Sunday, July 4, 2010

Kerana Kau 19

Kerana kau 19

Langkah diatur satu persatu, perlahan tapi hempasan ombak yang menyentuh kakinya. Seluar yang sudah basah dibiarkan. Biar basah.. langkahnya sengaja dibiarkan melawan arus.

Ayuni duduk di sebuah batu yang sederhana besar betul-betul di gigi pantai, terasa di kakinya percikan ombak yang menghempas batu. Matanya masih tepat memandang ke arahlangit yang luas terbentang. Tiba-tiba di atas sana dia terbayangkan wajah Dato Mansur.

Senyuman, suara, wajah bengis, semuanya melintas di matanya.

Hatinya sakit bila mengingatkan peristiwa malam tu. Terasa luka lama berdarah kembali, tapi dalam masa yang sama ada satu perasaan lain yang menusuk masuk di hati kecilnya. Bukan marah tapi gembira?? Gembira kenapa dia perlu gembira?.
Tanganya meraba pipi yang masih terasa berbekas. Malam itu juga kali pertama tangan Dato Mansur menyentuhnya. Menyantuh anak yang selama ini diakui sebagai anak. Malam itu juga dia dapat melihat renungan mata Dato mansor yang hanya tertumpu kepadanya. Di ruang mata hitam itu hanya ada wajah dia. Tiada Fariz, Aleyya, ataupun isteri kesayangannya itu.

Mungkin betul kata kawan-kawan sekolahnya dulu, Ayuni gila! Ayuni tak sedar diri! Ayuni anak tak cukup kasih sayang!..dia tersenyum. Tak cukup kasih sayang?.. perkataan itu tak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Dia tak pernah sekalipun meminta kasih sayang . Dia tak pernah meminta kepada sesiapa macam meminta sedekah dan itu tak akan pernah dilakukan.

Nur Ayuni Balqis Bt. Mansur hanya tertulis di dalam Kad pengenalan. Di buku sekolahnya tak pernah tertera nama Mansur. Kenapa perlu sekarang dia memikirkan nama itu.

“ayuni kenapa tak isikan nama penuh?” soal cikgu Mariam.

“saya dah isi cikgu..”

“mana nama ayah awak?”

“saya tak ada ayah.. dan saya tak perlu nama ayah di belakang nama saya..” jeritnya kuat.

Masih terbayang wajah cikgu yang terkedu bila dia mengeluarkan kata-kata itu. Kata-kata yang dikeluarkan dari seorang kanak-kanak yang baru meningkat remaja. Memang itu kebenaran dan memang itu kenyataan yang ada dalam hidupnya.

Biar beribu soalan yang akan bertanya jawapannya tetap satu, dia tak perlukan orang yang selama ini telah membuang ibunya. Dia tak perlukan insan yang telah meletakkan namanya tanpa binti. Bukan kehendak dia tapi kemahuan Dato Mansur.

Masih terbayang bagaimana dia meniti kehidupan berbelas tahun keseorangan. Dunia yang berwarna warni hanya dilihat hanya warna hitam dan putih. Kemana saja kakinya berhenti di situlah tempat dia akan berhenti. Hinaan adalah halwa telinga yang hanya mampu membuatkan dia tersenyum. Senyuman yang hanya dia yang tahu.

Selama ini dia meniti kehidupannya seorang diri dah selamanya juga dia tak akan takut untuk melangkah seorang diri. Perlahan-lahan airmatanya jatuh menyusuri pipi.

“kenapa kau menangis Ayuni?!!” laju airmata disapu kasar. Tak ada faedah dia menangisi sesuatu yang tak sepatutnya.

Ring tone ketika cinta bertasbih membangunkan dia dari duduk. Dicapai telifon di celah poket jeansnya.

“Ayuni kau dekat mana?” suara Noraina di hujung talian.

“masih lagi dalam Malaysia.. kau jangan risau aku ok..”

Balasnya perlahan. Dia tahu satu-satunya insan yang akan menghubunginya adalah sahabatnya itu. Hanya Noraina saja yang tahu nombornya itu.

“Encik Adam dan Fariz cari kau.. macam ada hal penting je aku dengar” suara sahabatnya bimbang, lepas ditemui pengsan di tepi jalan Aina langsung tak membenarkan sahabatnya itu keluar sendirian. Namun siapa yang dapat menahan Ayuni, dia sendiri tak sedar bila sahabatnya itu meninggalkan rumah.

“apa kau cakap?”

Terdengar keluhan Noraina di hujung talian, “ aku tak cakap apa-apa, sebab aku tahu kau tak akan suka aku pandai-pandaikan. Tapi aku ada cakap yang kau ada balik lepas tu hilang entah kemana.. dan memang itu yang terjadipun kan..” Aina sempat menyindir. Kadang-kadang dia geram dengan sikap Ayuni yang langsung tak menghormati perasaannya sebagai kawan.

“aku minta maaf, tapi aku rasa aku perlukan ruang untuk diri aku.. aku harap kau faham.. dan aku pasti kau memang faham sebab itu aku keluar, kalau aku jumpa kau dulu mesti kau haling akukan”

Noraina tak menjawab. Dia Cuma membisu di hujung talian, walaupun memang itu yang akan dilakukan. Dia tak mahu temannya itu tersiksa lagi. Walaupun tiada satu ceritapun yang keluar dari mulut temannya itu tapi dia tahu mesti ada sesuatu yang berlaku di Rumah Dato Mansur.

“walau apapun kau cakap aku tak peduli, lepas ni kalau ada apa-apa call aje aku, kau ingat dalam dunia ni kau hidup sorang? Kau masih ada aku..” bisikan lembut Noraina menimbulkan rasa sebak di hatinya.

“kau memang baik..dan aku akan sentiasa doakan kau..”

Noraina terkedu. Kenapa Ayuni cakap macam tu?. Adakah dia dah buat keputusan tak nak balik lagi. Atau sahabatnya itu sudah ada agenda lain yang dia tak tahu.

“Ayuni aku nak kau tahu, aku sayang kau macam saudara kandung aku.. aku tak mahu kau buat sesuatu yang boleh merosakkan diri kau..”

Noraina memberi amaran. Kali ini suaranya kedengaran keras. Dalam sisa air mata Ayuni tersenyum. Perwatakan Noraina sering berubah, kadang-kala menjadi ibunya, kakaknya, teman.. dan kadang-kadang manja macam adiknya.

“aku akan sentiasa ingat.. “

Talian dimatikan. Dia merenung kembali laut yang luas terbentang. Angin laut yang bertiup membuai rambutnya. Dibiarkan helaian rambut itu menutup wajahnya. Kerana bukan padangan matanya sekarang yang penting apa yang penting kini mata hatinya yang tercari-cari. Apa sebenar yang dicari?. Dia sendiri tak pasti.

Ukiran awan yang berselang biru dan putih amat menenangkan.

“haii..jauh menung?” suara garau kedengaran dekat dengannya. Ayuni berpaling.

Berdiri tak jauh darinya seorang Lelaki yang hanya berseluar paras lutut dengan baju T shirt hitam bersama topi yang menutup sedikit mukanya. Dia cuba meneliti wajah itu namun lelaki itu terus memandang ke depan dan duduk di batu yang tak jauh dari tempat duduk Ayuni.

Dalam beberapa minit dia sekadar menjadi pemerhati.

“tak payah tenung saya macam tu awak memang tak kenal saya” suara garau itu berbisik lagi. Kali ini topi dikepalanya ditarik. Wajah itu tersenyum, “saya Iqbal Hakeem, nama cantikkan..sehensem orangnya”sempat dia memuji diri sendiri, tangan kanannya di hulurkan kearah Ayuni. wanita itu masih beku.

Ayuni pantas bangun dari duduknya. Dia berkira-kira untuk melangkah pergi. Dia tak pernah kenal dan tak akan ingin memulakan perkenalan dengan lelaki itu. Dia paling tak suka bila diganggu waktu fikirannya tak tenang begini.

“lari tak boleh selesaikan masalah” suara itu bergema lagi. Membuatkan langkah ayuni terhenti. Dia berpaling, wajah lelaki itu masih tenang memandang kea rah matahari yang baru ingin menjengahkan sinar. “kadang kala kita perlukan orang lain untuk dengar masalah kita.. betul tak cik Nur Ayuni Balqis..” bulat mata Ayuni apabila namanya meniti di bibir merah lelaki itu.

Pandangan tajam menikam wajah yang masih tenang. Ayuni meneliti kembali wajah lelaki yang santai duduk di batu seperti dia tak wujud di situ.

“siapa awak?.. macamana awak kenal nama saya?”

Iqbal hakeem tersenyum. Akhirnya suara merdu itu keluar, menghantar getar di jiwanya. Seharian dia mengekori langkah wanita ayu itu. Mereka menginap di hotel yang sama, malah bilik mereka bersebelahan tapi mata wanita itu tak pernah diarahkan kepadanya. Hari ini dia membuat keputusan untuk bertentang mata dengan wanita itu.

“awak tak kenal saya tapi saya baru saja kenal nama awak, bagaimana caranya tak perlulah awak tahu nanti awak kata saya gila pula” suaranya dalam senyum. “kalau awak tak keberatan.. boleh kita jadi kawan?” Iqbal Hakeem sekali lagi menghulurkan perkenalan. Kali ini dia hanya berada dua langkah dari Ayuni.

Ayuni masih diam. Hanya bahasa mata yang mengambil tempat.

“seharian saya perhatikan awak, mungkin awak tak akan suka tapi saya perlu katakana yang awak lebih cantik kalau tersenyum. Mungkin terlalu awak saya menilai awak tapi saya rasa tak terlambat jika saya katakan yang awak ada aura yang buat saya tak boleh pandang tempat lain”

“saya tak suka awak”

“saya tak suruh awak suka atau benci saya.. saya Cuma nak berkenalan”

“saya tak berminat” balas ayuni kasar.

“saya tak perlukan minat awak untuk kita bersahabat, tapi cukuplah sekadar kesudian dan keikhlasan”

“kadang kala keikhlasan saja tak cukup pada perhubungan yang tak pasti..” sindir Ayuni.

Ayuni berundur selangkah ke belakang. Wajah lelaki itu dipandang seakan lelaki itu sudah silap percaturan. dia terus berpaling dan melangkah tanpa berpaling. Biar lelkai itu tahu dia memang tak pernah sudi.

Iqbal meletakkan kembali topi jenama Adidas lekat dikepalanya. Dia tersenyum sambil melihat langkah yang semakin jauh meninggalkannya. Bukan mudah nak mendekati wanita yang sehebat ini. Biarpun susah tapi itulah yang dikatakan cabaran. Apa yang pasti Iqbal Hakeem memang sukakan cabaran.

Nur Ayuni Balqis.. nama seindah wajahnya namun mata itu menyembunyikan seribu persoalan. Sayang mata itu tak dapat ditatap lama kalau tidak mungkin banyak rahsia yang akan terukai.

Aleyya baru saja menghilangkan diri ke dalam bilik. Wajah lesu adiknya itu jelas keletihan. Dari semalam mereka bersengkang mata dengan bila keluarga yang tak sudah-sudah dilanda masalah. Aleyya dari semalam tak sudah-sudah mengalahkan kehadiran Ayuni. Sememang hati kecilnya juga berkata-kata kedatangan Ayuni membuatkan banyak perubahan pada keluarganya. Wajah suci mamanya juga jarang ceria.

Dia sudah berusaha mencari Ayuni tapi masih belum ada tanda untuk menjejaki wanita itu. Malah kehilangannya kali ini cukup mengambarkan yang mereka tak pernah mengambil tahu butiran Ayuni. Nombor telifonpun tak ada. Macamana dia mengaku yang dia seorang abang yang menjalankan tanggungjawab?. Walaupun menurut Noraina Ayuni tak memakai Telifon bimbit, dia tahu wanita itu menipu.

Adam kembali duduk di sebelah Fariz. Dr Rahman baru saja balik, nasib baik Datuk Mansur tak apa-apa. Dia dah agak yang semua ini akan terjadi. Nur Ayuni Balqis memang tak bersalah. Kalau dari awal semua ini diselidik dulu mesti perkara macam ni tak terjadi.

“aku menyesal sebab tak ikut cakap kau”


“tak apalah lagipun benda dah lepas, sekarang ni apa yang perlu kita buat adalah cari Ayuni, aku yakin dia tak akan ke mana-mana”

Fariz meraut wajahnya yang agak kusut. Semalaman dia tak dapat tidur bila mata papanya asyik tertutup. Sejak semalam juga bibir papanya tak habis-habis menyebut nama Ayuni. Mungkin papanya masih kesal dengan apa yang terjadi.

“Aku dah cuba kesan dia tapi masih gagal, apa yang pasti aku tak yakin yang dia akan balik ke sini walaupun kita dapat kesan dia..”

Adam diam. Dia juga memikirkan benda yang sama.

“kita cuba dulu, aku rasa Ayuni tak sekeras yang kita sangka” dia pernah melihat senyuman manis wanita itu, dan senyuman itu tak mungkin dapat dilupakan. Senyuman yang cukup payah ditemui pada wajah manis Ayuni.

“aku dah tak tahu nak cari dia dekat mana.. Aina sendiri tak tahu dimana dia, mesti dia betul-betul sakit sakit dengan semua ni”

Suara Fariz agak berlainan. Suara yang cukup lembut bila memperkatakan mengenai Ayuni, kalau sebelum ini setiap kali nama itu meniti di bibirnya pasti nadanya keras dan tak pernah cerita baik.

“aku dah suruh kawan aku cari dia.. Cuma kita kena tunggu sikit masa, kalau ayuni tak tinggalkan Malaysia lebih mudah nak kesan dia” jelas fariz.

Wajah adam dipandang sekilas, sejak kehilangan Ayuni dilihat wajah itu sering kerisauan. Walaupun dia menidakkan tapi dalam hatinya berkata-kata, mungkinkah ada sesuatu di hati Adam?. Dalam masa yang sama dia cuba menganalisi wajah di depannya itu.

“kenapa kau tengok aku macam tu?”

“kau ada apa-apa ke dengan adik aku yang sorang tu?”

Soalan terus kepada Adam. Fariz masih tepat memandang mata yang dilarikan. Adam sengaja mencapai majalah di atas meja, cuba melarikan soalan yang tak mampu dijawab. Pandangan mata Fariz bakal membuatkan dia hilang kawalan. Dia takut andainya bahasa jiwanya terkeluar secara paksa. Tak mungkin, sekarang bukan masa yang sepatutnya.

“kau sukakan Ayuni..”

Adam cuba bertentang mata dengan Fariz, walaupun Fariz seorang sahabat yang baik tapi Fariz juga seorang abang yang sempurna. dia pasti sahabatnya itu tak akan duduk diam jika perkara yang melibatkan Aleyya. Itu dia pasti.

“kau ni cuba jangan merepek.. hati aku masih untuk Aleyya, dan kau ingat aku nak cari nahas ke mainkan perasaan adik kau yang garang macam harimau tu?” usik Adam, sengaja ingin mengubah topik.

Pandangan Fariz beralih, Adam melepaskan keluhan perlahan.

“kau kan tahu aku sayangkan Leyya, aku tak suka orang mainkan perasaan adik aku.. dan aku tak akan diamkan diri bila orang usik keluarga aku”

Adam diam. Namun dia mengangguk faham. Bukan sehari dua dia mengenali Fariz, malah dia cukup kenal dengan lelaki itu. Walaupun Nampak tegas tapi sahabatnya itu seorang yang penyayang. Tapi jauh di dasar hatinya rasa sayangnya tergugat bila kehadiran Nur Ayuni Balqis. dalam dia dia sentiasa memerhatikan gerak geri wanita itu dalam diam.

“perasaan kau pada dia macamana?” giliran Adam pula menekan. Sengaja menguji, pandangan Fariz lain bila bertentang mata dengan Ayuni. Dia yakin bukan pandangan yang sama bila Fariz dengan Aleyya.

Fariz mengeleng perlahan, dia tahu tektik Adam.

“memang selama ni aku tak pernah Nampak dia, aku sendiri macam Aleyya. Macam kau tengok bila dia hadir dalam keluarga kami macam-macam yang jadi. Tapi sekarang aku sedar kesilapan aku, aku tak pernah jadi seorang abang yang baik pada ayuni. aku akan cuba menjadi abangnya lepas ni” jelas Fariz panjang lebar. Itu perasaannya sekarang. Setiap kali melihat Aleyya dia akan terpandangkan Ayuni.

Adam bangun dari sofa. Wajah Fariz yang masih berdiri membuatkan dia tersenyum. Bijak Fariz menyembunyikan rasa hati. Sebijak manapun mata itu tak mungkin menipu. Mungkin bibir boleh mengucap seribu ayat dusta tapi mata tak akan mampu menyembunyikan kata hati.

Bahu Fariz ditepu perlahan. Tanpa memandang ke arah mata itu.

“tapi kau kena ingat dia memang bukan adik kau.. antara Leyya dengan Ayuni situasinya berbeza”

Fariz diam. Matanya menjeling langkah Adam yang meninggalkannya di ruang tamu.

“leyya dan Ayuni situasinya berbeza..” ayat itu bermain-main di mindanya.

Datin Normah berdehum. Dia cuba mengagahkan diri untuk mendekati suami yang masih lesu di katil. Dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran suaminya itu. Cukup payah suaminya memujuk Ayuni untuk tinggal bersama mereka tapi dalam beberapa minit saja kesilapan yang sama berulang.

Kata-kata yang terkeluar dari mulutnya kelmarin masih terdengar-dengar di hujung telinga. Begitu kasar, dia memandang kembali tangan yang sudah menyakiti anaknya itu. Rasa marahnya pada diri sendiri masih tak mampu diusir biarpun sudah berpuluh kali dia menapis nasihat yang keluar dari mulut anak dan isterinya.

Macamana kalau sesuatu terjadi kepada anaknya?.. mungkin dia akan menyesal seumur hidup.

“abang dah melampau Mah.. kenapalah abang tak sudah-sudah nak susahkan dia?, sudahlah dengan arwah ibu dia abang tak pernah berlaku adil sekarang..” Dato Mansur berbisik perlahan. Dia duduk di hujung katil sambil kepalanya disandar lesu di kepala katil.

Datin Normah mengambil tempat di depan suaminya, mata itu ditatap lama, suaminya menangis??.. laju tangannya menahan air mata dari terus membasahi pipi. Sebak di hatinya mengunung.

“bukan salah abang.. tapi semua ni salah Mah, sebab Mah juga abang tersilap langkah.>”

“kalau dia kembali, abang janji abang tak akan pernah sakitkan dia Mah, abang janji..” kali ini suara itu medikit mendatar. Namun genggaman tangan isterinya diperkemas. Mengalirkan rasa kesal yang semakin membuatkan dia sesak nafas.

“abang jangan macam ni.. abang kena kuat, anak-anak risaukan abang kalau abang terus macam ni” datin Normah kesian melihat suaminya namun dia juga kesian melihat Fariz dan Aleyya yang dari semalam susah hati melihat keadaan papa mereka.

Tiba-tiba rasa rindunya melimpah luah pada wajah mulus anaknya itu. Dia yakin yang ayuni sekarang selamat tapi dia tak yakin anaknya itu akan mengubati hati yang dah terluka. Entah berapa kali lagi hati anaknya itu akan terluka, entah berapa lama lagi agaknya anaknya itu terpaksa menanggung rasa seorang diri.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets