Monday, March 30, 2009

GILA KAU 23

GILA KAU 23

Shah tersenyum terasa perasaannya kini semakin mengila. Entah kenapa tidak pernah dia merasa apa yang dirasanya sekarang. Shah melihat maknya yang asyik menonton drama lakonan Fahrin Ahmad. Dia duduk di sisi Mak Siti lalu kepalanya direbahkan diriba ibu kesayangannya itu.

”mak....”

”emmm....haii lain macam anak mak ni..” rambut anak tunggalnya diusap. Shah dari kecil memeng suka dimanjai begitu.

”mak selama ni mak adalah wanita yang paling shah sayang....mak adalah segala-galanya untuk shah, kalau diminta membuat pilihan shah tak teragak-agak untuk pilih mak” Mak Siti tersenyum. Kata-kata anaknya itu membuatkan air matanya seakan mahu gugur. Shah adalah segalanya.

”Mak tahu anak manja mak ni memang seorang anak yang baik....”

”tapi mak....” dahi Mak Siti berkerut apabila ada tapi lahir dari mulut Shahrul Iskandar.

”tapi..?”

Wajah anak kesayangannya itu ditatap. Fokusnya terus kepada shah. Lama dia menanti apa yang bakal lahir dari mulut anaknya itu. Shah memegang tangannya lalu tangan si ibu itu dikucup lembut. Mak siti bertambah hairan.

”tapi sejak akhir-akhir ni hati shah tak tenang mak..kasih shah seakan terbelah...walaupun mak tetap yang pertama tapi hati shah tetap tak tenang. Gelisah, kadang-kadang tak tahu apa yang shah fikir sebenarnya” Mak siti tersenyum dia dapat menangkap apa yang bermain di kepala anaknya.

”emmm...anak mak dah jatuh cinta?” persoalan itu membuatkan shah terdiam.

”tapi....”

”siapa wanita yang buat shah rasa macam tu?”

“shah tak pastilah mak...dia datang tiba-tiba shah tak pernah rasa macam ni...selama ni shah tak suka tengok dia, tapi sekarang ni kalau tak tengok sehari shah rasa macam dunia ni sunyi..” sekali lagi Mak Siti tersenyum. Anaknya memang mudah meluahkan apa yang dirasa kepadanya.

“Intan???” tekaan Mak Siti membuatkan shah terdiam. Lama dia menapis nama itu. Melihat senyuman mekar di bibir maknya

“mak tak kisah?”

“mak sentiasa doakan yang terbaik untuk anak mak...seorang ibu akan bahagia kalau anaknya bahagia” shah memeluk tangan maknya. Walaupun dia sendiri masih bermain dengan perasaan.

“tapi dia ni susah sikitlah mak.....nak kata anak mak ni tak hensem...tipulah...berbaris awek nak kat shah..nak kata tak baik memang tak berapa baik..tapi ikhlas tu ada..” Mak Siti mencebik. Shah masih lagi dengan sisa tawanya.

“alaaa anak mak ni angkat bakut sendiri nampak”

”mak sekarang ni orang tak guna bakul dah orang pakai troli..lagi banyak boleh muat” shah mencubit pipi maknya lalu berlari-lari anak untuk ke biliknya.

”nak ke mana tu?”

”keluar mak dan janji dengan Farid” sayup-sayup kedengaran suara shah. Mak Siti mengelengkan kepalanya perlahan. Hatinya mula memasang angan-angan andai Intan jadi menantunya. Dia tersenyum..

***

”weiii sorry lama tunggu?” shah mengambil tempat di depan Farid yang sedang asyik dengan Nokia 3310nya.

”emmm kau ni kan kalau janji pukul 8 datang pukul 9..janji pukul 9 pukul 10 baru nampak muka” Farid mula membebel. Tangannya masih menekan-nekan punat telifon bimbitnya. Restoran Selera Melayu inilah tempat yang selalu dipilih Farid, dia sendiri tidak tahu apa keistimewaan tempat ini.

”salah kau juga kalau aku janji pukul 9 kau datanglah pukul 10...” tawa Shah kedengaran. Dia menarik gelas yang berisi air tembikai milik Farid lalu disedut.

”kau ni dari tadi dengan Fon buruk kau tu...mesej dengan siapa?”

”banyak arr mesej...benda ni problemlah... skrin dia dah kabur-kabur” belum lagi habis ayat yang lahir dari mulut Farid, ketawa shah sudah kedengaran.

”apahal pula kau ni...” Farid bertanya pelik.

”kau ni kedekut betullah...aku rasa gaji kau tu boleh beli lagi canggih...ni 3310 buruk kau ni juga yang kau pakai...weiii sekarang ni orang dah tak pakai benda ni, dah layak letak dalam mezium tahu tak..” telifon Farid dirampas. Dia mengetuk kepala Nokia 3310 tu ke meja.

“weiii shah kau jangan buat telifon kesayangan aku macam tu” Nokia 3310 bertukar tangan kembali. Pantas digosok perlahan.

Shah mengelengkan kepala dia akan memastikan yang suatu hari nanti dialah orang yang membuang telifon bimbit milik Farid itu ke dalam longkang. Pelik dia melihat perangai sepupunya itu. Sayang tak bertempat.

“ehhh...terima kasih shah..” shah pelik, dia mengaru kepalanya.

“kenapa?”

“dah ok ni....tengok...” senyuman meleret hingga ke telinga. Shah cuak.

”kau sebelum aku campak telifon tu kat dalam longkang baik kau simpan...aku panas dah ni” Shah memberi arahan.

”ehh eleh sebelum kau nak buat macam tu langkah mayat aku dulu” Farid bersuara mengejek. Shah tersenyum. Boleh gila kalau terus melawan kata-kata peguam ni.

”kenapa kau tak beli telifon baru... kalau kau tak ada duit biar aku hadiahkan nak..?” shah mula bersuara tenang.

”kau kan tahu ni adalah satu-satunya hadiah arwah ayah aku...kalau ikutkan aku mampu nak beli sepuluh jenis yang lebih canggih tapi kenangan kat telifon ni yang tak boleh dibeli”

”aku tahu tapi kalau kau selalu guna nanti rosak juga baik kau simpan baik-baik, kau pakai yang baru..” kata-kata shah masuk ke dalam telinga Farid. Tiba-tiba kedengaran lagu ”kenangan terindah’ shah menarik keluar telifonnya. Aik..bukan! dia memandang sekelilingnya.

Matanya terhenti pada Farid dihadapannya yang mengeluarkan nokia N96 bigger screen, built-in GPS, and 16GB of internal memory, bulat matanya memandang. Farid tersenyum kambing.

”cishhh mangkuk tingkat punya budak kau tipu aku ek....” kini giliran Farid pula ketawa kuat. Ada beberapa mata memandang mereka.

”emmm aku pegang kata-kata kau tadi nak hadiahkan aku yang baru...jangan kura-kura dalam perahu pulak ek...” Farid mengangkat keningnya. Shah panas hati tapi akhirnya dia tersenyum, berjaya juga dipermainkan oleh Farid. Air tembikai dosedut lagi. Terasa tekaknya segar.

”weiii air akulah..kau ni siapa yang kedekut sekarang”

”lantaklah ada aku kisah...” Shah membuat muka selambanya. Air itu masih lagi disedut. Shah mengeluh perlahan.

“kenapa?”

“tu awek tu dari tadi aku tengok asyik tengok kau je..” Lantas Farid mengalihkan pandangannya kepada arah yang dimaksudkan oleh shah.

“emmm banyaklah diorang tu tengok kaulah, aku ni siapalah yang nak muka tak hensem harta jauh sekali…” shah mencebik.’ Eleh merendah diri konon.

“emmm aku dah ramai sangat peminat sampai dah tak ada minat..” shah bergurau.

“hahh tu peminat kau datang..” mata Farid dapat menangkap lengok tubuh wanita yang memandang dari tadi dengan skirt ketatnya. Dia tersenyum apabila mendengar shah mengeluh.

“haiiii..boleh berkenalan...you makan kat sini ke?” gadis itu bertanya berani.

“emmm tak adalah I saja main bola kat sini” jawapan shah membuatkan Farid hampir tersedak. Nasib baik dia bijak mengawalnya. Dilihat wanita itu sudah menarik muka. Nampak sangat shah tidak menerima kedatangannya.

.Suasana di restoran agak sunyi hanya kedengaran bunyi air terjun buatan yang tidak jauh dari tempat mereka. Gelak Farid masih bersisa. Tak dapat dibayangkan wajah wanita tadi yang kemerahan apabila Shah menolak pelawaannya.

“muka kau ni aku tengok semacam je..kenapa?” tanya Farid

“elehh kenapa kau nampak muka orang lain”

“biasanya lelaki ni masalahnya tak ada lain...duit dengan perempuan...kau ni mustahil masalah duit ni mesti perempuan kan.” Tekaan Farid disambut dengan keluhan.

“tak baik mengeluh macam tu....” suara Farid kedengaran keras. Shah tersenyum dia tahu sepupunya itu pantang kalau mendengar orang mengeluh.

“tak ada apa-apalah”

“oohhh ya apa khabar Intan?...lama juga aku tak jumpa dia..” Shah yang mendengar nama itu terus tersedak. Tersembur kedikit air keluar dari mulutnya. Farid pelik. Hatinya mengaggak sesuatu.

“emmm sampai tersedak Encik abang kita ni...ada apa-apa ke ni??” Farid mempamerkan muka jahatnya. Keningnya diangkat berkali-kali.

“kau jangan buat muka macam tu ek..” Shah bersuara bengang. Ketawa Farid membuat hatinya tak tenang.

“ehh macam kenallah perempuan tu...”

“emmm kau ni semua orang kau macam kenal.. dengan mak cik tukang sapupun kau kenal..” jawab Shah malas.

“sejak bila pula dia pakai tudung? Cantiknya..” Shah mula tak puas hati dengan kata-kata yang lahir dari mulut Farid. Dia turun meninjau perempuan yang dikatakan.

“itu Intankan....” suara Farid seakan masih lagi terpegun.

“tak payahlah tengok macam tu...” marah Shah sambil bahu Farid ditampar kuat apabila melihat sepupunya itu seakan teruja.

“alaaa kecantikan Allah aku bukan memuja tapi mengagumi hiasan dunia ni...” shah mencebik dia melihat tangan Farid melambai ke arah Intan dah wanita itu membalasnya. Intan berjalan perlahan menuju ke tempat mereka.

“ehhh Farid..Intan ingat siapa tadi”

“Intan buat apa dekat sini?”

“laaa makanlah tak akan baik kereta pula” sambut shah.. dirasakan soalan Farid itu tidak logik. Emm dasar soalan melayu.. tapi bukan soalan tu juga ke yang diajukan olehnya kepada intan malam kelmarin ketika menghantarnya pulang?. Farid mencebik. Sepupunya seakan tidak puas hati.

“marilah Intan makan sekali..” ajakan Farid membuatkan Intan tersenyum, wajah shah lansung tidak dipandang. Malah lelaki itupun tidak menegurnya.

“emmm tak apalah saya dah beli bungkus, Maya teringin nak makan tomyam dekat sini tu yang singgah beli..oklah Farid kita jumpa lain kali ek...kalau senang-senang nanti” lembut sahaja ayat yang lahir dari mulut wanita itu. Berbeza sekali bila bercakap dengannya. shah menilai sendiri.

“ok nanti senang-senang kita jumpa ek...” Intan meminta diri. Perlahan dia meninggalkan Farid dan Shah. Farid menjeling sepupunya dia tersenyum.


GILA KAU 22

GILA KAU 22

Intan berjalan seorang diri. Niatnya untuk membeli barang di kedai terbantut apabila kedai berdekatan perumahan mereka itu tutup. Kenapalah dia bodoh sangat tak bawa kereta kalau tidak mesti boleh pergi jauh sikit.

‘alaaa terasa jauh pula rumah ni..tadi gatal sangat nak jalan kaki..rasalah’ Intan membebel sendiri. Kakinya tetap diatur perlahan. Dia teringin nak makan aiskrim sebenarnya itulah sebabnya dia bersemangat tak fakir panjang.

Telifon bimbitnya berbunyi. Intan terkejut pantas diraba poket tracknya. Mesej dari maya. Mungkin maya risau melihat dia tidak ada dirumah. Dia tersenyum tekaannya betul belum pun sempat dia ingin membalas mesej dari Maya itu sebuah motosikal laju dari belakang merampas dan menolak tubuhnya ke tepi. Intan terjatuh. Dia menangkap kelibat motorsikal yamaha yang meragut telifonnya. Dia terkedu. Tangannya calar sikunya dan kakinya luka akibat terjatuh di jalan tar. Dia mengerang sakit. Lama dia terduduk d situ memikirkan apa sebenarnya yang terjadi.

Ping...ping... bunyi hon dari belakang mengejutkannya. BMW hitam. Macam kenal kereta itu. Tapi dia buat tak tahu dia cuba untuk bangun. Sakit di sikunya agak terasa. Tapi nasibnya baik sebab dia masih mampu bangun.

”kau ni kenapa nak tidur tepi jalan ni pula?” Shah bersuara tegang. Dia ingat perempuan itu sengaja duduk di situ menghalang laluannya.

”ehhh Intan kau ni kenapa?” wajah sayu Intan dipandang. Tadi mulanya dia tidak perasan langsung wanita itu adalah Intan. Intan masih diam. Dia berusaha untuk berjalan. Terjengkut-jengkut. Shah tidak puas hati, soalannya tak dijawab.

”ehhh aku tanya kau ni..bukan cakap dengan jalan” Shah menarik lengan wanita itu. Intan mengerang kesakitan.

”Aduhh sakitlah...” pantas Shah melepaskan tangannya. Tidak berniat menyakitkan wanita itu.

”kena ragut....” perlahan saja jawapan yang lahir dari mulut Intan. Wajah Shah tidak dipandang, dia terasa ingin menangis sebenarnya.

”Ya Allah macamana pulak jadi macam tu...kereta kau mana ni?” Shah bersuara bimbang . suaranya mula mengendur.

”kereta kat rumah saya jalan kaki..” sedaya upaya Intan bersuara. Dia terkejut lagi sebenarnya atas apa yang berlaku. Nasib baiklah dua peragut itu tidak menolaknya dengan kuat kalau tidak mesti dia terpelanting ke dalam parit.

”dah jom kita pergi klinik dulu..”, tanpa banyak soal Shah membuka pintu keretanya, Intan masuk ke dalam kereta perlahan-lahan.

”sakit ke?” tanya shah setelah lama berdiam di dalam kereta.

”sakitlah..juga tapi nasib baik tak teruk sangat.” Intan melihat bungkusan ubat ditangannya. Wajah shah dipandang. Lelaki itu kelihatan tenang memandu keretanya. Selepas ke klinik mereka membuat laporan polis.

”nasib baik juga peragut bodoh tu ambik telifon kau je..kalau benda lain...? hishhh...” shah bersuara serius.

”emmm...” Intan melihat lengannya yang sudah dibalut. ’Habis koyak baju aku’ rungutnya dalam hati.

Kereta BMW milik shah masuk ke dalam rumah kelihatan Maya dan Mak Siti sedang menunggu di bangku taman depan rumah.

”macamana shah dapat peragutnya?” soalan Mak Siti disambut ketawa Intan. Shah hanya tersenyum.

”Mak Shah datangpun dia ni dah terduduk kat jalan. Peragut tu dah siap pergi minum teh tarik dekat kedai..” Shah cuba berlucu. Jelingan Maknya membuatkan ketawanya semakin panjang.

”kau ni pun satu degil sangat aku tahulah kau nak makan aiskrim tu sangat..apa salahnya bawa kereta tak pun bagi tau kat aku.. ni tak yang berjalan sesorang tu kenapa?..” Maya mula membebel. Terkejut besar dia apabila Mak Siti memberitahunya Intan diragut. Terus ditinggalkan suapan mee goreng di atas meja.

”alaaa dekat je kedai tu aku tak sangka pula akan jadi macam ni...” Intan membela dirinya. Bahu maya dipeluk dia tahu sahabatnya itu risau dengan dirinya. Terbayang mesej Maya yang risau tadi sebelum telifon bimbitnya dikidnap.

”tapi telifon aku dah hilang arrr...habislah..banyak nombor penting dalam tu..” Intan bersuara sedih.

”tak payah nak fikirkan telifon tu...nyawa kau lagi penting. Sekali lagi Maya bersuara.” Mak Siti mendengarnya hanya tersenyum.

Intan masuk ke dalam rumah untuk berehat. Apa yang best Mak Siti sudah berjanji akan memasakkan sup ayam untuknya. Maya mencebik, bila Intan mendapat layanan manja dari jiran mereka itu. Tapi bukannya dia cemburu sengaja mengusik kawannya itu.

****

Cahaya bulan malam ini kelihatan sangat indah. Intan masih duduk di tamannya. Kesakitan di tangannya sudah hilang. Peristiwa petang tadi tak mungkin dilupakan. Terbayang kelibat mereka yang menolaknya. Tapi dia memujuk hatinya mungkin mereka sesak ketika ini perlukan duit. Tiba-tiba bayangan shah menjelma. Dia terpandang muka gelisah, muka garang, muka kelakar yang tercalit diwajah lelaki itu petang tadi. Cepat-cepat dia mengusir bayangan itu..

‘hishhh apa hal pula kau ni Intan tetiba berangankan mamat tu...hishhh berangan benda lain’ Intan bercakap sendiri.

“wei berangan.....” Intan terkejut. Tiba-tiba saja lelaki itu ada di depannya.

“awak ni kan tak reti nak bagi salam ke...main terjah je masuh rumah orang kenapa?” Marah Intan sebenarnya dia malu apabila disergah begitu.

“elehhh banyaklah kau bagi salam...nak bebuih mulut aku bagi salam kat pagar tu tadi...kau boleh pulak buat muka..”

“emmm ye ke?”

“kau menung apa ni ingatkan aku ke?”, Shah meneka..

“eiii perasan... tak de masa nak ingatkan awak..” mukanya sudah merah menahan malu tekaan Shah memang betul. Dia melarikan pandangannya jauh ke langit yang dihiasi bintang.

“ haiiii tu muka dah merah tu malulah tu...” ketawa Shah sudah kedengaran. Intan mencebik. Malas dia melayan lelaki itu. Kalau dilayan makin menjadi nanti, akhirnya dia juga yang kalah.

“nah...” Intan memandang tidak percaya.. Wall’s Cornetto coklat bertukar tangan.

“mana awak tahu saya teringin nak makan aiskrim ni?”

“alaaa...tadi dekat balai kan kau cerita dari A sampai Z mestilah aku tahu...kebetulan aku lalu dekat kedai tadi tu yang belikan sekali..” Shah mula mereka cerita. Terbayang bertapa susahnya dia masuk ke tiga buah kedai mencari aiskrim ni. semata-mata untuk Intan tak pernah dia melakukan perkara ini demi seorang perempuan selain ibunya.

“emmm semalam saya dah tanya dekat kedai-kedai dekat ni semua habis stok.. awak beli dekat mana?” hahhh soalan Intan membuatkan Shah tersenyum.

“kedai dekat ni je...stok baru sampailah tu...”

“terima kasih..”

“sama-sama kasih”

“kenapa ek awak baik dengan saya?” soalan itu sengaja diajukan.

“aku memang dilahirkan sebagai seorang yang baik..kau yang tak tahu..” Intan mencebik.

“perasan..” gelak Shah kedengaran.

“oklah...lama-lama kat sini kang tak pasal-pasal kena kawin free..aku tak kisah Cuma kalau boleh nak juga kawin dengan jalan yang elok...” ketawa shah makin menjadi.

“apa awak cakap?” tanya Intan tak dapat menangkap makna kata-kata shah.

“tak ada apa...ok sweet dream...jangan mimpikan aku sampai jatuh katil..” sekali lagi lelaki itu ketawa.

‘bodoh’ bisik Intan perlahan. dia melihat aiskrim ditangannya. Lantas tersenyum. teringat kata-kata maya tadi ‘aku dah cari di kedai dekat-dekat ni tapi tak ada stok aiskrim ni...’ makna ye... perlahan aiskrim idamannya itu dimakan. Dia tersenyum sendiri.


Saturday, March 28, 2009

GILA KAU 21


GILA KAU 21

“Banyaknya barang mak Siti beli ni..nak masak apa?”

“malam ni Mak siti nak ajak Intan makan dekat rumah lepas tu kawan si Shah pun nak datang sekali tu yang beli lebih sikit” plastik beg bertukar tangan tak sanggup Intan melihat Mak Siti mambawa plastik yang penuh di tangan..’mak aiiii berat juga’ bisik hatinya apabila beg plastik berisi sayur, ikan dan barang dapur itu di tangannya

“Intan jangan lupa datang..”

“alaa seganlah Intan lagipun kan kawan Shah nak datang”

“jangan nak segan-segannya dengan mak cik..lagipun lagi ramai lagi meriahkan” Mak Siti tersenyum.

“ajak maya sekali...”

“emmm Maya malam ni ada date...dari tadi lagi senyum sampai telinga..Intan tengok”

“yalah orang ada buah hati...awak tu bila lagi” Intan terkedu. Dia menelan air liurnya perlahan. ambik kau gatal mulut lagi perli orang kan dah kena...Intan tersenyum.

“emmm siapalah yang nak Intan ni rupa tak ada harta jauh sekali..”

“amboi merendah diri pulak....emmm pilihan Intan mesti lagi banyakkan Cuma tinggal nak pilih je macam pilih sayur ni tadi..” ketawa intan mendengar kata-kata yang lahir dari mulut Mak Siti. Dirasakan lucu di telinganya.

****

Shah duduk mengadap meja makan yang penuh dengan lauk pauk. Ayu di sebelahnya merenung manja.

“emmm laaa apa lagi makanlah, hah shah baca doa” dengan pantas shah melafzkan doa makan. Nampak tidak ikhlas. Intan tidak senang duduk.

Dia betul-betul duduk dihadapan pasangan itu. Matanya hanya tunduk memandang nasi yang sudah sedia di dalam pinggan. Ini bukan pertama kali dia makan malam bersama Mak Siti malah selalu tapi tanpa anak yang yang poyo ni. Malam ni siap bawa awek lagi terasa mengganggu pula. Intan masih membilang nasi dihadapannya.

“Ehh.. Intan kenapa tak makan?” Intan terkejut apabila namanya tiba-tiba dipanggil. Dia hanya mampu tersenyum apabila Mak Siti memasukkan ayam goreng di dalam pinggannya. Idayu menjeling tajam.

Shah masih menatap wajah wanita dihadapannya, langsung tidak dipedulikan ayu yang sedang bermanja dengannya. Intan nampak cantik dengan walaupun hanya menegenakan t-shirt hitam dan track warna yang sama. Dalam hatinya berdebar kencang apabila matanya bertentang begini.

”sayang...kenapa you ni makan comot..” Idayu mengambil tisu sambil mengelap bibir shah. Shah terkedu cepat-cepat dia menolak tangan Ayu, malu dengan mak dan Intan yang memandang. Idayu hanya ketawa kecil cuba menyembunyikan rasa hatinya.

Intan masih berdiri di depan sinki, cawan terakhir dibasuh lama. Dia cuba mendengar kalau-kalau ada suara yang berborak mesra tapi gagal. Senyap sunyi.

“hahhh kenapa?” hampir jatuh cawan yang dipegang. Tiba-tiba Shah berada dekat di belakangnya.

”apa ni terkejut arrrr...” marah Intan.

”padan muka, siapa suruh mengintai macam tu?”

”ehhh tolong sikit siapa yang mengintai? Tak nampak saya buat apa ni?” Intan berpura-pura membasuh cawan di tangannya. Shah mencebik. Hatinya terusik dengan aksi Intan sebentar tadi.

”nampak..” lama Shah memandang wajah Intan yang sudah kemerahan menahan malu.

”awak nak apa ni?”

”nak kau” bulat mata Intan mendengar jawapan Shah. Mata lelaki itu masih lagi tepat menikam wajahnya.
”gila ke?”

”memang aku rasa aku dah gila...gilakan kau..” jawapan Shah membuatkan Intan mula tak senang berdiri di tempatnya. Intan mengelap tangannya matanya enggan memandang shah yang memang berdiri tidak jauh darinya. Pantas dia meninggalkan dapur. Tapi lengannya ditarik. Langkahnya terhenti.

”Intan aku...aku....” entah kenapa ayat azimat yang ingin dilafazkan itu sukar untuk lahir.

”ehemmm...drama apa ni?” teguran Idayu membuatkan Shah melepaskan tangannya.

”Shah apa you buat dengan perempuan ni and you tak jawab lagi soalan I siapa perempuan ni?” suara Idayu tegang. Shah menahan rasa, lalu dia tersenyum.

”Dia ni bakal Isteri I..bakal ibu anak-anak I dan nenek kepada cucu I nanti...” jawapan Shah membuatkan Intan menjeling lelaki itu.

Shah mengenyit matanya kepada Intan. Itulah kata hatinya sekarang. Idayu muncung laju langkahnya diatur keluar rumah hampir nak dilanggar tubuh Mak Siti.

”kenapa pula budak Ayu tu?” tanya Mak Siti. Intan yang masih memandang Shah terkejut.

”entahlah mak” shah menjawab pertanyaan maknya sambil berlalu pergi. Meninggalkan Intan yang kebodohan.

”Intan kenapa?”

”hahhh...tak ada apa-apalah mak cik ok je”

Jam menunjukkan pukul 11.00 malam. Leka berbual dengan Mak siti membuatkan masa yang berlalu terasa sekejap. Intan meminta diri. Memang selalu dia menemani wanita itu berbual sehingga jam sebegini. Dia melangkah perlahan hairan laman Mak Siti gelap selalunya lampu taman itu akan terpasang.

”Intan” Intan mengurut dadanya. Terkejut apabila lelaki itu betul-betul didepannya.

”Sorry...”

”Sorry...Sorry naik Lorilah...” marah Intan cuba meredakan ketakutannya.

”alaaa...macam tu pun nak takut...belum terkam terus tadi” Shah berkata perlahan.

”emmm...apa awak cakap?”

”tak ada apa....nak balik ke?”
”tak la...nak main bola dekat padang depan tu...” Shah tersenyum terkena. Dia menganggukkan kepalanya perlahan. Shah mengikut jejak langkah Intan.

“ehh nak ke mana ni?”

“laaa teman baliklah...ke nak pergi main bola?” shah memulangkan kata-kata Intan.

“tak payah rumah saya sebelah tu hah....nampak je dari sini”

“tapi kan jauh juga nak ke pagar depan tu...lagipun sekarang ni cerita macam-macam..bukan kita boleh hidu malang ni sebab tak ada bau” kecut hati Intan mendengar cerita Shah.

“ok terima kasih temankan saya..lagi satu kalau ya pun awak bergaduh dengan kekasih awk tu janganlah sampai menipu saya ni bakal isteri awak...ok nite..”

“siapa pula yang menipu?..itu kenyataannya yang sayang kena terima sekarang?”

“eiii awak ni kenapa sakit ek? Awak ok tak?”

“entah mungkin saya tak berapa ok sejak dua menjak ni....sebab saya dah hilang sesuatu”

“hilang apa?”

“hati.....ada orang curi” shah bersuara manja. Sengaja dia mengusik Intan. Dalam celahan cahaya lampu dia dapat melihat wajah Intan yang nampak berseri.

“malas saya layan awak ni gila.....” Intan berlalu meninggalkan Shah

“gilakan kau...” bisik shah perlahan. dia tersenyum meleret. Hairan dengan dirinya sendiri tak sangka dia akan seberani itu mengusik Intan. Tapi hakikat sebenarnya memang hatinya sudah dicuri.

Monday, March 23, 2009

GILA KAU 20


GILA KAU 20

Intan melihat penampilannya di cermin. Dia tersenyum entah kenapa hatinya terasa tenang. Bibirnya hanya dicalit pelembab bibir. Lama dia memerhatikan penampilan barunya itu.

“akak cantik…..”

“kalau akak pakai tudung mesti cantik kan” sambungnya lagi.

”mana hafiz tahu kalau akak pakai tudung cantik?”

”emm sebab ustaz kata kalau perempuan kesayangan Allah mesti cantik pakai tudung” Intan tersedar apabila pintunya diketuk beberapa kali dari luar. Perlahan pintu biliknya dibuka.

”Intan?” Maya ternganga..dia terkedu melihat penampilan sahabatnya. Intan ketawa perlahan melihat mulut Maya yang terkejut gila.

”Maya tutup mulut kau tu...masuk lalat nanti sape yang susah” pasti mulutnya ditutup, nada suara Intan kedengaran ceria. Hatinya berbisik tenang. Dia melabuhkan punggungnya di hujung katil Intan yang sudah rapi terkemas. Warna hijau pilihan Intan membuatkan biliknya terasa nyaman dengan bauan lavendar. Bukan macam bilik dia yang boleh dikategorikan bilik anak dara malas. Dia tersenyum sendiri.

”hahhh senyum sesorang ni apa cerita?”

”kenapa kau pakai tudung? Nak ke mana?”

”Laaa...nak ke butiklah sayang oiii” Maya berdiri mendekatkan dirinya dengan Intan yang berdiri tidak jauh dari almari cermin ukiran jatinya. Satu set dengan katil dan almari dari corak sama.

”Kau...?”

”Maya aku rasa selama ni ada sesuatu yang kosong dalam hidup aku yang perlu di isi..lama aku cari rupanya aku ingat aku tak ada sesiapa lagi tapi aku lupa aku ada Dia...satu-satunya yang akan bersama kita sangat susah senang.” Intan tersenyum. Maya turut tersenyum dia bersyukur dengan perubahan Intan.

”Ya Allah Intan aku lama teringin nak tengok kau macam ni aku dah dapat Intan aku balik malah lebih baik dari Intan aku yang dulu” titis mutiara mulai jatuh. Terharu Intan pantas tubuh Maya didakap perlahan.

”Terima Kasih Maya..kaulah kawan aku dunia akhirat....lagipun aku lama dah tengok kau nampak cantik pakai tudung so akupun nak cantik macam kau juga” kata Intan sambil merenggangkan pelukannya. Sayangnya pada Maya lebih dari kasih sayang saudara. Maya empat dia meluahkan segalanya. Hanya Maya mengerti apa yang dirainya.

”amboii pandailah kau..”

”yelah kalau tidak tak akanlah abang johan kau tu tak boleh nak berpisah kejap pun dengan kau” bulat mata Maya mendengar kata-kata Intan. Mendengar ketawa sahabatnya itu dia turut ketawa.

”Dahlah bila nak buka pergi butik ni?” Intan menyapu sisa airmata Maya.

”Ala kitakan bos..” Maya kembali ceria.

”Boslah kena datang cepat kalau tak kena pijak dengan pekerja nanti” laju Intan meninggalkan Maya.

Belum sempat pintu keretanya dibuka terdengar satu sapaan dari rumah sebelah. Intan tersenyum melihat Mak Siti yang sudah bersiap cantik-cantik, sekali tengok macam gaya datin pun ada. Intan melihat sekali lagi ke arah Mak Siti kain yang dibeli shah dari butiknya. ’Untuk mak dia rupanya’ bisik Intan.

”Amboii cantiknya anak Mak Siti hari ni..manis nampak Intan pakai tudung” Intan tersenyum. Perlahan dia melangkah dekat ke arah pagar yang memisahkan mereka.

”Emmm terima kasih mak cik, tapi sebelum ni tak manis ke?”

”Emmmm nak manis apanya, masam kelat je......” pertanyaan Intan dibalas dari satu suara garau yang entah dimana. Matanya terus mencari dari mana datangnya suara yang macam dikenali itu. Shah tiba-tiba bangun betul-betul depan matanya. Nasib baik ada pagar. Macamana dia boleh tak perasan lelaki itu di celah-celah pokok bunga. Shah masih tunduk seperti mencari sesuatu tanpa memandang Intan.

Intan menjulirkan lidahnya, tapi tak dapat dilihat oleh Shah.

”Alamak Mak Siti ada rupannya anak Mak Siti ni, dah sama dengan pokok bunga tak dapat nak beza muka dia dengan pasu bunga..” ketawa Intan tercetus. Diikuti dengan Mak Siti. Shah panas hati terus dia bangun matanya bertentang dengan Intan. Shah terkedu matanya menatap wajah Intan yang nampak bersih. Mahkota rambutnya sudah terlindung . gaya waheeda Intan membuatkan dia mati kata-kata. Lama dia memandang wajah itu sehinggakan Intan melarikan matanya.

”Ehemm..ehemmm....” Mak Siti tidak senang melihat pandangan mata anak tunggalnya, tapi dalam hatinya mekar bahagia. Memeng dia suka kalau Intanlah pilihan Shah.

”Ehh mak nak pergi dah kan...jom laaa...shah hantar” shah kalut dia mengangkat pasu bunga dihadapannya.
”Ehh Kalau ya pun janganlah angkat pasu tu...” ketawa Intan dan Mak Siti bersatu. Shah berlalu meninggalkan mereka entah kenapa dia mengutuk dirinya sendiri macamana boleh gabra semacam.

”Oklah mak cik Intan pergi dulu ek...” Intan meminta diri setelah beberapa kali namanya dipanggil oleh Maya.

Sepanjang hari Intan mendengar pujian dari pekerja dan pelanggan tetap yang datang ke butiknya. Penat juga dia menjawab sebab perubahanya. Tapi dia lebih senang membalas dengan senyuman.

Kereta Gen 2 hitamnya membelok masuk ke taman Yayasan. Dua beg plastik berisi hadiah untuk anak-anak yayasan diangkat. Hanis dan Hafiz sudah tiada di yayasan tapi dia punya ramai lagi keluarga disini. Terbayang tangisan Hanis disaat dia dibawa pergi oleh Mak ciknya. Tapi Intan yakin Puan Rosnah akan memberi jagaan yang terbaik kepada Hanis selepas Hafiz pergi meninggalkan mereka. Lama dia berdiri di sisi keretanya terbayang kelibat Hafiz yang berkejar mendapatkannya setiap kali dia datang. Intan tersenyum tiada lagi airmata untuk pemergian Hafiz dia rela melepaskannya.

Intan memandang senyuman yang terukir di wajah-wajah di hadapannya. Hatinya mula bahagia.

”Terima kasih kak Intan..” kata anak-anak yayasan beramai-ramai. Intan tersenyum.

”Emmm cik ...” Lokman yan berdiri di belakangnya bersuara. Intan berpaling. Lokman terdiam. Intan??

Ketawa Intan masih bersisa, kelakar dia mendengar cerita Lokman.

”Emmm saya nyaris tak kenal Intan tadi...nasib baik saya tak inga penceroboh tadi” Lokman mengakui Intan bertambah Manis dengan gaya tudungnya itu.

”Intan cantik pakai tudung”

”Emmm awak orang yang ke 100 kata macam tu..” gurau Intan. Dia ketawa kecil. Terbayang gelagat shah pagi tadi.

“Emmm nampaknya ramai yang mengagumi Intan rupanya sampai saya jadi orang yang ke 100” kata-kata Lokman membuatkan Intan mengeleng perlahan,

“Tak adalah awak ni...saya guraulah...bukan cantik sebab saya pakai tudung Man tapi...emmm entahlah mungkin saya tiada jawapannya. Apa yang pasti hati saya tenang sekarang” kata-kata Intan membuatkan Lokman mengangguk.

”Intan jemputlah datang rumah saya hujung minggu ni ada Majlis sikit..hari bermakna my mom and dad”, pelahan saja suara itu melafaznya. Dia malu sebenarnya dengan mamanya yang masih ingin mengadakan party segala ni.

”Emmm insyaallah...”,

”Ingatkan hari istimewa Man tadi..” Intan kembali mengusik.

”Emmm...saya lambat lagi sebab saya tunggu dia betul-betul bersedia terima saya”

”Baguslah macam tu....tapi nanti jangan lupa jemput saya tau..” Intan bersenda.

”Mestilah kalau Intan tak ada maknanya tak jadilah majlis saya tu..” lokman berbisik perlahan.

”Hah apa dia Man?” tanya Intan dia tak dapat menangkap butir kata Lokman. Dia asyik memandang kegembiraan anak-anak yayasan.

”Emmm...tak ada apalah, budak-budak tu suka saya tengok..” Lokman menyembunyikan rasa hatinya.


***

”Maria mana Fail yang saya nak tadi?” Shah bertanya lembut. Dia hanya mengenakan baju T-shirt dan Jeans hari ini tidak dengan kemeja dan kot yang selalu dipakai. Banyak urusan yang perlu diselesaikan jadi tidak sempat jika dia menukar baju di rumah.

”emmm saya dah letak atas meja Encik Shahrul”, Maria tersenyum, melihat penampilan ringkas Bosnya dia mengakui lelaki itu memang ada stail tersendiri. Rambut yang rapi membuatkan shah sentiasa nampak segar. Hensem betul Bosnya, nasib baiklah dia sudah bertunang kalau tidak...

”haii Maria pandangan awak tu macam ada sesuatu...” Maria tersedar. Dia tunduk menyusun kertas yang bertaburan di atas meja.

“ehh emmm bos tadi Miss Ayu call dia nak jumpa..” sempat Maria menyampaikan pesan itu dan hampir setiap hari pesan itu disampaikan.

“emm oklah macam biasa abaikan” ringkas saja jawapan shah lalu dia terus berlalu untuk ke biliknya.

“emm...tapi encik dia call hampir 12 kali...” shah berpaling..lalu tersenyum.

“ada saya kisah?” kata-kata itu membuatkan Maria mengangkat bahunya. Malas dia nak campur tangan hal peribadi bosnya. Terbayang perangai gedik Cik Idayu yang membuatkan dia juga rasa nak muak. Geli dia melihat aksi Cik Idayu bermanja-manja dengan bosnya walaupun di depan para pekerja.

Telifon bimbitnya berbunyi lagi. Shah menutup kuat fail di tangannya. Hampir terkeluar helaian dalam fail itu.

‘Hello...emmm you nak apa lagi ni? ‘ marah Shah kenapalah perempuan ni tak faham bahasa melayu. Bisik hatinya.

‘ehhh sayang sampai hati you tengking I macam tu?’ suara manja Ayu kedengaran.

‘emmm kenapa?’ suaranya mula mendata. Dia tidak diajar untuk berkasar dengan perempuan.

‘malam ni I pergi rumah you ek...I dah berutahu mama you, kita jumpa malam ni..bye’

‘heiii Ayu...ayu..’ panggilan ditamatkan. Shah mengeleng perlahan, hish payah betul perempuan ni. rungut hatinya.





Saturday, March 21, 2009

KERANA KAU 5


KERANA KAU 5

Fariz meneliti wajah di hadapannya itu lama dia terdiam, seakan setiap inci wajah itu diteliti. Cantik, itulah yang lahir dari hatinya. Ayuni masih lagi tidak berganjak, rimas dipandang begitu.

“Cik Nur Ayuni Balqis”, tiada senyuman diwajah Ayuni dia merasakan lelaki itu sengaja mengulangi namanya beberapa kali.

“emmm hebat tapi kenapa awak memilih Neraca Holding sedangkan awak menerima 3 tawaran dari syarikat lain yang saya rasa besar namanya”

“soalan kenapa tu tak sepatutnya diajukan kepada saya kerana soalan tu membuatkan saya berfikir adakah keputusan saya betul atau tidak..tapi jika jawapan dari saya yang encik nak dengar saya memilih Neraca Holding kerana saya yakin syarikat ini mampu untuk satu tahap yang lebih tinggi” fariz mengangguk.

“jadi Cik Ayuni rasa Neraca Holding sekarang belum mencapai tahap? Nampaknya cik Ayuni tak membaca sejarah syarikat terlebih dahulu”

“saya ditawarkan jawatan pengurus pemasaran jadi saya melihat dari aspek pemasaran jika dilihat dari kasar sememangnya Neraca Holding standing dengan syarikat besar tapi haus dilihat dari aspek pemasaran yang agak lemah dua tiga bulan ini akan mengakibatkan bukan saja emej malah dana syarikat juga akan bermasalah” Ayuni tersenyum sinis apabila dua orang daripada penemuduganya menganggukkan kepala. Fariz kelihatan tidak puas hati.

“jadi Cik Ayuni yakin dengan pemasaran yang bakal dilakukan”

“saya tidak berani menggunakan perkataan yakin tapi saya akan cuba sedaya upaya saya membuka mata bukan sahaja masyarakat tapi anggota syarikat sendiri supaya faham akan fungsi syarikat sebenarnya”,

“maksudnya?”

“Maksudnya bagaimana lemahnya system penyambut tetamu syarikat yang tidak peka dengan pelanggan juga akan menjadikan satu kelemahan”

“kesalahan sekecil itu yang ingin cik ayuni tunjukkan?” ibarat masih belum rada soalan yang lahir dari mulut Fariz dia geram mendengar semua hujah Ayuni yang membongkar kelemahan syarikat secara berani.

“mungkin ini adalah masalah kecil bagi lembaga pengarah tapi bagi pemasaran setiap subjek dalam atau berkaitan dengan klien adalah penting. Jika klien dari syarikat lain datang tapi disambut dengan layanan low class saya rasa boleh membunuh syarikat”,

“jadi apa cadangan Cik ayuni?”

“mudah saja encik…penyambut tetamu memang bukan untuk individu educated tapi mestilah indivudu yang memahami sejarah syarikat yang encik war-warkan tadi. Jika disebut tahun bila syarikat dimulakanpun tergagap jadi ini boleh saya katakan tidak professional”

“jadi dia perlu dipecat?” soal Fariz, suaranya sedikit ditinggikan. Ayuni tersenyum dia tahu lelaki itu sudah panas hati.

“emmm itu tindakan orang yang berfikiran sempit…untuk apa kita lepaskan orang yang sudah biasa dengan syarikat, kita boleh hantar dia ke seminar atau bengkel yang mungkin akan membantu dan menjelaskan cara sebenar dia mengendalikan tugasnya..sekarang ni banyak sangat bengkel-bengkel macam tu”

“jadi awak yakin awak akan diterima?”

“saya akan jadi yakin kalau Encik sendiri yakin dengan saya, saya rasa tak perlu soalan itu kerana sebab saya yakinlah saya ada di sini sekarang..Cuma persoalannya Encik sendiri yakin ke untuk menerima saya” Fariz terkedu, wanita dihadapannya kini bukan sebarangan.

“baiklah Cik Ayuni awak keluar dulu…nanti kami akan panggil semula” kata salah seorang dari tiga orang lelaki di hadapannya. Ayuni tersenyum..

Langkah kakinya singgah di depan potret seorang yang kelihatan sangat bergaya. Bilik menunggu ini sangat cantik dan terasa tenang. Pengerusi Neraca Holding Datuk Mansur kelihatan segak dengan pingat usahawan Negara, ‘Ayuni tersenyum sinis..seorang yang bertanggungjawab kepada syarikat konon’

“kenapa macam tak puas hati saja awak tengok gambar tu?” satu suara dari belakang. Dia pantas berpaling. Datuk Mansur??

“Datuk…” Ayuni pura-pura hormat. Datuk Mansur masih memandang tepat ke arah wajahnya. Terasa sesuatu menyentuh hatinya apabila melihat wanita ini sejak tadi.
“kenapa Datuk?” Tanya Ayuni tidak senang dipandang begitu.

”emmm tak ada apa..Cuma wajah awak macam pernah saya tengok tapi tak pasti siapa..”

”ooohh memang muka saya ni familiar sikit Datuk, maklumlah muka orang kampung” cuba menyembunyikan getara hati yang semakin menggunung. Dia sendiri tidak faham dengan kata hatinya ini.

Lama Datuk Mansur mendiamkan diri wajahnya berkerut seakan ingin mengingati sesuatu. Tapi tiba-tiba pintu bilik dibuka luas. Terjenguk kepala Fariz Iskandar.

”Papa....ehh apa awak buat dekat sini Cik Ayuni?” tanya Fariz sambil langkah diatur mendekati papanya. Memang dia sudah berjanji akan berjumpa papanya disini ada sesuatu yang nak dibincangkan.

”emmm...saya disuruh untuk tunggu di sini..”

”ehh tak mungkin hanya ahli lembaga pengarah saja yang dibenarkan masuk bilik ni..awak silap bilik ni.” kata Fariz terasa ada sesuatu yang tak kena. Gaya wanita itu mencurigakan. Dia membentangkan kelemahan syarikat ketika ditemuduga, itu membuatkan Fariz bertambah hairan. Seakan wanita ini begitu tahu hal dalaman syarikat.

”tak apa Fariz..lagipun dia salah bilik”, Datuk Mansur tersenyum.

”kalau macam tu maaflah Datuk, saya keluar dululah”, Datuk Mansur tersenyum, terasa senang dia mendengar suara wanita itu. Semasa Ayuni melintasi Fariz sempat dia menghadiahkan jelingan, kata-kata Fariz menunjukkan dia seorang yang belagak.

”haiii papa lama pandang...?”, Fariz mengusik papanya.

”siapa budak tu? Buat apa dia kat sini?” Fariz terkerut papanya kelihatan berminat dengan Ayuni.

”Cik Ayuni Balqis bakal pengurus pemasaran Neraca Holding”, Jawapan Fariz dibalas dengan senyuman oleh Datuk Mansur.

”ok....kenapa papa nak jumpa Fariz?”

****

Ayuni melangkah meninggalkan Neraca Holding sepatutnya dia memulakan kerjanya hari ini tapi dia diminta pulang dulu kerumah. Panas hatinya apabila diberitahu tempatnya masih belum dikosongkan dan akan boleh digunakan minggu depan.

“syarikat apa entah...boleh pula buat macam tu, ingat aku ni apa?” bebelnya seorang diri. Sakit hatinya masih belum hilang. Kurang asam jawa betul!
Dari jauh dia dapat menangkap kelibat Aleyya yang memimpin tangan Adam masuk ke dalam kereta rasa meluatnya mencengkam hati. Lama dia terpacak di tepi jalan. Bila agaknya kisah hidupnya akan berubah. Tiba-tiba telifon bimbitnya berbunyi.

‘syg jmpe tmpt biase..aku blanje mkn..’ pesanan ringkas di skrin telifon bimbitnya membuatkannya kembali tersenyum. tangannya pantas menahan teksi yang kebetulan lalu. Bayangan wajah-wajah tadi yang terlayar di mindanya hilang entah ke mana.

Friday, March 20, 2009

GILA KAU 19

Gila kau 19

Intan masih berteleku di depan pusara Hafiz. Akhirnya seorang lagi insan yang disayangi meninggalkannya. Sejak semalam dia hanya mendiamkan diri tiada sepatah kata tiada juga airmata yang lahir dari mata hazelnya. Hakikatnya sekarang dia sendiri tidak tahu apa yang bermain di fikirannya.

“hishh tak nak aku jaga budak tu…dia tu bawa sial tahu tak…sejak dia lahir semua yang dekat dengan dia mati…”

“hishhh kau ni pun janganlah cakap kuat-kuat sangat, tak baik kau cakap macam tu dia kan budak lagi Sal.. lagipun dia bukan orang lain anak saudara kau juga”

“emmm maaf sikit anak sedara angkat ek…mak bapak dia dulu keluarga aku yang kutip tak akan dia nipun aku nak kutip…kau nak suruh aku tempah ajal aku sendiri ke jaga budak bawa sial ni?” Intan memejamkan matanya lama dia begitu. Suara Mak Uteh kedengaran. Hinaan dan kata nista itu kembali terlayar.

“Intan…” panggilan Maya membuatkan dia kembali kealam nyata. Zaman kanak-kanaknya terus hilang dibawa angin.

”jomlah kita balik lagipun tu diorang kat sana dah lama tunggu”, Intan mengangguk perlahan. Kakinya melangkah satu demi satu mengekori Maya. Dia tahu semua mata memandang ke arahnya tapi hatinya tidak terdaya untuk membalas pandangan itu, dia seakan hidup di dalam dunianya sendiri.

”Maya jangan biarkan dia duduk menung macam tu..risau Mak cik tengok, mak cik tak nampak pun dia makan”

”tulah Mak Siti sayapun tak tahu nak kata apa, takut pula tengok dia macam tu..” Mak siti terdiam matanya masih tekun melihat Intan yang melayan perasaannya di atas buaian besi di hadapan rumah mereka.

Ummi, dan aina sudah pulng ke kampung kerana ada urusan penting kalau diikutkan hati mungkin lama lagi mereka akan menemani Intan, kini rumah mereka kembali sepi hanya tinggal dia dan maya Cuma Mak Siti yang tak jemu-jemu mengulangnya. Ada sahaja makanan kegemaran Intan yang dibawa. Tapi Intan yang dulu entah hilang ke mana.

”Mak macamana keadaan dia?” shah mengambil tempat di depan Maknya. Perasaan ingin tahunya meluak-luak. Tidak dapat dibendung lagi.

”emmm dia? Siapa?” alaaa maknya buat-buat tanya pula. Shah menggaru kepalanya sambil tersenyum.

”alaaa...mak ni Intanlah”

”entahlah..mak tengok dia asyik termenung je nak kata sedih menangisnya tak nak kata gembira senyumnya tak nampakpun mak tak tahu nak cakap apa...dia marahkan kita kot..”

”kenapa pulak nak marahkan kita?”

”yelah kita kebumikan arwah sebelum dia sedar..” terbayang keadaan Intan yang tercari-cari apabila sedar dari pengsannya. Hampir 2 hari Intan tak sedarkan diri. Jadi mereka kena menagmbil keputusan untuk menguruskan jenazah secepat mungkin.

”tak akanlah dia marah.....bukan kita si lokman tu pengerusi yayasan dah tandatangan mestilah kena buat” shah masih tak puas hati dengan jawapan maknya.

”shah kalau dah namanya sayang susah kita nak lupakan seseorang tu walaupun ajal memisahkan tapi ingatan kita ni masih ada..”

”kalau macam tu lagi senang kalau hilang Ingatan je kan mak” shah mula mengusik maknya. Berkerut dahi wanita itu mendengar jawapan anaknya.

”hishh budak ni kalau bercakap tu bukan nak fikir dulu main lepas je...” marah Mak Siti, Shah tertawa dengan jelingan tajam maknya. Suka dia melihat maknya begitu.

Shah berdiri di bolkani biliknya, perlahan-lahan desak nafas dilepaskan. Bintang yang bertaburan di langit hitam dipandang lama. Dibiarkan angin yang meniup lembut rambutnya. Terasa tenang disitu. Akhir- akhir ini urusan syarikat membuatkan dia tidak ada masa langsung untuk dirinya. Tiba-tiba matanya dapat menangkap tubuh insan yang mula membuatkan tidurnya tak tenang. Jika dulu getaran ini tidak begitu hebat tapi kini setiap kali nama itu masuk ke telinganya dia akan gelisah sendiri.

Matanya masih tidak berganjak. Dari tadi Intan hanya kelihatan melihat sesuatu di tangannya puas shah cuba memanjangkan tengkuknya untuk melihat apa sebenarnya yang dilakukan oleh wanita itu tapi gagal. Akhirnya dia putus asa..satu keluhan berat keluar dari mulutnya. Laju langkah diatur tujuannya hanya satu. Dia sudah tak sanggup melawan bisikan hati yang beraja.

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumsalam...” balas Intan lembut, dia sekadar melihat senyuman yang mekar dibibir lelaki di hadapannya itu.

“Intan sihat?”

“Macam yang awak tengok...” lelaki itu sudah mengambil tempat duduk bertentangan dengannya. Lama Lokman berdiam diri.

“buat apa datang malam-malam ni?” soalan Intan membuatkan Lokman kembali memandang wajah wanita di depannya itu. Cuba mencari kekuatan.

“saja nak jumpa Intan lagipun dah lama Intan tak datang Yayasan..” suara sayu Lokman membuatkan Intan membisu.

“entahlah Man mungkin saya masih perlukan masa untuk ke sana..”

“budak-budak ni sibuk tanyakan Intan dan tujuan saya datang ni pun sebab nak bagi ni..” satu kad berwarna ungu bertukar tangan, dahi Intan berkerut. Kad apa pulak ni? namanya tertulis indah di depan kad itu. Perlahan tangannya membuka dan membaca setiap baris tulisan si kecil itu.

“seharian mereka buat ini untuk Intan, harap Intan faham maksud mereka..sekarang bukan saja buat mereka hilang hafiz tapi hilang juga tempat bermanja iaitu Intan..” setitis airmata itu jatuh untuk sekian lamanya ditahan akhirnya dia jatuh juga. Lokman terasa dadanya sebak mendengar tangisan dan esakan yang berlagu. Namun dia tahu batas dirinya dengan Intan.

“ Intan jangan ikat hati awak dengan paksaan..sebab paksaan itu akan membuatkan awak terseksa..lepaskan, lepaskan segala yang awak rasa sebab lepas ni mungkin awak akan rasa lega..” Intan hanya diam hanya matanya memainkan peranan tak henti-henti meluahkan perasaan namun mulutnya tetap terkunci. Terkunci kemas.

Maya menyapu airmatanya yang turut menitis sengaja dia meminta kedatangan lokman ke rumah, dia tahu hanya anak-anak yayasan yang akan menyentuh hati Intan. Hanya lokman yang dia nampak boleh membantu. Tak sanggup lagi dia melihat Intan yang menyimpan perasaannya seorang diri. Sengaja dia membiarkan sahabatnya itu meluahkan segalanya di depan Lokman. Dia hanya memandang dan mendengar dari jauh.

Namun ada sepasang mata yang turut sayu. Getar hatinya seakan berhenti mendengar tangisan wanita itu. Kenapa hatinya begitu terusik? Tapi kenapa ada rasa sakit bila melihat lokman yang mendahulu langkahnya? Langkah kakinya mati di situ apabila melihat bayangan Lokman yang sudah duduk di hadapan Intan. Malam yang sunyi itu membolehkan dia mendengar perbualan dua insan itu. Malah matanya juga dapat menangkap kelibat Maya di sebalik dinding.

“ dia dah tidur...terima kasih Encik Lokman...maaf tak jemput masuk.”

“Man je..emmm tak apa saya faham.” Lokman membetulkan ayat Maya,

“saya sayang Intan saya tak nak dia terus macam tu...” Maya bersuara sayu

“emm...tak apa Maya saya pun tak mahu kehilangan Intan yang dulu saya kenal sama macam awak..lagipun memang dah lama niat saya nak jumpa Intan Cuma mungkin masa tak mengizinkan. Kebetulan awak call so saya rasa nilah peluang yang ada”, kenyataan Lokman membuatkan Maya tersenyum. dia tahu hakikat sebenarnya lelaki itu sememang ada hati dengan sahabatnya.

“dan saya harap awak juga ada masa untuk melafazkan isi hati awak”, kata-kata Maya membuatkan Lokman tersenyum. terlihat wajah kacaknya di bawah sinaran bulan yang samar-samar.

“moga saya ada masa untuk itu...saya minta diri dululah lagipun dah lewat ni..”, maya mengangguk sekali lagi dia berterima kasih.

***

“kau ni dari mana pula..” Mak Siti bertanya hairan

“emmm saja ambik angin kat luar..mak pulak nak ke mana ni?”

“mak nak ke rumah Intan kejap..nak hantar kuih ni dia suka kuah ni..” Mak Siti menatang pinggan yang berisi kuih pelita.

“dah malamlah mak tak payahlah dia dah tidur tu...esok pagi ajalah..” Shah tidak senang dengan niat ibunya.

“alaaa mak baru telifon Maya diorang tak tidur lagi...”

“eiii mak ni suka hatilah....” Mak Siti tersenyum. dia tahu anak manjanya itu tak akan berani melarang keinginannya itu.

“hahhh yang kau ni pakai seluar pendek je ni nak ke mana?”, hairan Mak Siti melihat anak tunggalnya yang berseluar pendek malam buta.

“nak berenang kejap...panaslah mak..”

“emmm kalau hati tu panas mandi dengan air kat kutub tu pun belum tentu sejuk...” sindiran Mak Siti membuatkan kaki shah berhenti melangkah. Hatinya tertanya-tanya maksud kata-kata mak kesayangannya tu.

‘aikk tak akan dia nampak aku mengendap tadi?’

‘hishhh biar betul shah kau ni suka memalukan diri sendiri tau’ monolog hati shah sendiri. Namun langkahnya diteruskan juga. Memang dia suka menghabiskan masa di dalam kolam renang. Baginya air boleh membuatkan seseorang itu tenang. Tapi dia tak tenang ke?....

Sunday, March 15, 2009

GILA KAU 18


Gila kau 18.

“kenapa ni?” shahrul cuba membantu Intan yang masih terduduk di lantai hospital. Matanya sempat menangkap kelibat Hanis yang lari dari Intan.

“awak tolong kejar Hanis tu…please…..” Intan sudah bangun tapi kakinya terasa sakit. Ketika itu tiada apa yang lebih penting melainkan Hanis. Dia mengutuk dirinya kerana sampai terjatuh. Shah meninggalkan Intan langkah Hanis diekori.

Intan duduk di kerusi rehat yang tidak jauh darinya bayang shah sudah hilang. Dia mengosok sedikit kakinya. Airmatanya menitis lagi, bukan kerana rasa sakit tapi terkilan dengan kata-kata Hanis tadi. Terdengar-dengar kata-kata benci yang lahir dari mulut kecil itu. Dia ke yang bersalah??.

Shah meneliti segenap ruang hospital dia. Dia hilang jejak. Melilau matanya mencari anak kecil yang memakai baju kurung biru tadi. Tiba-tiba matanya terhenti pada insan yang dicari. Hanis duduk di sebuah bangku yang sama ketika Intan melepaskan airmata disisinya. Saat itu terimbas kembali di mindanya. Dia tersenyum.

“haii sorang je”..wajah muram Hanis dipandang. Hanis diam airmatanya dikesat dengan lengan baju kurung.

“kenapa ni..cuba cakap kat abang mana tau abang boleh tolong..”

“hanis benci kak Intan dia tipu...dia penipu!!” terdengar esakan kecil. Shah tetap diam memberi ruang untuk Hanis bercerita.

“dia kata adik akan sembuh...sembuh macam biasa tapi sekarang adik tak boleh jalan..dia tak boleh cakap lagi..kak Intan tipu”

“Hanis nak dengar cite tak?”, kepala hanis menggangguk walaupun airmatanya masih belum kering.

“Hanis semua orang yang sayangkan Hafiz harapkan dia sembuh..macam tu juga kak Intan, hanis, abang, abang Man, abang Farid, sepanjang Hafiz di hospital siapa yang jaga dia?.”

“Kak Intan..” jawab Hanis perlahan.

“Hanis sayang kak Intan?” hanis mengangguk laju. matanya memandang ke arah shah. Shah tersenyum.

“kalau Hanis sayang kak Intan..hanis tak boleh buat kak Intan sedih, kalau kak Intan sedih mesti Hafiz pun sedih kan..” sekali lagi Hanis mengangguk perlahan. hanis kembali menangis..shah menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukannya sememangnya susah untuk hanis memahami situasi sebenar. Dia juga masih memerlukan perhatian.
Intan masih terkesima di situ. Kakinya yang sakit tidak dipedulikan dia melilau mencari Hanis walaupun terjengkut-jengkut.

“Kak Intan..” suara itu membuatkan Intan berpaling. ...Hanis.....bisik hatinya tapi hanya matanya memaihkan bahasa itu. Shah dibelakang Hanis tersenyum kepadanya. Hanis berlari mendapatkan Intan. Intan memeluk tubuh kecil itu seerat mungkin.

“Ya Allah Hanis akak risau tau...hanis pergi mana?”

“Maafkan Hanis kak Intan..” kata-kata itu membuatkan Intan memeluk Hanis sekali lagi. sekali lagi airmatanya jatuh. Shah mengelengkan kepalanya. Entah kenapa hatinya bertambah kagum..kagum dengan wanita didepannya ini.

“Intan!!! Hafiz.....” jeritan Maya membuatkan Intan bergegas ke wad kecemasan.

Semua mata memandang ke arahnya. Ummi dan Mak siti turut ada sama, Aina sudah mengalirkan airmata, farid tidak memandangnya. Intan mengenggam erat tangan Hanis yang dipegang. Tangan Mak Siti dan Ummi disalam. Sempat satu senyuman kecil dihadiahkan. Namun mulutnya terkunci untu bertanya apa-apa.

“kenapa Maya..apa dah jadi” tenang saja soalan itu.

“tadi hafiz muntah darah..Dia sesak nafas..” Intan tunduk cuba mencari kekuatan.

Lokman berjalan seiring dengan Dr. Mashitah.. dia seperti membincangkan sesuatu. Dia melangkah mendapatkan mereka. semua mata juga menanti jawapan dari Dr mashitah.

“Macamana Doktor ..hafiz macamana?” lama Dr. Mashitah mendiamkan diri.

“mungkin masanya sudah tiba..” mendengar kata-kata itu Intan seakan ingin pitam. Mujurlah Maya sempat memegang bahunya. Dr. Mashitah terus masuk ke bilik kecemasan. Tiada siapapun dibenarkan masuk.

Shah memandang sepi wajah di sebelahnya. Dia tidak dapat melihat riak di wajah itu seakan tiada perasaan. Dia dan Farid saling berpandangan sesama sendiri. Aina, Ummi dan mak siti cuba menyatakan sesuatu kepada Intan. Intan tiada respon. Semua mata kini tertumpu kepada Intan. Hanis di pelukan Maya masih mengesat airmata. Anak kecil itu kelihatan bingung dengan keadaan.

Intan diam..tiada satu patahpun kata-kata yang lahir dari mulutnya. Airmata juga jauh sekali. Hanis sudah menangis, Maya cuba memujuknya Intan tidak mempedulikan orang di sekelilingnya dia seakan berada dalam dunianya sendiri.

“hafiz bila besar nak jadi apa?”

“jadi Doktor..”

“kenapa nak jadi Doktor?”

“sebab nanti tak adalah orang kecik macam hafiz nangis kalau ada orang besar mati..”

“emmm...macam tu...”
“kalau hafiz mati orang besar nangis tak kak?”

“hishhh mestilah sebab doktor hensem mati”

“akak nangis?”

“tak....sebab akak akan doakan hafiz panjang umur sampai jadi doktor yang bagus..”

Intan tersandar lesu. Ingatannya kepada hafiz membuatkan jantungnya berdegup kencang. Tidak tenteram.

‘akak jangan tinggalkan Hafiz ek..’

‘hafiz sayang akak..’

‘Hafiz tak ada mak tapi hafiz ada akak’

‘eii..kak Intan busuk...tak mandi’

‘akak hafiz sakit’....

“ya Allah aku tak sanggup melihat penderitaannya, aku tak sanggup mendengar tangisannya. Aku lemah Ya Allah..aku relakan kau mengambilnya Ya Allah..aku rela, aku mohon padaMu permudahkan penderitaannya...YA ALLAH” Intan seakan membisikkan sesuatu.

Intan seakan terdengar tangisan kuat Hafiz. Dia meronta-ronta kesakitan. Intan bangun dia menunjuk ke pintu bilik kecemasan.

“Intan Ya Allah Intan sabar...” Maya cuba menghalang Intan tubuh Intan ditahan juga oleh Lukman...Mak siti dan Ummi juga turut memegang tangan Intan. Intan meronta minta dilepaskan. Dr. Mashitah keluar. Semua terdiam. Intan memegang tangan Dr. Masitah, bahasa matanya mengharapkan sesuatu.

Dr. Mashitah tunduk dia mengeleng perlahan.....Intan berundur selangkah dia rebah. Dunianya gelap....

“INTAN!!!...”

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets