?. Intan please say something!!! rintihnya dalam hati. Cuba memberi isyarat mata tapi gagal.

Tapi mungkin ini cara dan jalan yang terbaik untuk menyelamatkan sahabatnya itu. Cukuplah dengan apa yang dah terjadi. Mungkin inilah yang dinamakan takdir.

******

“aku terima nikahnya Intan azura Abdullah dengan Mas kahwinnya RM80 tunai..”

suara itu hilang bersama air mata yang enggan menitis. Hatinya sejak tadi seakan lumpuh tak mampu lagi nak berkata-kata. Hanya bisikan-bisikan kata-kata semangat yang mampu didengar, namun satupun tak termasuk dalam kotak hatinya. Lalu bagaikan angin. Akhirnya ini rupanya mainan takdir untuk dirinya.

Acara berjalan seakan terlalu perlahan. Sempat juga telinganya menangkap suara-suara dari penduduk taman.

“haiii kesian budak ni, tak habis-habis masalah. Nasib baik ada yang sudi jadi bidan terjun kalau tak... hishhh tak tahulah aku..”

“Ya Allah malunya tak tahu aku nak letak muka dekat mana. Lepas ni tak tahulah berapa lama budak berdua ni” lagi satu suara menerjah masuk. Bisikan perlahan yang mampu membuatkan hati ini beku. Terasa darah semua naik ke muka. Wajah tenang lelaki yang baru saja menjadi suaminya itu tak dipandang.

Upacara berlangsung tak seperti yang dirancang. Semuanya menjadi serba ringkas.tiada majlis persandingan tiada majlis menyambut pengantin.

“aduhh patutlah suram aje acara ni joyah.. pengantin lelaki dah bertukar..”

“Ya ke?.. mana kau tahu senah?.. biar betul..”

“kau ni tengok ajelah dalam jemputan nama lain yang kawinnya orang lain.. entah-entah jadi pak sanggup..” bisik kak Joyah yang memang mulut tak ada lesen.

Maya yang berdiri tak jauh dari situ hanya menahan rasa geram. Tangannya digenggam kuat.

“tak sangka budak Intan tu macam tu..” suara jahat itu berbisik lagi..

“Kak Senah dengan Kak Joyah ni kalau tak mengata orang tak senang hati ek?..kalau Ya pun nak tahu kisah sebenar tanya aje saya ni, biar saya cerita satu-satu..nak dengar ke?..jangan bawa mulut nanti dekat akhirat tak mampu nak tangung dosa..” jerit Maya sedikit kuat. Melepaskan segala rasa geram dan marahnya.

“amboiii yang kau marah plak kenapa?”

“bukan marah...tapi nasihat,nasihat saya ni free je tak payah bayar..” sindir maya sebelum meninggalkan dua orang itu terkulat-kulat. malu sendiri.


Angin senja yang meniup lembut langsung tak menyentuh hati. Melihat wajah sahabat yang membeku hatinya terasa ingin menangis, tapi untuk apa tangisan yang tak akan mampu mengubah keadaan. Entah kenapa hari ini dia terasa begitu emosional, terasa macam dia pulak watak utama hari ini. Mungkin disebabkan Intan yang hanya mendiamkan diri membuatkan dia rasa lebih tertekan.

“jauh termenung..” suara Farid menyapa, Maya membetulkan duduknya. Matanya masih setia memandang langit jingga.

“hebat betul mainan Takdir.. susah nak jangka. Pagi tadi semua orang tersenyum tapi saat ini tak ada suarapun...”

“mungkin ada hikmahnya apa yang terjadi..”

“dan penolakkan awak menambahkan lagi calar yang sudah ada.. tak sangka awak lelaki yang macam tu?” bisik Maya perlahan. Masih terdengar di telinganya macamana tegasnya Farid menolak rayuan maknya dan Mak Siti. Dia menolak untuk menyelamatkan maruah Intan macam menolak bola.cukup senang.

“awak masih marahkan saya?”

“entah.. buat masa ni saya pun tak tahu nak berperasaan macamana..” ringkas tapi cukupo menghantar mesej kepada Farid.mustahil peguam bijak macam dia tak faham bahasa kiasan mudah tu.

“maaf kalau awak marah.. tapi jauh di dasar hati awak, awak tahu apa yang saya lakukan ini adalah untuk kebaikan semua kan..”

Maya tersenyum pahit. Entah apa yang baiknya ketika ini dia sendiri tak pasti..

“ saya yakin Shah akan dapat bahagiakan Intan.. dan saya yakin mereka akan faham apa yang berlaku hari ni..” tegas Farid penuh yakin.

Maya menjeling wajah tenang lelaki itu dengan ekor mata.
“lelaki selalu meletakkan keyakinan pada sesuatu yang mereka sendiri tak yakin..mungkin zahirnya nampak senang tapi hakikatnya...”

“dan awak perlu juga kuat untuk hadapi semua ni..”

“saya sayang Intan lebih dari saudara saya sendiri.. tak mungkin saya akan biarkan dia..”

farid sekali lagi tersenyum dalam tenang. “dan saya juga sayangkan shah, kita perlu bersama-sama mereka untuk pastikan mereka bahagia..”

“kalaulah hidup semudah jalan cerita filem.. mungkin apa yang awak cakap tu satu yang mudah...”sindir Maya. Dia tak mahu Farid meletakkan nilai hubungan terlalu mudah.memang peguam senang mengeluarkan fakta, tapi kadang-kadang fakta itu akan menyakitkan hati ramai orang.

Farid tersenyum sambil menghantar langkah Maya yang menuju ke dalam rumah. Memang apa yang terjadi hari ini tak mudah tapi inilah dinamakan takdir. Dia pasti di sebalik apa yang tersurat ini pasti ada yang tersirat. Masih terbayang bagaimana wajah muram Maya waktu pertengkaran tadi.

“apa??!! saya tak setuju..”

semua mata masih tak lepas memandangnya. Farid masih berlagak tenang. Walaupun dia sendiri masih terkejut dengan apa yang lalu di telinganya tadi.

“ini saja cara yang ada..” suara Maya geram.

“Intan kata apa?”

Mak siti sudah tunduk memandang lantai. Semuanya berlaku terlalu cepat.tak sempat untuk berundur atau melangkah.

“Mak yakin ini saja cara yang terbaik.. Intan pun dah setuju”

“mungkin ini cara terbaik tapi saya bukan pilihan terbaik...”

Farid tersenyum bila bahunya disentuh lembut dari belakang. Wajah Shahrul yang masih segak walaupun sudah berbaju T-shirt dipandang dengan senyuman.

“aku tak tahu nak berterima kasih atau apa dengan kau ni..” ucap shahrul kasar. Tapi diakhirnya dengan pandangan redup.

“buatlah apa yang kau rasa... lagipun aku bukan tak biasa kena marah dengan kau..”

“macamana kau boleh terfikir kerja gila ni?”

farid tersenyum dengan soalan sepupunya itu.

“bukan kerja gila tapi kerja mulia.. tapi anggap sajalah semua ni takdir, memang dah tertulis yang semua ini akan jadi..” shahrul menganggu setuju. Memang dia juga masih tidak mampu memproses apa yang terjadi tapi apa yang dia tahu kini Intan azura sudah sah menjadi isterinya.

“semua berlaku dengan cepat tapi mungkin lepas ni semuanya akan jadi semakin lambat”

“maksud kau?” Farid bertanya pelik.

“dia masih tak boleh menerima aku sebagai suami... tu dekat atas tengah kemas beg nak pindah balik rumah dia..geram betul degil tak bertempat..” ada rasa marahnya tapi tindakan Intan langsung tak membuatkan dia marah,dia faham perasaan wanita itu.

Farid mengeleng perlahan. Betulkata maya bukan semua benda akan menjadi mudah dengan keyakinan.”habis tu macamana?”

“aku suami dia.. aku akan buat isteri aku jatuh cinta pada aku.. dan aku tak akan sia-siakan peluang yang dah terbuka luas untuk aku..”

“macam tulah sepupu aku..”

ketawa mereka bersatu. Mungkin bukan senang tapi segalanya boleh diusahakan.cuma yang penting semangat dan rasa cinta yang dah ada.


*****

“Intan!!” suara Mak Siti membuatkan mereka yang sedang berehat di ruang tamu berlari ke bilik pengantin.

“kenapa?”

“mak masuk tadi dia dah terbaring dekat situ.. Ya Allah, Intan..”

“Maya tolong ambilkan air..” Arah Shahrul.

Tanpa banyak soal tubuh isterinya itu dicepung naik ke atas katil. Wajah sayu dan lesu itu dipandang. Tiada lagi makep up menutupi iris itu. Kini Intannya kembali seperti biasa. Wajah mulus dan sucinya. Farid yang baru sampai di muka pintu hanya menjadi pemerhati. Bukan dia tak simpati tapi terlalu banyak yang perlu diperjelaskan.

“tadi dia elok aje dia kata letih tu yang mak suruh dia naik atas rehat... tapi tak sangka pula jadi macam ni..” ujar Mak Siti. Masih cemas.

“nak bawa ke klinik tak?” tanya Farid.

“tak apa aku dah call doktor..” jelas shahrul yang masih tak lepas memegang tangan wanita yang baru saja bergelar isterinya.

Maya hanya bertindak sebagai pendengar, dalam diam dia mengakui ada rasa kagum melihat shahrul yang prihatin dengan keadaan Intan.dia dari tadi dalam diam meneliti tindak tanduk lelaki itu. Dalam masa yang sama tanpa disedari Farid juga melakukan hal yang sama kepada Maya.dia tahu maya masih belum yakin dengan shahrul atau dengan erti sebenarnya lelaki.

“macamana doktor?”

“isteri awak tak apa-apa cuma dia stress atau mungkin dia penat tu.. biarkan dia rehat, kalau boleh jangan ganggu dia buat masa ni.” jelas doktor borhan.

“terima kasih doktor..” Farid memberi isyarat supaya Shahrul membiarkan dia yang menghantar Doktor ke pintu. Biar shahrul terus di dalam bilik yang sudah sedia ada penuh dengan keluarga mereka.

Maya menyapu air di sekitar wajah Intan. Rasa risaunya tadi hilang bila mendengar kata-kata doktor.

“biarlah dia rehat dulu...” ucap shahrul seolah memberi arahan. Mak Siti, ummi dah Maya melangkah keluar meninggalkan Intan yang sedang tidur lesu di katil.



*****

“apa lagi yang kau tak puas hati ni Mira?”

“kenapa abang Man hilang mama macam tak risau je?..bukan ke hari ni hari bermakna buat dia tak mungkin dia tinggalkan rumah macam tu aje..”

“kaupun kenal abang kau tu jenis macamanakan.. kan mama dah cakap dari dulu lagi Lokman tu tak akan pernah serius dengan perempuan..” detik Datin Maznah.

Mira bangun dari duduknya. Mengenangkan apa yang telah terjadi dia sendiri takut untuk ke rumah Kak Intan. Malah dari jauh dia hanya mampu melihat majlis berjalan seperti biasa tapi bukan abang kesayangannya yang jadi pengantin lelaki.

“tapi macam ada yang tak kena ma,, semalam abang yang beria-ria call Mira suruh mira pastikan semuanya berjalan lancar.. mesti ada yang tak kena..” jelas Mira lagi.

Tak mungkin dalam sekelip mata abangnya berubah. Memang sebelum ni Lokman tak pernah serius tapi kali ini dia yakin abangnya ikhlas. Tak mungkin semua ni terjadi macam ni saja.

“ada dia call mira?” tanya Datin Maznah.

Mira mengeleng perlahan.

“mama dah cakap semua ni buat malu mama aje.. kalau mama tahu semua ni nak jadi tak akan mama sanggup nak malukan muka macam ni..”

“tapi kita kena pergi minta maaf dengan Kak Intan mama..”

“nak buat apa?”

“nak buat apa? Kita dah buat salah mama.. jadi kita kena minta maaf, ini aje cara yang ada..”

Datin Maznah mencebik. Kadang-kadang anak perempuannya itu bercakap macam ustazah. Tak akan dia nak menambahkan malu yang dah sedia ada. Dan tak mungkin dia akan meminta maaf pada perempuan kelas bawahan macam tu. Hishhh tak mungkin.

“yang salah lokman bukan mama... kenapa pulak Mira yang sibuk-sibuk ni?.. jangan cari pasallah..lagipun papa kan dah pergi,biar papa uruskan..” Datin Maznah memberi arahan.

“tapi kenapa dia tak angkat bila Mira call?”

“dahlah Mira jangan nak bersoal jawab dengan mama.. kepala mamapun dah cukup pening, baik mama naik atas berehat..”

Datin Maznah meninggalkan anak gadisnya. Malas dilayan cerita Mira ni makin dilayan makin menjadi alkisahnya.

Mira masih tak puas hati.dia dapat rasakan bagai ada yang tak kena. Sekali lagi dia cuba menghubungi Lokman.dia nekad jika 24 jam lokman tak menjawab panggilannya dia akan buat laporan polis.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets