Tuesday, January 6, 2009

TERAWIH TERAKHIR


Hari ini genap 3 tahun dirinya pergi meningalkan kasih dan rinduku, namun masih segar di kotak pemikiran ini sangat dahinya ku cium saat tanganku disalam lembut dan ciuman kecil dihadiahkan, haaa.. bahagiaku dambarkan saat itu. Bukan setahun dua namun 18 tahun masaku ambil untuk mengenal hati budinya. Kebetulan gadis manis itu adalah jiranku. Peristiwa sama-sama ke parit memancing membuatkan aku lupa dia adalah seorang gadis ditambah pula perwatakannya ala-ala lelaki aku sendiri hilang segan bila dia mendekatiku.kami dibesarkan dengan tempat jatuh dan bermain yang sama, sehinggalah dia terpaksa kembali ke tempat asalnya kerana ayahnya seorang anggota polis, saat itu akulah insan yang menangis semahu-mahunya. Sedih teramat sangat keranaku rasakan dialah sati-satunya kawan yang sudi sama-sama bergelut di dalam lumpur.

“ Ajib jangan sedih, ajib doa ye moga nanti kita akan berjumpa….” Itulah yang keluar dari bibir kecilnya, ahh malunya aku saat itu, lelaki sepatutnya kuat tapi dialah kekuatanku. Salahkan aku menangis….adakah disebabkan aku lelaki aku tak boleh mengalirkan airmata ini? Kusimpan persoalan itu. Dalam pepisahan yang menjauhkan kami hati kami tetap berdekatan utusan surat menjadi peneman setia.. bait-bait tulisannya kusimpan indah dalam kotak fikiranku setiap tutur katanya membawa aku ke jalan yang aku sendiri tidak pernah fikirkan. Teringat suratnya dikala umurku genap 21 tahun.

Lontarkan hatimu dalam satu tempat yang kau sendiri tidak akan sesat kerana jika tersalah lontaranmu akan membuatmu berada jauh dariNya.
Entah mengapa setiap kata dari tulisannya akan menjadikan aku kembali bersemangat, saat itu juga aku patrikan bahawa hati ini sudah ku lontarkan kepadamu Syafikah Norain, mohd najib nasrun akan setiasa mengingatimu dan kata-kata ikhlasmu. Dunia kampus menbuatkan aku semakin jauh dengan ilhamku. Utusan surat juga semaki kurang madah juga hambar bukan kerana dirinya kulupakan namun masing-masing sibuk. Dia juga sudah berjaya meneruskan pengajiannya ke mesir jarak juga menjauhkan kami. Sepanjang 5 tahun perhubungan ini ibarat ternoktah, entah kenapa aku sendiri terleka dalam duniaku hinggalah aku bertemu seorang gadis yang rupanya cantik dan pandai mengoda. Kekayaannya membuatka mata hatiku dibutakan melihatnya seperti duniaku cukup sempurna. Ayu nama manja yang sememangnya ayu sentiasa meletakkan aku antara yang teratas mungkin kerana dia sendiri bangga kerana berjaya memiliki lelaki yang kacak dan bijak sepertiku. Bukan bermaksud aku riak tetapi itulah yang selalu diwar-warkan oleh kawan-kawan.

”Sayang I LOVE U....” lafaz yang tak pernah lekang dari bibir manis itu. Aku hanya mengiyakan... iya aku cintakannya tapi da sesuatu yang membuatkan hati kecil ini sentiasa tawar aku sendiri tak tahu.

Tapi perasaan itu tidak lama aku sendiri menyaksikan bagaimana ayu berlaku curang dengan temam baikku sendiri masih terbayang aksi mesranya dengan Johan, hah aku benci perempuan, semua perempuan memang begitu suka mengambil kesempatan. Kerana lonjakan perasaan marah dia ku tinggalkan setelah satu tumbukan ku hadiahkan kepada Johan sebagai tanda ikhlasnya aku melepaskan perempuan itu kepadanya.walaupun merayu-rayu ayu meminta maaf namun hatiku tetap tidak akan berubah wajahnya juga sudah cukup membuat aku muak nak muntah.
Tumpuanku kembali kepada pelajaranku bidang mekanikal yangku ambil membuktikan aku benar-benar boleh berjaya. Namun selepas kehilangan ayu perempuan datang dan pergi dalam hidupku mereka ku ibaratkan seperti menukar aju setiap hari sehingga ada yang bertarik-tarik rambut keranaku. Aku puas....kejayaan yang telah aku jangkakan membawa aku melangkah ke dunia kerjaya.

”En. Najib ini dia fail yang En. nak tadi” suzi tersenyum nak mengorat aku lah tu haa tak mungkin aku akan jatuh hati ada perempuan yang tak lawa macam kau.. riak hatiku. Sememangnya itulah mohd najib nasrun yang baru


’Apa hal lah mak ni suruh aku balik kampung tetiba?’ saat kereta gen2 hitamku melintasi parit kecil sebelah umah pak Mat, jantungku beredbar lagu tempat aku jatuh bangun dan di tanah lumpur itulah aku bermain. Dimana dia agaknya?
Brekkkkk........bukan suara aku tapi suara keretaku yang berhenti secara tiba-tiba,

” alamak anak siapa aku langgar ni mati arrr.... ” pantas aku keluar dari perut kerata cermin mata hitamku tanggal dan kusisipkan di kocek baju.
Tersentak aku apabila melihat seorang gadis sedang mengosok-gosok tangannya mungkin luka, kepalanya masih tundung meneliti tangan dapatku rasakan mesti sakit macamana aku boleh berangan sampai lupa aku sedang memandu ni bahaya betul nasib baik tak apa-apa.

”dik tak apa-apa ke maaf abang.......” kata-kataku mati di situ apabila wajah ayunya ku tatap.. ”syarifah norain?” tiba-tiba mulut ini melafazkan nama itu, dahinya berkerut mungkin terkejut apabila namanya aku panggil.
”emmm...macam kenal la... ajib? Kan...” selepas masing-masing terkejut ala-ala kadar maklum la baru jumpa malu-malu lagi tapi hatiku saat itu berbunga-bunga macam monyet dapat bunga kalau diibaratkan. Emmm bahagiaku sangra akan berpanjangan rupanya hari itu juga aku dikhabarkan yang syafikah norain sudah milik orang. Dia sudah menjadi tunangan orang, dapat aku rasa gejolak hati yang tak mungkin dapatku khabarkan pada orang lain. Semalaman mata ini tidak dapat dilelapkan. Aku bangun mengadu nasibku lepada yang maha Esa. Entah di mana silapnya malam ini aku benar-benar mengenali siapa aku sebenarnya di mana hatiku,

“ya Allah tuhan sekalian alam aku hambaMu yang lemah memohon Kau luputkanlah ingatanku lepada dia jira bukan dia jodohku, Namun andai benar kata hatiku di Kau cipta untukku kau rapatkanlah dia sehingga antara kami terlafaz makna cinta Ya Allah………..Amin……”

Aku berteleku di sejadah sudah hampir 5 malam hatinya di amuk resah, kupandang wajah ibu yang memerhati dari tadi.

“ kenapa ni ajib?” soalan itu Belem sempat habis laluku sandarkan kepalaku di pangku ibu perlan-lahan air mata lelakiku jatuh. Hanya tuhan yang tahu perasaan kasihku pada mahlukmu Ya Allah… berdosakah aku menyintainya sebegini. Ibu diam tanpa kata-kata perlahan-lahan kepalaku diusap. Betullah kata orang ibu adalah tempat paling indah untuk kita bersandar.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Mungkin dengan kuasa tuhan aku dikabarkan satu berita yang syafikah norain memutuskan pertunangannya, apa yang aku dengar bakal suaminya sudah jatuh cinta dengan seorang artis yang baru meningkat nama. Sekali lagi hati ini ku bawa mengadap insannya kusayang kali ini pilihanku hanya satu walau apa yang terjadi dia tetap akan menjadi ratu hatiku akan ku jadikan dia isteri permaisuri yang menjaga negaraku nanti. Angan-angan yang mula ku anyam sebelum menemui jawapannya.

“ Ain....sudi tak ain menjadi hawa ajib?”.............................................................

Jawapan itu bukan tergantung tapi sudah dijawab dengan senyumannya apa lagi langkahku yang dulunya sumbang kini sudah merdu. Dua mempelai menjadi satu...akhirnya adam dan hawa bersatu.
” abang kenapa abang pilih ain?”
”sebab ainlah tempat yang abang lontarkan cinta abang dulu... tak boleh nak ambik balik kan jadi terima ajalah...” hahahahha.....gelakku bergema..
” ada pulak macam tu”... bibirnya masih tersenyum itulah yang membuatkan aku semakin cintakan isteriku jika ditanya bila aku jatuh cinta? Setiap hari isteriku ini membuatkan aku jatuh cinta. Tahukah Ain abang pernah mengalirkan airmata kerana cinta dan kasihku kepadamu kalau kau ketahui itu semua mungkin kau sendiri tak menyangka wahai isteriku.


Genaplah dua tahun usia perkahwinan kami namun ibarat baru semalam aku menyarungkan cincin ke jari manisnya. Inginku sorakkan kepada semua para suami agar kasihlah seorang isteri kerana bagiku kini isteriku ibarat hati.

” abang kenapa ni?” Ain meraba-raba dahi Ajib…panas hatinya berebar Belem penah suaminya deman sebegini teruk. Sedaya upaya Ain memapah suaminya walaupun seperti tidak mampu Namur digagahkan juga.
Sepanjang 3 hari di hospital tiada sesaat pun masa Aku ditinggalkan sentiasa bila mata ku terbuka tangan ain akan berada di gengamanku. Sehinggakan ibu mengalirkan air mata apabila melihat hanya ain yang boleh menjagaku lebih dari ibuku sendiri. Seminggu aku terlantar di wad tanpa boleh berbuat apa-apa segala sendi dan uratku terasa sakit Namur Ain tetap dengan senyumannya.
Hahh…dia isteriku………..

Setiap malam aku melihat linangan air mata di doanya mengharapkan aku cepat sembuh, sehinggakan air mata ini mengalir bersama. Saat itu sudah aku tahu jawapannya kenapa Allah sentiasa membayangkan wajahnya dalam istikarahku mungkin ingin aku meresa punya isteri sesolehah syafikah norain.

“ Ain tak jemu ke jaga abang macam ni…. Ain balik la rehat dekat rumah ya...” pintaku matanya tepat memandang mataku.
” abang tiada tempat yang paling selesa bagi ain selain berada bersama abang” tanganku dukucup lembut aku terpanah. Adakah lelaki yang sebertuah aku... mendapat cinta Norain?...aku tersenyum tiada lagi soalan yang bermain di jiwaku. Berkat kesabaran insan-insan yan ku sayang keadaanku kembali seperti biasa. Kebahagiaan kami kembali berona warna.

Hari ini bermula puasa tahun kedua aku bersama Ain seperti biasa aku akan mengimamkan solat terwih di surau kawasan perumahan kami sememangnya memiliki Ain mengajarku banyak perkara kadang-kala aku sendiri menjadi malu kerana ada bacaanku yang ditegur oleh Ain. Oleh kerana dia isteriku aku secara rasminya melantiknya sebagai penasihat kanan selepas ibuku.
” Abang tahu apa perasaan Ain bila abang mengimamkan solat terawih?”
” tak tahu...” jawabku bersahaja, tangannya mencubitku kecil..
” amboi isteri abang dah jadi ketam?....hahahaha...apa perasaan sayang?” tanyaku kembali.
” Ain rasa seolah-olah abang diciptakan sebagai penenang hati Ain, bila abang laungkan Allahu akbar Ain rasa nak menangis sebab abang adalah insan yang Allah ciptakan untuk Ain, terima kasih abang...” aku terdiam mendengar jawapan ikhlas dari mulut isteriku itu namun persolah itu tidak aku panjangkan hanya tangannya aku genggam erat seperti tidak mahuku lepaskan.

Perjalanan hidup kami seperti pasangan-pasangan lain apa yang menjadikan kami istimewa adalah semakin lama umur perkhawinan kami semakin aku jatuh cinta pada isteriku. Hidup ini menjadi lebih lengkap dengan adanya Syafikah Norain.
Namun ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari bukan aku sengaja menidakkan ketentuan ilahi tapi aku melaluinya ibarat meniti lautan bara. Namun aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk memilikinya. Malam itu seperti biasa kami beiringan ke masjid berdekatan sememangnya aku memilih untuk tidak membawa kereta kerana aku rasakan itulah saat kami bersama yang paling indah saat dia memegang tanganku berjalan di bawah cahaya bulan untuk berterawih.
Malam ini wajahnya pucat tidak seperti biasa walaupun berseri tapi hati dapat meresakan ada yang tak kena.

” sayang sakit ke? Demam? Kenapa pucat je abang tengok?..” aku meletakkan tanganku di dahinya.
” tak ada apa-apa, Ain banyak makan kot?” guraunya sambi tersenyum.
” Ain mengandung kot?” aku memulangkan gurauannya ku lihat dia tersenyum namun perlahan kepalanya mengeleng tanda tekaanku salah.
Aku mejalankan tanggungjawabku sebagai imam yang ku rasakan tanggungjawab ini membuatkan aku sedar betapa dekatnya aku denganNya. Selesai witir terakhir ku dengan jemaah wanita meminta tolong. Setelah mengaminkan doa. Segera aku melihat apa yang belaku.
” ajib ni isteri kamu ni dan nazak ni...” berhenti degupan jantungku saat suara pak mail memberitahuku keadaan Ain. Perlahan-lahan aku mendapatkan Ain yang sedang dipangku ibu yang kebetulan akan duduk di sebelahnya.
” Ain ajib....Ain....” ku pandang wajah mulus itu. Ku lihat nafasnya semakin kecil. Entah kenapa aku seperti hilang perasaan aku seperti hilang punca walaupun aku sendiri yang memangku Ain kini.
” Ain kenapa sayang?” tanyaku lembut. Haaa...masih dia tersenyum saat ini.
” Maafkan Ain abang ada rahsia yang tidak ain sampaikan, ain sakit....nafasnya pelahan.” aku memejamkan mataku. Sudah kedengaran esakan-esakan kecil dari jemaah yang mengelilingi kami.
”halalkan makan minum Ain, terima kasih kerana mengimamkan terawih terakhir Ain.........” sepanjang perkhawinan kami itulan ucapan paling pendek yang dilafazkan ain perlahan-lahan matanya dipejamkan lalu tangannya terkulai lembut jatuh di ribaanku aku sekali lagi menarik nafas..........innalillahwainahirojiun.....

Adamku..
Kutahu betapa payah dirimu mendekatiku..
Kutahu makna linangan airmatamu..
Namun maafkan aku,
Kita hanya merancang namun Dia yang menentukan
Suara doaku hanya milikmu sayang.....Lontarkan hatimu dalam satu tempat yang kau sendiri tidak akan sesat kerana jika tersalah lontaranmu akan membuatmu berada jauh dariNya.
Hawamu,
Syafikah Norain

Perlahan-lahan surat itu kulipat kemas, kanser darah yang dihidapi begitu kejam sehingga sekelumit pun aku menyedari kesakitannya. Ain pandai betul ain sorokkan dari abang...air mata lelaki itu jatuh membasahi tulisan terakhir arwah, walau apapun yang terjadi akan sentiasaku ingat kau permaisuriku Syafikah Norain.............

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets