Sunday, October 6, 2013

KERANA KAU 27

KERANA KAU 27

Adam mengaru kepalanya. Memang kerja gila. Kalau dia tahu ini tindakan Fariz memang dia tak akan turut serta. Mereka akan berdepan dengan masalah yang cukup besar lepas ni. Ya memang itulah yang bermain dalam hatinya sekarang.
           
“Kau ni biar betul Riz, apa kau buat ni..” suara Adam, menoleh ke arah tempat duduk belakang keretanya.

            Terkejut juga dia, pukul 2 pagi mendapat panggilan dari Fariz. Sekarang sekali lagi dia di kejutkan bila melihat Fariz bersama dua orang lelaki mendukung seorang perempuan. Dan perempuan itu adalah Ayuni yang tak sedarkan diri.

            “Sekarang ni bukan soal betul atau salah tapi soalnya aku kena buat macam ni untuk keluarga aku..” balas Fariz tegas.

            “Papa kau tahu ke kau buat semua ni?,” tanya Adam, matanya masih mengawasi Ayuni. Kalaulah wanita itu tersedar sekarang mesti lagi kalut.

            “Dia akan terus tidur dalam beberapa jam lagi, kau jangan risau. Papa cuma tahu aku dah jumpa Ayuni, tapi dia tak tahu aku guna cara ni untuk bawa dia balik..” 

            Adam mengeleng laju. Mengaru kepalanya apalah yang akan berlaku lepas ni.

            “Macamana kau boleh terfikir nak bawa dia balik macam ni?, kau ingat dia akan duduk diam bila dia sedar nanti. Aku takut semua ni akan jadi lagi teruk..” luah Adam. Langsung tak setuju dengan tindakan Fariz. Fariz seakan tak menghormati keputusan Ayuni. Tapi dalam masa yang sama tak aka nada apa yang dapat memujuk Nur Ayuni Balqis untuk kembali semula ke bangle mewah Dato Mansur kecuali paksaan.

            “Ini Fariz Iskandar, bukan susah kalau aku nak buat.. cuma apa yang susahnya bila dia ni dah sedar, mungkin akan bermasalah.. kalau ikutkan hati aku nak aje aku pengsankan dia setahun tapi nanti apa pulak aku nak cakap dengan papa dengan mama aku..” balas Fariz selamba. Sempat juga nak melawak.  Bila membayangkan kedegilan Ayuni memang itulah yang terbayang di otak jahatnya.

            “Kau tak takut ke kalau akan jadi lebih teruk lepas ni?,”

            “Sekarang ni pun dah memang teruk, cuma aku yakin kalau aku tak buat macam ni memang selamanya papa aku tak akan dapat jumpa perempuan degil ni. Kau tahu macamana susahnya aku nak pujuk dia dekat sana, apa yang aku dapat macam biasalah maki hamun dia, jadi ini memang pilihan terakhir yang dia buat sendiri..kau sendiri tahukan yang Fariz Iskandar boleh buat sesuatu di luar jangkaan..” nekad Fariz.

            Dahi Adam berkerut, “Maksud kau?,” Adam cuba membaca apa yang bermain di wajah Fariz.

            “Kalau dengan cara paksa ni boleh bawa dia datang sini aku terpaksalah buat..”

            “Aku tak rasa ini cara terbaik..” Adam cuba mempetikaikan tindakan Fariz.

            Fariz tersengih, “Kalau nak fikir jalan dan cara terbaik sampai bila masalah keluarga aku tak akan selesai.. sekarang ni bukan lagi masanya lembut dibalas lembut tapi keras kena dilawan denagn keras juga. Jangan Perempuan degil ni ingat hanya dia saja yang betul..”

            Adam akhirnya mengangguk setuju, untuk wanita yang keras hati macam Ayuni memang tak makan dengan pujukan. setelah apa yang dah berlaku dia mula mengenali siapa Nur Ayuni Balqis. Dia wanita yang bijak dan cukup tegas dengan apa yang nak dikatakan. Cuma hati itu kalah dengan rasa benci dan dendam.

            “Habis tu macamana sekarang ni?, kau nak bawa dia balik terus ke?,”

            “Aku rasa memang sekarang ni waktu yang sesuai sebab mama dengan Leyya ada dekat hospital.. cuma kau kena tolong aku..” Fariz merancang satu persatu.

            Adam tiada pilihan, kalau dia nak membantahpun semuanya dah berlaku. Tugasnya sekarang hanya tunggu dan lihat.  Sempat menjeling wajah yang dirindui yang jelas tenang. Setenang inikah kalau Ayuni sedar nanti?.

            “Hoiii menung apa lagi cepatlah.. dah lambat ni.” sergah FAriz.

            Adam mengangguk, terus memecut laju keretanya. Di dalam kereta Adam hanya melihat wajah yang lena di tempat duduk belakang.

            “Macamana kalau dia buat sesuatu yang kita tak jangka?, kau kan kenal siapa Nur Ayuni Balqis ni.. aku takut nanti masalah keluarga kau akan jadi lebih teruk..” suara Adam masih lagi bimbang. Entah kenapa dia memang rasa tindakan FAriz satu yang salah. tapi entah kenapa jauh di sudut hati dia rasa lega bila melihat wajah itu sudah kembali. Keliru!

            “Sebab aku kenal dialah aku buat macam ni.. dengan keras hati dia tu tak mungkin dia akan balik rumah macam biasa dan buat macam tak ada apa yang berlaku selama ni.. jadi aku akan kena paksa dia balik dan berdepan dengan semua ni.. sampai bila nak biarkan semua ni tak selesai..”

            “Suka hati kaulah Fariz… harap semuanya akan selesai..” Adam meneruskan fokusnya. Tak ada apa yang mustahil kalau disebabkan cinta dan sayang.  

            Fariz tersenyum, “Terima kasih Am.. kau memang banyak tolong keluarga aku..” suara Fariz perlahan.

            “Aku memang selalu jadi mangsa kerja bodoh kau..” suara Adam dalam senyuman.
             
*******

Fariz memandang wajah itu sekali lagi. hatinya tertanya-tanya kenapa dia buat semua ni. betul ke semua ni untuk papa dan mama?, atau ada sesuatu di sebalik hatinya yang memaksa untuk dia membawa balik Ayuni ke mahligai Kasih. Fariz berdehum bila melihat kerutan di dahi Ayuni. Kepala wanita itu bergerak-gerak.

Ayuni memegang kepalanya yang terasa sakit,terasa dia bangun dari tidur yang cukup panjang. Perlahan-lahan cuba membuka mata yang seakan melekat. Memang berat. Digagahkan juga sedaya upaya untuk bangun.

            “Dah sedar?,” suara Fariz masuk ke telinganya. laju matanya dibuka luas.

            “apa kau buat dekat sini?,dekat mana ni?,” soalan demi soalan keluar dari mulut Ayuni. Matanya merah menahan marah. Dia tahu sekarang ni dia berada di mana.

            “Apa yang kau buat dengan aku ni Hah??Macamana aku boleh ada dekat sini?..” sekarang ni tindakan lelaki di depannya itu memang betul-betul membuat kesabarannya menghilang.

            “Tolonglah Ayuni, sekarang ni papa tengah sakit, mungkin sakit dia akan lebih teruk kalau awak buat macam ni.” Fariz separuh merayu.

            Ayuni mengenggam kuat tangannya. tak sangka yang Fariz akan bertindak seberani ini. Dia pantas bangun berdiri tegak di depan lelaki itu. terasa lelaki berbadan tegap dan sasa itu seperti semut hitam kecil di matanya. Kalau boleh nak dipijak-pijak lumat.

            “Berani kau buat macam ni!!..”

            “Ayuni yang paksa abang Riz..”

            Abang?.. Ayuni mencebik, menyampah mendengar perkataan itu.

            “Aku dah cakapkan yang aku tak akan jejakkan kaki dekat rumah ni. kau tak faham ke?!!” suara Ayuni dah sampai ke tahap maksimum. Kali ini memang itulah yang dia nak buat memekik sekuat mungkin supaya semua orang dalam rumah ni sedar yang dia dipaksa.

            “Kenapalah kau takut sangat nak berdepan dengan kenyataan, kenayataan yang kau memang kena jadi sebahagian dari keluarga ni.. tak sangka kau memang pengecut untuk hadapi semua ni. kau lari macam tu aje sebab nak lari dari masalah?”

            “Masalah apa? Masalah keluarga kau?, aku peduli apa!” tengking Ayuni lagi.

            “Kau ni memang takut dengan bayang-bayang sendiri.. sekarang ni kau memang selesa dengan gelaran anak derhaka tu kan..” Suara Fariz pulak seakan hilang sabar, “Aku bukan nak suruh kau tinggal lama dekat sini tapi cukup sampai papa sembuh..”

            “Kau ni memang bodohkan… dah dia sakit kenapa pulak aku kena tinggal dekat sini? Aku bukan doktor..nak aku ulang berapa ratus kali..” tegas Ayuni kuat. Suaranya memetir.

            Fariz mengeleng perlahan. Ada rasa kecewa mendengar ayat yang keluar dari mulut Ayuni. Memang jelas masih berbuku rasa dendam dalam hati wanitanya. Kenapa sekeras itu tindakan Ayuni?. Hatinya tertanya-tanya.  

            Ayuni menuju ke pintu. Cuba membuka pintu bilik itu tapi gagal. Kunci?.

            “Nak kemana?,”

            “Buka pintu ni aku nak keluar... aku tak boleh tinggal dalam neraka ni..” suara itu seakan member arahan tegas. Memang kesabarannya semakin menipis. Hahhh bukan menipis tapi dan hilang.

            “Kau tak boleh keluar dari rumah ni selagi papa tak sembuh... dan itu arahan dari aku,”

            “Kau siapa nak arah-arah aku,? Aku nak keluar! Buka pintu ni..”

            “Ayuni, tolong bagi kerjasama, semua ni untuk keluarga kita.. jangan sampai aku buat sesuatu yang lebih dari ini..” ugut Fariz.

            Ayuni ketawa kuat. Sengaja menyindir lelaki di depannya itu. sengaja mencabar.

            “Kau nak buat apa?, nak bunuh aku.. buatlah kau ingat aku takut?, aku tak pernah takut dengan mati.. itu kau sendiri tahukan..” jelas Ayuni, menjerit kuat dekat muka Fariz.

            Fariz menarik kuat lengan Ayuni dekat dengannya. Jarak mereka semakin rapat. “Aku akan buat pengakuan dekat semua orang yang kita dah terlanjur dan dengan kuasa yang aku ada aku akan pastikan kau kahwin dengan aku, kalau kau tak boleh terima aku sebagai abang kau, jadi tak salah kan kalau kau terima aku sebagai suami!!..” tegas Fariz dekat di telinga Ayuni.

            Ayuni terdiam. Gila!! Memang lelaki ni gila!!

            Fariz tersenyum. Nur Ayuni Balqis, kau tetap wanita biasa. “So Nur Ayuni Balqis, Try to be yourself, because mimics other people make ourselves uncomfortable. Beware!!..” Fariz membuka pintu bilik. Dia tahu dan yakin yang Ayuni tak akan keluar dari rumah ini.
           
            “Kau akan menyesal sebab bawa aku balik sini!!, Aku akan buat kau sendiri yang halau aku keluar!!!” ugut Ayuni kasar. Dia terus melangkah keluar dari bilik.

            Ayuni laju menuruni tangga. Tak kisah dengan panggilan Fariz.

            “Ayuni…Ayuni anak papa dah balik?,” tiba-tiba ada suara sayu yang menyentuh hatinya. Dia tak terus berpaling, namun langkahnya sudah terkunci.

            “Ha ar papa mama.. petang tadi kami dah balik.” sambut Fariz, dia sendiri terkejut bila melihat kelibat mama dan papanya. Macamana dia boleh tak tahu yang papanya dah keluar wad.

            “Bila papa dapat mesej dari Fariz tadi yang Ayuni akan ikut balik..Papa terus pujuk doktor suruh bagi papa balik..papa rindu nak jumpa anak papa ni..” Dato Mansur mendekati anaknya.

            Ayuni mengelak dari sentuhan Dato Mansur. Matanya sempat menangkap wajah perempuan yang dibencinya. Sempat juga menjeling ke arah Fariz yang berdiri tegak di tepi tangga.

            “Saya ngantuk nak tidur..” suara Ayuni terus berlalu meninggalkan tiga pasang mata yang memandangnya.

            “Emmm biarlah dia rehat dulu papa, memang penat dari tadi tak rehat..” Fariz cuba memujuk papanya. Dia nampak jelas perubahan di wajah papa dan mamanya bila Ayuni terus berpaling.

            “Emmm betul tu bang.. biarlah dia berehat dulu..”

            “Alhamdulillah Nah, anak kita dah balik..” suara DAto Mansur terselit rasa gembira walaupun dia sedar ada lagi penolakan di wajah Ayuni.

            “Fariz nak makan?, biar mama siapkan?,” tanya Datin Normah mesra. Kesian melihat wajah anaknya kepenatan. Dalam hati terlalu bayang soalan yang nak ditanya pada anak bujangnya itu. pelik bila Faris Berjaya memujuk Ayuni.

            “Tak apalah mama. Riz penat sangat ni, nak naik atas rehat. Papa dengan mamapun pergilah rehat. Tak payah fikir sangat Ayuni tu, nanti Riz pujuk dia..” Fariz memberi jaminan. Jaminan yang mampu menarik senyum di wajah Dato Mansur dan Datin Normah.

*******

“Apa Abang Riz buat ni?.. kenapa tak bincang dengan Leyya?,”

“Semuanya berlaku terlalu pantas tak sempat pun nak buat perbincangan..” balas Fariz selamba. Terkejut juga bila adiknya itu tiba-tiba muncul di belakangnya. Niat nak membuka peti sejuk terbatal.

“Tapi kan boleh call, at least cakap apa dah jadi…?”

“Kalau abang call tanyapun, abang dah tahu apa keputusan Leyya, jadi tak payah nak habiskan duit bayar bil untuk call..” suara Fariz selamba dan tenang.

Aleyya memandang tajam wajah abangnya. Kalau ikutkan hati nak saja dia menjerit kuat. tapi mengenangkan papa dia membatalkan niatnya. Geram betul bila tadi mamanya suruh balik semata-mata sebab perempuan tu. hishhhh memang menyusahkan.

            “Abang ni kenapa?tak sudah-sudah nak cari masalah..”

            “cuba jangan menjerit boleh tak.. semua ni untuk papa dengan mama..” jawab FAriz tenang, dia memang akan sentiasa tenang menghadapi adik manjanya yang sorang ni.

            “Apa jaminan abang yang perempuan tu tak akan buat hal lagi?, tak ingat apa yang dia dah buat selama ni?..”

            “Papa kan sakit sebab rindukan Ayuni..” jawab Fariz pendek.

            Aleyya mencebik. Benci dengan kenyataan Fariz walaupun memang itulah yang berlaku. Tapi dia tetap yakin yang rasa rindu itu hanya sementara.

            “Abang Riz ni memang gila, papa tu sebenarnya sakit sebab tak tahan dengan perangai perempuan tu.. tapi kenapa abang hangkut juga perempuan tu balik.” Marah Aleyya masih belum reda. Bertambah membeku marahnya bila tahu Adam juga terlibat sama. memang sengaja nak naikkan darah aku.

            “Leyya ini saja cara untuk selesaikan masalah keluarga kita ni, Leyya tak tengok macamana cerianya wajah papa dengan mama bila Ayuni dah balik. Bagilah mereka peluang,.lagipun Leyya kena terima yang Nur Ayun Balqis tu adalah kakak Leyya. Kakak kandung Leyya. Leyya sepatutnya kena sayang dia sama macam Leyya sayang abang atau lebih dari itu. sebab dia darah daging leyya,” pujuk Fariz. Hati manja Aleyya senang di bentuk.

            “Tapi macamana kalau lepas ni dia akan sakitkan lagi hati mama dengan papa..Leyya tak suka dia sakitkan hati mama,”

            “Abang janji dia tak akan buat lagi..kalau dia buat juga abang sendiri yang akan halau dia keluar dari rumah ni..” janji FAriz. Hahh dia sendiri tak tahu apa yang akan terjadi lepas ni.

            Aleyya melepaskan nafas berat. “Ingat semua ni abang Riz yang mulakan.. tapi ingat, Leyya tak akan teragak-agak nak bunuh dia kalau dia buat sesuatu pada mama Leyya. Leyya akan pastikan dia menyesal seumur hidup kalau dia pisahkan mama dengan papa..” sumpah Aleyya. Kalau Ayuni boleh berpihak pada ibunya jadi tak salah kalau dia juga menegakkan haknya. Bukan saja haknya malah hak mamanya.

            “Bukan semuanya boleh selesai dengan kekerasan..” Fariz cuba menenangkan adiknya. Dia tak mahu aleyya menghitamkan hati disebabkan sejarah yang mereka sendiri tak pasti.

            “Tapi kadang-kadang kekerasan boleh buat seseorang tu sedar dengan apa yang dia buat.. ingat abang Riz, Leyya tak akan main-main kali ni..” ugut Aleyya sekali lagi.

            Fariz hanya mampu mengangguk. Malas nak memanjangkan petengkarannya dengan Aleyya. Dia tahu jauh di sudut hati adiknya itu memang tak akan mampu buat apa yang dia ucapkan. Aleyya Nampak saja keras dan manja tapi hati itu tetap lembut dan memikirkan orang lain.

            “Dah tak payah nak marah-marah lagi…tolong sidangkan abang nasi, abang laparlah tak makan lagi ni… Jom teman abang makan..” pujuk Fariz dengan muka manja. Sengaja di tayang muka kesiannya. Tapi memang betul dia lapar.

            “kenapa suruh Leyya..pergilah suruh adik kesayangan abang tu..”

            “Ala-ala…merajuk pulak adik sayang bucuk abang ni. macamanalah Adam boleh jatuh cinta dengan adik abang ni, cepatlah abang lapar ni..” sekali lagi Fariz merayu.

            Aleyya menjeling dengan ekor mata. Namun dia terus melangkah ke dapur. Walau apaupun selama ni dia selalu akan ikut arahan Fariz. walaupun marah tahap 7.

            Fariz tersenyum lega. Dia kalau boleh mahu Aleyya berada di pihaknya.

            “Adam tahu semua ni?,” satu lagi soalan cepumas.

            “Leyya rasa?,”
           
            Aleyya mencebik. Memang tak aka nada rahsia antara Abangnya dengan Adam. Jadi soalan itu dia dan tahu jawapannya. Kenyataannya sekarang sekali lagi dia kena berdepan dengan Nur Ayuni Balqis. Satu keluhan berat meniti di bibirnya.




            

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets