KoMen AndA?..(^_^)v

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....

Jumaat, 18 Februari 2011

GILA KAU 46

Gila kau 46
Mata dibuka perlahan-lahan, terasa denyutan di kepalanya masih sakit. Mata kembali di pejamkan. Terasa ada tangan yang memicit kepalanya, selesa dengan sentuhan itu membuat dia membuka kembali matanya.

“ehh apa awak buat kat sini?” jeritnya perlahan. pantas dia bangun duduk tegak di atas katil.

Shahrul tersenyum dia tahu Intan terkejut. Wajah itu masih nampak lesu.

“rehat dulu.. lepas ni turun makan,jangan ikutkan sangat kata hati sampai kita lupakan tanggungjawab wajib kita.. walau apapun yang terjadi semua ni dah di takdirkan” bisik shahrul perlahan tapi cukup meninggalkan kesan di hati Intan.

Memang dia terlupa..lupa segala-galanya. Dalam diam dia mengakui kata-kata lelaki itu.

“tak apalah abang keluar dulu.. Intan kalau boleh bangun elok pergi mandi lepas tu solat.. kalau tak larat nanti abang panggilkan mak..” sekali lagi shahrul bersuara walaupun isterinya itu langsung tak memandang ke arahnya.

“tak payah..”

langkah shahrul terhenti. Suara emas Intan akhirnya menyapa telinganya. Dia berpaling.

“tak payah..saya dah boleh bangun” shahrul tersenyum lalu meneruskan langkahnya.

Pintu bilik kembali ditutup rapat. Intan masih lagi berteleku di atas katil. Entah kenapa fikirannya seakan kosong tak mampu menganalisis apa yang sudah dan bakal berlaku. Kata-kata shahrul terdengar kembali di telinganya pantas dia bangun terus menuju ke bilik air. Walau apapun yang berlaku dia harus pasrah.

***

“ehhh menantu mak dah bangun..Intan nak makan? Mari mak siapkan..” suara lembut Mak Siti memulakan bicara. Ummi sekeluarga sudah balik semalam, kini tinggal mereka bertiga saja di dalam rumah. Hanya ada dia,Mak siti dan shahrul.

“tak apa mak...kalau Intan lapar boleh ambil sendiri..” wajah tenang wanita itu dipandang sekilas. Suka ke wanita ini mendapat menantu seperti aku?.. atau terpaksakah dia senyum semata-mata untuk menjaga hati perempuan malang macam aku ni.

“ehhh menung apa lagi dekat situ...dah jangan berpanas pergi masuk rehat..” suara Mak Siti mengejutkan Intan.

“mak tanam apa tu?” soalan yang sengaja diajukan untuk menimbulkan suasana. Entah kenapa dia rasa janggal bila berdepan dengan wanita ini. Perasaan bersalah yang sangat menebal. Ya bersalah kerana terpaksa berdepan dengan insan yang terkena tempias sialnya....

Ya Allah.... intan mengucap dalam hati. Terasa dia berdosa kerana menyalahkan takdir langkah diatur mendekati Mentua barunya itu. Dilihat wanita itu sedang asyik dengan pokok bunga kertasnya.

“boleh Intan tolong?”

soalan itu disambut dengan senyuman..Mak Siti mengangguk perlahan, dalam hatinya dia berdoa agar menantunya itu akan membawa sinar bahagia buat keluarga, malah untuk anaknya shahrul iskandar.

Belum sempat tangannya menyentuh pasu bunga, kedengaran bunyi kereta berhenti betul-betul di sebelah taman. siapa lagi kalau bukan sharul.

“ehh kenpa pulak budak tu balik.. rasanya tadi dia kata ada meeting..”kedengaran suara Mak Siti masuk ke telinga. Namun Intan sekadar meneruskan tugasnya, kehadiran shahrul seakan tak dipedulikan. Namun dari ekor mata dia nampak langkah lelaki itu menuju ke arah mereka.

“kenapa balik awal?” tanya Mak Siti. Dalam diam hatinya tahu apa yang bermain di fikiran anaknya. Dia tahu shahrul masih risaukan isterinya.

“kerja tak banyak dekat ofis..lagipun shah dah ambil cuti..” suaranya sambilmenjeling ke arah Intan yang masih tunduk mengadap pasu sambil menguis tanah.
“cuti? Cuti apa pulak?”

“cuti kahwinlah... kan shah kawin express so kena minta cuti la..rugi pulak tak cuti..” gurau shahrul. Gerak tangan Intan terhenti.

'Kawin express' perkataan itu bagai menyimpah air panas ke mukanya. Pedih tiba-tiba,terasa macam nak menangis.

Intan bangun, dia meletakkan pasu bunga kecil ke tempat yang sepatutnya. Wajah mak Siti dipandang.

“Mak.. masuk dulu ek.. kepala tiba-tiba sakit..” tanpa menunggu jawapan dia terus meninggalkan dua beranak itu terpinga-pinga.

Shahrul mengaru kepalanya. “ shah salah cakap ke mak?”

Mak Siti menepuk bahu anaknya dan mengangguk kecil. Dia perasan wajah Intan berubah bila mendengar gurauan shahrul.

“kenapa balik awal? Risaukan Intan?” tanya Mak siti lembut.

Shahrul tersenyum dan mengangguk perlahan. Memang sejak Intan menjadi haknya wajah wanita itu sentiasa bermain di fikiran dan sentiasa berbisik di hatinya. Atara percaya atau tak dia memang dan gila..mungkin inlah dia yang orang katakan gila bayang.

*****

Kenapa lelaki selalu menyusahkan hidup seorang wanita? Bukankah wanita sepatutnya berada dekat dengan hati untuk disayangi bukan di kepala untuk dijunjung dan bukan juga di kaki untuk disakiti.

Surat yang tadinya sudah dicampak jauh dibuka kembali. Kenapa lokman sanggup buat semua ini?.kenapa mesti disaat dia sudah mengenakan baju pengantin baru lelaki itu sedar yang mereka tak sepadan?.

Ratusan hadiah masih tersusun cantik di sudut bilik. Wangian serta haruman yang dulunya dirasakan nyaman kini sangat menyesakkan dada. Kini dia seakan hilang punca.hilang arah tuju. Baju persandingannya masih tergantung cantik di tepi almari.

“apa yang berlaku ni mesti ada hikmahnya.. Allah tak akan menduga umatnya jika umatnya itu tak mampu diduga.. Intan dipilih untuk menerima cubaan ini, jadi Intan kena kuat Nak..” suara pujukan Ummi kedengaran jelas di telinganya.

Bunyi pintu membuatkan Intan berpaling. Wajah lelaki yang sudah menjadi suaminya itu dipandang. Hakikat yang masih sukar diproses ketika ini. Langkah shahrul terhenti apabila kakinya tersepak sesuatu. Gumpalan kertas itu diambil dan dibuka perlahan. Dia membaca semula tulisan bekas tunang isterinya dalam diam. Dalam hatinya tertanya-tanya dalam sangatkah cinta isterinya pada lelaki ini.

“nak simpan atau nak buang?” soalan itu kedengaran tegas.

Lama Intan mereka terdiam. “buanglah..” bisik intan perlahan. Shahrul membaling surat itu tepat-tepat masuk ke dalam bakul sampah kecil di penjuru bilik.

“macamana dah elok sikit?” suara garau itu kedengaran lembut. Entah kenapa soalan itu seakan mengundang pilu di hatinya. Intan melarikan matanya kembali melihat susunan hadiah yang tersusun. Kata-kata shahrul tadi masih terkesan di hatinya.

Shahrul menarik nafas perlahan. Dia tahu apa yang bermain dalam hati kecil wanita didepannya itu. Kali ini entah kenapa dirasakan dia berasa lemah bila terpaksa bertentang mata dengan Intan azura walaupun wanita itu sudah sah menjadi miliknya. Mana perginya ego yang selama ini dipertahankan dia sendiri tak tahu.

“ni mak ada buatkan bubur nasi dengan sup... makan dari pagi tadi tak makan apa-apa”
apa yang keluar dari mulut shah langsung tak memberi kesan kepada Intan.dia masih lagi di posisi yang sama. Entah apa yang bermain di fikirannya dia sendiri tak tahu. apa yang pasti dia tak sanggup untuk menatap wajah lelaki yang setia memandang ke arahnya itu. Tiba-tiba rasa bersalah yang amat sangat memuncak.

“kan saya kata kalau saya lapar nanti saya ambil sendiri... jangan layan saya macam ni ,kenapa awak buat semua ni?”
Soalan Intan dibiarkan berlalu. Shah masih memandang wajah yang bersuara tapi masih enggan menatap wajahnya. Shahrul terkilan.

“saya minta maaf sebab buat awak berada dalam keadaan bodoh ni… lepas ni awak boleh lepaskan saya..anggap sajalah apa yang berlaku ni hanya satu kesilapan..” mudah saja ayat itu keluar dari mulut Intan. Shahrul pejam mata pelahan. Pedih terasa sesak dadanya.

Intan menjeling sekilas kearah wajah tenang di sebelahnya. lelaki itu dari tadi hanya duduk sambil membaca majalah yang entah apa tajuknya. Sejak mereka bergelar suami isteri terasa hubungan antara mereka semakin sukar. kalau dulu mulutnya seakan senang melemparkan kata-kata pedas tapi kali ini dia seakan malu nak bertentang mata dengan shahrul Iskandar.

“apa yang buat awak rasa semua ini satu kesilapan?” akhirnya suara itu menikam telinganya. Lembut tapi cukup menakutkan. Takut??!!! Kenapa perkataan itu mesti wujud dalam dirinya kini.
Intan hanya diam. Tiada jawapan untuk soalan itu.

“saya tak akan buat awak terikat dengan apa-apa... lepas ni kita akan hidup macam dulu. Awak bebas lakukan apa saja dan saya akan pastikan yang awak tak akan bertanggungjawab dengan saya, tolong jangan kesiankan saya shah..”

“apapun yang terjadi semuanya dah berlaku..antara abang dan Intan dan ada ikatan,tapi Intan jangan risau abang tak akan pernah nak sekat perjalanan hidup Intan, tapi cukuplah kalau Intan sedar yang abang ni suami Intan..”

shahrul berniat untuk keluar, tak boleh kalau dia terus di situ. Lagi lama dia melihat wajah sayu isterinya selama itu juga dia akan kecewa. “jangan lupa makan”sempat dia berpesan sebelum keluar. Pintu bilik ditutup rapat.

abang?!! ayat yang keluar dari mulut shahrul memang susah ditafsir. Intan melepaskan keluhan perlahan. Bubur nasi dan sup yang ditinggalkan shahrul di atas meja dipandang sayu.

***

“betulke apa kau buat ni Intan?” soalan Maya berjamah telinga.

Intan bangun dan bersandar malas di dinding bolkani. Angin petang yang menyapa pipinya sedikitpun tidak menyamankan seperti selalu. Mungkin sebelum ini dah banyak kali dia mendengar adegan sebegini dalam novel tapi kini bila realiti semuanya jadi serba tak kena. Betul kata orang hidup tak semudah kisah hero dan heroin dalam novel. Semua jalan ceritanya boleh diubah dan dicorak oleh penulis.

“entahlah..” hanya itu yang mampu dilahirkan.

“aku faham apa yang kau rasa tapi macam apa yang kau dah dengar dari mulut-mulut laser taman ni.. semua orang dah mengata Mak Siti.. kesian aku tengok”

“shah tak kata apapun..”

“memang arr dia tak kata apa.. sebab belum sempat dia nak berkata apa kau dah buat keputusan macam ni. Nama aje dah jadi suami isteri tapi lepas seminggu kau balik ke rumah ni..”

satu keluhan berat keluar dari mulut Intan. Memang berat apa yang ditanggung sekarang. Emmm bukan dia pekak untuk mendengar semua ini,dia juga tak buta untuk lihat apa yang dah berlaku.

“macamana sekarang ni? Apa pulak yang akan terjadi lepas ni?” sekali lagi Maya mengutarakan soalan yang dia sendiri taka da jawapannya.

Intan kembali duduk lesu di hujung sofa. Baru dua hari dia bergelar isteri hati dan jiwanya tak pernah tenang. Terlalu banyak yang difikirkan sehingga ada saja yang akan membuatkan hatinya berkocak tak tenteram.

“semua ni hanya satu drama yang dipentaskan untuk menutup kononnya maruah yang sebenarnya kini juga tak bererti bagi aku..”

“itu mungkin kau boleh persoalkan sebelum kau menjadi isteri tapi sekarang kau adalah isteri Shahrul yang sah.. kenapa kau tak suarakan masa semua orang sibuk mengatur masa depan kau?..kau tak boleh salahkan shahrul ini semua salah Lokman.. entah mana jantan tak guna tu pergi aku pun tak tahu…”

“lelaki memang semuanya sama.. semuanya hanya nak mengambil kesempatan..” bisik Intan perlahan. Entah kenapa marahnya pada insan bernama lelaki menutup semua pintu hatinya.

Maya mengeleng tak setuju.memang kalau ikutkan kata-kata Intan itu berasas tapi hakikatnya yang sebenar bukan itu yang sepatutnya terjadi.

“walau apapun yang kau kata dia tetap dah jadi suami kau.. dan kau dah berdosa sebab tinggalkan dia macam ni je.. “

“aku dah minta izin..aku tak nak dia menanggung beban disebabkan aku.. kalaulah dia cintakan orang lain tak ke aku berdosa kerana menjadi penyebab kemusnahan hubungan cinta wanita lain.. tiba-tiba aku rasa macam kejam sangat, aku memang pentingkan diri sendiri”
Sekali lagi mata Maya membulat. seakan wajah temamnya itu berada dekat dengannya.

“bukan ini caranya Intan..kau akan buatkan diri kau lebih merana..”

“jadi kau nak aku buat apa Maya? Kau nak aku berpura-pura bahagia hakikatnya aku sendiri sekarang rasa macam separuh gila…”

“Ya Allah Intan.. mengucap, oklah kau beri masa dulu untuk diri kau fikir apa yang sepatutnya kau lakukan.. bukan senang nak untuk kau bangun tapi aku harap kau tetap INtan Azura yang dulu..”

Intan diam. Mampukah dia kembali kepada intan azura yang dulu selepas apa yang dah berlaku.. tak mungkin!! terasa seluruh hatinya kini sudah lumpuh. Tiba-tiba dia teringatkan yayasan..rindunya dia pada kenangan dulu. air mata menitis tanpa sedar.


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets