Sunday, January 4, 2009

MY GIRL@ GIRL KAMPUNG


MY GIRL @ GIRL KAMPUNG…

Qisdina mengangkat beg pakaiannya yang berat entah berapa kilo, pertama kali kakinya menyentuh tanah bandaraya metropolitan ini. Dia membetulkan tudung yang hanya diikat dileher dan kedudukan cermin matanya di letakkan ditempat asal ‘mak oiiii besarnya bangunan hishh kalau arr arwah mak tahu aku sekarang kat sini mesti dia suka’

“Kuala Lumpur Aku Datang……..” jeritnya kuat. Tiba-tiba semua mata yang memandang ke arahnya. Merah mukanya dia sekadar tersenyum, kalau dekat kampung mesti nek Jah dah menembaknya dengan peluru bebelan...hehehhe....

” Cik nak kemana?” tanya seorang lelaki lebih kurang umur pak cik dollah.

” Saya nak ke rumah pak cik saya. Boleh tolong hantarkan?” tanya Qisdina sopan sambil tangannya menghulurkan kertas kecil yang mengandungi alamat rumah

Dato’ shaharin mansur
No 10 lot banglo,
Jalan damansara Utama.

Pak hamid memandang ke arah gadis di hadapannya, baju kurung lusuh yang berwarna biru dipadankan dengan tudung yang hanya dijerut di batang leher, dengan cermin mata besar terletak dimukanya. ’betul ke budak ni nak ke alamat ini? Rumah orang kaya pulak tu’. Mata pak hamid pulak tertumpu ke arah selipar jepun milik gadis itu pantas dia mengelengkan kepala...

”betul ni alamatnya? Tak salah?” sekali lagi Pak Hamid inginkan kepastiaan

”ya pak cik, yakin tiada lagi talian hayat” qistina tergelak kuat mengejutkan pak hamid, lantas diangkat beg qistina ke teksi dan menghantar gadis itu ke tujuan sebenarnya.

Sesampai di banglo mewah 3 tingkat milik pak ajang kawan baik arwah ayahnya, dia pantas memberi salam... puas salam di beri namun tak siapapun yang menjawab. Qisdina duduk di tepi pagar, bekal nasi goreng yang dibawa dari kampung tadi dibuka. Dari tadi perutnya menyanyi minta di isi. Baru suapan kedua tiba-tiba sebuah kereta BMW series berwarna hitam berhenti betul-betul di hadapannya. ’Hishhh taulah kereta tu besar agak-agak laa kalau ye pun....’ senyumannya mati apabila kereta itu hanya membunyikan hon memintanya ketepi, pintu pagar berwarna emas yang tingginya dua kali ganda dari tingginya terus terbuka......qisdina melopong...

”Dina? Ya Allah kenapa tak bagi tahu nak datang?” seorang wanita tiba-tiba datang mengejutkannya.

Datin maziah menjenguk ke luar rumah apabila anaknya Zairil memberitahunya ada peminta sedekah diluar rumahnya. ’Hish Zairil ni bertuah punya anak.. ada ke sepupu sendiri katanya peminta sedekah’ bebelnya didalam hati sekilas dia memadang ke arah gadis itu mungkin sebab gaya qisdina dia, anaknya salah sangka. Qisdina yang dari tadi terdiam hanya mengikut sahaja arahan mak anjangna masuk ke rumah.
-------------------------------------------------------------------------------------

”Alaaaa mama.. Ril balik lambat la malam ni tak boleh la nak bawa dia...” Zairil memberi alasan, ’gila ke nak bawa perempuan ni jatuhlah maruah aku, dengan baju kurun segala, mama ni suka menyusahkan aku.’

” Ril ikut cakap mama tu, lagipun kesian papa tengok si dina ni, sejak datang ke mari tak berjalan ke mana pun...” hah sudah papanya pulak dah bersuara, hatinya sebal dipandang dina yang tersenyum ke arahnya.

”Jom.....” hampir tak keluar perkataan itu dari mulutnya.

Sebaik sahaja di dalam kereta zairil hanya mendiamkan diri hanya bebelan dina sahaja kedengaran memecah kesunyian. Hanya sesekali sahaja kedengaran zairil membalas persoalannya itupun hanya ’ya’ dan ’tidak’ sahaja. Hatinya bagai tertarik untuk mempermainkan dina. Kereta dipandu lagu, sampai di depan goldstar club, disco yang menjadi tempat sekali sekala kawan-kawannya berkumpul dan apa yang pasti dia nak qisdina serik mengikutnya.

Qisdina ragu-ragu untuk masuk bukan dia tidak pernah dengar tentang club ini, tidak wajar dia masuk ke sini kerana baginya wanita, sepertinya bukan di sini tempatnya. Pada mulanya Qisdina enggan untuk turut sama dengan Zairil tapi Zairil memaksanya, tangannya ditarik masuk kedalam. Inilah kali pertama Qisdina masuk ke dalam disco ramai gila orang dia lemas dengan asap rokok, masyaallah apa diorang buat tu? Hatinya beristifar, rosaklah akhlak anak muda kini.

”Alamak zairil kau bawa mak cik kau datang sekali?” zairil hanya tersenyum, mak cik dia panggil aku padahal umur aku lagi muda dari dia...senggal...ngomel dina.

Rozita duduk berhampiran zairil kakinya disilangkan menampakkan pahanya yang putih melepak. Dina hanya memandang dalam hatinya dia mengucap panjang, dia terpandangkan air saitan di meja sebelah hatinya berdoa janganlah zairil turut meminum minuman haram itu. Masing-masing dengan pasangan, ada yang berpelukan ada yang berciuman. Inikah syurga yang mereka agung-agungkan hisshh ini bukan syurga tapi neraka. Tiba-tiba telifon bimbing zairil berbunyi dia meminta diri untuk keluar, dina cuba menahan zairil dia takut di tinggalkan di tengah-tengah orang yang tidak dikenali dalam keadaan begini.

”Zairil dina ikut...” dina sudah berdiri dia terpaksa memekik kerana muzik yang dipasang dalam disco itu sangat kuat.

”Ala... tunggu sekejap aja....duduk situ jangan pergi mana-mana” zairil meluru keluar panggilan mamanya perlu dijawab kalau tak nanti susah pulak nak menjawab dekat rumah.

Dina duduk di penjuru meja dia hanya berdiri, jantungnya berdegup laju. Samsul yang dari tadi memerhatikan pergerakan dina memandang tajam. Hatinya penuh keinginan hatinya menyumpah zairil. Sakit hatinya pada pemuda itu mesti dibalas zairil akan menyesal.

” Haii...i kawan baik zairul u macam tak selesa je datang sini? Tak pernah datang ek?” samsul berlakon baik.

”Emmm... pertama kali, boleh tak hantar saya pada zairil?” persoalan dina dibalas dengan senyuman. Dalam hatinya ketawa hebat.
Dina di bawa mengikut jalan belakang, memasuki satu bilik VIP di club itu matanya tercari-cari dimana Zairil. Tapi dia semakin tak sedap hati apabila Samsul mengunci pintu dan tersenyum. Dina bukanlah gadis kampung yang bodoh sehingga tidak mengetahui niat buruk syamsul. Dina menjerit meminta tolong, dia sudah meronta-ronta minta dilepaskan.

”Tak Ada siapa dekat sini yang akan dengar kau jerit jangan haraplah”.Syamsul dengan kasar sambil menarik kasar tudung yang menutupi kepala dina.

”Kau ni cantik sebenarnya tapi kau tutup dengan benda ni.” tudung dina yang dipegang dicampak ke tepi..kakinya melangkah mendekati dina yang sudah menangis sambil menjerit meminta tolong.


”Mana perempuan tadi?” zairil bertanyakan mengenai dina
” Entah aku nampak dia ikut samsul tadi pergi bilik belakang tengah berseronok, biarlah” beritahu rozita tanpa rasa bersalah.
”...ooooo...shit.....” zairil sepantas kilat berlari, hatinya berdoa agar dina tidak diapa-apakan ’setan syamsul berani kau buat onar dengan aku kau memang nak mati’



Dina masih lagi diam membisu, syamsul sudah lari lintang pukang apabila makan beberapa tumbukan dan sepakan dari zairil. Nasib baiklah zairil sempat sampai kalau tak..tak tahulah apa akan terjadi kepadanya, zairil berusaha memujuk dina dapat tapi dina masih duduk sambil memeluk tubuhnya, ketakutan yang tak penah dirasainya hanya tuhan yang tahu. Airmatanya masih mengalir. Zairil mendekatkan dirinya dengan dina dia duduk mengadap dina dipandang rambut dina yang cantik inilah pertama kali dia melihatnya. Baju kurung yang dipakai koyak sedikit dibahagian lengan, tangan dina mengeletar.

”Maafkan aku dina....aku tak sangka sampai jadi macam ni” zairil mengambil tudung dina yang terdampar di sisi meje lalu disarungkan kembali menutupi mahkota indah gadis itu.

Zairil menarik tangan dina lembut terasa getar dan tangan itu masih sejuk. Hati zairil dilanda rasa bersalah yang amat sangat... apa yang membuatkan dia rasa lebih bersalah apabila dina bertindak mendiamkan diri.



Sejak peristiwa malam itu jangan harap sepatahpun perkataan dikeluarkan untuk zairil puas dia. Tapi zairil bersyukur kerana hal itu tidak pernah dina ceritakan kepada keluarganya, dina nampak begitu ceria dihadapan keluarganya seakan tidak ada apa yang berlaku antara mereka.

”mama, nampak dina tak?” tanya zairil entah kenapa balik sahaja dari pejabat wajah gadis itu tak kelihatan.

”laa...kamu ni ril mimpi ke apa kan dina dah balik kampung, pagi tadi dia balik...ni ada surat untuk kamu.” zairil menepuk dahinya nampaknya dina memang mengikut katanya peristiwa petang semalam terimbau di kotak mindanya.

Zairil,
Terima kasih..
kerana kata-kata awak saya sedar...
Kerana perilaku awak saya faham.....kerana awak diam saya mengerti..
Kerana kawan-kawan awak saya melihat diri ini...
Kerana pandangan awak saya tak layak disini....
Istana awak tak sama dengan pondok buruk saya...ya betul kata awak dunia kita berbeza.....saya tak layak walaupun Cuma kawan....
Terima kasih

Kenapalah mulut aku ni jahat sangat??...dina maafkan aku, aku tak sengaja...



”zairil awak buat apa kat sini?” terkejut beruk Qisdina

Zairil masih tunduk menjamu selera tanpa memandang wajah dina, perutnya lapar gila kedatangannya ke kampung telah dimaklumkan kepada mak Siti ibu dina. Terkejut juga dia melihat masakan yang terhidang. Kali pertama dia menjejakkan kaki ke kampung, mula-mula dia sendiri tak percaya dengan apa yang dilakukan dan untuk apa...apa yang pasti dia rindukan dina? Rindu? Betul ke rindu?

Dina yang hanya berkain batik, tapi tudung di kepalanya tetap tak penah lekang. ’Baik betul budak’ ni bisik hati. Dina tidak lagi seperti dina masa mula-mula sampai di rumahya, ’mana dia campak sermin mata dia ek...cantik pula aku tengok..comel’ Zairil tersenyum....wajah dina masih masam mencuka macam tertelan peria muda..

” Hishhh dina, dia datang nak lawat kita, tak baik sergah tetamu macam ni.. mari duduk makan” tegur Mak Siti, pelik dia melihat anaknya yang tiba-tiba naik angin.

Sepanjang tiga hari zairil duduk di kampung banyak yang di pelajari tapi sepanjang itu juga dina akan melarikan diri darinya. Suasana kampung memang nyaman tidak pernah terlintas di benak hatinya selama ini yang dia akan kagum bila berada di kampung sangat tenang. Semua masalah dapat dilupakan jika melihat sawah yang luas terbentang.

”awak nak buat apa ikut saya ni?” tanya dina tak puas hati dari tadi zairil dok mengekor di belakangnya.

” nak awak.... ” zairil tersenyum nakal tangannya mengaru kepala yang tak gatal.

Dina duduk di tepi tali air, niat untuk memancing diteruskan walaupun dia tidak selesa diekori zairil. Zairil di sebelahnya membebel sorang-sorang, apa yang dia merepek dina sendiri tidak tahu. Walaupun hakikat sebenarnya dia sendiri tak tahan menahan gelak apabila zairil bergaduh dengan semut..Gila!!

”eiiii...semut kau janganlah gigit aku, aku baru sampai kampung ni tau, duk diam-diam kat sana.” zairil bercakap dengan semut di lengannya..’dina ni mana kata tadi nak cari umpan ke dia dah balik rumah, dahlah suruh aku pegang batang ni...’ zairil membebel dalam hati tangannya tetap memegang batang pancing yang diperbuat dari buluh itu.

Tiba-tiba zairil terasa ada yang tak kena di betisnya seluar track hitam yang dipakai ditarik hingga ke lutut.....haaaahhhhhh tiba-tiba zairil menjerit, dina yang baru sampai berlari mendapatkan zairil yang terkial-kial, batang pancing yang dipegang entah ke mana dicampak.

”ada apa ni..?” tanya dina panik
“ni hahhh apa ni eiiii…..apa ni…” zairil menunjukkan sesuatu di betisnya.
“laaa….pacat pun nak takut…..” dina mengangkat batang pancingnya dia berkira-kira untuk balik.
”pacat?...apa tu?” tanya zairil kebodohan..
“sejenis binatang yang hisap darah.. dia akan hisap darah awak sampai habis sampailah awak punya kaki dah tak ada darah” dina serius, hatinya rasa nak pecah menahan lawak melihat muka seposen zairil..’padan muka orang bandar pacat pun tak tahu’ hatinya membidas.
”dina tolonggggggggg.buangggg benda niiiii.......” pekik zairil.

Hari ni genap 2 hari zairil demam...gara-gara pacat, dina hanya menahan ketawa setiap kali matanya bertentang dengan muka zairil. Kelakar sepanjang zairil terdampar demam dinalah yang menyuapnya makan. Zairil bangun dari tidurnya matanya dibuka luas-luas, matahari dah tegak atas kepala baru bangun. Tiba-tiba zairil menangkap perbualan Dina dan Mak Siti.

”Dina tak kisah mak dina ikut je apa mak rasa elok” suara dina sayu kedengaran
” orang tu dah lama berkenan dengan dina, mak ayah dia pun baik, mak yakin dina akan bahagia kalau kawin dengan dia.” Mak Siti memujuk anaknya

KAWIN????,,,,,zairil mundar mandir didalam bilik, tangannya digenggam erat, sakit hatinya mendengar persetujuan dari dina, dia duduk di birai katil usang bilik itu. Hahhhh...dina miliknya tak akan ada siapa yang dapat mengambilnya. Rambut yang terjuntai di dahinya diurut kebelakang...peluh di dahinya masih kelihatan. Matlamatnya kini hanya dina, dia memandang telifon bimbitnya...bibirnya melakar senyum.....


”Aku terima nikahnya Qisdina Mohammad dengan mas kawinnya 100 ringgit tunai.....”, senyuman puas terlakar di wajah masing-masing, zairil melihat Johari memandang ke arahnya sambil tersenyum. Tangan lelaki itu disalam... ”tahniah”......

’....hadiah untuk abang....’ dari qisdina sayangmu...tulisan di kad kecil itu..

Zairil memandang bungkusan dihadapannya, hatinya begitu bersyukur kerana dengan pertolongan beberapa pemuda kampung zairil menahan kumpulan rombongan yang ingin sampai ke rumah Mak Siti. Dia berjumpa sendiri dengan Johari ex-bakal tunang dina menerangkan perasaannya. Mujurlah keikhlasannya dapat difahami Johari. Bungkusan itu dibuka perlahan....

”eiii ....pacat..makkkk..........tolonnngggggggg”.....dina di luar bilik ketawa terbahak-bahak... zairil..zairil ’your girl orang kampung’......

Tulah hadiah yang paling bermakna dari perempuan kampung yang selama ini tak pernahku sangka akan menjadi suriku. Apa yang pelik pacat sekarang dah jadi ubat tapi apa yang pasti pacat akan mengingatkan aku pada Qisdina satu-satunya perempuan yang membawa egoku jauh, menundukkan perasaan cinta yang dalam........hehehe

”papa..mama panggil balik makan...”. jerit anak bongsuku.. aku meninggalkan cerita silamku dengan senyuman......(’’-’’)


Dia adila: kasih semalam/ airmata dyahana/ terawih terakhir/ cinta ’si gengster’/my girl@girl kampung/ gila kau??(novel)









No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets