Wednesday, August 19, 2009

GILA KAU 34

Gila kau 34

Suasana pagi yang indah seperti biasa. Hari ini Maya menawarkan diri untuk ke butik dan secara automatiknya dia diberi rehat. Tugasnya hari ini memastikan semua pelusuk rumah bersih. Mana taknya kalau nak dikira berapa kali sangat dia mengemas rumah dalam sebulan. Nasib baik tak ada mak mentua kalau tak dah lama kena halau balik. Intan tersenyum. Hatinya mula lega apabila melihat senyuman yang terukir di bibir temannya, dia tahu Maya seorang wanita yang kuat.

”haiii bunga kesian aku tengok kau lama dah tak minum mesti kau dahagakan?” Intan tersenyum sambil menarik getah paip meneruskan niatnya untuk menyiram bunga. Ralit dia menyiram pokok-pokok kesayangannya. Satu persatu dimandikan dengan air. Tangannya membuang daun kering yang menempek de celah-celah pokon bunga kesayangannya.

Mulutnya masih tak berhenti mengalunkan lagu bukan cinta biasa.. tudung yang dipakai di selak sedikit. Memudahkan dia mengembur tanah yang ada d pasu sederhana besar itu. Tangannya ligat melakukan kerja rutinnya dulu.

”tolong...tolong....” Intan bangun mengamati jeritan yang memecah sunyi pagi. Ehhh siapa pulak yang minta tolong pagi-pagi ni?. Macam suara Mak Siti. Kakinya laju mengarah ke pintu pagar rumah sebelah.

”Mak Siti!..Mak Siti!.” tiada jawapan yang ada Cuma suara minta tolong. Tiba-tiba dia rasa tak sedap hati. Intan melangkah perlahan menuju ke ruang dapur. Ada keraguan di setiap langkahnya.

”Mak Siti kenapa ni?” kelihatan wanita itu sedang terkapai-kapai menutup paip sinki dengan tangan. Air dari situ memancut-mancit keluar. Mungkin bocor. Teka Intan.

”Intan tolong Mak cik...Yang Allah banjirlah dapur ni nanti. Paip ni tiba-tiba buat hal...” memang separuh dari baju wanita itu sudah basah.

”hah??! Nak buat apa ni Mak Siti.. ”

”Intan tolong pegang...”

”hah?? Pegang? Macamana nak pegang?” tanya Intan bodoh. Ada sedikit kelkar bila soalan itu di ajukan.

”pegang sini” Intan menurut arahan Puan Khalsom. Sekarang giliran dia pula bermandi air.

”alaaa...mak Siti Intan dah mandi ni....”

”Mak Siti tahulah Intan dah mandi..tapi....”
”Mak kenapa ni????” wajah shah berkerut hebat.

”Shah...kamu bukan dah ke pejabat ke?”

”ada barang tertinggal mak..entah macamana Shah lupa pula.” Intan mencebik. Hishh berbual mesra pula dua beranak ni..tak nampak ke aku dah basah lenjun dekat sini. Intan masih berdiri tegang sambil memegang mucung paip yang memuntahkan air deras.

”Mak Siti.....” panggilnya kuat.

”ehhhh..Ya Allah...hishhh Shah cepat tolong ni macamana ni?” shah tersenyum. Wajah kerut maknya dah Intan bersusah payah memegang paip dipandang. Pantas dia melang kah menuju ke luar rumah.

”hishhh budak Shah ni nak kemana pula tu...kita suruh tolong dekat sini” sempat membebel Mak Siti melihat anaknya. Tiba-tiba aliran air terhenti. Hilang. Mereka saling berpandangan. Intan tunduk melihat ke arah paip yang tadi ditutup dengan tangan.

”ehhh tak ada air dah..” dia berkata girang.

”Cik Intan kan setiap benda ada yang lain mengawalnya kenapa tak tutup paip besar dekat luar kan lagi senang?” shah berkata selamba. Sambil terjengkit-jengkit melintasi dua orang wanita itu. Lantai sudah dibasahi air.

”hahh...mana laa nak berfikir waktu2 emergency macam ni..” cebiknya lagi. Sakit hatinya melihat wajah belagak gila yang dipamerkan Shah.

”emmm macamanalah Mak Cik tak teringat pasal tu”

”Intan pun sama Mak cik” .mereka saling tersenyum.

Intan berjalan perlahan ingin pulang ke rumah, dalam keadaan bajunya yang basah rasa tak selesa untuk terus berlama di situ. Dia berjalan perlahan menuju ke pintu rumah Mak Siti yang sederhana besar.

”kita keluar malam ni?”

Intan terdiam. Ehhh mamat poyo ni cakap dengan aku ke? Sengaja dia berpaling memandang ke arah lelaki yang sedang berdiri di belakangnya. Manalah tahu kalau-kalau dia bercakap dalam telifon tak ke malu aku.

”dengar tak?”

”awak cakap dengan saya ke?” tanyanya kembali kepada shah.

”taklah dengan pintu rumah aku yang cantik ni... pukul 8 tunggu kat pagar”
”saya ada hal malam ni”

“ada aku kisah?...malam ni depan pagar tepat pukul 8, kalau tak keluar aku masuk rumah” seperti satu arahan, sempat dia mengenyitkan sebelah matanya kepada Intan. Sengaja mengusik hati wanita itu. Intan hanya memandang shah yang hilang bersama kereta BMWnya. Suka hati dia je ajak aku keluar macam tapi macam nak ajak bergaduh.

”Mak Siti...intan balik dulu ek”

”Intan terima kasih ek.. susah-susah Intan je sampai basah macam ni”

”tak apa seronok juga main air ni.” dia tersengih lagi. Entah kenapa bila fikir balik kelakar pulak bila teringat peristiwa tadi. Boleh pula Mak Siti tadah air dengan periuk. Dia ketawa kecil.

***
”kau ni kenapa? Macam kucing hilang anak je?” Maya mencuit bahu sahabatnya yang dari tadi asyik merenung ke arah jam.

”emm.....emmm...tak ada apalah”

”laa....kenapa kau ni?”

”aku...aku....hishhh..” dia terus meninjau ke luar dari tingkap rumah. Jam sudah menunjukan tepat 7.45 lagi 15 minit..hishh nak pergi ke tak ni. Kenapa tiba-tiba aku jadi takut ni?. Intan duduk di sofa sambil mengigit kukunya.

”hah..elok sangatlah duduk macam tu? Gigit pulak kuku..nak jadi apa?” tegur Maya, Intan tersenyum sambil membetulkan duduknya.

”mamat poyo tu suruh aku keluar dengan dia”

”hah? Siapa?”

”Shahrul”

”Shahrul anak Mak Siti sebelah rumah merangkap musuh ketat kau tu?” Intan mengangguk laju.

”emmm aku dah kata dari benci lahirnya cinta” maya tersenyum melihat reaksi muka temannya. Muncung panjang sedepa.

”entah-entah dia nak culik aku tak...takpun dia nak buat benda tak baik dekat aku?”

”hishh kau ni kenapa pulak kau cakap macam tu?”

“bukan selama ni dia suka cari gaduh dengan aku..malam ni tiba-tiba nak jadi lelaki sejati nak berbaik dengan aku bukan pelik ke namanya tu?”

“yang peliknya tu kau...dia dapat apa kalau culik kau tu? Jangan-jangan dia nak melamar kau tak?”

”hishhh hilang akal ke apa?tak ada maknanya”

”habis tu kenapa kau tak siap lagi?..ni dah pukul berapa?” tanya maya lagi sambil tanganya menuding ke arah jam yang terletak indah di dinding.

”hishhh malaslah aku.. nanti kalau dia panggil. kau kata aku keluar ke tidur ke”

”hahhh Intan kau jangan nak ajar aku jadi pembohong pulak ek..kalau kau nak cakap sendiri?”

”laaa..kalau dah aku yang cakap macamana nak bohong?”

”alaa...kau buatlah macam cerita P.Ramlee tu...Intan kata, intan tidur” Maya mengekek ketawa. Dia sengaja mengenakan sahabatnya itu.

”banyaklah kau tu namanya penipuan cari nahas”

”suka hatilah Intan tapi apapun kau kena berterus terang jangan menipu sebab tak selamat orang yang suka menipu ni” Intan tersenyum. Temannya sekarang boleh jadi ustazahlah pula. Kadang kala hatinya berbisik betapa bodohnya Johan meninggalkan permata yang berkilau seperti Maya dan pergi mencari kaca. Memang buta kayu betul.

Intan tidak mempedulikan kata-kata Maya. Apa yang bermain di mindanya hanya benda bukan-bukan yang sama dimainkan dalam cerita melayu sekarang. Dia melihat jam lagi. Alaa..apa susah cakap tak nak pergi habis cerita. Akhirnya dia duduk semula di sofa. Maya memandangnya hanya mampu tersenyum. Intan Azura memang pelik.

“kenapa tak siap lagi ni!!?”

”malaslah awak kan saya kata saya ada hal” Intan hanya berkain batik dan T shirt berwarna biru muda. Kepalanya ditutup dengan tuala berwarna merah. Wajah tegang lelaki itu langsung tidak dipedulikan. Dia berdiri di depan pagar sambil tangannya memegang tuala yang menutup kepalanya. Matanya sempat melihat sekeliling bimbang ada yang melihat nanti timbul fitnah pulak tak pasal-pasal dia juga yang malu.

”aku bagi masa 5 minit untuk tukar baju.. kalau tak kita pergi macam ni je” bulat mata Intan mendengar ugutan Shah. Gila ke apa dia ni nak paksa-paksa aku?

”suka hatilah nak kata gila ke apa...yang penting kita keluar sekarang” tangannya menarik tangan Intan. Terkejut wanita itu. Berusaha dia ingin melepaskan diri.

”ehhh apa awak ni? Gila ke?” lepaslah sakitlah”

”nak ikut ke atau kita duduk sini sampai esok?”

”nak ke tak nak?”

”takkkkkk nakkkkkkk......”

”nak ke tak?” ugut shah lagi sengaja keningnya diangkat tinggi.

”hishhhhh oklah nanti saya salin baju” Intan akhirnya mengalah. Mulutnya tak henti membebel. Shahrul tersenyum.

”hah kan senang” shah menyembunyikan senyumnya. Penampilan ringkas Intan tetap membuatkan dia nampak comel. Dia terus ke kereta meninggalkan Intan yang masih terkial-kial memakai kasut. Mukanya masam.

Intan hanya diam memandang ke arah luar. Kereta mewah Shah dirasakan tidak berjalan dari tadi walaupun hakikatnya mereka sudah lama meninggalkan rumah. Sesekali kedengaran suara garau shah mengikut renak lagu yang bermain di radio. Riang Farah Fauzana membebel di Hot FM membuatkan shah tersenyum. Intan menghadiahkan jelingan.

”sedap suara farah fauzana ni, aku suka”

”ada aku kisah...” bisik Intan perlahan.

”apa kau cakap?”

”emm...mana ada pape. kita nak kemana ni?” lelaki itu hanya diam. Dari tadi matanya tetap tekun memandang ke arah jalan dan memandu dengan penuh tatasusila. Bajet bagus. Bisik hati Intan.

”awak tak berniat jahatkan?”

”muka aku ni ada macam orang jahat ke?” Intan terdiam ada kelainan dari kata-kata yang diucapkan oleh shah. Saya??!!bukan selama ni lelaki itu ber’aku’ ’kau’ sahaja bila bercakap dengan dia. Hishh ada yang tak kena ni.

”awak sihat tak?”

”kenapa?”

”awak buat solat taubat ke tadi?” Intan menyindir. Shah hanya tersenyum kecil.

”kenapa kau kata macam tu?”

“tiba-tiba jadi baik kenapa?”

“dah memang selama ni saya baikkan... rasanya belum lagi ada yang mati sebab Shahrul Iskandar” Intan tersenyum. Tiba-tiba hatinya senang apabila lelaki itu menyebut nama penuhnya sendiri.

“kita nak pergi mana ni?”

“makan angin”

“awak ajak saya keluar macam nak bergaduh.. semata-mata nak makan angin? Kalau setakat nak makan angin dekat rumahpun boleh..duduk bawah kipas tu makanlah berapa banyak angin yang awak nak makan”

”hahhh baguslah lepas tu buang angin” shah berkata geram. Ada saja jawapan yang keluar dari mulut Intan.

”buang angin tak apa jangan naik angin..kalau awak tak nak saya naik angin baik awak cakap kita nak kemana ni?”

”kajang”

”kajang??...gila ke apa awak ni? Nak buat apa pergi kajang kan jauh tu?”

”teringin nak makan sate.. ” Intan mencebik. Kalau teringin apa kaitannya dengan aku pulak hishh mamat poyo ni memang ada something missing ni. Intan membetulkan duduknya. Matanya sekali sekala memandang Shah yang tenang memandu tanpa rasa bersalah.

”kalau setakat nak makan sate tak payahlah sampai kajang dekat restoran melayu kan ada” Intan berdengus geram. Dia cuba menahan marahnya.

”tak sama..rasa dia lain”

”tapi saya tak nak pergi jauh-jauh tu...malas laa balik tidur lagi bagus” Intan menyuarakan rasa hatinya. Menyesal dia termakan ugutan shahrul tadi.

”ada aku kisah?”

”masalahnya memanglah awak tak kisah..tapi saya kisah!! Yang awak hangkut ke sana ke mari tu siapa??”shah tersenyum kecil membuatkan Intan bertambah geram.

Sepanjang jalan hanya kedengaran bebelan Intan dan sekali sekala shah menjawab itupun hanya sepatah dua. Sate di hadapannya diratah dengan penuh perasaan. Tak berkelip mata Intan apabila melihat cara lelaki di depannya makan macam tak makan setahun.

”dah berapa lama tak makan ni?”

”akupun tak ingat bila kali erakhir aku makan sate..apa yang pasti ini adalah kali pertama selepas ayah pergi tinggalkan kami” ada sendu di akhir kata-kata itu walaupun disembunyikan dengan ketawa kecil .

Tiba-tiba mata hitam milik lelaki itu mengundang simpati di tangkai hatinya. Intan menyimpan marahnya. Reda secara tiba-tiba apabila melihat memang bersemangat shah menguyanh sate ayam di tangannya. Sekali lagi mata itu ditatap. Lama. Hensem juga mamat ni! Bisiknya nakal.

”kenapa!! mesti kau baru perasan yang aku selama ni hensemkan?”

”eiii perasan...” cepat-cepat dilarikan matanya ke arah lain. Malu.

”tak apa memang aku selalu perasan kau pandang aku macam tu” shah tersenyum. Dia memadang tepat ke iris wanita itu. Mata yang boleh membuatkan sesiapa saja memandangnya akan berasa tenang. Intan azura, wanita itu punya aura tersendiri walaupun taklah secantik model terkenal tapi wajahnya sudah cukup membuatkan lelaki yang mendekatinya berasa tenang.

”kenapa tak ajak Mak siti sekali tadi?”

”bukan datinglah namanya kalau bawa mak”

”siapa pula nak dating dengan awak?”

”laa... bukan ke kita tengah dating ni... tak akan tengah main bola kot..” shah mengangkat keningnya.

”kita tengah makan...ehhh bukan kita. awak yang tengah makan..saya ni sekadar tukang tengok cara makan awak yang tak macam orang tu” Shah ketawa besar. Sejak datang tadi memang tidak secucuk satepun dimakan oleh Intan. Wanita itu hanya menyedut milo ais di depannya.

” kenapa tak makan??” soalan bodoh itu keluar dari mulut shah.

”saja...”

”emm...sorrylah macamana boleh lupa ajak kau makan ek”.

”sebab awak makan macamlah esok awak tak boleh makan dah..entah baca doa ke tidak tadi tu”

”ehhh aku bacalah...tapi dalam hatilah mana kau dengar”

”emmm...yalah tu...”

”Maya macamana?” dahi Intan berkerut hebat? Maya?? Ehh aku salah dengar ke? Kenapa pulak mamat poyo ni tanya tentang Maya?

”Maksud awak?”

”aku dengar dia ada masalah dengan Johan? Betul ke?”

”emmm..entahlah masalah peribadi, urusan mereka suami isteri biarlah mereka yang selesaikan”

”tapi dia oklah?”

”haiii....berminat nampak nak tahu? Ada apa-apa ke?”

”haii tak akan nak tahupun salah kot? Ke kau cemburu aku tanya pasal dia?” tawa Intan mati. Dia menjelir lidah. Perasan!! Tak ada makna aku nak cemburu.

”dia ok..lagipun saya tahu dia seorang wanita yang kuat.. dia boleh hadapi semua ni”

“baguslah macam tu...lagipun mungkin jodoh mereka tak panjang” Intan mengengguk perlahan. Mengiyakan kata-kata Shah.

”aku ada sesuatu nak cakap dengan kau...”

”apa?” tanya Intan seakan tak sabar.

”aku.....aku...” terasa ganjil pula apabila dia berdepan dengan Intan saat ini. Terasa mereka berkongsi degupan jantung yang sama.

”aku..aku apa?? Dari tadi aku...aku..”

”aku.......aku nak baliklah sakit perut...jom kita balik” lain yang nak dia cakap lain pula yang keluar. Shah mengutuk keras apa yang keluar dari mulutnya. Bodohnya kau shah kenapa lain pula yang keluar dari mulut kau tu. Hishhh!!!.. kacau betul!.

”hah??”

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets