Wednesday, July 22, 2009

DR. CINTA 4


Dr cinta 4

Tangannya melibas-libas tuala yang dipegang, menari mengikut rentak muzik… tangannya pastas menguatkan lagi tahap volume komputernya. Bergema suasana bilik menyebabkan dia semakin seronok. Sengaja dia berlonjak suka, cuba menghilangkan beban yang tersangkut di otaknya.

“Ya Allah anak dara apa ni…nak tercabut telinga mak ni dengar MAz oiiiii” Puan Maznah memperlahankan lagu yang membingitkan telinga.

“ala mak…..kenapa tutup lagu tu?”

”nak cair tahi telinga mak ni dengar lagu entah apa-apa kau pasang tu tahu tak” bebel Puan Maznah. Satu lagi perangai buruk anak daranya.

”Mak kalau cair nanti tak adalah mak mengalami sakit sebab tahi telinga tu keras..hah masa tu baru mak berterima kasih dengan anak mak ni”

”banyaklah terima kasih, cepat turun ayah panggil tu sarapan sekali”

”aikkk Permata hati mak tu tak kerja ke hari ni?” pelik Mazliana sambil menjeling jam di dindingnya sudah menunjukkan pukul 9 pagi.

”tak hari ni ayah cuti..katanya ada hal nak bincang dengan Maz” Maz mengaru kepalanya, macam tak sedap hati je aku dengar ni. mesti nak promote anak-anak kawan dia ni. hisshh ayah ni pun satu macam dah tak sabar nak bermenantu tunggulah biar Kak Lin dulu. Ni aku juga yang dia sibukkan.

”hah!!menung apa lagi tu cepat”

”baik Mak...bagi Maz 5 minit nanti Maz turun”.

Tangga dituruni satu persatu. Sambil itu mulutnya tak henti menyanyikan lagu rindu. Entah kenapa sejak kecil itulah penyakitnya pantang duduk sorang pasti berpuluh lagu akan di hafal. Tapi kalau setakat nyanyi dalam bilik air bolehlah. Suara macam katak panggil hujan mana boleh buat album nanti menangis pulak Datuk Siti dengar aku nyanyi lagu dia.

”haiii...awal puteri ayah bangun hari ni?” hahhh dah kena sindir. Aku hanya tersenyum, sambil menarik kerusi di bertentangan dengan mak.

”emmm tak adalah awal sangat ayah..biasanya pukul 11 ni kira oklah pukul 9 kan mak” kata Maz sambil mengapai kuih gelang di depannya.

”subuh ke tak ni?” pertanyaan ayah membuatkan dahinya berkerut.

”haiii ayah, Ini Mazliana Hj Nordin tau...mana pernah tinggal solat..lagipun kan solat tu tiang agama”

”memanglah solat tu tiang agama tapi tidur balik lepas subuh boleh tutup pintu rezeki tahu tak?” Maz tersenyum. Terkena lagi.

”Mak kata ada hal ayah nak bincang kenapa? Ayah nak kawin lagi ke?” tersedak Puan Maznah saat ayat itu keluar dari mulut anaknya. Pantas lengan Mazliana dicubit kuat. Geram.

”aduhh...sakitnya..alamak..lupa pulak permaisuri ketam ada dekat sini” dia tersenyum melihat jelingan maknya. Macamana mulut ni lancang kuning betul!! Kutuknya sendiri. Terdengar ketawa ayahnya masih belum reda.

”amboii..ayah kalau cerita pasal nak buka cawangan baru senyum sampai ke telinga ek.. jangan nak lebih-lebih ek bos, tadi tu tersasul tarik balik” giliran Puan Maznah ketawa apabila melihat tawa suaminya terhenti.

”sudah jangan nak kenakan ayah, malam ni kau jangan pergi mana-mana ada orang nak datang dalam pukul 9”

”emmm agak dah”

”apa yang dah agak?”

”tak ada apalah...tak ada dah agak yang hari ni akan hujan...” Mazliana menghabiskan kuih yang baru separuh di makan. Puan Maznah hanya memandang kelibat anaknya bangun dan berlalu dari meja makan. Macam ada yang tak kena!!.

”lain macam je bang?” tanya Puan Maznah kepada suaminya.

”itulah yang abang hairan tu..selalunya dah awal-awal lagi membangkang..dia tak sihat ke?”

”hishhh abang ni, elok je saya tengok budak tu?”

“jangan dia buat pasal lagi sudah macam sebelum ni..malulah saya dengan Kamal nanti, apa saya nak cakap dengan Imam nanti” bisik Hj Nordin perlan bimbang jika rancangannya didengari Mazliana.

Mazliana mundar mandir di dalam biliknya. Satu persatu langkah diatur seakan dia mengira silang karpet merah yang dipijak. Hishhh apa aku nak buat ni tak akan nak berserah kot? Ke nak pura-pura ayu? Ke nak buat perkara yang memalukan?. Teringat peristiwa dua bulan lepas. Menantu pilihan ayahnya anak Imam Mahadi. Si skema.

”awak suka makan apa?”
”nasi” jawabnya sepatah.

”baguslah saya pun sama”

”emmm...awak pandai baca al-Quran?” Maz menjeling. Soalan jenis apa tu? Skim akhirat kot.

”bolehlah setakat untuk diri sendiri” hishh mamat ni tak tahu ke aku ni bekas Qariah sekolah. Lagi mau tanya!!

”saya suka dengar lagu nasyid, mesti awakpun sukakan ?” Si skema bertanya lagi membuatkan dia mencebik. Matanya dapat menangkap aksi mak dan ayahnya yang membisik antara satu sama lain.

”emmm..taklah saya suka lagu rock..Metalica, wings, Jinbara...lepas tu lagi mulan..akulah mahluk tuhan yang tercipta yang paling seksi...ahh ahh..” tiba-tiba Maz berlagu kuat siap dengan gaya.

”Mazliana...Maaf Kamal...anak mak cik memang macam ni”

”emmm tak apa mak cik..”

”ehhh kamal tak makan ulam ke?” tanya Puan Maznah

”emm...saya tak berapa suka mak cik” maz mencebikkan mukanya. Macam nak muntah, orang kampung tak makan ulam mengada-ngada.

”ehhh...rugilah awak saya suka petai dengan jering ni...kena pulak makan dengan telur rebus...fuhhhh kalau awak tercekik pun mesti saya buat bodoh je... lagi satu kalau awak makan benda-benda ni boleh hadamkan makanan kentut pun power giler bau dia kan mak” Mazliana tersenyum apabila melihat muka Kamal kemerahan. Jelingan Mak dan ayahnya tidak dipedulikan.

Pintunya di ketuk perlahan. Dia tersedar kembali ke alam nyata. Perlahan dia bangun merapati pintu bilik. Wajah maknya menjenguk sebelum sempat dia membuka pintu.

”maz tak siap lagi dah pukul berapa ni.. cepatlah” ehh..mak ni macam aku nak nikah pula malam ni. Dia hanya tersenyum dan mengangguk. Mak dan ayanhnya memang tak serik-serik.

Mazliana gelisah sendiri di dalam bilik. Kak Lin tak ada pula gatal nak kursus masa ni juga kalau tidak ada juga orang nak seamatkan aku. Kepalanya ligat berfikir. Tiba-tiba dia tersenyum. Senyuman yang membawa seribu erti.


****
”hah..maknanya ni kau larilah?”

”kalau yapun terkejut tak payahlah over sangat sampai macam tu” syamin tersenyum. Wajah temannya dipandang.

”patutlah kau kata soal hidup mati...sampai aku nak mekap pun tak sempat”

”ala setakat minum tepi jalan macam ni tak payah kau nak membazir mekap tu”

”ehhh kau jangan tak tahu kadang-kadang di tempat-tempat terbuka macam nilah jodoh kita sampai. Bukannya kita tahu” kata-kata syamin membuatkan dia ketawa sendiri.

”dahlah mimi jangan nak berangan..”

”habis kau keluar ikut mana tadi?”

”tingkap” pendek saja jawapan Mazliana tapi cukup membuatkan tawa syamin kuat kedengaran. ”weiii kontrol sikit gelak tu...mamat sebelah tu asyik tengok je tak nampak?” tawa syamin terhenti tiba-tiba. Pantas dia berpaling ke arah yang dimaksudkan Maz.

”hishhh kau ni kenapa tak bagi hint dari tadi... malu aku”

”dia yang gelak tak ingat dunia salahkan aku pula” usik Maz. Suka dia melihat temannya yang kembali berlakon ayu.. dasar pelakon terbaik betullah.

”tak ingat dunia tak apa tapi akhirat aku ingat sentiasa” syamin menyedut air fresh oren di depannya. Cuba men’cover’ keterlanjurannya tadi.

” kalau duduk dengan kau mesti sifat keayuan aku ni hilang” sambung syamin lagi.

”alaa keayuan kau tu memang plastik pun macam aku tak tahu..macamanalah mak dan ayah aku sekarang ni? Mesti hijau muka si skema tu bila tahu aku lari” ketawanya tercetus lagi membuatkan syamin terkedu.

”kau ni dah jodoh datang ke rumah kau lari..kalau aku dataran merdeka aku tadahkan, sekarang ni bukan senang nak cari lelaki yang baik, kalau dalam sepuluh tu seorang pun payah nak jumpa”

”tu kau bukan aku...dahlah cepat habiskan air kau tu...hantar aku balik, aku rasa dah balik kot mamat tu”

”emmm..kalau kau nak..aku boleh rekomenkan kau dengan bos aku... baik orangnya hensem pulak tu” tambah Syamin lagi.

”emmm kalau kau nak jual bos kau tu..kau jual dekat orang lain je aku tak nak” ucap Mazliana sambil bangun untuk meninggalkan syamin.
”kau ni macam puteri gunung ledang pulak..”

”best juga kalau aku macam puteri gunung ledang mesti satu hari nanti jadi lagenda”

”elehhhh...perasan...”

”tapikan Maz aku hairanlah bukannya tak ada yang minat dekat kau tapi kenapa kau susah sangat nak suka dekat insan yang bernama lelaki ni?”

”entahlah Mimi mungkin hati aku ni belum terbuka lagi kot..”

”jangan nanti hati kau terbuka untuk dua orang sekali sudah” syamin ketawa lagi. Matanya masih menumpukan perhatian ke jalan raya.

”emmm bagus juga cadangan kau tu...mesti ayah aku suka aku bawa sampai dua menantu untuk dia kan”

”gila..”

”laaa bukan kau punya cadangan kata aku gila pula”

”malaslah aku cakap dengan anak Hj Nordin ni degil!!”

”dahh jangan bercakap pandu cermat jiwa selamat je” Mazliana tersenyum.

***

”emmm nak kemana tu?” Maz tunduk melangkah perlahan mendapat ayah dan maknya.

”dah buat salah tak nak minta maaf?”

”alaaa Maz bukan buat salah tapi menegakkan kebenaran”

”kebenaran apa?” soalan ayahnya membuatkan dia terdiam. Ehhh kebenaran apa ek? Kebenaran dari dipaksa kawin ke? Ekk bila pula ayah paksa aku kawin?.

“dahlah bang, lagipun budak tu dah balik”

“emmm kesian ayah tengok budak kamal tu tadi...” tidak mempedulikan kata-kata isterinya. Mata masih tepat memandang anak manjanya itu.

“kenapa ayah suruh dia makan ulam ke?”

”banyaklah ulam Maz...dia mana suka makan ulam, mana boleh nak paksa-paksa” Mazliana memandang maknya. Macam biasa Puan Maznah akan memberi isyarat mata kepada anaknya supaya jangan menjawab.

”kalau ayah tak nak paksa dia makan ulam sebab dia tak suka, kenapa esti ayah paksa Maz untuk terima sesuatu yang Maz tak suka..” Hj Nordin menyembunyikan senyumnya. Kalau bercakap dengan anak yang sorang ni mesti ada saja jawapan yang keluar.

”jadi Maz samakan kamal macam ulam?”

”kalau dia ulam dah lama Maz patah-patah cicah dengan sambal belacan makan...” mendengar kata anaknya membuatkan Puan Maznah ketawa kecil. Namun cepat disembunyikan tawa itu apabila menyedari jelingan suaminya.

”ada saja jawapannya”

”anak Hj Nordin kan...” Maz tersenyum.

”pandai nak salahkan ayah pulak?.. dah makan belum?”

”dah dengan Mimi tadi”

Hj. Nordin terus bangun meninggalkan anaknya. Maz tersenyum dia tahu ayahnya tak akan memaksa Cuma kadang-kadang Cuma mengikut perasaan.

”anak dengan ayah sama je” sempat puan Maznah menarik lembut hidung mancung anaknya. Berlalu mengekori langkah suaminya.

Majalah wanita dihelak satu persatu. Tiada yang menarik perhatiannya. Nak melukispun moodnya tak ada hari ni. dia memandang siling yang berwarna putih bersih. Macam ada sesuatu yang difikirkan tapi apa?..hishh nampak sangat aku ni tak boleh pakai nak fikir apapun tak tahu.

”hah...menung apa tu?”

”Kak Lin ni tak reti nak bagi salam ke masuk bilik orang?”

”ehhh akak dah bagi salam dua kali tau...dia yang dok melayan perasaan”

”ek?” azlin baring di sebelah adiknya. Dia suka masuk ke bilik adik bongsunya tu..cantik. pelbagai jenis lukisan membuatkan biliknya terasa tenang. Ditambanh pula dengan warna biru lembut.

”akak dengar ada yang lari ikut tingkap tadi?”

”elehhh pura-pura tanya lagi..mesti reporter dah hantar satu laporan lengkap dekat akak kan?” faham benar perangai maknya. Apa sahaja tentang dirinya pasti akan dikongsikan dengan azlin. Tak ada rahsia langsung.

”tak baik tak kata mak macam tu..”

”hahh...kan betul mak dah cerita” azlin tersenyum. Bijak adiknya memerangkap.

”kenapa adik akak buat macam tu?”

“saja nak buat cerita novel kisah seorang perempuan cantik terjun tingkap sebab takut dikawinkan” azlin ketawa. Muka selamba Mazliana membuatkan dia geli hati.

“kenapa ayah tu asyik nak carikan jodoh untuk Maz? Padahal kak Lin dengan kak Ida tak kawin lagi? Nak suruh Maz Langkah tangga ke?”

”langkah bendullah”

”sama arr tu”

”alaa...ayahkan sayangkan adik akak ni mestilah dia nak yang terbaik untuk Maz..kalau Maz teliti betul-betulkan ayah tu macam tak adil kadang-kadang...mesti dia lebihkan Maz tengok maz tak kerja pun ayah ok je”

”alaaa maz ni bodoh sikit dari Kak Lin dengan Kak Ida” ada nada sayu di hujung kata-katanya. Bear besarnya dipeluk erat.

”siapa kata adik akak ni bodoh?...dalam kita adik beradik Maz yang paling berbakat tau...keluarga kita bangga dengan Maz..tu tengok lukisan Maz tu...ada harga tau walaupun Maz conteng je” dia tersenyum. Kata-kata pujian itu membuatkan hatinya kembali mekar.

“Maz akak nak tanya sikit boleh?”

”sejak bila nak tanya minta kebenaran?” mazliana memandang wajah kakak kesayangannya.

”kalau diberi pilihan lelaki macamana Maz suka?”

”wah soalan berani mati tu..dah habis fikir ke tadi nak tanya soalan tu ke akak dah tak ada soalan lain nak tanya?” sengaja dilontarkan sindiran itu ke arah Azlin. Riak wajahnya serius tiada senyuman menghiasi wajah itu.

”kalau diberi pilihan lelaki macam abang johan tu mesti ditolak ke tepi dulu..”

”kenapa pula...apa kena mengena dengan abang Johan pulak?” tanya Azlin tak berpuas hati dengan kata-kata adiknya.

”ehh suka hatilah pilihan Maz bukan Kak Lin yang punya”

”emmm ok...teruskan”

”emmm macam ayah kot”

”hah??” Azlin terkejut.

”Macam ayah?”

”emmmm...dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia ni ayah adalah contoh terbaik yang Maz pernah jumpa. Kak Lin tengoklah cara ayah layan kita, cara ayah sayang mak..ayah cakap dengan orang...first men in world lah”

”hoooo patutlah ramai kena reject”

Di sebalik pintu ada satu senyuman terukir. Perbualan anak-anaknya membuatkan hatinya terusik. Haji Nordin kembali dengan niatnya untuk minum air di dapur. Tapi senyuman masih mekar di bibir.

Monday, July 20, 2009

Perihal kisah kita


Perihal kisah kita.

“apa masalah papa ni sebenarnya?”

“masalahnya kaulah” selamba duduk berdepan dengan papanya. Haji Marzuki. Mata tajam papanya langsung tidak menakutkannya.

“anak sorangpun susah nak jaga...macam jaga lembu sekandang”

“hishh papa ni boleh pula samakan Mar dengan lembu...busuk betul”

”papa dah buat keputusan..”

”tidakkkkk....”

”apa salah papa dekat kau sampai kau jadi macam ni?”

”tulah papa siapa suruh papa letak nama Mar ni Mawar...malu tahu tak semua member Mar ketawakan Mar” Mawar hampir memuntahkan ketawanya. Haji Marzuki juga menyimpan senyumnya. Nama Mawar itu adalah pilihan ayahnya, atuk kepada Mawar.

”sudah jangan nak buat lawak bodoh dengan papa.. lagipun nanti tok wanpun dah tahu yang kau akan duduk dengan dia minggu depan”

”papa ni suka buat keputusan sendiri tahu tak”

”ada papa kisah?” hj. Marzuki bangun dah berlalu meninggalkan anak daranya sendiri.
”jangan lupa esok papa nak makan nasi lemak”, sambungnya lagi sebelum kakinya sampai di tangga.

”ada Mawar kisah?” dengan selamba dia berlalu melintasi papanya. Tanda protes dengan keputusan papanya.

”aikkk bertuah punya anak...”

Jam di sebelah katilnya berbunyi kuat... Mawar menutup telinganya dengan bantal. Selimut ditarik melindungi keseluruh tubuh kecilnya itu. Sudah 3 hari dia meninggalkan Kuala Lumpur sekarang dia berada di kampung gajah. Sekali lagi bunyi loceng kuat membingit di telinganya kali ini terasa lebih dekat.

”hissshhh...” dia meraba-raba jam di atas meja. Aikk mana pula jam ni. Bunyi ayam berkokok pula menganggu. dia membuang selimutnya lantas tingkap kayu kecil di sebelah dibuka dengan kasar.

“eiiii ayam bodoh kalau betullah....kau nak menjerit-jerit boleh tak pergi tempat lain” jeritnya lagi. Tingkap itu ditutup kembali, dia melangkah perlahan memanjat semula katil. Sedapnya tidur, semalaman dia tak tidur akibat berperang dengan nyamuk.

Selama tinggal dengan tok wan dia dapat rasakan dia bebas dari bebelan papa kesayangannya itu. Tok wan seorang yang tak suka membebel tapi lebih suka memberi sindiran yang tajam. Maklumlah kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ayah dengan anak sama je suka seksa hidup aku.

“Nek mana tok wan?” Mawar tampil dengan jeans dan t-shirt hitamnya.

”Masyallah..seluar apa kamu pakai ni Mawar sayang??” aduhhh mula dah.. Mawar menayangkan muka tak bersalahnya.

“kenapa nek salah ke? Ni seluar jeanslah Nek”

“hahh....Ya Allah...”

“kenapa nek?”

“kalau kamu dah pakai seluar jin...nanti jin tu nak pakai apa pula?” hishh nenek aku ni buat lawak pulak. Kelakar sangatlah tu. Senyum kambing neneknya membuatkan dia terasa disindir.

“Mar mana ada seluar lainlah Nek... Tok Wan mana nek?” sekali lagi dia bertanya.

”entahlah..pagi-pagi macam ni kemana lagi dia duduk melepak warung janda Senah tulah”

”hahh..mesti Tok Wan ada skandal dengan Cik senah tu..” Mawar ketawa sengaja mengusik neneknya itu.

“hishhh kamu ni…jangan merepeklah..” muncung neneknya sudah kelihatan. dia tersenyum terus duduk mengadap nasi lemak yang sudah terhidang di depannya. Inilah yang best duduk dengan Tok Wan mesti Neneknya akan hidangkan tak payah dia susah-susah nak masak ke apa.

Sudah hampir sepuluh tahun dia tak balik ke kampung. Dia hanya berjumpa dengan nenek dan Tok wannya apabila mereka datang melawat mereka di KL. Apalah yang menarik sangat kampung ni sampai papa tak sabar-sabar suruh aku balik kampung. Sekali aku duduk terus dengan nek dan tok wan dia juga yang menangis.

”apa yang mawar buat sampai papa marah macam tu sekali?”

“entah Nek dia kata jaga lembu sekandang lagi senang dari jaga Mar...mungkin sekarang ni papa tengah jaga lembulah kot” senyumannya bertukar ketawa. Teringat kata-kata papanya pada malam perang besar itu.

“macam-macam nek dengar pasal Mawar”

“alaaaa papa tu semua Mar buat semua tak betul... belajar silat salah, perempuan dia suruh belajar masak..peliklah, suka suruh orang buat benda yang tak suka buat”

“mungkin ada sebab dia tak suka”

“kalau mama ada mesti dia sokong apa yang Mar buat...” mawar diam, tiba-tiba hatinya terasa sebak, bunyi batuk dari belakang mengejutkannya. dia berpaling Tok wan sudah menarik kerusi di sebelahnya tercium bau rokok yang menyakitkan hidung.

“Tok wan ni berapa kali Mar nak cakap jangan merokok bahaya untuk kesihatan” pantas rokok di tangan lelaki tua itu di ambil dan dibuang keluar tingkap. Wajah kerut Tok wannya tidak dihiraukan. Dia hanya bersiul.

“nasihat orang pandai awak tu berapa kali tok nak cakap cuba duduk elok-elok, pakai baju tak senonoh tu entah apa ditulisnya kamu pakai ni bersiul macam budak laki...” Tok wannya sudah mula berceramah. Aduhhh....nampaknya dia tersilap langkah.

***

“tok kata tak payah...tak payahlah..”

“hah...mar nak ikut juga..”

”masalahnya gelanggang tu untuk lelaki...kamu tu perempuan”

“tok wan itu zaman dahulu kala..sekarang ni perempuan dah boleh buat apa yang laki buat tahu tak” geram dia mendengarnya, perangai tok wannya sama macam papa sukar merendah-rendahkan perempuan. Ketinggalan betul.

“kamu ni degil betullah...sama macam papa kamu tu”

“alaaa degil macam tok wannya juga” selamba dia melahirkan kata. Hajah Maimunah hanya senyum mendengar telatah cucu kesayangannya itu.

Matanya meredah suasana sunyi menyusuri langkah Tok wan yang sudah lebih 70 tahun tapi masih nampak muda dah kuat. Kedengaran suara anak muda kampung yang sedang belatih silat, nyalaan api di tepi pagar yang diperbuat dari buluh membuatkan dia rasa berada di zaman Hang Tuah. Wahhh...ramai juga anak buah Tok wan tapi kenapa dia tak nak ajar aku bersilat? Pelik...sebab aku perempuan ke?

”hah... Mawar kamu duduk saja di sini”

”hishhh Tok Wan ni janganlah panggil orang Mawar..tak sukalah”

”laaa dah nama kamu.. nak panggil apa?”

”Mar je...”

”hishhh mengada-ngada aku yang bagi nama tu kenapa kamu malu?”

”hooooo....Tok Wan yang bagi nama tu... orang malulah Tok macam zaman Hang tuah dengan Hang Jebat pulak” kedengaran ketawa kasar Tok wannya. Ehhh orang tua ni suka pulak dia. Dia tak tahu aku dari sekolah jadi bahan ketawa sebab nama ’Mawar’ nasib baik bukan kemboja, melor, kuntum ke hishhh....

Semua anak buahnya berpakaian serba hitam dan ada yang hanya berseluar dan tidak berbaju. Terasa segan pula dia berada di situ. Semua berhenti apabila Tok Wan masuk ke gelanggang. Mereka tunduk hormat. Tiba-tiba aku pula yang bangga.

”ini cucu Tuk nama dia ...” belum sempat Tok wan bersuara aku menyikunya perlahan.

”panggil Mar je” satu senyuman dilontarkan kepada jejaka-jejaka di depannya. Tiba-tiba ada mata yang memandang tepat ke arahnya. Lelaki itu hanya berseluar hitam di pingangnya diikat dengan kain kuning. Dalam suasana gelap terlihat badan tegapnya.

’pehal plak mamat ni tengok aku semacam je...bajet bagus sangatlah tu silat dia?’

”teruskan latihan...Ril” suara tok wan mengembalikan Mawar ke dunia nyata.

”ya Tok” tangan tua itu disalam.

“malam ni buka langkah baru..” arahan Tok wan membuatkan aku sekali lagi menatap wajah itu.

”Tok...Mar ikut sekali” permintaan itu membuatkan Zahril ketawa, begitu juga Tok Wan.

”asas pun kamu tak ada nak buka langkah pun tak tahu macam mana?” kata-kata Tok wan membuatkan Mawar mencebik..

”Nampaknya Tok Wan pandang rendah dekat Mar?”

”bukan pandang rendah...”

”Gelanggang bukan namanya gelanggang kalau tak ada langkah” Mawar bersuara sedikit kuat. kata-kata itu mengingatkannya pada seseorang.

” gelanggang bukan gelanggang kalau tak ada langkah” kata-kata Aisya anaknya bermain semula di mindanya. Ungkapan yang sama sering digunakan Aisya satu-satunya anak kesayangannya.

”Tok Wan?” Mawar pelik, matanya memandang ke arah Zahril yang memandang sinis ke arahnya.

”sudahlah kamu duduk saja dekat situ, jangan mengada-ngada” Mawar tersentak. Mukanya beralih merah, malu disergah begitu.

”Mar balik dululah” Mawar meninggalkan semua mata yan memandangnya. Kesal dengan sikap Tok wan yang sama seperti papanya. Benci!!.

****

Matanya merenung sawah padi yang menghijau, cantik. Membuatkan hatinya menjadi tenang.

”jauh menung nampak?”

”hah?” zahril tidak mempedulikan pandangan mata Mawar, dia terus duduk di sebelah wanita itu.

”nak apa?” tanya Mawar tanpa memandang lelaki di sebelahnya

”nak lepak dekat sini je” Mawar bangun dari duduknya,

”ehh...nak ke mana tu?”

”laaa dah awak nak lepak dekat sini”

”berlagak juga orang KL ni ek”

”so apa masalahnya” Mawar bertanya tak puas hati. Suka-suka mulut dia je. Juntaian rambut yang menutupi wajahnya di tolak dengan tangan. Matanya masih tak lepas memandang lelaki di depannya itu.

”masalahnya cik mawar ni macam bermasalah je dengan saya?” zahril menayangkan muka tak bersalahnya. Menambahkan lagi sakit di hati mawar.

”ehhh...pleaselah...that not my problem”

“saya orang kampung Cik Mawar tak pandai bahasa omputih ni” perli Zahril.

“so apa masalahnya?”

“tak ada masalah” zahril mengajuk cara mawar bertanya.

“whatever” Mawar bangun, selipar di tepinya di angkat dengan tangan.

”cik mawar hati-ha...” belum sempat pesanan zahril habis Mawar sudah jatuh terduduk.

”aduhhhh!!!” jeritan kuat Mawar membuatkan zahril berlari mendapatkan wanita itu.

”hahh tulah saya baru nak pesan...dah jatuh dalam sawah” ketawa zahril kedengaran.

Mawar berdiri separuh baju t-shirtnya sudah berlumpur. Ketawa zahril membuatkan hatinya bertambah panas. Dia cuba memanjat benteng sawah namun gagal. Zahril menghulurkan tangannya untuk membantu mawar, wanita itu menepis tangannya kasar.

”Nak menyombong lagi tu...cepatlah licin tu, jangan salahkan saya kalau nanti ada lintah atau pacat dekat badan awak tu ” mendengar kata-kata itu membuatkan Mawar pantas menarik tangan zahril.

Muncungnya panjang sedepa. Satu suarapun tidak kedengaran dari tadi. Langkah diaturkan lebih laju.

”tak payah ikut sayalah...bukan saya budak kecik tak tahu jalan balik” marah Mawar apabila zahril mengekorinya.

”sebab awak bukan budak keciklah saya ikut mana tahu awak terjun lagi dalam sawah tu” sindir zahril membuatkan langkah Mawar semakin laju.

Hajah maimunah melihat muncung cucu kesayangannya itu, tanpa menegur neneknya mawar terus naik ke dalam rumah dengan baju yang penuh lumpur.

”kenapa pulak ni?” jerit neneknya perlahan apabila melihat cucunya bermandi lumpur.

”dia jatuh dekat sawah Nek ”

”hah?macamana pula jadi macam tu?”

“jalan laju sangat mengalahkan pendeka” kata-kata zahril disambut dengan tawa besar Nek Jah. Memang dia sudah biasa di rumah itu malah sejak kecil lagi dia memang selalu bermain di rumah Nek Jah. Tapi tak tahu pulak yang Nek Jah ada cucu secantik Mawar. Bisik hati nakalnya.

“tak apalah Nek, Ril balik dulu”

“makan tengahari dekat sinilah”

“emmm tak apalah nek, lagipun dah janji dengan mak tadi nak baik awal..mungkin lain kali” Nek jah tersenyum menghantar langkah lelaki itu hingga hilang dari pandangan. Zahrillah penawar rindunya saat dia merindui cucu kesayangannya.

***

“Kenapa abang buat macam tu?”

“habis awak nak dia jadi macam mak dia? Sebab silat dia pergi tinggalkan kita..” ada sendu di hujung kata-kata Tok Wan. Mawar disebalik pintu hanya diam menjadi pendengar. Dia ingin tahu apa rahsia yang selama ini disimpan.

“tapi itu semua takdir...abang tak boleh nak melawan takdir” giliran Nek Wan pula bersuara.

“sudahlah Mak ayah lagipun Mawar tak pernah tahu cerita sebenar biarlah dia dengan cara dia” ehhh itu suara Papa? Bila dia sampai?. Dia cuba menjengukkan kepalanya ke dalam rumah.

“jangan sampai dia tahu..” gertak Tuk Wan. “aku tak mahu hilang cucu aku macam aku hilang anak aku” Tok wan terus meninggalkan Papa dan Nenek di dapur. Hahhh nampaknya keputusan kena juga datang dari aku. Mawar masuk ke rumah terus ke biliknya.

“Mawar nak kemana ni?” Beg yang disandang diletakkan ke lantai. Dia tunduk enggan memandang wajah Tok Wan dan neneknya

“Mawar nak balik”

“kenapa?”

“sebab mawar tak nak jadi orang yang terasing dalam keluarga, kalau Atuk, Papa dan Nek rasa Mar ni penganggu lebih baik Mar balik. Lagipun Mar pun tak nak ambik tahu lagi rahsia keluarga ni” dia membuat keputusan.

“Mar duduk...jangan nak memberontak tak kena tempat”

”Papa selama ni Mar selalu fikir yang Papa adalah insan yang faham Mar tapi hakikatnya Papa masih tak kenal anak sendiri” bunyi dehum dari ats membuatkan dia berpaling. Alamak Atuk!!. Ada sedikit getar di dadanya, kalau kena penampar kang tak pasal-pasal je masuk hospital.

”apa bising-bising ni?”

”budak ni nak balik bang” Mata atuknya kelihatan tenang. Sempat dia menyalakan rokok yang terselit di tangan, hishh Atuk ni tak nampak ke aku nak merajuk ni boleh pulak layan rokok tu lagi.

”emmm kalau nak balik..balik arrr tapi sebelum tu pergi kedai belikan atuk tepung teringin pula nak makan cucur udang” Mawar menelan air liurnya. Cucur udang? Mak aiii sedapnya.

”Malaslah Tuk suruh papa yang beli..Mar nak balik KL” cuba melayan rajuknya walaupun hakikatnya sudah terbayang cucur udang panas. Ada ke aku merajuk dia suruh pergi beli tepung..hishhh tak logik betul..mana ada sangat kritikal macam ni nak buat adegan makan kot.

”pergi atuk kata...nak tengok atuk ni mati kempunan ?” senyuman cuba disembunyikan apabila melihat Mawar keluar dengan muka masamnya. Dia tahu perangai cucu kesayangannya itu. Walaupun dah boleh jadi mak orang tapi perangai macam budak-budak. Hajah Maimunah dan Marzuki hanya tersenyum sumbing. Marzuki kagum dengan ayah mertuanya kerana berjaya menawan hati anak kesayangannya itu.

“alamak...anak manja Tok wanlah” zahril menjeling ke arah mamat dan kawan-kawannya. Memang sengaja mereka menduga kesabarannya.

“hahhh nak ambil hati tok guru sampai cucu dia pun kau rembat sekali ke?” satu lagi suara mencelah datangnya dari kelompok yang sama.

“apa masalah korang ni sebenarnya?”

”tak ada apa...saja borak-borak kosong pasal ada orang tu” zahril mengenggam erat penumbuknya.

”kau jangan cari pasal dengan aku Mat” kelihatan dia semakin hilang sabar.

”kau ingat kau belajar silat aku takut..kau jangan lupa aku pun bekas anak murid Tok Wan..” dia berdiri tegak wajahnya tegang menikam wajah Zahril. Dendamnya masih belum selesai.

”sebab itulah aku lepaskan kau kali ini..ingat silat bukan untuk kita menunjuk-nunjuk” Zahril berpaling ingin meneruskan langkahnya.

”hahhh pergi mampuslah silat kau tu” Mamat memberi isyarat kepada kawan-kawannya. Mereka menghalang perjalan Zahril, satu persatu melepaskan tumbukan namun dengan tenang ditangkas oleh zahril sehinggalah dia silap percaturan, Mamat menghayunkan seatu objek keras ke kepalanya. Dia tersungkur jatuh. Terasa kepalanya sangat sakit darah mengalir keluar.

”hohhh apa korang buat tu?”

”amboiii anak gadis manis Tok Wan pula nak jadi penyelamat” sindir Mamat disertai gelak tawa kawan-kawannya. Hishhh kurang ajar memang nak kena ni. Mawar mengenggam tangannya.

”emmm mari sayang biar abang cium sikit” Mamat sudah merapati Mawar. Ketika itu Zahril masih mengerang kesakitan

”Mawar lari...lari...” sedaya upaya Zahril menjerit tangannya masih memegang kepala yang penuh dengar darah.

Mawar tersenyum..memang nak kena budak-budak ni, tapi boleh ke dia kalahkan muka-muka pecah rumah ni? Ramai pulak tu?..hishhh kena fikir tiga kali. Tiba-tiba idea bodohnya datang. Bungkusan tepung di tangannya diramas pelahan, matanya mengawasi kedatangan Mamat. Sebaik sahaja lelaki itu datang merapatinya, senyuman Mamat membuatkan dia terasa ingin muntah dalam masa yang sama dia mendengar jeritan Zahril meminta dia pergi dari situ.

”ambik kau...”

”aduhhh” Mamat menutup matanya, wajahnya dipenuhi tepung. Matanya pedih. Sepantas kilat satu sepakan dilayangkan ke tempat sensitif lelaki itu. Sekali lagi lelaki itu menjerit dan tunduk kesakitan.

Semua kawan-kawannya terkedu, ada yang ingin mara datang membantu dan ada yang melarikan diri.

”hahhh marilah kalau korang nak rasa macamana tak ada keturunan nanti...” masing-masing melangkah ke belakang.

”blah arr geng...jom cabut..” satu persatu meninggalkan Mawar sambil menarik Mamat yang masih mengerang kesakitan.

”hahhh..padan muka kau lepas ni mesti kau terseksa seumur hidup” sempat mawar berkata perlahan. Dia berlari mendapatkan Zahril yang terdampa di tepi jalan. Kebetulan pada masa yang sama sebuah kereta berhenti dekat dengan mereka.

”Mawar kenapa ni?”

”PAPA?!!”

****

”tak sangka cucu Tok Wan jadi hero” puji Tok Wannya.

”alaaa...kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi” giliran papanya pula menyampuk. Semua di situ tergelak mendengar jawapan Hj Marzuki.

”budak Mamat tu memang nak cari pasal dengan aku...” Marah Tok wan.

”dahlah ayah biar polis yang tentukan..jangan awak nak buat perhitungan sendiri ” Nenek memberi amaran. Pak cik Mail dan Mak cik Murni juga menyokong pendapat Nenek. Aku hanya diam di satu sudut bilik. Masih ada yang belum selesai.

”hahhh cucu Atuk ni kenapa diam je?? Tak suka ke jadi hero? Ehhh nak ke mana tu?” Tuk Wan dan yang lain memandangnya. Matanya bertembung dengan pandangan Zahril yang bersandar di katil. Semua sedang menanti jawapannya.

”Nak balik KL” dia terus keluar dari wad 301c itu. Malas mendengar gurauan yang tak kelakar langsung. Hatinya masih sakit.

”tunggu Mawar...Atuk ada benda nak cerita”

”kalau nak beritahu rahsia yang atuk simpan selama ni tak payahlah Tuk Wan”

”dengar dulu apa yang tuk wan nak cakap Mawar” giliran ayah pula yang menyergahnya dari belakang. Di sisinya ada Nenek yang sudah berteman air mata.

Segala yang tersimpan selama ini diluahkan, satu persatu cerita dilayarkan kepadanya. Ada air mata yang menitis saat dia tahu hakikat sebenar. Patutlah Tuk Wan dan Papa merahsiakan segalanya. Cerita aisyah ibunya dibongkar satu persatu.

****

Sayangku Mawar..

Mesti sayang tak suka nama itukan..seminggu ibu bertengkar dengan atuk sebab namamu sayang, tapi ibu tahu nama itu juga yang akan membuatkan ibu bangga denganmu. Mungkin masa Mawar baca surat ni rahsia ibu dah terbongkar...

Sayang maafkan atuk, Nek dan papa sebab mama yang minta segalanya dirahsiakan. Bukan silat sebenarnya yang ibu bencikan tapi keadaan lama ibu terbiar bagai mayat hidup selepas kemalangan itu. Sakit bukan sebab ibu cacat tapi sakit sebab kerana terlalu mengutamakan seni mempertahankan diri yang mengankat nama ibu, ibu lupa dunia, ibu lupa suami yang kasihkan ibu, ibu lupa ayah dan mak yang selama ini menjaga dan membesarkan ibu.

Kegemilangan ibu sebagai juara tak penah buat ibu bahagia..ibu kesal sebab abaikan mawar..maafkan ibu..tapi ingat gelanggang bukanlah gelanggang jika tak ada langkah. Prinsip itu buatkan ibu sedar rupanya langkah ibu salah. Demi anakku yang tersayang maafkan ibu. Ibu sayang Mawar...sangat sayang...
Ibumu tersayang..

Semua isi dairi itu telahku baca. Air mata yang menitis disapu perlahan dengan jari. Dia pasrah dengan ketentuan yang berlaku. Emmm...memang kadang-kala nama boleh membuatkan seseorang hilang punca, hilang keluarga. Ibu mawar faham perasaan ibu. Mawar sayang ibu. Dairi itu didakap erat. Seakan memeluk ibunya.

”sayang mana butang baju abang ni?”

”hah?? Ada atas meja tu..” Mawar memandang wajah segak suaminya Zahril.

”sayang menangis lagi ke?” dia duduk di tepi isterinya. Dahi wanita itu dikucup lembut.

”tak adalah...tiba-tiba teringat ibu”

”alaaa dahlah...kan nak dapat ibu baru hari ni..cepat tu nenek dengan Tuk Wan dah bising” dia meluru ke depan cermin. Melihat penampilannya. Segak lengkap berbaju melayu dan samping. semoga Papa dan Mak Uda akan bahagia. terbayang senyuman Maryuni jiran rumahnya tak sangka janda anak satu itu akan menjadi ibunya. wajah suaminya dipandang.

”ni siapa yang nak nikah ni Papa ke abang?” ada senyuman nakal terselit di wajah suaminya.

”ala...abangkan pengapit kenalah lebih hensem dari pengantin” kedengaran ketawa kuat Zahril.

”perlu ke abang kata macam tu?” ada nada tak puas hati.

“perlulah sebab mana tahu kot boleh tambah cawangan”

“amboii gatal....” satu cubitan mengena lengannya. Berbirat.

”sakitlah sayang...anak papa nanti dan keluar jangan suka cubit-cubit suami tau...nanti suami cari lain” bisik Zahril apabila dia merapatkan kepalanya ke perut isterinya yang sudah 7 bulan. Lagi 2 bulan dia akan menjadi papa.

”abang!!” jerit Mawar perlahan.

”Tuk Wan dah bagi nama dekat anak kita” Zahril berkata perlahan.

”hah?!! Ohhh NO...”

”oohhh YES...Kemboja sari katanya” bulat mata Mawar mendengarnya.

”TAK NAK!!!!!!!!!” Zahril tersenyum..dapat meneka reaksi isterinya.

The end.

Sunday, July 19, 2009

GILA KAU 33

Gila kau 33

“apa yang kau cuba nak buat ni?”

“abang kita dah semakin jauh? Mungkin ini jalan terbaik.. lagipun abangkan dah ada dia untuk apa lagi Maya ni” pilu hatinya apabila mendengar suara sergahan Johan di telifon.

”kau jangan harap akau akan ceraikan kau? Lagipun kau tak malu ke kalau orang kata baru je kawin dah jadi janda?”

Telifon bimbit ditangannya digenggam erat. Rasa sakitnya tak dapat dibayangkan. Kenapa suaminya berubah sekelip mata? Salah dia ke atau percaturannya selama ini salah?.

”cinta abang terlalu cepat pudar..sama macam kata-kata abang...kalau sepantas itu abang boleh menghina wanita yang bergelar isteri, Maya tak teragak-agak untuk mengundur diri”. Perbualan mereka sepi. Johan memejamkan matanya cuba mentafsir apa yng bermain di mindanya. Tiba-tiba matanya dapat menangkap bayang tubuh insan yang dirindui.

”suka hati kaulah kalau itu yang kau nak aku tak teragak-agak lepaskan kau..lagipun nak buat apa aku simpan perempuan tak guna macam kau ni”

Pantas talian dimatikan. Maya terduduk di birai katilnya. Matanya terasa berpinar, entah kenapa air mata ini seakan tak mahu berhenti. Aku gagal menyelamatkan rumah tangga yang disangkakan bahagia ini. Apa kata papa dan mama kalau mereka tahu hal ini?

”Intan” nama itu meniti di bibirnya. Perlahan nombor temannya dicari.

****

Intan berjalan mundar mandir, tangannya digenggam kuat seperti ada yang belum diluahkan. Hatinya masih panas berapi-api. Langsung tak dipedulikan air mata Maya yangmencucuran jatuh sambil mengadu nasib.

”aku dah agak dah peranga dia memeng macam tu” Intan melepaskan marah. Sejak A sampai Z apa yang diceritakan oleh Intan betul-betul menyakitkan hatinya. Dasar lelaki tak tahu malu!!.

“aku minta maaf Intan sebab tak beritahu kau”

”aku terkilan sangat sebab kau letakkan aku jauh, bukan selama ni suka duka kita tanggung bersama? Kau tak ingat bila aku kehilangan Hafiz siapa yang berada di sisi aku? Tapi kenapa kau.....” Intan tak menghabiskan ayatnya.

”aku dah uruskan tuntutan cerai” bulat mata Intan mendengar kata-kata yang lahir dari mulut temanya. Memeng hatinya menyokong tapi untuk memberi komen atas keputusan Maya dia tak berani.

”kau ingat Maya aku tak boleh berikan kau penyelesaian tapi kau kena ingat yang dalam dunia ni kau masih ada aku sebagai seorang kawan.. kau masih ada aku untuk menangis” pantas Maya memeluk tubuhnya. Esakannya semakin kuat.

”aku malu Intan...tak sampaipun setahun kawin dah jadi macam ni”

”aku faham perasaan kau tapi kau kena fikir masa depan kau.. banyak lagi benda kau boleh buat”

”sekarang aku rasa macam orang bodoh bila dia cakap apa yang dia buat dengan aku selama ni satu kesilapan...dia ingat aku ni bahan uji kaji ke?” Maya melepaskan rasa geramnya. Memang rasa cinta itu sudah lama padam tapi masih ada sedikit rasa hormatnya pada lelaki itu.

Intan menolak mug berisi milo panas ke arah Maya. Wajah temannya itu lesu kelihatan tidak bermaya. Maya tersenyum sambil menghirup sedikit air. Segar rasanya apabila selesai mandi dan bersolah jemaah bersama Intan.

“kenapa?” tanya Intan melihat perubahan di wajah Maya.

”air kau buat sama macam dulu sedap..” kata-kata itu membangkitkan ketawa kecilnya. Begitu juga dengan Intan.

”sejak kau tak ada ni memang jarak aku bancuh air..kalau aku nak minumpun aku telan air masak je” terang Intan.

”pemalas”

”tapi aku tak puas hati lagi ni” Maya mengangkat keningnya tanda tak faham.

”aku nak buat perhitungan dengan si Johan tu.. berani dia buat kau macam ni memang nak cari pasal betul”

“dahlah Intan lagipun aku dah buat apa yang sepatutnya biarlah kalau perempuan tu yang buat dia bahagia”

“perempuan tu tahu ke si johan tu dah kawin?”

”entah aku pun tak tahu”

”kau pernah jumpa dia ke?” tanya Intan lagi, ala-ala seorang pegawai polis.

“emmm ada sekali masa dekat Mall..tengah berpeluk sakan” Maya tersenyum pahit. Menyembunyikan pedih yang beraja di hati.

“habis apa rancangan kau?”

“aku dah buat temujanji dengan peguam..papa dan mama pun setuju dengan apa yang aku buat”

“hati kau?” soalan cepu emas. Sengaja dilontarkan. Bimbang jika masih ada cinta di hati temannya pada lelaki tak guna tu.

“aku berserah pada Dia..lagipun hidup mati kita dia yang tentukan kita Cuma mampu merancang” Maya tersenyum.

“aku bangga ada kawan macam kau..kalaulah diberi pilihan aku lantik kau jadi menteri pembangunan wanita dan keluarga” gurau Intan.

“emmm keluarga aku dah runtuhpun Intan...so tak layak untuk aku semua tu”

“mungkin ada hikmah apa yang terjadi ni” kata Intan perlahan sambil memeluk lembut bahu temannya itu. Cuba memberi sedikit perlindungan seperti yang selalu dilakukan kepada kanak-kanak di yayasan.

“Maya kau tahu tak?”

“tak tahu...”

“hishhh ni na bagi tahulah”

”apa?”

”kau bukan saja kawan aku tau... kau adalah adik aku, kakak aku, mak dan kaulah satu-satunya keluarga yang aku ada” giliran Intan pula beremosi.

”aku tahu..sebab itulah kau adalah orang pertama yang bermain di fikiran aku setiap kali ada masalah...Cuma sejak kawin ni aku kononnya nak berdikari, tak nak susahkan kau..lastnya aku yang susah” Maya tersenyum. Adanya Intan membuatkan dia mampu melupakan Johan.

”Habis apa rancangan kau lepas ni?” Intan kembali menatap wajah temannya.

”esok aku ada temujanji dengan dengan peguam..papa aku yang pandai-pandai, tapi nasib baik ada dia kalau tak mesti aku bersabar lagi dengan sepak terajang Johan”

”emmm apapun keputusan kau aku sokong, esok aku temankan ek?”

”ehh tak pe aku boleh pergi sendiri”

”kenapa pula?”

”aku nak jumpa mama aku lepas tu...dah lama dia suruh aku balik tapi aku je yang degil”

”ok...tapi kalau ada apa-apa cepat beritahu aku” Intan bersuara seolah-olah memberi amarah.

”baik bos..malam ni aku tidur dengan kau ek?” Intan mengangguk perlahan. Dia tahu apa yang dialami temannya sangat pahit malah akan meninggalkan kesan yang dalam.


***


Farid menyusun beberapa buah fail kes yang sudah selesai, sehari demi sehari kes penceraian menjadi permainan di mindanya. Tak salah rasanya kalau aku takut nak kawin bukan senang sekarang ni nak cari wanita yang boleh buat isteri yang banyaknya perempuan. Tangannya masih ligat menyusun dan memasukkan fail.

“Encik Farid ada orang nak jumpa” tiba-tiba terjenguk kepala pembantunya.

”emmm...siapa Mas?”

”Maya Kirana” sebaris nama keluar dari bibirnya. Lama wajah wanita itu dipandang. Rupanya dialah Maya Kirana yang selama ini menyembunyikan diri.

”akhirnya saya jumpa juga yang empunya diri” sebaris senyuman muncul di wajah wanita itu nampak lembut. Baju kurung biru muda yang dipakai bersama seledang dari warnanya sama meyerlahkan lagi keayuan milik tuhan. Farid tersedar kembali ke alam nyata, Yan Allah jauh sangat dia tersasar.

”saya nak tahu pasal perkembangan kes tu”

“emmm macam ni Puan pihak makhamah dah bersetuju dengan tuntutan Puan Cuma tinggal hari perbicaraan, Namur ini sudah kali kedua tarikh ditetapkan tapi kalau kali ini puan dan pihak suami gagal hadirkan diri mungkin memerluka masa untuk kita teruskan nanti” terang Farid panjang lebar.

“saya akan pastikan semuanya akan berjalan lancar”

“kenapa puan tak menghadiri sesi kaunseling seperti yang ditetapkan?” tanya Farid dengan yakin, itu hádala salah satu tugasnya walaupun penceraian dituntut dalam Islam tapi bukan itu jalan terakhir.

“kalau itu diletakkan di jalan terakhir saya dah sampai tahap itu, apa yang saya inginkan dia lepaskan saya cara baik..” tutr kata itu sekali lagi membuatkan pegual muda itu mengangguk perlahan.

“lambat lagi ke tarikh untuk perbicaraan?”

”kita kena dapatkan surat panggilan dari hakim baru boleh teruskan Puan”,

Farid menghantar pemergiaan kliennya itu. Walaupun wajah itu nampak berseri tapi bibirnya tak pernah melakarkan senyuman. Sedara masuk ke biliknya wanita itu kelihatan serius. Tapi tak akan dia nak ketawa pulak dah nak uruskan tuntutan cerai. Farid melangkah masuk semula ke biliknya.

Rasa macam aku pernah tengoklah..tapi dekat mana? Farid memusing-musing pen di tangannya. Hatinya kuat mengatakan yang dia pernah melihat Maya tapi ingatannya gagal mengingati tempat di mana mereka berjumpa. Hahhh pelanduk dua serupa kot.

Friday, July 10, 2009

kerana kau 13


Kerana kau 13

Fariz memperlahankan sedikit langkahnya menunggu langkah Ayuni yang agak perlahan. Dari dalam kereta tadi wanita itu hanya menjawab sepatah sahaja soalannya samaada ya atau tidak.
“cepatlah sikit kita dah lambat ni” Fariz berhenti. Memberi laluan kepada Ayuni. Entah apa mimpi papanya meminta ayuni yang mewakilkan pihak pemasaran sedangkan sepatutnya dia pergi bersama Adam.

“jangan salahkan saya, lagipun ini keputusan lembaga pengarah… bukan saya sengaja kenakan awak..and please maniskan sikit muka awak yang masam tu” permintaan Fariz membuatkan Ayuni menarik muka.

Persidangan selama 3 jam itu berjalan dengan lancar. Semua yang hadir berpuas hati termasuklah Ayuni dan Fariz. Senyuman diukirkan pada wakil syarikat lain. Dalam suasana yang sibuk dengan orang ramai Fariz dapat menangkap raut wajah yang putih berseri tersenyum manis. Lama dia terpaku. Patutlah dia jarang senyum rupanya kalau dia senyum boleh cair hati orang yang memandang. Bisik hatinya.

“Fariz..” panggilan namanya membuatkan dia berpaling ke belakang.

“Zack kau pun ada juga rupanya” Zakaria Mansur anak kepada Hartawan yang mempunyai berbelas buah syarikat. Mereka pernah bersekolah di sekolah yang sama ketika di tingkatan 5.

”hebat kau sekarang” puji Zakaria

”kaupun apa kurangnya..” Fariz mencari kelibat ayuni tapi tak jumpa.

”tapi aku tak sepopular kau..hari-hari muka kau dekat majalah” ketawa mereka bersatu.

”mana awek yang dengan kau tadi?”

”awek?”

”yang cun tadi..” fahamlah Fariz yang dimaksudkan Zack adalah Ayuni.

”siapa?awek baru?” sekali lagi temannya itu bertanya.

”hishhh taklah wakil Neraca Holding bahgian pemasaran”

Dalam masa yang sama ayuni datang merapati mereka. Dia menghadiahkan senyuman ke arah Zakaria. Dia gelisah jam sudah menunjukkan pukul 6.30 tapi masih belum ada tanda yang Fariz akan meninggalkan Hotel Muriana. Sekali lagi dia melihat jam di tangannya.

”kenapa?”

”saya nak balik Encik Fariz” pinta Ayuni. Matanya sempat memandang wajah teman bosnya.

”haii..saya Zack” belum sempat diperkenalkan zakaria terlebih dahulu menghulurkan salam perkenalan.

”Nur Ayuni Balqis” jawabnya pendek.

Mata Zakaria tidak lepas dari meneroka setiap inci wajah Ayuni. Dia mengundur sedikit ke belakang terasa tidak selesa dipandang begitu. Fariz yang menyedari adegan itu memukul perlahan bahu kawan lamanya itu.

”oklah Zack aku balik dulu..lagipun dah lewat ni”

”nak balik dah..tak akanlah cepat sangat..kalau kau tak keberatan biarlah Cik ayuni aku hantarkan” berkerut dahi ayuni mendengar permintaan lelaki itu. Matanya terus di alihkan kepada Fariz. Cuba memberi isyarat mata.

”aku tak kisah kalau dia nak”, ayuni hampir meloncat. Cishhh tak guna punya Fariz...kau nak cabar aku ek.. kau ingat aku tak berani?

”macamana Cik ayuni?” Fariz tersenyum dia suka melihat wajah gusar wanita itu.

”emm kalau macam tu saya ok je” Fariz tersedak. Terkeluar sedikit air yang diminum. Gila apa perempuan ni baru je kenal dah nak ikut sesuka hati.

”emmm tapi cik ayuni kena tunggu sekejap sebab saya ada urusan sekejap dekat dalam..boleh?..kalau tak keberatan?” ayuni tersenyum lalu mengangguk perlahan. Zack bergegas masuk ke dalam bilik persidangan tadi.

”awak biar betul nak ikut dia balik?”

”apa pulak tak betul..lagipun Encik Fariz kan tak kisah...lagipun saya ni jenis yang tak suka nak menyusahkan orang”

”awak tak takut dengan dia?”

”tak ada bezanya dia dengan Encik Fariz...”

”awak sindir saya Ayuni..”

”terserah...” Fariz meletakkan gelas yang dipegang lalu meninggalkan ruang lobi hotel. Dia menuju ke keretanya.

Ayuni mengigit bibirnya. Geram. Fariz meninggalkannya begitu saja.. tak patut betul ayuni resah di tempat duduknya.

”jom Cik Ayuni...ehh Fariz mana?”

“dia dah balik” lelaki itu mengangguk tanda faham.

Mereka berjalan menuju ke kereta mewah milik Zakaria. Lelaki itu membukakan pintukereta untuknya. Ayuni hanya tersenyum walaupun dalam hatinya ada rasa tak selesa. Mahu saja dia lari atau naik bas.

“kenapa Cik Ayuni Takut ke?”

”hah!! Tak adalah” alamak nampak sangat ke? Ayuni menyentuh pipinya perlahan.

”jangan takut sayan makan nasi tak makan orang walaupun kadang-kadang nasi pun saya jarang makan” Zakaria tertawa sendiri. Dia cuba menghidupkan keretanya, gagal sekali lagi dia mencuba tetap gagal. Kali ketiga masih sama.

”aikkk kenapa pulak kereta ni.. mesti ada something ni?”

”kenapa ni Encik Zakaria?”

”tayar pancitlah Ayuni automatik kereta tak boleh hidup” zakaria keluar dari kereta melihat bahagia tayar depan keretanya. Ayuni mengeluh perlahan. kereta mahal pun masalah juga. Kalau naik bas ni dah lama sampai. Hari nak magrib dah ni hishh menyusahkan betullah.

Ayuni keluar cuba melihat apa yang berlaku. Kalau pasal kereta ni manalah dia tahu apa-apa. Dia hanya tersenyum menyembunyikan rasa apabila zakaria meminta maaf atas apa yang Bunyi hon kereta mengejutkan mereka.

”kenapa?”

”pancitlah....kau tak balik lagi?”

”aku selesaikan urusan dengan Mr Wong..habis tu macamana ni?” tanya Fariz lagi. Matanya sempat menjeling ke arah Ayuni, tapi wanita itu langsung tidak mempedulikannya.

”emm aku dah call kawan aku mungkin sikit lagi dia sampai”

”kalau macam tu ayuni saya hantar awak balik dulu” ajak Fariz.

”emmm..tak apalah saya tunggu Zack siapkan kereta” ucapnya separuh kuat, sengaja dia berkeras.

”laa..tak akan awak nak magrib dekat sini?” fariz mengundang persoalan lagi.

”emmm..tak apalah Ayuni awak balik dengan Fariz dulu, lagipun kalau nak tunggu saya nanti lambat pulak awak balik” kini giliran Zakaria pula bersuara. Dia cukup terharu dengan kesudian wanita itu menunggunya tapi dia perlu bertimbang rasa.

***

Suasana sepi yang kedengaran hanya alunan bacaan Al-Quran dari radio yang agak perlahan. Mungkin menghormati waktu magrib atau sengaja nak buat baik. Dari tadi dia hanya membatukan diri, terasa jauh untuk sampai ke rumahnya. Ayuni hanya melontarkan pandangannya ke luar tingkap, tiada apa yang nak dibualkan.

”baik awak dengan Zack tu..macam dah lama kenal” Fariz memecah sunyi.

”masa bukan penentu perkenalan”

”ya tapi masa juga akan tentukan samaada seseorang itu sesuai dibuat kawan atau tak?”

”saya rasa masa itu dah cukup” bidas Ayuni tak mahu kalah.

”dah cukup untuk awak kenal lelaki yang mempunyai dua isteri dan empat orang anak macam Zack?” ayuni menelan air liur. Hah? Dua isteri..dia cuba berlagak tenang.

”bukan masalahnya kalau sekadar nak berkawan”

”saya tak cakap pun masalah..tapi tak tahulah pula kalau memang awak mengejar lelaki macam tu..Yalah kaya, banyak duit..kalau setakat membeli belah di paris atau london tak jadi masalah bagi dia” Ayuni geram.

”berhentiiiiii!!!!!!” jeritnya kuat membuatkan Fariz menekan Brek mengejut.

”kenapa?” ayuni tidak mempedulikan pertanyaan Fariz..dia membuka pintu kereta BMW series itu lalu keluar. Kalau lagi lama dia bersama lelaki itu boleh meletop kereta mewahnya dikerjakan. Suhu kemarahanya sudah sampai ke tahap tinggi.

”ayuni..awak nak kemana?”

”Nur Ayuni Balqis!!” Ayuni tidak mempedulikan panggilannya. Fariz mengejar dari belakang. Sempat dia menarik lengan dan membuat wanita itu berpaling.

”awak ni kenapa?” suara Fariz mulai tinggi. Panas hatinya kerana terpaksa mengejar wanita itu.

”kalau Encik Fariz nak tahu kalau setakat lelaki macam Zakaria yang banyak duit banyak harta dari dulu lagi saya dah dapat kalau saya nak..kalau saya perempuan macam tu saya tak payah susah-susah berkerja siang malam sebab duit. Kalau betul pun saya wanita macam tu, saya rasa itu urusan saya dan tak ada kena mengena langsung dengan Encik Fariz”

Ayuni menarik kasar lengannya yang masih dipegang Fariz. Dia menahan teksi yang kebetulan lalu di situ dan terus meninggalkan bosnya. Hatinya sakit tak pernah dia semarah ini.

’selama ni keluarga kau rampas kebahagiaan aku...aku tak akan biarkan kau memijak maruah aku sesuka hati... tidak kau akan menyesal’ bisik hatinya . tiba-tiba ada mutiara jernih mengalir jatuh ke pipi. Dunianya terasa sunyi tiba-tiba.

****

“apa hal kau nak jumpa aku ni?” adam mengambil tempat bertentangan dengan Fariz. lelaki itu nampak kusut.

“weiii..Fariz??”

“tak ada apa saja nak belanja kau minum” ada nada sayu di hujung ayatnya.

“haiii lain macam bunyinya tu..kalau bukan sebab bulan jatuh ke riba tak akan sebab kucing tumbuh tanduk kot?...kau ni kenapa ni macam ada masalah aku tengok?”

“entahlah tetiba aku rasa bersalah pada seseorang”

“hah!!rasa bersalah?? Betul ke ko ni Fariz Iskandar?” Adam meletakkan telapak tangannya di dahi Fariz “kau demam ke?” tanyanya lagi.

“aku oklah”

“kau serba salah dengan siapa ni?” adam mula serius. Dia dapat merasakan yang Fariz serius kali ini. Bukan lagi gurauan.

“aku pun tak tahu tapi apa yang pasti aku rasa aku macam dah buat satu kesalahan besar tapi taklah besar manapun” satu persatu peristiwa yang berlaku lewat petang tadi diceritakan kepada adam.

“What?? Kau pancitkan tayar dia?”

“habis tak akan aku nak biarkan mamat gatal tu bawa pekerja aku suka hati dia”

“habis tu Ayuni tahu ke kau punya kerja tu?” Fariz menggeleng perlahan.

“entah-entah kau ada hati dengan...”

“hishhh kau ni...aku rasa bersalah sebab tersalah cakaplah bukan sebab lain jangan nak buat andaian tak betul”

“emmm...bukan andaian Cuma bertanya...apa susah kau minta maaf esok dengan dia habis cerita” cadangan adam membuatkan Fariz mencebik.

“kenapa pulak aku kena minta maaf dengan dia? Sepatutnua dia yang berterima kasih dengan aku sebab selamatkan dia”

“pulak macam tu bila pulak kau selamatkan dia?”

“yalah daripada jadi mangsa si zack tu...kau bukan tak kenal dia”

“masalahnya Riz kau kena ingat yang bukan salah dia tahu tak...dan tak ada sebab kau nak buat macam tu, kalau aku dekat tempat ayuni dah lama mulut kau tu aku tampar tau”

“naisb baik bukan kau..” Fariz tersenyum.

“oklah aku nak balik” fariz bangun dari kerusinya. Air di atas meja langsung tak di sentuh.

“haiii tadi kata nak belanja minum? Ni nak balik pulak”

“kau minum air aku tu je lepas tu kau bayar..ok aku pergi dulu..” Adam mengaru belakang telinganya. Last-last aku juga yang kena. Dia meletakkan duit RM10 di atas meja lalu berlari mendapatkan Fariz yang tidak jauh.

Wednesday, July 8, 2009

GILA KAU 32



Gila kau 32

Intan meletakkan keretanya betul-betul di depan bank Islam. Masih banyak urusan butik perlu diselesaikan. Hari ini dia memilih jubah moden berwarna hitam dipadankan dengan warna yang sama. Entah kenapa baju itu menarik perhatiannya pagi tadi. Selalunya hitam adalah pilihan yang terakhir.

”kenapa awak suka warna hitam?”

”sebab aku rasa hitam tu tandanya berani..” shah menjawab yakin.

“ada pulak mana awak sekolah hitam tandanya berani? Merahlah menandakan keberanian?”

”ehhh suka hati akulah warna kesukaan aku...kau suka warna apa?”

”semua warna tapi hitam pilihan terakhir”

”pilihan terakhir tak bermakna kau tak suka.. mungkin pilihan terakhir tulah yang paling bagus” balas lelaki itu.

Intan tersenyum, kata-kata shahrul Iskandar sempat bermain di mindanya. Ahhh lelaki itu tak pernah berbual mesra dengannya ada saja yang tak kena. Kalau bercakap macam aku ni hamba dia. Langkahnya diteruskan, kalau melayan perasaan sampai esok tak siap kerja.

”ramainya orang” rungutnya perlahan. Nampaknya dia silap percaturan. Ingatkan hari jumaat tak adalah orang ramai macam ni. Dia berdiri di satu sudut bersebelahan dengan pintu. Matanya meneliti satu persatu nombor yang tertera di skrin. Lambat lagi!.. Intan melihat ragam manusia yang pelbagai. Kalau diberi pilihan memang dia suka duduk di tengah orang ramai, macam-macam perangai dapat dilihat. Tiba-tiba matanya terhenti di satu sudut sebelah kiri. Macam kenal?!..lelaki itu berwajah serius. Lalu mendapatkannya.

”Cik Intan buat apa dekat sini?” Fazrul bertanya lembut bersama senyuman.

”ada urusan sikit...awak?” dahinya berkerut cuba mengingati wajah lelaki itu.

”saya di warung minggu lepas...ingat lagi?”

”haaaa ya saya ingat...macamana awak tahu nama saya?” Fazrul diam.

”orang cantik macam cik Intan tak akan saya lupa” Intan sedaya upaya menghadiahkan senyuman walaupun hakikatnya senyuman itu terasa tak ikhlas. Entah kenapa ada rasa tak selesa dengan renungan lelaki itu.

”cik Intan seorang diri ke?”
”emmm...ya” pendek jawapannya, dia cuba untuk tidak memandang lelaki itu.

”lama lagi ni Cik Intan apa kata kita minum dulu dekat kedai depan tu?”

”tak apalah Encik....?”

”Fazrul..just call me Rul”

“saya dah makan banyak pagi tadi lagipun nanti terlepas giliran pulak” Intan menunjuk kertas kecil yang di pegang.

”cik Intan nampak cantik hari ini..tengok pemuda dekat kerusi tu dari tadi memandang ke arah kita..mungkin ada yang terpikat” fazrul merapatkan dirinya dengan Intan.cuba melindungi pandangan lelaki yang dari tadi memandang ke arah mereka. Selangkah Intan menjauhinya terasa Fazrul terlalu hampir. Matanya berpaling ke arah lelaki yang dimaksudkan Fazrul. Hah?? Shah!!

”Cik Intan kenal lelaki tu ke?” fazrul bertanya memang dia pernah nampak lelaki itu bersama Intan tapi apa hubungannya dia gagal mengesannya. Pandangannya kembali kepada wanita yang cantik mengenakan serba hitam itu. Namun belum sempat dia bertanya ada suara yang menegur dari belakang.

”Intan lama dah sampai?”

”hah?” Intan terkedu. Shah menarik tangannya menjarakkan dirinya dengan lelaki yang masih belum dikenali. Hanya sekali dia melihat lelaki itupun di gerai Mak Senah. Fazrul terkejut. Tiba-tiba sahaja lelaki di kerusi itu ada di sebelahnya.

”kan abang dah kata...biar abang yang buat...kenapa Intan datang?”

”abang?” dahinya berkerut. Apahal pulak mamat poyo ni? Buang tabiat ke apa? Dia memandang ke arah Fazrul yang kelihatan tak tentu arah.

”encik ni siapa ek?” tanya shah serius.

”oklah Intan lain kali kita borak ek... selamat tinggal” Fazrul terus berjalan keluar dari bank, dia tak mahu terus mencari masalah dengan lelaki itu. Walaupun dalam hatinya sakit.

Intan memandang tepat ke arah shah yang berada di depannya? Ada beberapa mata memandang ke arahnya. Mana taknya nyaris nak bergaduh dua lelaki disebabkan dia.hishh memalukan.

“awak ni kenapa?” Marah Intan. Matanya masih tepat memandang ke arah shah.

“kau kenal ke lelaki tadi?” Intan mengeleng perlahan.

”habis tu tak kenal yang layan tu buat apa? Nak mengatal?”

“apa awak cakap?” bulat mata Intan, kurang ajar suka hati kata aku gatal.

”Yalah yang tak kenal kau pergi mengada-ngada layan buat apa..tempat awam pulak tu tak malu orang tengok?” shah melepaskan geram. Berbulu matanya melihat kemesraan Intan dengan lelaki yang entah datang dari planet mana.

Intan berdengus geram, dia mengangkat kakinya sedikit tinggi dan memijak kuat kaki shahrul. Lelaki itu menjerit sakit. Tak diduga tindakan Intan itu.

”padan muka!...suka hati sayalah, penyibuk” Intan berlalu pergi, malu untuk terus lama di situ.

Intan memecut laju keretanya meninggalkan suara shah yang menjerit memanggil namanya. Padan muka buat sakit hati aku!. Suka-suka hati panggil aku gatal, mengada-ngada. Dia ingat aku ni apa?. Bisik hati marahnya.

”tak pasal-pasal je kerja aku tak jadi” dia bersandar di kerusi rehat depan rumahnya. Entah kenapa rasa marahnya masih belum hilang.

”kenapa Intan macam ada masalah?” suara Mak Siti kedengaran perlahan. Wanita itu senyum ke arahnya.

”ada orang gila kacau tadi mak Siti”

”orang gila?..dekat mana?”

”bank...nasib baik sempat lari..”

”Ya Allah bahaya betul macam tu Intan.. dalam bankpun dia boleh masuk ke?”

”namapun gila Mak siti”

”macamana rupa orang gila tu Intan? Takut pulak mak Siti dengar”

”emmm...boleh tahanlah Mak cik, muka hensem tapi sayang gila” cerita Intan lagi. Dia tersenyum melihat Mak siti yang beria-ria ingin mendengar. Kalau dia tahu yang dimaksudkan itu adalah shah anaknya..hishh boleh pengsan orang tua ni nanti. Sekali lagi dia tersenyum.

”hishhh budak ni senyum pulak dia...Mak siti dengar yang takut”

”tak apa mak Siti Intan dah pijak kaki dia” teringat aksi spontannya ketika itu. Dua kali fikir malupun ada di tempat orang ramai pulak tu.

” Ya Allah..beraninya anak Mak Siti ni...padan muka orang tu...” belum sempat dia menyambung katanya, kereta BMW milik Shah masuk ke perkarangan rumah.

”oklah Mak Siti, Intan masuk dulu, panaslah tiba-tiba” dia berlari masuk ke rumah tanpa menunggu jawapan dari wanita itu. Niatnya hanya satu tak mahu bertemu dengan shah.

”hishhh budak ni..masuk pulak dia” Mak siti terus mendapatkan anak kesayangannya. Memang setiap kali jumaat shah akan pulang dulu ke rumah untuk mandi dan berjemaah di masjid berdekatan.

”kenapa kaki tu?” tanya Mak Siti apabila melihat anaknya terjengkut-jengkut.

”jatuh tadi mak”

”macamana boleh jatuh?”

”panjang ceritanya mak nanti shah cerita” dia cuba memberi alasan. Tak akan nak cerita kisah benar kot.

”hisshh macam-macam pulak yang jadi, si intan tadi jumpa orang gila, yang kau ni jatuh pulak” bebel Mak siti. Shah berhenti memandang ke arah maknya.

”Orang gila?”

”ha arr dia kata orang gila dalam bank... belum sempat dia habis cerita dah masuk rumah panas katanya” shahrul mengigit bibir. Orang gila dia kata aku. Hishhh perempuan ni nak kena ni

”kenapa?”

”tak ada apa-apa mak”

Shah meninggalkan ibunya, entah kenapa tiba-tiba dia rasa bersalah, betul juga kata Intan dia memang penyibuk, tapi dia nak selamatkan Intan dari lelaki gatal tu. Tapi kenapa pula dia nak kena menyibuk?. Soalan itu membuatkan dia terdiam. Kenapa?.

***

Perlahan-lahan langsir yang menutup penuh tingkap rumahnya diselak. Dalam terang malam dia mengawasi kereta yang berhenti di depan rumah jirannya. Kelihatan dua inan itu mesra tersenyum-senyum. Shah mengeluh perlahan. sejak peristiwa di bank tu dia langsung tidak berpeluang untuk dekat dengan Intan apatah lagi bercakap.

“buat apa terhendap-hendap ni?” shahrul terkejut. Bahunya teragkat sedikit. Pantas kain langsir yang dipegang terlepas dari tangannya.

“mak ni terkejutkan shah je”

“apa yang kau intai tu? Jangan nak mengintai anak dara orang tak tentu pasal” sengaja mengusik anaknya, Mak Siti kembali duduk di sofa. lama di memerhatikan lagak anak mudanya dari tadi.

“anak dara apanya mak ni..shah tengok taman kita tu kalau letak lampu lagi mesti cantik”

“emmm betul juga..mesti terang sikit senang nak tengok jiran kita tu, betul tak?” sekali lagi shah terpukul dengan kata-kata maknya.

“kalau betul hati tu dah berdetak-detup baik luahkan..mak tak nak nanti anak mak ni gigit jari…lagipun mak tengok yang di intaipun boleh tahan , ramai peminatnya” shah mencebik. Ramai ke ? tapi memang ramaipun.. dia mengigit bibirnya. Cuba mentafsir kata-kata maknya. Shah duduk semula sambil tangannya membuka akhbar berita harian yang ada di atas meja. Lagi jauh dia melayan kata maknya semakin dia menjerat diri lebih baik diam.

“ alaaa...Mak Long kawinkan je si Shah ni..lagipun dia bukannya muda lagipun” Farid pula mencelah.. dia datang dari arah dapur membawa bersama mug di tangannya.

“shah ni hati kata nak..nak.. tapi mulut tu tak boleh nak buka, macam ada Intan...opssss... tersasul pulak”

Shah menjeling dia tahu Farid sengaja menguatkan suaranya bila menyebut nama itu. Haiii budak ni datang rumah orang nak mengata aku pulak, ni ada yang nak makan surat khabar.

“amboiii yang awak tu bila lagi? kamu tu muda lagi ke?”

“mudalah Mak Long dari Shah” Farid tersenyum, melawan kata-kata wanita yang selama ini sangat dihormati. Dia memang suka mengusik Mak Longnya.

“sudahlah..kalau kamu berdua susah sangat nak cari calon biar Mak Long yang tetapkan masa tu nanti jangan harap siapapun nak bantah” shah tersenyum, riak muka farid berubah. Padan muka. Mak siti bangun dari duduknya malas dia melayan dua anak terunanya lastnya nanti dia yang sakit hati.

“Mak aiiii seriusnya Mak Long” Farid berbisik perlahan.

“haaa baru kau tahu mak aku tu, ini baru sekali kau kena..aku ni dah hari-hari dengar pasal benda yang sama” Shah tersenyum, dia tahu perasaan ibunya itu tapi hatinya masih belum terbuka untuk gadis lain. Biarlah masa yang tentukan.

“dia ibu yang sempurna” ada ketegasan dalam kata-kata Farid. Shah mengangguk setuju, dia tahu sejauhmana kasih sepupunya itu terhadap ibunya.

“macamana kes terbaru kau tu?”

“rumit sikit kes ni, aku masih belum jumpa klien aku yang sebenar, yang datang wakil dia..mana boleh kes cerai ni hantar wakil” Farid melepaskan marahnya.

“dia bayar kaukan”

“memanglah..tapi setiap kes mesti melalui prosedur yang di tetapkan makhamah bukan main terjah je, lagipun pasangan ni baru sangat kawin mesti ikut kaunseling dulu” jelas Farid lagi.

“entahlah apa yang aku tahu dia ni anak Dato...tapi kawin atas dasar cinta last-last cerai juga” sambung Farid lagi. kesnya kali ini memerlukan kesabaran yang tinggi.

“sebab itulah dia hantar wakil, mungkin malu nak berdepan dengan masyarakat”

“malu takut pangkat dato tu jatuh ke tanah?” Farid mencapai majalah bussines di depannya. Shah sudah baring di atas sofa panjang. Mak Longnya sudah lama hilang, mungkin dah tidur.

“sebab tu ke kau takut nak kawin?” tanya Shah tiba-tiba.

“hishh kau ni, aku masih waras lagi walaupun kadang-kadang terfikir juga tapi jodoh pertemuan ajal maut ni Dia yang tentukan. Kita hanya hamba yang patut taat...lagipun soal nikah kawin ni hati kena rela tanpa paksaan barulah rumah tangga bahagia”

“tak sia-sia kau dapat A dalam pendidikan Islam, cakap mengalahkan ustaz..tapi cakap pandai yang pergi nasihatkan aku berbakul-bakul tu tapi diri sendiri sama macamana?” Farid ketawa kuat. Kata-kata Shah ada betulnya.

“ala shah kau kan tua dari aku so aku kenalah bagi kau nasihat supaya jangan terlajak perahu bolehlah tarik pakai tali ni kalau terlajak umur sampai tua membujang siapa nak jawab?” Farid mengangkat keningnya. Cuba memprovok hati sepupunya.

“kau ni mulut tak sayangkan..berapa sangatlah umur kau dengan aku kalau aku ni kategori terlajak kau pun bakalah..jadi welcome to the clublah”

“kalau aku try awek sebelah rumah kau ni boleh tak?”

“hah??! Mana boleh!” pantas shah menjawab. Matanya terus menatap wajah Farid yang sedang senyum sumbing. Pertanyaan Farid membuatkan jantungnya terhenti.

“aikkk kenapa pulak tak boleh?” sengaja menduga. Shah terdiam dia kelihatan tak keruan. Renungan Farid membuatkan dia berfikir sesuatu. Jawapan terbaik.

“maksud aku mana boleh kau nak si Intan tu bukan kau tak kenal dia tu..hishh garang nak mampus. Kasar pulak tu”

“ya ke?” Farid masih tak putus asa.

“aku kenal Intan tu jangan haraplah kalau nak buat kerja-kerja rumah ni bangun pagi pun entah pukul berapa”

“tapi shah aku tak cakap pun nama Intan kenapa kau fikir dia?” Farid berwajah serius. Shah menelan air liurnya perlahan. tak cakap ek..

“habis tak akan kau maksudkan cikgu Mariam kot?..kau tahu tak umur dia berapa?”

“tak salahkan tapi aku macam terhidu sesuatu arrr kau ada bau tak?” Tanya Farid lagi. berkerut dahi shah. Dia tahu sekarang Farid mempermainkannya.

“bau apa?”

“bau orang cemburu, takut berputih mata” ketawa farid meledak kuat. Shah membaling bantal kecil yang menghiasi sofanya ke arah Farid.

“kalau hati sudah suka semua indah saja...” sempat dia berlagu perlahan sebelum meninggalkan shah kesorangan di ruang tamu. Dia berjaya membuatkan sepupunya itu mempamerkan perasaan walaupun yang punya diri sendiri tak berapa yakin dengan perasaannya.


'kenapa hatinya semakin tak tenang sekarang?' shah memikirkan sesuatu yang menggangu dirinya.

Sunday, June 14, 2009

ADUHHH JATUH LAGI

Aduhhh jatuh lagi.

“cikgu…darius pukul saya”

“cikgu..tengok anis dia ambil pensel saya”

Adriana memegang kepalanya, lepas satu masalah satu masalah yang menimpa kelas si celik ini. Baru seminggu dia bertugas sebagai guru tadika tapi rasanya maca setahun lamanya. Satu tangisan yang kuat kedengaran dari sudut kiri kelas.

“kenapa tu Darius?”

“cikgu dia nangis sebab dia berak dalam seluar cikgu” kedengaran darius bersuara diikuti dengan ketawa dari kawan-kawannya yang ada di situ.

“hah?? Berak..tak apa saya panggilkan Mak Cik Piah”

”tak nak....nak cikgu cebukkan..” kartika berkata perlahan sambil air matanya masih mengalir.

Dahi adriana berkerut. Aduhhh kena lagi, dia memandang tajam wajah Darius, memang budak itu sengaja mengenakannya. Sejak dia bertugas lagi di situ darius adalah murid yang paling sukar dikawal. Nakalnya mengalahkan kanak-kanak belasan tahun. Malah dalam diam dia tahu muridnya itu adalah seorang kanak-kanak yang bijak.

”diam semua malaikat lalu” kata-kata yang pernah keluar ketika hari kedua dia menjaga kelas. Saat itu dia tersenyum apabila berjaya membuatkan anak muridnya yang nakal itu senyap.

” cikgu!! darius ambil pensel saya” suara Hanis menjerit sambil menangis.

”Darius kenapa ambik pensel Hanis? Pensel Darius mana?”

”hilang cikgu”

”hilang kemana?” adriana mula meninggikan suaranya.

”tadi malaikat lalu dia ambik pensel saya cikgu” adriana tersenyum mendengar kata-kata yang lahir dari mulut anak muridnya yang comel itu. Akhirnya dia ketawa. Darius bijak menyelamatkan diri.

Langkah adriana laju menuju ke kereta kancilnya. Hujan renyai-renyai membuatkan dia menutup kepalanya dengan fail hijau yang dipegang. Separuh dari kain baju kurungnya sudah basah semakin laju semakin jauh rasanya tempat letak keretanya. Tiba-tiba sebuah BMW series hitam merempuhnya. Dia menjerit kuat.

”aduhhh..” dalam hujan renyai dia dapat merasakan darah yang mengalir di siku. Sakit. Baju kurung yang dipakai koyak menampakkan luka yang sudah berdarah,

”maaf saya tak sengaja” pemandu kereta sudah berada di depannya. Cuba membantu tapi ditolak perlahan. Dia masih boleh bangun sendiri tanpa pertolongan.

”awak tak apa-apa?” tanya lelaki itu lagi. Dalam masa yang sama bunyi hon kereta kedengaran. Seorang wanita masih berada di dalam kereta yang melanggarnya tadi.

”saya bawa cik ke klinik?”

”emmm tak apalah sikit je ni” adriana melihat luka di sikunya walaupun pedih namun masih boleh ditahan.

”sure?”

”yes” dia menghantar langkah lelaki itu dengan ekor mata. Bunyi hon kereta dapat didengar lagi. Hishhh perempuan ni tak tahu ke aku ni sakit agak-agaklah nak hon pun, hatinya menyumpah perlahan. Dia terus berjalan mendapatkan kereta

”apa yang you buat lama sangat tu?” Tasha bertanya geram .

”you tak nampak ke I terlanggar orang tadi?”

”alaa bagi je duit dahlah”

”you ingat semua benda boleh beli dengan duit?” tasha mencebik.

***
Adriana mengemas buku-buku yang bersepah di meja kecil itu. Memang sepanjang dia menjadi cikgu di tadika ini banyak yang secara tak langsung dipelajari. Apa yang paling penting dia belajar mengawal emosinya sendiri. Semua muid dah balik kecuali darius yang masih asyik bermain dengan buku dan pensel warna di tangannya.

”darius kenapa tak balik lagi?”

”papa tak sampai lagi” jawabnya perlahan, ada nada sendu di hujung bibirnya.

”emmm selalunyakan darius balik awal?”

”selalu pak mat yang ambik”

”habis hari ni pak mat pergi mana?”

”jemput Atuk” adriana mengangguk perlahan tanda faham. Dia meneruskan kerjanya.


”nampaknya papa darius lambat hari ni”

”papa memang selalu macam ni”

”emmm apa kata cikgu hantarkan nak?” anak kecil itu mengangguk laju.

Kereta kancilnya membelok masuk ke kawasan perumahan elit. Memang betul kata Puan hajah semua murid di tabika kasih datangnya dari keluarga berada. Satu persatu rumah bak mahligai dipandang. Kalau dibandingkan dengan rumah sewanya mesti macam langit dan bumi. Rumah Teratak Impian sudah di depan matanya. Mengikut alamat dari maklumat murid inilah rumah darius.

”inikan rumah darius?”

”mana cikgu tahu ini rumah saya? Pandailah cikgu ni” anak kecil itu menolak pintu kereta. Dia tersenyum memandang ke arah cikgu barunya itu.

”terima kasih cikgu”

”sama-sama pergi masuk” darius berlari masuk ke dalam rumah. Kelihatan seorang wanita tua sedang menatinya di pintu pagar. Wanita itu tersenyum ke arah adriana. Dapat dilihat darius melambaikan tangan ke arahnya sebelum dia pergi.

’patutlah nakal anak manja rupanya’ bisik hatinya. Gelagat darius sering menjadi perhatian semua cikgu. Budak bijak yang nakal.

***

”kan papa dah cakap papa jemput kenapa tak tunggu papa?” marah Fahkrul Naim. Kadang-kadang sikap anaknya itu sangat memenatkan.

Darius hanya diam dalam pelukan neneknya, Datin Kalsom. Matanya masih memandang ke arah papanya yang sedan marah.

”sudahlah Im kan dia dah selamat ada dekat rumah ni”

”tulah mama selalu sangat manjakan dia”

”kalau tak mama yang manjakan dia nak harapkan kau...hari-hari sibuk dengan kerja tengah malam baru nak balik” Naim diam terasa terpukul dengan kata-kata mamanya. Memang dia sibuk tapi tak bermakna dia tak sayangkan anak tunggalnya itu.

”darius ingat lain kali kalau papa lambat sekalipun jangan pandai-pandai naik kereta orang lain”

”bukan orang lainpun..Mak Kiah cakap dia balik dengan cikgu dia”

lega hatinya mendengar kata mamanya. Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku. Hanya tuhan saja yang tahu macamana gabranya dia bila tak ada seorang pun dekat sekolah tadi bila dia sampai. Merata tempat dia mencari anaknya itu. Sehinggalah dia mendapat panggilan dari mamanya menyatakan yang darius sudah balik ke rumah. Tali leher dilonggarkan perlahan. Dia meninggalkan ruang tamu tanpa sepatah kata, dia nak darius tahu apa yang dikatakan adalah serius.

”sudah sayang mari ikut nenek tidur, papa tu sayangkan darius, dia risau sebenarnya” anak kecil itu menganggukkan kepalanya beberapa kali. Papanya memang sering marah-marah.

Gambar ditangannya dipegang lama, ada air mata menitis di pipi keciknya. Perlahan disapu dengan tangan tapi ia tetap mengalir. Disentuh gambar yang tersenyum indah di dalam frame berbentuk hati itu.

”mama Ius rindu mama” bisiknya perlahan. ”papa marah Ius” sambungnya lagi dalam sendu. Selalu dia begitu. Sebaik saja dia yakin tiada mata yang memandang airmata anak kecil itu akan mengalir.

***

”kenapa ni sayang cikgu tengok monyok je masam macam cuka?”

” Ius rindu mama”

”mama? Laa mama darius pergi mana?”

”papa kata mama meninggal lepas lahirkan Ius” bulat mata adriana mendengarnya. Kenapa dia tak tahu. Dia mengeluh perlahan. Lama dia memandang mata anak kecil itu.

”darius nak tahu tak?” mata kecil itu setia menatap wajah adriana, perlahan tangan adriana mengusap rambut darius.

”cikgu pun dah tak ada mama dan papa.. tapi bila cikgu rindukan mereka mesti cikgu akan berdoa pada Allah supaya allah sentiasa jaga mereka dekat sana nanti”

”nenek pun selalu suruh Ius berdoa”

”emmm semua apa yang kita buat mestilah mulakan dengan doa..kita makan, tidur, mandi bila nak keluar dari rumah pun kita kena berdoa..tahu tak”

Darius mengangguk faham. Adriana melihat jam di tangannya sudah menunjukan jam 1.00.

”emmm mana Pak mat ni tak datang lagi ke?” darius mengelengkan kepalanya tanda tak tahu.

”kalau macam tu cikgu hantarlah”

“papa marah” darius bersuara perlahan.

”papa marah cikgu hantar darius?” kepala itu mengangguk lagi.

”kalau macam tu kita tunggulah”

”kenapa muka ni masam je? Darius ada masalah?” cuba berkompromi dengan muridnya yang satu itu. Darius diam , tunduk memandang ke lantai. Matanya kelihata redup.

”Darius selalu mimpi ada mama...boleh cikgu jadi mama darius?” soalan itu membuatkan adriana terkedu. tapi akhirnya dia tersenyum dan mengangguk perlahan, membiarkan anak kecil itu memeluk tubuhnya. Dia seakan dapat merasakan sesuatu.

***

Satu persatu buku di depannya diteliti. Novel terbaru diteliti satu persatu. Dia tersenyum apabila ada yang menarik minatnya.

”aduhh...” dia mengutip buku yang jatuh.

”sorry saya tak nampak” lelaki itu membuka cermin mata hitamnya.

”emm tak apa...” adriana menjawab perlahan, dia tunduk meneliti novel yang ada di tangan bimbang kalau ada kerosakan.

”ehhh saya macam pernah tengoklah awak ni” kata-kata itu membuatkan mata mereka bertentang. ’laaa dia ni ke’ bisik hati adriana.

”awak ingat saya?”

”emmm maaf ” adriana berpura-pura mengingati lelaki di depannya itu. Tak mungkin dapat dilupa lelaki yang hampir melanggarnya. Nyaris tak mati je.

”saya yang hampir langgar awak tu” sekali lagi lelaki itu cuba mengingatkan adriana.

”saya minta diri dululah” adriana berlalu tanpa sebarang kata. Fakhrul mencebik. Elehh tak ingat ke buat-buat tak ingat.

Adriana menutup pintu keretanya. Aduhh nasib baik dapat lari sejak dia hampir dilanggar oleh lelaki itu dia seakan sering ditimpa musibah. Bukan dia percaya kepada semua itu tapi dia merasakan adalah lebih baik dia menjauhi lelaki itu. Kereta dihidupkan di diundur ke belakang. Keadaan sesak hari ini membuatkan adriana berhati-hati.. tapi..
Debommm.....

”aduhhhh” melihat Honda CRV hitam. Dia yakin, pasti belakang keretanya yang rosak teruk.

”awak lagi...” sekali lagi adriana melepaskan keluhan berat.

”bukan salah saya sepatutnya awak kena tengok dulu sebelum keluar” adriana melihat kereta milik lelaki itu tiada kerosakan yang jelas. Tapi kereta kancilnya yang kecik molek nilah yang jadi mangsa.

”tak apalah awak tak payah bayar apa-apa” lelaki itu belagak profesional.

’memanglah yang rosak teruk bukan kereta dia, tapi kereta aku’ rungut adriana di dalam hati. Hishh memang aku kena mandi bunga kalau macam ni.

”tak nak ucap terima kasih ke?”

”terima kasih? Kenapa?”

”saya tak salahkan awak?” adriana mencebik. Malas dia melayan lelaki di depannya itu.

”emmm...terima kasih”

”tak apalah saya call kawan saya untuk selesaikan kereta awak ni” naim menawarkan bantuan.

”emm tak apalah” jawapan yang sama keluar dari mulut lelaki itu.

”kalau awak tak nak kena tipu baik awak terima saja pertolongan saya ni”

”dan boleh percaya ke yang awak tak tipu saya?” persoalan adriana membuatkan Fakhrul ketawa.

”suka hati awak untuk percaya atau tidak”

”emm oklah” fakhrul Naim tersenyum. Pantas poket seluarnya diseluk mencari telifon bimbit.

****

”nenek... cikgu Ius baik, cantik, ius suka cikgu”

”ya...”

”cikgu Ius pandai nyanyi...dia nyanyi sedap” sekali lagi anak kecil itu memuji cikgunya.

”amboi..susah cucu nenek ni nak puji orang.. mesti cikgu Ius baik sangatkan”

Fakhrul Naim memasang telinganya di sebalik Khabar Utusan yang dibaca. Perbualan anaknya itu menarik perhatiaannya, selama ini tak pernah anak tunggalnya itu memuji terutamanya orang yang baru dia kenal. Sebelum ini ada saja yang tak kena. Cikgu tualah, cikgu tak cantiklah, macam-macam lagi lahir dari mulutnya.

”nanti bolehlah Ius jemput cikgu makan malam dekat rumah” Datin Khalsom memberi Idea kepada cucunya.

”emmm...nenek boleh ke Ius ajak cikgu?”

”kenapa pulak tak boleh....nenekpun nak juga berkenalan dengan cikgu cantik, baik Ius tu” Ketawa darius kedengaran lagi,

”sukanya cucu atuk ni...cerita pasal apa?”

”pasal cikgu dia bang” Dato Latiff duduk di sebelah isterinya. Cucunya sedang asyik ketawa, menariknya untuk turut serta.

”emmm ni mesti pasal cikgu yang dari semalam dia duk cakap ni”

”siapa lagi bang...” senyuman manis datin khalsom mengundang senyuman yang sama di bibirnya.

”nenek tahu tak cikgu dah jadi mama darius, dia setuju jadi mama darius” Datin Khalsom dan Dato latiff terdiam. Naim merenung tajam wajah anaknya.

”apa Ius cakap ni? Ini ke yang cikgu Ius ajar? Siapa kata dia akan jadi mama Ius?”

”siapa cakap?”

”cikgu cakap” anak kecil itu tersenyum lagi, Naim berdengus geram, tapi tak mungkin dia melepaskan marahnya kepada darius. Apa jenis cikgu ni..ada hati nak jadi isteri aku? Ajar anak aku bukan-bukan. Hatinya berbisik jahat.

***

Adriana memandang sekeliling kawasan teratak kasih, akhirnya dapat juga dia masuk ke rumah ini selama ini hanya berdiri di pagar.

”jemputlah duduk” pelawa seorang wanita dalam lingkungan 50 an. Mungkin nenek Darius. Dia terpaksa menerima jemputan makan malan itu kerana darius yang beria-ria. Tak sanggup dia nak menghampakan perasaan murid kesayangannya itu.

”emmm terima kasih datin” ucapnya perlahan.

”ehhh saya bukan Datin, saya Mak Kiah orang gaji dekat sini, datin ada dekat atas sikit lagi dia turun” adriana tersenyum. Malu dengan sikap terburu-burunya. Tapi tak apa bukan dia kenalpun sesiapa dalam rumah ini jadi tak salah kalau dia tersilap orang.

”hooo awak nilah dia cikgu yang ajar anak saya bukan-bukan...rupanya dah banyak kali kita jumpa tapi tak kenal” Naim tiba-tiba muncul dari belakang. Adriana hairan tak tahu apa yang dimaksudkan oleh lelaki di depannya itu.

”apa Encik cakap ni?” dia dapat melihat wajah itu dengan jelas..laaa mamat ni ke apa hubungan dia dengan darius?

”apa yang awak ajar anak saya? Sampai awak suruh dia anggap awak sebagai mama dia?” adriana terkedu. Ini ke tujuan keluarga ini menjemputnya?

“saya tak faham apa maksud Encik?”

“untuk pengetahuan dan makluman awak tak mungkin ada yang akan mengantikan tempat mama darius, dan apa yang pasti awak tak akan dapat menjadi isteri saya” adriana bertambah hairan. Hishhh ni drama apa pula ni.

“Encik hina saya”

“terpulang baguslah kalau cikgu rasa terhina...dan berapa ramai anak murid yang cikgu hasut mindanya untuk cikgu mencari lelaki kaya?”

“encik jangan melampau...” lelaki itu sudah melangkah mendekatinya, adriana mengundur selangkah menjarakkan dirinya.

”dah lama cikgu sampai?” sapaan dari belakang membuatkan adriana berpaling. Kali ini dia yakin inilah nenek Darius, dari pakaian dan gayanya menampakan dia kelihatan lebih muda. Naim terus menuju ke tangga. Hatinya masih belum puas.

”baru je” darius yang memegang neneknya berlari mendapatkannya. Tangan cikgu muda itu dicium lembut. Adriana mengusap kepala anak kecil itu.

”terima kasih sebab cikgu sudi datang..bukan apa mak cik teringin juga nak tengok siapa yang boleh jinakkan budak baik darius ni”

”emmm sama-sama, sepatutnya saya yang berterima kasih pada datin sebab sudi jemput saya” adriana merendah diri.

”panggil mak cik, tak payah nak berdatin-datin..” sekali lagi Adriana tersenyum. Baik nenek darius ni.

”marilah kita ke meja makan...Ius panggil Atuk dengan papa turun makan” belum sempat arahan dari neneknya habis, darius terlebih dulu meluru ke tangga.

Datin Khalsom dan adriana beriringan ke meja makan yang agak jauh dari ruang tamu tadi. Namun belum sempat mereka duduk satu jeritan kedengaran dari arah tangga.

”Ya Allah cucu aku” jerit dato borhan. Datin dan Adriana berlari sebaik saja mendengar suara seakan memanggil.

”Ya Allah abang kenapa?” kelihatan tubuh kecil itu terdampar di lantai ada darah mengalir di kepala dan mulutnya. Dato Borhan menjerit memanggil satu nama yang dia sendiri tidak tahu siapa.

***

”macamana anak saya Doktor?” tanya Naim cemas. Dia meraut rambutnya beberapa kali. Duduknya tidak senang sekejap dia berjalan sekejap dia berdiri. Hanya tuhan yang tahu perasaannya apabila melihat tubuh kecil anaknya terbaring lesu dan berlumuran darah.

”macamana doktor cucu saya?” giliran Dato Borhan pula bertanyakan soalan yang sama.

”anak Encik kehilangan banyak darah, buat masa ni pihak hospital sedang berusaha mencari stok darah jenis O dan mungkin kita perlukan penderma, harap Encik dapat bersabar dan berdoa ”

”darah jenis O?” ada kesal si hatinya, kenapa dia tak memilik jenis darah yang sama?

”saya boleh menderma doktor” semua mata meluru ke arahnya. Adriana memgangguk perlahan. Meyakinkan mata yang memandangnya.

Penantian disulami dengan kebisuan. Hanya mata mereka saling berpandangan namun tiada kata-kata. Doktor Amir keluar dari bilik ICU dia menanggalkan sarung bajunya.

”macamana dokor?”

”alhamdulillah...semua selamat” Fakhrul melepaskan nafasnya perlahan. Senyuman kembali di wajahnya.

”syukur Ya Allah” kedengaran suara datin Dan Dato yang memeluk anak mereka.

”terima kasih cikgu”

”tak apa Mak cik mungkin ini hari darius mana tahu esok lusa hari saya..lagipun dia murid saya”

Mata Naim tak lepas memandang ke arah adriana, tak sangka inilah dia cikgu yang sering dibangga-banggakan oleh anaknya. Tak sangka juga wanita ini akan menyelamatkan anaknya. Rasa bersalahnya semakin menebal. Tapi bukan rasa itu yang merunsingkan hatinya tapi ada satu perasaan halus yang dia sendiri tidak sedar.

***

”kau nak tunggu apa lagi? Nak tunggu rambut tu beruban sampai gigi tu dah tercabut semua baru nak kawin?”

”alaaa mak Rina muda lagilah mak”

”sebab mudalah mak suruh kau kawin”

”mak jelah yang kawin..”

”hishhh budak ni kita pulak yang nak di ajar, umur kita ni semakin tua bukan muda kau tu aku tengok dekat dengan lelaki pun tak..kau nak cari yang macamana?”

”emmm yang macam arwah ayah...seorang ayah yang bertanggungjawab dan bijak memberi kasihnya” ucapan adriana membuatkan Mak som terdiam. Perlahan airmatanya mengalir.

”kau memang sengaja nak bagi aku sedihkan dok teringatkan ayah kau tu... tengok au dah nangis..”

”ala-ala...ok Rina mnta maaf...mak soal jodoh ni biarlah tuhan yang tentukan kalau ada jodoh rina akan kawin mak jangan risau ek”

Adriana tersentak. Dia kembali ke alam nyata, baru semalam maknya membebel. Entah kenapa ibu kesayangannya itu terlalu risau dengan hal perkahwinannya. Macamlah dia tua sangat. Umur 25 baru nak kenal dunia. Wad d234 diketuk.

”haiii”

”cikgu..bila cikgu datang?” kelihatan darius sudah cergas dan tersenyum sihat. Namun anak kecil itu masih di atas katil. Ketika itu hanya darius yang ada di dalam bilik.

”darius sorang je ke dalam bilik?” adriana bertanya hairan. Tak mungkin darius di tinggalkan seorang diri.

”emm papa pergi solat sekejap” Adriana menganggu perlahan, senyumannya dilontarkan kepada anak muridnya itu.

”darius dah makan?”

”emm dah tapi sikit..tak sedap” adriana ketawa kecil.

”cikgu tahu, makanan dekat hospital memang tak sedapkan” adriana mengeluarkan bekas makanan dari beg kertas yang dibawa.

”cikgu ada buatkan bubur nasi special untuk Darius...bubur nasi ni special, sedap nak rasa?” melihat anak kecil itu mengangguk tangannya cepat memasukkan bubur nasi ke dalam mangkuk.

Adriana menyuap perlahan bubur ke mulut kecil itu. Dia tersenyum apabila darius kelihatan berselera menikmati bubur yang dimasak.

”seleranya anak papa makan?” adriana pantas berpaling. Kelihatan Naim sudah berada di belakangnya. Dia bergerak sedikit ke belakang menjarakkan sedikit ruang antara mereka.

”sedap papa..cikgu masak..” ada rasa malu apabila mendengar pujian muridnya.

”ya ke... papa nak rasa boleh?”

”emmm boleh...papa suruhlah cikgu suapkan” kata-kata itu membuatkan denyutan jantung adriana bertambah pantas. Matanya tak lepas memandang senyuman di wajah Naim. Cishhh dia ni ambil kesempatan pulak, sengaja nak kenakan aku ni, rungut hatinya.
”emmm tak apalah kalau Encik naim nak ada lagi dalam bekas tu” cepat adriana mengelak. Naim tersenyum.

”tak apa saya bukan nak awak suapkan pun” perlahan dia berbisik di telinga adriana. Ketika itu terasa kakinya tak mampu untuk berdiri. Terasa longgar segala sendinya.

Darius hanya senyum melihat telatah papanya. dia akan membuka mulutnya setiap kali adriana merapatkan sudu bubur. Berselera anak kecil itu menghabiskan bubur nasi yang dimasak cikgunya.

”ok darius cikgu balik dulu”

”alaaa...cikgukan baru datang?”

”emmm tak apa sayang nanti cikgu datang lagi ek..lagipun cikgu ada hal” dia pantas meninggalkan bilik itu.

”papa pergilah pujuk cikgu” mendengar kata itu membuatkan Naim tersenyum. Anaknya seakan dapat membaca apa yang bermain di fikirannya.

”Cik Adriana tunggu..”
”nak apa?”

”saya ada sesuatu nak cakap dengan awak”

”emmm Encik Fakhrul Naim..kalau ada lagi hinaan yang terbuku di hati tu tolonglah simpan..lagipun untuk pengetahuan encik Naim bukan semua hubungan kasih dan sayang perlukan ikatan. Saya kasihkan darius bukan sebab-sebab bodoh yang Encik Naim fikirkan...saya sayangkan dia sebab dia seorang anak yang terlalu inginkan kasih sayang saya..dan kalau saya di beri pilihan sekalipun saya tak mungkin akan hampakan harapan dia sebab saya sayang dia” ucapan panjang lebar adriana membuatkan Naim tersenyum.

”apa masalah awak ni?” benci dia melihat senyuman Naim.

”masalahnya saya dah jatuh cinta dengan awak...dan saya dah putuskan awak sebagai isteri saya” adriana terkedu. Jantungnya seakan berhenti. Wajah Naim dipandang lama.

”apa encik naim merepek ni” wajahnya masih berona merah.

”bila pula saya merepek...saya Fakhrul Naim cintakan awak Nur adriana a.k.a cikgu Rina”

”gila”

”saya akan hantar rombongan meminang awak Minggu depan..” Adriana berlari meninggalkan Naim.

***

Rombongan merisik memenuhi rumahnya, adriana terkedu melihat Naim dan darius yang tersenyum. ’ehhh apa pula mamat ni nak buat ni hishhhh’.

”Ya Allah Naim dia dah lari ikut pintu belakang” kata mak som sememangnya dia juga bersetuju berpakat dengan Naim. Tak sangka anaknya akan lari.

”lari?” Naim berlari mendapatkan keretanya, sempat dia mendukung anak kesayangannya masuk ke dalam kereta.

”nak pergi mana papa?”

”kejar mama..” Naim tersenyum. Darius ketawa kecil.

”awak ni kenapa? Nak bunuh saya ke? Berapa kali awak nak langgar saya? Awak nak saya mati ek?” Adriana memuntahkan amarahnya. Wajah Fakhrul naim di pandang lama. Kalau ada pisau di tangannya dah lama di tusukkan ke perut lelaki itu. Nyaris kereta lelaki itu merempuhnya.

”awak marah ke?”

”habis tu awak nampak saya tengah meloncat-loncat suka” geram dia apabila mengetahui rancangan pakatan Naim dan ibunya. Ingat aku ni anak kucing ke nak kawin-kawin paksa ni.

”aikkk anak saya kata cikgu dia ni baik sabar”

”anak dengan bapak sama je menyusahkan orang”

”amboi merungut nampak”

”saya peduli apa” adriana bangun dia berjalan pantas ingin meninggalkan Naim, tapi entah di mana silapnya kakinya tersadung sesuatu.

”aduhhh...jatuh lagi” adriana mengosok pinggangnya yang terasa sakit.

”nampaknya awak dah tak boleh pergi jauh dari saya.. sebab kalau awak jauh sikit dari saya mesti awak jatuh” Naim tersenyum. Wajah Adriana masih lagi masam.

”adriana sudikah awak menjadi mama kepada Mohd darius bin Fakhrul Naim?”

”jadi sebab Darius awak pilih saya?”

”kalau nak jadi mama Darius kenalah kawin dengan papanya,” adriana tersenyum

”bodoh”

”apa awak cakap?” Naim berdiri di depan adriana. Dapat dilihat wajah yang selama ini hadir dalam mimpinya, akhirnya wajah itu jelas dimatanya.

”cikgu...” kedengaran satu suara dari belakang. Darius tersenyum sambil datang memeluk adriana.

”kenapa awak nak menipu lagi?”

”apa?” tanya adriana marah.

”awakpun cintakan sayakan?”

”siapa cakap saya cintakan awak?” adriana bertanya lagi. Matanya cepat-cepat dilarikan dari bertentang dengan mata Naim.

”dahlah...jangan nak berlagak lagi...mata awak dah menyatakan segalanya”

”cikgu” panggil darius lagi.

”bukan cikgulah sayang...mama” adriana berbisik perlahan. Namun masih dapat didengar oleh Naim. Mereka berpandangan lalu tersenyum.

”boleh awak sayang darius macam darah daging awak?” soal Naim perlahan.

”darah saya memang dan mengalir dalam tubuh dia” sekali lagi mereka tersenyum.

-The end-

DR CINTA 3

Dr cinta 3


“ni dia yang kau nak” Zikri meletakkan Nasi goreng Pataya, Restoran Ambang di atas meja. Iskandar tersemyum manja. Zikri mencebik, mengada-ngadalah tu dasar anak manja. Dia menarik kerusi di depan Iskandar dan duduk bersandar di situ.

”ni aku sayang kau ni..kaulah kawan aku dunia akhirat Zik” Iskandar mencium aroma Nasi goreng Pataya kegemarannya itu.

”dunia Akhirat hotak kau...kau tahu tak jauh gila restoran tu kau sengajakan nak dera aku” suaranya sengaja dikuatkan biar semua orang dengar.

”ala..lagipun aku jadi macam nipun sebab kau kan..” Iskandar menayang kakinya.

”amboii suka hati kau je kan kaki kau tu dah dua minggu baik tau...sengaja nak mengada-ngadakan” senyuman lebar Iskandar membuatkan dia mencebik. Bibik pembantu rumah Iskandar membawa pinggan dan sudu seperti yang diarahkan.

Tengku maria menurini tangga sambil tersenyum. Riuh rendah suara anaknya dan Zikri membuatkan hatinya tertarik untuk menyertainya.

“apa mama dengar bising-bising ni?”

”ni Is buli Zik Mak Engku”

”hah?” bulat matanya mendengar aduan anak angkat kesayangannya itu.

”Iskandar?”

”mama dengarlah cakap budak ni bukan boleh pakai..dia buli Is adalah..sampai patah-patah kaki orang tak fikir?”

”ehhh....pembetulan bukan patah, terseliuh je..amboiii pandai-pandai buat fitnah ek..”

”sama ajelah ejaan je lain”

”kalau patah kaki kau mesti sampai sekarang tak elok lagi tau..” masing-masing masih menegakkan hujah. Macam anjing dengan kucing bila tak jumpa kang sibuk tanya. Tengku Mariam mengeleng perlahan.

”hahhh dah..dah jangan nak macam budak kecik..awak dua orang tu dah besar panjang jangan nak buat macam budak kecik ek..”

”anak manja mama nilah….” Iskandar menunjuk ke arah Zikri. Memang Zikri anak angkat kesayangan mamanya sampai kadang kala dia sendiri terasa hati tapi masa kecik dululah sekarang ni tak mungkin. Zikri sendiri dah macam saudaranya.

Zikri tersenyum lalu mencapai bungkus nasi pataya di depan Iskandar pantas tangannya menyuap nasi ke dalam mulutnya. Bulat mata iskandar melihat gelagat Zikri.

”weiii Zik tu nasi akulah..”

”ada aku kisah?” dengan selamba mulutnya mengunyah nasi yang sudah penuh di dalam mulutnya. Langsung tidak mempedulikan wajah masam Iskandar.

Tengku Mariam hanya ketawa melihat telatah anak-anaknya. Hatinya terhibur memang kehadiran Iskandar dan Zikri banyak menceriakan hari-harinya. Zikri memandang ke arah Iskandar yang asyik membaca buku kegemarannya. Dari dulu lagi Iskandar memang suka membaca dan dia lebih suka menghabiskan masa di padang kalau tidak bermain bola dia akan mengaktifkan dirinya dengan sukan-sukan lain.

***

Mazliana duduk di tepi padang Futsal. Melihat anak-anak muda bermain tanpa menghiraukan orang sekeliling. kalaulah kak Ju ada mesti dia tak akan sunyi macam ni. Maz bejalan sendirian entah kemana dia sendiri tak tahu. Baru dua hari lepas dia menjual lukisannya, bangga kerana setiap lukisannya akan memuaskan hati pembeli.

”haiii boleh berkenalan” pantas dia menoleh ke arah jalan. Kereta kancil hitam itu dipandang lama. Cuba mengecam pemandunya tap dia tetap tak dapat mengingati siapa yang menegurnya itu.

”weiii la..kau ke mangkuk tingkat... ” jerit Maz kepada Bobo. Atau Boharin.

”aku dah hensem sangat ke sampai kau tak kenal aku?”

”emmm hensemlah.. sampai aku punya jantung terhenti bila nampak kau tadi” Maz tersenyum. Boharin adalah teman sekuliahnya dalam Art and Design. Sayu-satunya teman lelaki yang sehingga kini tahan dengan perangainya.

”meh arr masuk perkena teh tarik ke orang canai..”

”kau belanja”

”kau ni Maz dari dulu tak pernak berubah... yalah aku belanja no hal punya” Maz meloncat masuk ke dalam kereta Boharin. Tak sia-sia kalau tak dah lama dia terpaksa berebut bas untuk balik ke rumah.

Restoran Menanti menjadi pilihan Boharin. Mereka duduk di tempt yang jauh dari pelanggan yang ada.

”kau buat apa sekarang?jangan kata buat bodoh ok” tanya Bobo.

” alaaa tak buat apapun..aku macam biasalah bebas” kata-kata Maz membuatkan Boharin ketawa kuat.

”haiii bilalah kau ni nak ditakluk ek.. asyik bebas”

”alaa kau macam tak kenal aku, bukan senang tahu tak nak jadi Mazliana Hj Nordin ni” milo ais di depannya disedut perlahan. Aikk sedapnya air free.

”kau pula buat apa? Dah kawin?” giliran Mazliana pula mengajukan soalan yang sama.

”aku kerja sendiri je adalah masuk sikit-sikit, aku dah kawin anak dah sorang”

”hahh??? Fuyooo powerlah kau.. kawin tak ajak akupun ek”

”macamanalah aku nak ajak kau, lepas ke kita habis belajar kau hilang macam tu je.. kalau aku jumpa kau mesti aku tak jadi kawin” terkenang saat cintanya ditolak oleh Mazliana. Tapi kini hatinya hanya milik isteri tercinta.

”hishhh kau ni... tak pe nanti kau kenalkan aku dengan isteri kau dan apa yang penting anak kau ek”

”mesti... kau dah kawin ke?”

”kawin?” Mazliana ketawa lagi ” aku ni siapalah yang nak.. ganas brutal semacam..lelakipun takut ahu tak” sambungnya lagi.

”emmm kau tu memilih sangat, aku yang hensem ni pun kau reject ni mesti nak cari anak raja”

”hishhh kau ni...dah bukan jodoh kita, tapi apa yang penting kau kawin dulu sebelum aku..” Mazliana menutup rasanya. Malas dia mengenang peristiwa lama.

”sekarang kau masih melukis ke?”

”bobo..lukisan dengan aku mana boeh dipisahkan..kalau aku ni tak boleh melukis aku rasa boleh mati tahu tak” boharin tersenyum dia tahu itulah yang membuatkan hubungan mereka menjadi rapat. Minat mereka sama.

”mesti banyak masuk keu ni...relax je aku tengok” tanya bobo.

”emm adalah sikit-sikit..Sekarang ni Orang kita dah mula hargai seni”
”betul...aku setuju”

”kau setuju saja apa aku cakapkan” maz melihat jam di tangannya.

”alamak aku dah lambat ni..aku dah janji dengan mak aku nak temankan dia shoping..aduhhh ni mesti balik ni aku kena basuh ni”

”jomlah aku hantarkan kau”

”ni yang aku sayangkan kau ni...macam tahu-tahu je aku nak suruh kau hantarkan” ketawa Mazliana membuatkan Boharin tersenyum. Memang Maz tidak pernah berubah.

***

Perlahan-lahan dia masuk kedalam ruang tamu rumahnya, matanya melilau mencari bayang maknya. Dia melepaskan nafasnya perlahan. Macamanalah dia boleh lupa janjinya, dia menyesal kerana terlalu sibuk dengan urusan sendiri.

”kalau orang yang mungkir janji adalah orang yang munafik” Mazliana memejamkan matanya. Aduhhh menusuk ke jantung. Pantas tubuh puan Maznah dipeluk erat.

”sorry mak...Maz betul-betul terlupa”

“tulah anak…sampai lupakan mak yang melahirkan”

“mak….”

“ok macam nilah malam ni maz belanja makan dekat luar ok?” Maz cuba memujuk hati ibu kesayangannya

“hah??... betul ni Mazliana Hj Nordin nak belanja makan? Macam pelik bunyinya” Hj Nordin menyampuk dari belakang. Kelihatan dahi ayahnya berkerut.

”betullah..malam ni kita makan dekat luar...tempat terserah kepada penal hakim yang arif lagi bujaksana”

”ok kita ke restoran Seri Melayu malam ni” putus Puan Maznah.

”hah? Seri Melayu... mahal tu...”

”aikk...merungut nampak?” pantas hj Nordin bersuara, sengaja ditahan tawanya apabila melihat wajah kerut anak kesayangannya itu.

”emmm ok beres yang penting permaisuri hati ayah ni akan terpujuk hatinya, patik rela melakukan apa sahaja” Mazliana mencium tangan maknya. Tubuh wanita itu dipeluk lagi.


TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets