Friday, November 16, 2012

Cerpen : KERANA ABAH


KERANA ABAH  

9 julai : Abah, Along nak macam orang lain…..
            “Along tak nak!!! Tak Nak!!!,” jeritan bersama tangisan kuat.
            “Kenapa ni Along?,”
            “Along benci!! Along Benci! Kenapa kita miskin… kenapa kita tak macam keluarga Ogy dengan Alia, kenapa keluarga kita tak kaya macam tu..” suara itu bersulam dengan air mata. Sakit hati di ejek dan di hina oleh kawan-kawan yang menunggu di tepi tali air. Mereka tak habis-habis mengejeknya sambil meniru caranya memanggil pelanggan.
            “Along……jangan merungut tak baik..” tegur suara garau yang hanya duduk sambil menolak pinggan nasi yang masih belum habis dimakan. Abah terus menuju ke singki dan membasuh tangannya.
            “Along tak nak jual kuih lagi…!!! Along Malu!!!” jerit Adila. Masih terdengar suara budak-budak kampung yang menjerit memanggilnya budak kotor.. budak busuk.. bakul di tangan dicampak ke tepi dinding.
            “Along!!!!” suara Hajar tinggi dalam batuk yang ditahan-tahan. “Along sepatutnya tunjuk contoh yang baik untuk adik-adik bukan menangis dan merungut macam ni..” suara Mak kembali perlahan.
            “Along Malu!..” sekali lagi ayat yang sama keluar dari bibirnya.
            Wajah mak yang menahan marah di pandang dengar ekor mata. Dia tahu dalam keadaan mak yang tak sihat memang dah menjadi tanggungjawab dia untuk membantu. Tapi dalam usia semuda ini dia masih ingin main dengan kawan-kawan, dia juga nak merasa berpakaian cantik macam kawan-kawan lain.
            “Dah tak payah bising… esok Along tak payah jual kuih dah, tugas Along hanya belajar..” suara Abah membuat keputusan.
            Adila mengelap airmatanya. Terus mendapatkan tubuh abah dan didakap erat.
******

12 Disember : Abah, Along Rindu Mak…
            “Mak…..mak.. Along rindu mak..” suara itu berbisik dalam diam. sekali lagi air matanya menitis. Tak mampu di kesat lagi.dari tadi setiap yang datang akan mengucapkan takziah dan memintanya bersabar. Tapi kini dia bukan saja miskin tapi anak malang yang kehilangan seorang ibu.
            Di hujung tangga dia hanya melihat wajah tenang abah. Songkok masih di kepalanya. Dari tadi hanya memandang langit. Pelik kenapa abah tak menangis?abah tak sayangkan mak?. 4 tahun mak menderita sakit kanser rahim, lepas ni tak aka nada lagi suara yang akan membangunkan dia dari tidur. Tak aka nada lagi tangan yang akan menghulurkan bakul kuih untuk di jaja setiap pagi. Laju lagi air matanya turun.
            “Along jangan menangis.. kalau mak ada mesti dia tak nak tengok Along menangis macam ni..” suara garau Abah sudah menapak di sebelahnya. Entah bila dia sendiri tak sedar abah dah berdiri di depannya.
            “kenapa Abah tak menangis? Abah tak sayangkan Mak?”
            Wajah tenang itu tersenyum. Soalah anak gadisnya di biarkan sekejap. Tangan itu lincah mengemas barang milik Hajar untuk disedekahkan kepada jiran.
            “Mak wanita pertama yang abah cinta, susah senang abah mesti ada mak, Along sendiri tengok macamana Mak laying abah kan..” suara itu seakan memujuk.
            “tapi abah tak menangis..” balasnya geram. Tak puas hati dengan jawapan abah.
            “Abah tak akan menangis sebab kalau abah menangis siapa yang nak tolong lapkan air mata Along, Angah dan Adik?,” balasnya pendek.
            Adila terenung dalam mata milik Abah. Laju tubuh kecilnya mendakap Abah melepaskan rasa sedih yang mengunung.
            “Sabar Along, sekarang Along kena kuat, Along kena jadi contoh untuk adik-adik..” suara itu seakan memberi semangat.
            Dalam esakkan ada anggukan kecil. dalam usia semuda ini dia akan diberi tanggungjawab yang besar dan dia akan berdepan sekali lagi dengan kemiskinan dan kesempitan. 
*******
23 Januari : Abah, kenapa kita tetap miskin?..
Peluh menitis membasahi baju T-shirt yang dari pagi tadi melekap di tubuh tegap itu. Abah masih setia dengan penukul dan paku di tangannya. Dari bawah ada mata yang hanya menjadi pemerhati, di tangannya ada beberapa bekas makanan yang yang berisi hanya nasi dan ikan goreng.
            “Abah berehatlah dulu, Along ada bawa bekal nasi ni..” suara melontar jauh ke atas atap.
            “Sekejap.. Along letak dulu dekat situ nanti abah makan, lagi sikit ni.” Kepala Adila mengangguk laju. Tahu sangat tak mungkin abahnya akan turun selagi kerja belum selesai.
            Kata orang duit bukan segala-galanya, duit tak boleh membeli kebahagiaan, duit tak boleh membeli kasih sayang. Tapi bila melihat abah yang bermandi peluh memanjat atap rumah orang semata-mata mencari duit membuatkan dia nekad akan mengumpul duit sebanyak mungkin.  Semalam dia sendiri dengar betapa kasarnya suara Pak Mail mengarahkan abah untuk menyiapkan atap rumahnya. Sempat juga dia merakamkan beberapa kata penghinaan Pak Mail untuk Abah. Tapi abah hanya tersenyum dan terus tersenyum. Hahhh abah memang suka sangat lembut hati.
            “Menung apa lagi tu Along, pergilah balik nanti tengok Angah dengan adik dekat rumah..”
            “Tak apa Abah… tadi adik tidur lepas tu angah tengah buat kerja sekolah… lagipun Along dah beritahu nak temankan Abah dekat sini..”
            Jaafar menyambut cawan berisi air yang dihulurkan oleh Adila. Bekas nasi di depannya dibuka. Perlahan mulutnya membaca doa mengucapkan syukur atas rezeki pemberianNya.
            “Kenapa diam pulak ni?”  
Adila hanya mempu memandang tangan ayat yang kemerahan. Ada kesan luka yang di hujungnya masih berdarah. Abah mengambil upah membaiki rumah orang kampung. Setiap hari dia akan melihat peluh yang akan membasahi baju lusuh abah.
            “Tangan Abah luka..” satu kenyataan sayu terkeluar dari mulutnya.
            “Tak apa Along.. biasalah ni kalau dah baiki atap. Nasib baik tinggal sikit lagi,.. nanti bolehlah beli buku yang Along nak tu…” suara Abah dalam senyuman.
            Adila tunduk memandang rumput-rumput yang baru nak menjengukkan wajah. Tahun berganti tahun tak pernah satu pun hadiah yang abah janjikan dia dapat. Tapi entah kenapa mulut ini sentiasa berat untuk meminta.
            “Along risaukan pasal nak ke luar Negara tu ke?,”
            Dalam terpaksa wajah itu mengangguk juga. Memang itulah yang di risaukan. Macamana kalau abah tak ada duit?.. macamana kalau abah tak mampu? Macamana kalau sekali lagi Abah akan suruh Along berkorban sama macam ketika mak tak ada dulu.
            “Along Jangan risau… selagi abah ada abah akan pastikan Along akan terus belajar..” suara itu perlahan dalam keadaan yang cukup kurang menyakinkan.
********
 24 April : Abah, Along tak nak hidup susah..
“Tak apa ke abah ikut sekali ni? Abah bukan biasa sangat dengan majlis orang kaya ni..” Suara Jaafar. Bangga dia bila satu kampung membicarakan kejayaan Adila. Tak dapat di simpan senyumnya bila ada di antara orang kampung yang meminta petua dia menjaga anak. Akhirnya Adila menjadi anak kampung yang Berjaya. Sikit masa lagi anaknya akan bergelar Dr. Adila.. Ya Allah syukur kepadaMu. Asmah anak kita dah berjaya.
Adila mengaru kepala yang tak gatal. Tahu sangat rasa kekok abah yang dari tadi tak berhenti merungut perkara yang sama. Ditarik tangan Abah berjalan cepat. “Semua kawan-kawan Along bawa keluarga, jadi Abahlah yang kena teman Along, Alaa Abah jangan takut keluarga Haikal tu baik orangnya..” suara Adila.
“Amboiii ramainya orang, besar juga kenduri bakal menantu abah ni ekk..” suara Jaafar. Adila tersenyum.
“Hahh.. Mestilah kan Papa Haikal tu tokoh perniagaan yang terkenal dekat Malaysia ni..:” suara itu bangga. “ Ok, Abah tunggu sini sekejap, kalau Abah nak makan ada dekat sebelah sana.. Along nak pergi cari Haikal..”
Datin Khalsum menbuka matanya besar. Menikam kelibat lelaki yang berdiri di hujung meja tetamu. Hishhhhh lelaki busuk tu buat apa dekat sini?..
“Heiiii… buat apa dekat sini? Kalau Ya pun nak minta sedekah boleh tak jangan masuk dalam.. pergi berdiri dekat pagar tu aje..” suara itu meninggi. Sekali dengan jelingan tajam.
“Apa bising-bising ni sayang?” Dato Majid berdiri di samping isterinya, “Ehhh siapa pulak ni?” soalan seakan terjumpa sesuatu yang mengelikan.
Adila berjalan kea rah kumpulan tetamu bersama haikal di sisi. Pelik bila mendengar suara Datin Kalsum tinggi. rasanya sebelum ini suara itu penuh dengan kasih sayang seorang ibu. 
“Apa dah jadi ni mama?” HAikal mencelah masuk.
“Entahlah Kyal.. siapa pulak yang bagi lelaki busuk ni masuk, mama terkejut juga bila Nampak dia dekat sini. Nak curi makanan kot.. suruh Pak ajis halaukan dia keluar..”
Adila terkedu. Matanya terus memandang ke arah Haikal. Tak mungkin Haikal tak kenal abah. Dia dah banyak kali tunjukkan gambar abah.
“Tak apalah Dato Datin, saya minta maaf sebab… saya silap rumah barangkali..” suara itu tenang,
Adila sempat menangkap anak mata hitam yang selama ini memandangnya dengan penuh kasih sayang. Kali ini pandangan itu seolah kosong.
“Sayang kenapa tak cakap yang nak bawa lelaki tu datang sini?kan mama kyal dah marah tu… adoiii sayang ni suka rosakkan mood..” suara Haikal berbisik perlahan.
“Tapi…” Adila cuba bersuara.
“Dah tak payah nak cakap banyak… sayang dengar aje cakap mama tu. sayang pilih kyal atau lelaki tu..” suara Haikal, hanya mereka berdua yang memahami ayat itu.
Datin Khalsum di lihat tersenyum, sempat memegang erat tangan Adila seerat mungkin. “Selama ni mama bangga akan ada menantu secantik dan sebijak Adila, semua kawan-kawan mama puji Haikal sebab pandai pilih bakal isteri tapi mama nak juga bakal menantu mama ni buat pilihan.. pilihan bijak..” suara Datin khalsum dalam tawa perlahan. Puas hati dapat menghalau keluar penganggu majlis, malulah kalau kawan-kawan datinnya tahu siapa lelaki busuk yang berdiri di depannya tadi.hishhh kolot macam orang kampung.
“Apa maksud mama ni?,” soalan itu keluar juga dari mulut Adila. Hakikatnya tahu apa yang ada di sebalik wajah wanita yang masih memegang tanganya itu.
“Mama tak nak bakal menantu mama ada hubungan dengan lelaki busuk macam tu.. betul ke itu ayah Adila? Mama tak sangka pulak..” kenyataan Datin Kalsum membuatkan Adila tunduk terdiam. Sekali lagi dia dimalukan disebabkan Abah Miskin.
Adila memandang dengan ekor mata melihat langkah abah yang semakin jauh dan jauh.
“Along tak nak hidup miskin dah tak akan biarkan hidup Along miskin lagi..” kata-kata yang pernah keluar dari mulutnya dulu menjengah kembali.
Langkah kaki Adila mati. Matanya memandang ke arah Haikal dan Datin Kalsum. Senyuman datin Kalsum dibalas.
*******
5 Julai : Abah, Bila Along terpaksa memilih…
Tangan tua itu mengusap lembut air mata yang dari tadi tak berhenti jatuh membasahi pipi. Bukan penyesalan tapi tangisan kesyukuran bila dia terpaksa membuat pilihan. Dan dia yakin dengan apa yang terlintas di hatinya. Tidak pernah akan menyesal.
“Along kenapa Along buat keputusan macam ni?.. kan Along juga yang kata cintakan Haikal?,” soalan itu dibalas dengan senyuman. Entah dari mana datangnya kekuatan dia sendiri tak pasti tapi dia cukup yakin dengan apa yang berada di hatinya.
“Along memang cintakan Haikal. Tapi Haikal bukan lelaki pertama dalam hati Along..” jawapan itu menambahkan lagi kerutan di dahi tua yang dahulunya pernah menjadi seorang lelaki gagah yang sangat dikagumi.
“Apa Along cakap ni? abah tak faham.. Along ada lelaki lain ke?” soalan abah dibiarkan. Hah Abah tetap tenang macam dulu, tak pernah melenting tak pernah marah.
“Siapa pulak lelaki pertama dekat dalam hati Along tu?,”
“Abah…”
Jaafar diam. Segaris senyuman di wajah anak sulungnya membuatkan hati tuanya menjadi cukup terharu. Satu perkataan dan panggilan ABAH itu membuat hatinya berbunga bahagia.
“Along bila mana nanti Along dah ada suami, syurga Along adalah suami. Along tak boleh memilih Abah..”
“Dan sebelum Along memilih Syurga Along.. Along akan pastikan Syurga itu juga boleh buat Along tak akan lupakan jasa dan pengorbanan Abah.. Kalau dia lelaki yang baik mesti dia akan bombing Along kea rah kebaikan.. bukan dengan meninggalkan Abah..” suara itu yakin. Cukuplah dengan cerita anak derhaka yang dijadikan teladan. Biarlah kisah hidup Adila Natasha menjadi kisah anak contoh, bukan untuk dibanggakan tapi untuk renungan anak-anak yang maish mempunyai ABAH. Semuanya kerana ABAH.
Haikal,
Awak memang cinta pertama di hati saya, saya memang yakin yang cinta ini sememangnya untuk awak. jawapan pada soalan awak.. kenapa saya pilih Abah?.
Awak lelaki yang beri saya erti cinta tapi abah lelaki yang mengajar saya erti kasih, erti sayang erti pengorbanan dan erti kehidupan. Awak lelaki yang Berjaya membuat saya menitiskan air mata tapi abah adalah lelaki yang menitiskan air mata setiap kali saya sakit, sedih dan gembira dan dia juga menyembunyikan air matanya demi melihat saya bahagia.
Haikal awak memang lelaki yang sempurna di mata saya tapi bila diminta untuk memilih atara awak dan lelaki busuk itu. Saya tak memerlukan masa walau sesaat untuk memilih dia kerna lelaki itu adalah abah. Awak tak mungkin dapat mengantikan dia.
Maafkan saya, abah adalah lelaki pertama di hati saya. Saya doakan moga awak akan bahagia dan menjadi seorang abah kepada anak yang sentiasa akan menjadikan awak antara yang pertama.
Ikhlas
Adila Natasya.
Haikal tunduk memandang bumi. Memang dia malu untuk berdepan dengan Adila dia malu bila terlalu yakin yang adila akan memilihnya. Maafkan aku Adila, aku lupa dia lelaki pertama di hatimu. Perlahan air mata lelakinya menitis, jatuh bukan disebabkan kasih yang hilang tapi jatuh kerana Adila menyedarkannya tentang sesuatu yang lebih penting dalam kehidupan. Penyesalan ini tak akan mungkin dapat mengubah hati Adila.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets