Thursday, March 26, 2015

CINTA 10 SEN 1

 BAB 1 : CINTA 10 SEN

Saathi Tera Yuh Saath Rahe,
Bachchon Ke Sang Bachche Phir Ban Jayen,
Mauj Mein Jhoome Zara, Masti Karen,
Ban Ke Badal, Ban Ke Panchhi, Udte Rahen.
Kya Baat Hai Jijaji.
ABCDEFGHI - JKLM - NOPQRSTUVWX - YZ
I Love You.

Apne Gaon Ki Galiyon Mein Chale Hum,
Bachpan Ki Yaadon Mein Khoya Hai Man,
Bahen Thaame Teen Bhaiyon Ki,
Thumkegi Phir Se Unki Behen,
Sawan Ke Jhoolon Se, Babul Ke Aangan Se, Hoga Milan.
How Emotional.
ABCDEFGHI - JKLM - NOPQRSTUVWX - YZ
I Love You.

Thandi Thandi Yeh Hawaen Humko,
Chupke Chupke Kya Kehti Suno,
Manzil Hai Kareeb Ab Hamare,
Bolen Ghatayen, Khushiyan Chuno,
Nazaren Chura Ke, Dil Mein Chhupa Ke, Sapne Buno.
How Romantic.
ABCDEFGHI - JKLM - NOPQRSTUVWX - YZ
I Love You...

Wajah itu tersenyuman senget, ewahhhh main lari-lari belakang pokok. Tergolek ke kiri tergolek ke kanan, ada segaris senyuman yang mendarat di pipinya. Tiba-tiba pipi terasa ada blusher. Kalah jenama branded, bantal peluk di dakap lagi erat. Tubuhya berpusing laju 360 darjah, KEDEBUKKK!!!!!

            “Adoiiii… sakitnya tulang spina aku… laaa macamana boleh mimpi lagu Hindustan pula ni? Sejak bila pulak kau layan hindutan ni Irdina Oiii..” Mata terus segar. Katil dah saiz King pun boleh tergolek,memang memalukan.

            Irdina mengangkat bahunya kegelian. Sumpah geli! Eiii…Macamana boleh masuk scene bollywood entah. Sakitnya tulang belakang aku, siapalah yang buat katil ni. Kenapa tak letak tilam kat bawah.. kan tak sakit kalau jatuh. Ehh kalau tilam kat bawah orang akan tidur bawah katillah.

            “Irdina !!! Ir!! Irdina!! Weii kau dah bangun ke belum?!,” satu suara memecah masuk  ke dalam gegedang telinganya, memaksa dia untuk bangun. Kesakitan di belakangnya ditolak tepi. Padan muka berangan lagi,. tu dia..Mak cik ni ketuk pintu macam nak pecah pintu.

            “Kau tidur lagi?.. pukul berapanya nak gerak kalau asyik nak buat tahi mata aje.. dah jangan nak landing-landing lagi.. bangun cepatlahh anak dara kalau malas macam ni nanti memang andalusia lah kau..”jerit Shila kuat. pintu bilik tebal 3 inci pun tak boleh halang frequensi kenyaringan suara Laila.

            Mata Irdina terbuka luas. Bukan sebab bebelan Shila tapi sebab mimpi mengerikannya tu.entah kenapa bayang lelaki tu juga yang masuk dalam mimpinya. Lainlah kalau abang Airel memang sah dia sanggup tidur sampai dua minggu. Jam di dinding dikerling dengan ekor mata. Baru pukul 10 pagi. Itupun nak kecoh Shila ni,

            “Irdina Azzalea baik kau buka pintu ni atau aku jemput pak Imam dengan jemaah masjid tolong bacakan yasin untuk kau?..” suara itu masih tak putus asa.  

            “Ya aku nak datanglah ni,” Pintu bilik terbuka luas. Wajah Shila tegak di muka pintu.
           
            “Awalnya kau hari ni, sejak bila pulak kau pandai bangun leat ni? Mesti semalam kau tak tidur ek..kau buat apa jer semalam?, bukan ada show pun..”

            Irdina mengaru kepalanya. Soalan Shila di biarkan berlalu. Malas nak jawab, Tangannya meraba-raba tuala yang memang tersangkut di hujung katil. “Aku dah bangun dah.. nak mandi sekejap bagi aku masa 10 minit..” jeritan itu hilang di dalam bilik mandi, tak pasti laila dengar ke tak tapi biarlah buat-buat dengar sudah!.

            Shila mengeleng. Hishhh macam ni kata boleh berdikari sendiri, memang taklah jawapannya. Bangun pagipun susah. Kalau tak ada PA yang berwibawa macam aku ni, memang alamatnya bungkuslah rezeki kau Irdina.

            “Kesian aku tengok abang Shahrul tu dah terpacak depan pagar tu..” Suara Shila sambil menyemak sekali lagi IPad ni tangannya. memeriksa sekali lagi jadual Irdina buat kali terakhir.

            “Aikkk kan semua jadual tu dekat kau ke? Kenapalah kau biarkan Abang Shahrukh kesayangan kau tu macam tu?.. suka sangat buli orang tak bersalah..”

            Shila mendebik. “elehh salah aku ajelahkan..”

            Irdina tersenyum sambil mengangkat keningnya tinggi. sengaja mengusik Shila, tahu sangat temannya tu memang panas baran sikit tapi dalam hati tetap ada Taman Tema, “Cik Shila Adnan hari ni kita nak kemana ek?..” suara Irdina. Yakin dengan penampilan ringkasnya. Jeans dah blous putih. simple dan mudah.

            “Emm pagi ni kita akan jumpa Lady Ann dulu sebab macam biasa kita kena ambik cek dulu.. lepas tu baru kita ke Damansara, dekat sana nanti baru boleh tengok apa sebenarnya yang kau kena buat..” Lancar Shila menerangkan jadual super model terkenal Irdina Azzalea.

            “Sebelum tu boleh tak kalau kita singgah dekat simpang empat tu..” Irdina tayang muka comel. Ewahhh Nampak sangat nak meraih simpati.

            “Ok.. Kita singgah, minta-mintalah Nasi lemak Acik Mun kegemaran kau tu tak habis..” suara Shila dengan senyuman. Dia bukan saja PA malah dia sudah terbiasa mengambil tahu semua kisah hidup Irdina. Malah dia dah cukup faham dengan perangai sahabatnya yang sorang ni.

*******

  Suasana bilik masih lagi tegang, keputusan pengerusi memainkan peranan penting walaupun hakikatnya hanya keputusan kecil. Marleyya mengeluh perlahan. Sebelum ni papanya tak pernah nak campur tangan tapi projek besar kali ni dia sibuk juga nak bagi keputusan. Bukannya dia tak tahu siapa papanya. Siapa tak kenal Dato Hamzah, Buaya tembaga yang tak pernah nak sedar yang diri tu dah tua.

NO NO NO I nak Irdina, Irdina and Irdina itu keputusan muktamad..” suara Dato Hamzah tegas, kenapalah suka sangat melanggar arahan. Buat kerja sikit pun tak boleh.

Mansur mengaru kepalanya. Rasa macam nak gugur semua rambutnya mengikut arahan macam-macam bosnya yang sorang ni. Sekejap nak macam ni sekejap nak macam tu. sekarang dia hanya menjadi orang tengah dan pemerhati ketiga antara anak dengan ayah.

“Tapi Dato, Irdina very buzy sekarang ni, kalau kita nak tunggu jadual dia free kita kena tangguhkan 2 bulan atau mungkin lebih dari itu nak lancarkan produk kita tu..” Jelas Mansur lagi. Hahhh tapi memang jelas ibarat mencurat air ke daun keladi. Tak mengubah keputusan pun.  Rasanya dah dua kali dia menerangkan rasionalnya keputusan Dato Hamzah tu.

            Dato Hamzah duduk kembali ke kerusinya. Wajah Mansur dipandang lama. dia paling pantang kalau pekerja yang mengunakan seribu satu alasan. Hakikatnya tak ada usaha langsung.

            “I tak kira walau nak tangguh setahun sekalipun, I tetap nak Irdina jadi Model untuk perlancaran produk kita.. dia asset emas yang boleh menjadi imej produk kita, tak akan itupun awak susah nak faham..” Suara Dato Hamzah tegas.Hahhh orang muda mana tahu strategi perniagaan.

            Mansur gigit bibir. Elehhh asset produk ke nak jadi asset dia.hishh bilalah orang tua ni nak insaf agaknya. Memanglah si Irdina tu cantik tapi masalahnya ingat senang ke nak berurusan dengan model popular macam tu, call 10 kali belum tentu angkat lagi.

            “Susah Dato, PA dia kata sepanjang bulan ni jadual Cik Irdina padat sangat. Dia dah tolak tawaran kita dah dua kali.. saya rasa kita kena cari model lain..” Mansur masih terus mencuba. Sebagai pengurus Projek dia nak semuanya berjalan lancar.

            “Mansur.. siapa yang bayar gaji you?,” tanya Dato Hamzah perlahan.

            “Mestilah Dato yang bayar..”

            “So? Apa yang susah sangat ikut cakap I.. I nak you aturkan perjumpaan saya dengan Irdina, selebihnya biar saya sendiri yang uruskan, nak harapkan you memang lembab,” arah Dato Hamzah lagi.

            Mansur mengangguk setuju akhirnya. Terpaksalah dia mengadap PA Irdina yang cukup garang.adoii.. cakap sikit dah kena sembur dengan mulut pedas tu.

            Pintu bilik ditolak kuat dari luar. Macam nak tercabut. Muncul wajah masam mencuka Marleyya.

            “Apa masalah papa sebenarnya ni? Kenapa mesti nak tangguhkan pelancaran 2 Care? Papa nak produk kita tu dah ketinggalan zaman baru nak keluarkan?”suara Marleyya tinggi. Panas juga hatinya bila dengar keputusan papanya. Yang hairannya kenapa dia menjadi orang terakhir yang tahu penanguhan pelancaran tu. Hahh papa memang melampau.

            “Apa masalahnya ni?kan papa dah maklumkan hal ni dalam mesyuarat tadi?, Ohhh Papa lupa pulak yang kamu tak masuk meeting tadi sebab sibuk bercinta kan..” Sindir Dato Hamzah. Marleyya Natasha anak tunggalnya yang selama ni tak pernah kisah tentang Syarikat hari ni nak mengamuk, hishhh pelik bin ajaib.

            Marleyya mencebik. geram bila mendengar ada mulut-mulut Murai dekat pejabat yang mengata dia tak nak ambik tahu pasal Syarikat sebab dia memang tak ada ilmu.

            “Kenapa sebab model yang papa tergila-gilakan sangat tu?.. papa tolong jangan campurkan urusan syarikat dengan peribadi..”

            Dato Hamzah berdengus. Wajah satu-satu anak tunggalnya dipandang sekejap. Dia tersenyum.memang cepat panas baran sama macam arwah mamanya. “Sekarang ni dah jelas siapa yang ikutkan emosikan..papa cuma nak ingatkan Leyya yang papa dah lama makan garam dah cukup masak dengan strategi perniagaan so papa tahu apa yang papa nak buat..”

            Marleyya melepaskan keluhan. Geram. “Ini bukan soal siapa makan garam atau tak papa..soalnya sekarang kenapa penangguhan dibuat tiba-tiba? kenapa mesti hentikan benda yang kita dah rancang lama hilang macam tu aje?,” Marleyya sekali lagi berlagak pandai.

            “Irdina mungkin salah satu sebab tapi sebab utama adalah produk kita masih perlukan penjenamaan semula, cuba Leyya tengok betul-betul label produk lepas tu baru datang jumpa papa nak marah-marah macam ni..” Suara Dato Hamzah kembali tenang.

            Mansur mengaru kepalanya, rasa macam tak sepatutnya dia hadir dalam berbahasan dua beranak ni. Terasa asing bila dua mata itu bertentang.

            “Maksud papa label produk kita tak ada label halal tu? itu bukan isu besar papa,” suara Marleyya sambil berpeluk tubuh.

            “Kalau di US or Jerman mungkin ini bukan masalah besar tapi ini Malaysia sayang.. Islam adalah agama rasmi negara. Jadi halal is very important thing..walaupun produk kita produk kecantikan,”

            Marleyya terdiam. Hahhh papa memang Raja dalam mencipta seribu alasan. Dia tahu sangat bukan itu sebab utama penanguhan tu.

            “So jangan sampai papa tanya Leyya macamana masalah sebesar ini tak siapapun antara kakitangan Cinta holding yang perasan terutamanya Leyya sebagai pengarah urusan...”

            “Jadi papa nak kata yang Leyya tak pandai buat kerja?,” Marleyya mula melenting.

            Dato Hamzah mengeleng perlahan.lain yang disampaikan lain pulak yang difaham. Memang manja tak bertempat pantang ditegur. Inilah orang kata kalau dah bodoh sombong memang susah diajar.

            “Apapun papa tak nak tuduh sesiapa tapi papa nak Leyya fokus dengan apa yang sepatutnya Leyya buat, bukan hanya harapkan orang bawahan..selama ni pun bukan Papa tak tahu yang Mansur banyak buat kerja Leyya,” tegas Dato Hamzah.

            Mansur telan air liur. Alamak macamana dato boleh tahu ni.

            “Kalau semua benda Leyya yang kena buat baik kita tak payah nak bagi diorang kerja, penatlah kalau semua benda nak harapkan Leyya..dahlah Malaslah nak bertengkar dengan Papa, memang Papa juga yang akan menang..”

            Marleyya meninggalkan bilik papanya.pintu bilik dihempas kuat tanda protes. Dato Hamzah mengeleng perlahan. Haii ada sajalah yang tak kena budak ni, Macamana nak lepaskan Cinta Holding pada dia kalau macam ni. Boleh lingkup kalau tak kena dengan mood dia.

            “Maaf dato..” suara Mansur perlahan.

            “Tak apa, tapi lain kali jangan ingat saya tak tahu apa yang berlaku dalam syarikat saya ni.. saya cukup mata dan telinga. Awak memang boleh bantu dia Mansur tapi jangan sampai awak ikutkan sangat apa yang dia suruh..” Arah Dato Hamzah tegas.

            “Baik Dato...”

*******

Shopping mall yang ketiga dan kedai yang ke 25. Shila Adnan memicit kakinya yang terasa macam nak tercabut. Kalau adalah undang-undang akta penderaan sahabat, mungkin masa ni dia dah boleh buat report. Biar padan muka Irdina ni tidur dalam penjara. Dari tadi berjalan berbatu-batu tapi tak ada apa pun barang yang dibeli.

“Dah jumpa apa yang kau cari?”, soalan sama yang diulang lebih 4 kali. Irdina melangkah tanpa menghiraukan wajah masam mencuka Shila yang mengekori langkahnya.

“Belum lagi… hishh rasanya ada tapi tak ingat dekat mana, kita cuba cari lagi ek, jangan putus asa. Usaha tangga kejayaan..” 

“Tangga rumah nenek kau!!.. skru lutut aku ni dah nak tercabut tahu tak, dekat 3 jam 40 minit atau lebih tepat 4 jam kita jalan tanpa henti. Kalau masuk marathon ni dah boleh dapat pingat emas…kau tak penat ke Cik Irdina Azzalea?” suara Shila seakan tak berdaya.

Irdina mencebik. Eleh.. baru jalan 4 jam dah nak bising. “Kalau penat kau pergi tunggu dalam KFC tu nanti kalau aku dah jumpa barang tu aku balik situ..”, senang lagi ringkas Irdina memberi arahan.

“Cik Irdina sekarang ni masa bertugas aku tahu tak..kalau apa-apa jadi dekat kau siapa yang susah? Aku juga!!”, Shila mengangkat jari telunjuknya dekat ke muka. Sekali dengan pakej muka 5 kupang.

Irdina berhenti. Dia mengeluh perlahan.

“Hahh tak baik mengeluh..”, tegur Shila.

            “Bukan mengeluhlah.. lepaskan penat,oklah kita rehat dulu tapi lepas satu kedai aje lagi ok, please..”

            “Ya Allah…. Tolonglah hambaMu ini..” suara Shila menarik senyum di wajah Irdina.

            Irdina tersenyum puas, apa yang dicari sudah berada di tangannya. Music box berbentuk piano berwarna putih tertayang di matanya. Alunan melodi syahdu masuk ke telinganya.

            “Punyalah lama kita berjalan dari satu kedai ke satu kedai benda ni yang kau nak cari?” suara Shila kuat. pantas dia menutup mulutnya dengan tangan. Alamak malu arr tempat awam. Please behave yourself Shila Adnan. Bisiknya kembali perlahan.

            Shila tersenyum pada beberapa mata yang melihat ke arah mereka. Irdina tersenyum. Tahu sangat sikap control ayu Shila. Jadi jalan selamat untuk mengelakkan suara ala-ala ning baizura budak shila ni keluar sumbat je mulut dia dengan apa saja jenis makanan.

            “Nasib baik coklat cake yang lazat ni selamatkan kau.. kalau tak memang aku rebut kau dengan daun kari..” sambung shila lagi. kali ini suaranya kembali ke nada asal.

            “dan lama aku cari benda ni akhirnya dapat juga..” suara Irdina puas.

            Shila mengunyah perlahan. Akhirnya dia tersenyum juga. Bahagia melihat senyuman yang terisi di ruang wajah Irdina…

            “Shila abang dekat belakang tu dari tadi tengok kau cuba makan elok-elok sikit..” suara Irdina perlahan. Sempat kakinya mencuit kaki Shila.

            Shila terdiam. Matanya diangkat memandang tepat ke wajah Irdina di depannya. Niatnya ingin menoleh ke arah lelaki yang dimaksudkan oleh Irdina.

            “Emmm mamat tu dari tadi tengok kita bukan dia tengok aku tapi dia tengok kau..” ucap Shila selamba. Memang dia pasti itulah lelaki yang dari tadi mengekori mereka.

            Iphone dikeluarkan. Shila memberi mesej kepada abang Shah rukh Khan atau nama Icnya Farok bin Hitam. Lebih senang dipanggil shah rukh khan kerana merupakan peminat no.1 aktor bollywood tu. Memang sekali tengok abang Farok iras Shah rukh khan. Tapi dua kali tengok langsung tak ada iras walaupun driver shah rukh khan. Abang Shahrukh merupakan pengawal peribadi Irdina.

            “Nak buat apa tu?”, Tanya Irdina.

            “Nak buat cucur ikan bilis.. nak ke?..”

            “Hahaha… lawak yeee, buat kelakar ke?” sambung Irdina dengan muka serius. Tak puas hati dengan jawapan Shila.

            “Call abang shahrukhlah…mana tahu mamat tu ada niat tak elok..”, Shila meletakkan iponenya di atas meja.

            “Alaa sikit-sikit abang shahrukh, sikit sikit abang shahrukh..tak ada apalah kau tengoklah muka baik tu..”

            Shila mencebik sekali lagi wajah mamat yang dimaksudkan dijeling dengan ekor mata.

            “Sekarang ni muka baik tu yang tak boleh percaya, kalau muka pecah rumah tu taka pa dah Nampak dah memang macam orang jahat..”, Shila bersuara malas sambil terus menghabiskan sisa kek di pinggan.

            “Suka hati kaulah Cik Shila Adnan..yang penting kau bahagia..”

            Tak sampai dua minit terpacak muka abang shahrukh di tepi meja mereka. Shila tersenyum, memang on time lah abang shahrukh ni. Dengan badan yang ala-ala ahli bina badan mustahil aka nada lelaki yang berani berniat jahat dengan mereka. Disebabkan itu Shila lebih suka jika abang shahrukh berada dengan mereka.

            “Cik Irdina tak apa-apa?”, abang Shahrukh memerhatikan keadaan keliling.

            “Tak apa-apa, ni Shila ni yang gabra semacam..”, jelas Irdina. Dah naik berbuih mulutnya meminta abang Shahrukh hanya memanggilnya irdina tapi lelaki itu lebih selesa dengan panggilan Cik Irdina. Terlalu formal dan merimaskan.

            “Aku rasa lebih baik kita balik.. lagipun malam ni kita ada show..”, Shila sempat mengarahkan abang shahrukh mengangkat barang-barangnya. Hishh siapa buli siapa ni.  




TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets