Monday, February 22, 2010

KERANA KAU 17


Kerana kau 17

Pintu bilik dirempuh tanpa sebarang salam. Jaafar berwajah pucat.. ditangannya ada fail berwarna biru hanyalah alat untuk mengaburi mata-mata yang melihat. Walau apa cara sekalipun dia perlu berjumpa karim.

“kau ni masuk tak reti nak ketuk pintu ke?”

Suzy yang duduk di ribaan Karim bangun dan membutangkan kembali baju yang sudah hampir terlonggar. Jaafar membutakan mata dengan apa yang dilihatnya. Setahunya suzy adalah kerani kewangan yang baru masuk tak sampai 2 bulan di syarikat. Hishhhh dasar perempuan senang tergadai..

Sempat dia menangkap jelingan manja suzy dan lambaian mesra kepada Karim sebelum wanita yang memakai skirt ketat itu hilang di sebalik pintu yang tertutup rapat.

“hah??!!apahal macam kena kejar hantu ni?” karim membetulkan kolar bajunya.

“kita dalam bahaya sekarang, nampaknya Si Fariz tu bukan bodoh macam yang kita sangkakan”

“sabar kau jangan takut sangat, sedangkan orang tua Mansur tu kita boleh pijak inikan pulak anak dia yang baru menetas tu”

“tapi aku dengar adam dan mula buat siasatan pasal projek megajaya dan beberapa projek kecil pun diorang buka fail balik” jelas kedengaran kegelisan di wajah Jaafar.

“sudah kalau plan A tak menjadi terpaksalah kita buat plan B” ketawa tercetus kecil. Terbayang kemusnahan Datuk Mansur tanpa keluarga yang tersayang.

10 tahun dia berkhidmat dalam Neraca holding tapi apa yang dia dapat?. Usahanya tak pernah dihargai. Kalau ikutkan cerita bodoh si anak pungut yang entah dari mana datangnya, dia lebih layan duduk di kerusi itu. Tapi kenapa Si Mansur Jahanam tu senang-senang angkat anak dia duduk di kerusi teratas.

Karim menumbuk meja beberapa kali. Memang selama ini banyak duit syarikat yang masuk ke dalam akaunnya, tapi entah di mana silapnya kali ini langkah yang di atur dapat dihidu. Itupun selepas kehilangan 300 ribu yang kononnya dilesapkan oleh Ayuni. Hahhh!! Sejak perempuan tu masuk banyak rancangannya terpaksa dibatalkan.

“macamana ni?” Jaafar menayangkan wajah kelat. Ada sedikit kekesalan kerana terlalu mengikut telunjuk Karim. Kalau dulu dia tak sebodoh ini pasti dia tak berada dalam ketakutan macam ni.

“kau jangan bising boleh tak? Aku dah cukup serabut ni”

“kau ingat karim, apa pun yang berlaku kau tak boleh tinggalkan aku.. semua kegiatan kau dalam tangan aku”

Karim mencapai kolar baju Jaafar, digenggam kuat. Kalau ikutkan hati memang lebam muka budak ni kena penumbuk sulungnya.

“kau jangan nak ajar aku...ini karimlah tak pernah ada yang berani pijak kepala aku” jeritnya kuat.

Dia menolak kasar tubuh jaafar hampir lelaki itu tersembab ke meja. Jaafar berdengus keras. Kekesalan memuncak di hatinya. Ingatkan boleh kaya bila dia menjadi orang kanan Karim tapi akhirnya habukpun tak ada.

“aku ada satu cara..dan aku tahu apa kelemahan orang tua tu... kau jangan risau, kalau Neraca Holding tak jatuh ke tangan aku, kau jangan panggil aku bos kau”

“kau nak buat apa?”

Karim tersenyum sinis, ada sesuatu yang terencana dalam otaknya. Jaafar diam. Terasa ada yang tak kena. Orang macam Karim ni sanggup lakukan apa saja, apa yang penting adalah duit.

***

Dairi biru ibunya masih dipeluk erat. Dairi itulah yang menjadi pembakar semangatnya. Dairi itulah yang dijadikan penganti tempat dia bergantung dan kepada dairi itu juga dia meluahkan segala perasaan dan keinginannya. Lama dia melayan perasaan di hujung jendela. Matanya terhenti pada dua beranak yang sedang asyik bergelak ketawa.

“maafkan papa..papa akan tebus segala apa yang telah papa lakukan”

“apa yang boleh datuk tebus? Hidupkan kembali ibu saya yang sudah tak ada? Kembalikan saya pada zaman kanak-kanak yang penuh dengan kegembiraan atau selamatkan saya dari menjadi penghuni rumah anak yatim?”

“maafkan papa sayang..papa tahu semua itu tak dapat memuaskan hati ayuni”

“Emmm mudah sungguh kata maaf...andai kata maaf dapat membuatkan seseorang itu bahagia mungkin dari dulu lagi saya dah bahagia, tapi maaf hanya untuk seseorang melarikan diri dari apa yang dia lakukan. Hakikatnya Datuk tak ubah macam seorang pengecut”

Hampir setiap hari kata-kata sesalan didengar lahir dari mulut Datuk Mansur. NamunWajah penyesalan Datuk Mansur langsung tidak meninggalkan kesan kepadanya. Semakin dia cuba melupakan apa yang terjadi semakin apa yang berlaku bermain dalam mindanya. Kusut dan serba tak kena. Kadang kala perasaannya sendiri berlalu ibarat tiupan angin.

Kini berada di tengah-tengah mahligai mewah ini juga tak mampu mengubati apa yang bersarang dalam jiwanya. Masih kosong. Masih kaku. Kelibat dua beranak menarik perhatiannya. Lama sudah mereka di situ.

Aleyya menutup tawanya sementara Datin Normah sedang asyik bercerita. Hahhh!! Bahagianya kau di atas penderitaan orang lain. Dia cuba menenangkan hati yang mula tak tenteram. Dairi birunya dipegang kuat. Ibarat melepaskan semua rasa yang terbuku di hati. Kakinya masih kaku di tepi jendela sederhana besar di sudut tamu.

“apa yang kau menungkan tu?”

Tiada jawapan dari soalan itu. Ayuni masih melayan menungnya. Kehadiran Fariz tidak diendahkan. Marahnya pada lelaki itu belum pernah padam, setiap kali mengingatkan jasa Datuk Mansur yang sanggup memjaga anak yatim dan membuang anak sendiri betul-betul mengecewakan, Kadang kala dia terfikir untuk apa dia berada di sini?.

“apa yang kau fikirkan?” melihat renungan penuh kebencian Ayuni yang terarah kepada senyuman mama dan adiknya aleyya yang duduk di taman.

“nak tahu apa aku fikirkan?”

Berkerut dahi lelaki itu. Persoalan Ayuni membuatkan wajah wanita itu ditatap tepat. Namun Ayuni masih tak berpaling.

“aku tengah fikirkan macamana nak pastikan perempuan itu tak akan mampu untuk senyum seperti itu lagi..”

“apa kau cakap ni?..kalau kau berani cubalah. Aku akan pastikan kau tak akan berani sentuh keluarga aku” jerit Fariz kuat. Tangannya kuat menumbuk pasu bunga yang terletak di penjuru yang hampir dengan mereka.

Fariz menahan geram. Kalau ayuni seorang lelaki pasti tumbukan itu sudah hinggap di wajahnya biar lebam biar berdarah. Ayuni tersenyum sinis, walaupun dia terdetik untuk melawan tapi melihat amarah dan kaca yang bertabur di lantai membuatkan dia puas. Dia ketawa kecil lalu meninggalkan Fariz.

“kenapa ni abang?”

“Ya Allah Fariz..kenapa ni?” kaca pasu yang dibelinya dari cina sudah hilang rupa. Namun bukan pasu mahalnya yang difikirkan tapi wajah bengis anak mudanya, tadi dia terdengar ketawa Ayuni tapi tak nampak pulak bayang anaknya itu.

“Fariz...” panggil Datin Normah sekali lagi. Fariz berpaling, marahnya reda melihat wajah risau mamanya.

“kenapa? Apa dah jadi ni?” pertanyaan mamanya dibalas dengan senyuman paksa. Tak mungkin dia mengulang kembali apa yang di dengar tadi. Ayat yang keluar dari mulut ayuni.

Terus terhapus niatnya untuk meminta maaf dari ayuni atas segala yang telah dilakukan. Nampaknya perempuan itu memang nekad ingin memusnahkan keluarganya. Dia tak akan duduk diam, walau apapun alasan ayuni dia tak akan membiarkan hati wanita yang sudah memberikannya kasih sayang dan nilai keluarga sebenarnya disakiti. Tak mungkin.

Datuk Mansur meletakkan kembali buku yang dibaca kembali di atas meja. Tumpuannya tidak lagi pada buku yang tadi menarik perhatiaannya. Cermin mata yang tersangkut di batang hidung diletak di atas buku tadi.

Wajah suram isterinya menghiasi pandangan. Dari tadi tak terdengar suara itu berbual dengannya. Malah di meja makan tadi dilihat isterinya lebih banyak diam dari melayan teletah anaknya.

“Kenapa Mah?” datuk Mansur sudah duduk di birai katil. Memandang isterinya yang duduk bersandar sambil memeluk bantal.

“kenapa apa bang?”

“dari tadi abang tengok macam ada perkara yang Mah nak cakap dengan abang?”

Datin Nomah membisu. Memproses soalan suaminya, memang dia tak boleh nak berbohong dengan perasaannya sendiri. Tapi dia juga tak mampu nak berbohong dengan suami yang sudah menjadi temannya berpuluh tahun. Suaminya bijak membaca apa yang bermain di wajahnya.

“Mah rasa Ayuni masih tak boleh nak terima Mah sebagai ibu dia bang”

Kenyataan itu membuatkan Datuk Mansur berdehem perlahan. Anaknya itu semakin dekat semakin jauh darinya, kalau dulu dia sering bermimpi yang Ayuni datang mencarinya tapi kini siangnya juga dibayangi satu bayang rasa bersalah yang teramat. Dia sendiri tak tahu apa yang patut dia lakukan untuk menyejukkan kembali hati anaknya itu.

“bukan dengan Mah saja dia menjauh...tapi dengan abangpun dia masih kaku” terdengar-dengar panggilan Datuk Mansur yang digunakan Ayuni. Kekal dengan panggilan itu walaupun sudah hampir dua bulan anaknya itu berada dekat dengannya. Benci sangatkan dia pada aku!!..

Melihat wajah sedih yang berwarna di wajah suaminya membuatkan Datin Normah terdiam. Salah dia meluahkan isi hatinya, hati suaminya juga masih berat dibebani pelbagai masalah. Dia mengambil keputusan untuk diam.

“tak apalah bang mungkin dia masih perlukan masa, lagipun dia dah bayak menderita bang.. bila Mah tengok muka dia mata dia Mah nampak satu perasaan yang kita sendiri tak pernah rasa”

“Mah tak selesa dia dekat sini?” soalan yang sudah lama disimpan akhirnya terluah juga.

“hishhh abang ni, dia anak Mah. Mah sayang dia sama macam Mah sayang Aleyya dan Fariz malah lebih...kenapa abang tanya macam tu?”

“bukan apa Mah... abang tak nak abaikan perasaan Mah, kalau Mah rasa tak selesa dengan kehadiran ayuni terus terang dengan abang..abang tak nak Mah simpan dalam hati”

Kata-kata suaminya membuatkan Datin Normah menyepi. Memang hatinya sering tersentuh dengan kelakuan anak itu tapi tak pernah terniat di hatinya untuk menghalau Ayuni jauh dari rumah. Malah jauh dari keluarga itu. Tak pernah sekalipun....

“ini semua salah abang..kalaulah abang tak abaikan mereka dulu mesti sekarang ni kita bahagia hidup bersama”

“abang jangan salahkan diri.. mungkin ada hikmah semua ni terjadi. Kita serangkan segalanya padaNya, kita tak boleh macam ni bang...”

Datin Normah melakarkan senyuman. Cuba menenangkan hati suaminya.

“abang nak air?..”

“emmm bolehlah..terasa nak minum Milo panas awak”

Kata-kata pujian Datuk Mansur duibalas dengan senyuman. Memang itulah yang memikat hati wanitanya. Datuk Mansur seorang yang penyayang.

Gelas di tangan diisi dengan air suam. Kalau ikutkan hati malas nak turun tapi di sebabkan tekaknya dah kering digagahkan kaki menuju ke dapur. Habis air diminum dia melangkah ke singki paip air dipasang.

Datin Normah tersenum memandang Ayuni yang masih termenung di depan singki. Air masih terpasang dan cawan ditangan. Apa yang difikirkannya? “ayuni nak air? Mama buatkan?” .

Ayuni pantas berpaling. Wajah itu memenuhi ruang matanya, senyumannya itu langsung tidak dibalas. Dia meletakkan kembali cawan yang sudah di basuk ke rak. Datin Normah hanya memandang sepi langkah Ayuni yang melangkah tanpa menghiraukannya. Terasa airmatanya seakan mahu jatuh ketika itu.

Peargghhhh!!! Bunyi kaca pecah membuatkan ayuni menjenguk kembali ke dapur. Bulat matanya apabila melihat tubuh Datin Normah yang terbaring dilantai. Tapi belum sempat kakinya melangkah dia disergah satu suara. Tubuhnya ditolak ke tepi hampir terjatuh. Fariz meluru ke arah mamanya.

“apa yang kau buat ni??” jerit lelaki itu. Ayuni hanya memandang sayu. Fariz menjerit kuat memanggil papanya dan seisi rumah.

“Ya Allah apa dah jadi ni Riz?”

“entahlah..papa tanyalah anak kesayangan papa tu, kalau jadi apa-apa dekat mama Riz tak akan lepaskan dia”

“dah angkat mama.. kita bawa pergi hospital” Datuk Mansur enggan melayan marah anaknya, apa yang penting sekarang keselamatan Normah.

Aleyya yang masih dalam mamai meluru ke dapur. Tanpa sempat bertanya apa yang terjadi dia terus membantu abang dan papanya. Jelingan sempat dihadiahkan kepada Ayuni yang masih kaku di tepi laluan masuk ke dapur.

“apa lagi tercegat dekat situ..tak habis-habis menyusahkan orang, memang patut kau hidup seorang diri..dan tak tahu nak menghargai orang langsung...hati penuh dengan dendam” Datuk Mansur membidas keras. Sambil mencapai kunci kereta yang tersangkut di dalam almari kunci.

Ayuni masih lagi berdiri di situ. Kaku. Suasana yang tadinya riuh kini sepi.. yang ada hanya dia sendiri. Terduduk dia di situ, dalam diam air matanya menitis perlahan membasahi pipi. Tapi tangisannya tidak bersuara hanya kedengaran esakan kecil.

‘ibu.....ayuni takut..”

GILA KAU 39


Gila kau 39

Datin maznah membaling kepingan gambar yang diperoleh dari penyiasat persendiriannya ke arah Fazrul. Lelaki itu terkedu dengan tingkah Makngahnya. Nasib baik sempat elak kalau tidak berbirat juga muka.

“apa ni Mak Ngah?”

“kau tanya aku kenapa??, apa yang kau buat ni. Mana pergi rancangan terbaik kau tu nak pisahkan budak dua orang ni?”

Kemesraan antara Lokman dan gadis yang manis bertudung jelas terpampang di kepingan gambar yang sudah bertaburan di lantai. Fazrul tersenyum. sempat juga dia memuji kecantikan Intan Azura dalam hati.

Wajah masam mencuka Maznah membuatkan dia tersenyum. orang tua ni hanya pandai mengarah, langsung tak fikir apa yang akan terjadi dengan apa yang terjadi, kalaulah Lokman tahu apa yang dirancang Mamanya...

“alaaaa mak ngah ni relax arrr...cepat sangat melatah, naik angin” Fazrul tunduk mengutip kembali kepingan gambar di hujung kakinya.

“kau nak suruh Mak ngah sabar, cuba kau tengok gaya perempuan ni. Buat aku sakit mata tahu tak?” berang Datin maznah.

Fazrul mengeleng perlahan. Apa punya maklah nak tengok anak dia derita. Pelik betul mak saudaranya sorang ni.

“Mak ngah kita kena betul-betul yakin yang mereka ni betul-betul bermadu kasih, kalau kita main terjah sebarangan buatnya mereka ni tak ada apa-apa? Bukan kerja sia-sia namanya” Fazrul mencapai buah epal hijau yang terhias di atas meja. Tanpa meminta izin buah itu diragut kasar.

“bukan cinta ke namanya kalau sampai berbelanja banyak duit semata-mata nak beli 1000 kuntum ros untuk perempuan ni, inipun yang Mak ngah tahu yang tak tahu entah berapa ribu duit Si lokman ni habis menabur betina ni”

Kata-kata yang diucapkan oleh mak ngahnya kedengaran logik. Fazrul meneliti satu persatu gambar yang berada di tangannya. kalau dijadikan gambar ini sebagai bukti memang nampak jelas yang mereka ini mempunyai hubungan yang agak mesra.

“tapi kalau untuk perempuan secantik ni, saya pun sanggup..” terkeluar apa yang tersimpan dihati sejak tadi. Jelingan Mak ngahnya dibalas dengan senyuman.

Apa lagi maknanya jika insan yang selama ni tak berperasaan seperti Lokman boleh terfikir bermain dengan bunga. Bukan Lokman Hafizi yang dikenal selama lebih 20 tahun. Mungkin sepupunya itu memang jatuh cinta pandang pertama dengan Intan. Tapi siapa pulak lelaki yang selau dengan Intan?.

“Rul....Mak ngah suruh kau bertindak bukan dok main teka teki dekat situ. Kalau asyik termenung aja bila nak habis kerja?”

“habis mak Ngah nak suruh saya habiskan dia?” sengaja soalan itu di tanya ingin menduga hati kecil satu-satunya mak saudaranya.

“hishhhh itu kerja orang tak berpelajaran. Kalau selama ini kerja boleh pakai otak kenapa pulak nak fikir cara yang tak berotak macam tu?” marah Datin Maznah, entah bila anak buahnya nak pandai. Bengang tak habis-habis.

Fazrul mencebik. Gelang tangan yang bersinar menarik perhatiannya. Rugi betul pak ngah dapat bini macam ni langsung tak reti nak berterima kasih dengan apa yang ada. Tapi disebabkan sikap tak tamak dan bongkak mak ngahnyalah dia dapat menumpang senang. Kalau nak harapkan pak ngah jangan menrasalah kalau tak bertungkus lumus dalam syarikat.

“apa lagi kau menung tu?”

“hishhh mak ngah ni orang tengah fikirlah ni..”

“fikir ke kau dok berangan?” sekali lagi wanita itu meninggikan suara. Aduhhhh boleh pecah anak telinga.

“tapi menurut apa yang saya tahu, Intan ni dia macam rapat dengan seorang lelaki ni tapi ak pasti apa hubungannya”

“perempuan kaki kikis macam tu..semua jantan dia layan” Fazrul tersenyum. kalaulah Mak ngahnya kenal siapa Intan azura yang sebenar, itulah salah Mak ngahnya terlalu mudah menilai orang berdasarkan fizikal. Kalau tak kaya, bukan anak dato maknanya perempuan jahat. Cetek betul prinsip orang tua ni...

“ingat Rul, jangan nak habiskan duit aku saja kau pandai...kerja satu apa tak jalan”

“jangan risaulah Mak ngah, ini Fazrul ni kan anak saudara kesayangan mak ngah” satu senyuman tersimpul di bibirnya. Jangan terkejut pulak nanti kalau Intan Azura jadi anak buah mak ngah jugak. Senyumannya semakin melebar.

Sejak bertentang mata dengan wanita itu hati lelakinya mula terpaut. Keinginan untuk memiliki gadis manis itu tambah meluak-luak apabila mengetahui Lokman sepupunya turut memiliki perasaan yang sama. Dia sendiri akan memastikan tidak akan ada yang berjaya mendapatkan Intan melainkan dirinya.

“nita pun dah lama tak nampak muka..entah ke mana peginya budak tu” bebel Datin Maznah tak habis-habis. Nama calon menantu pilihannya meniti di bibir.

“perempuan macam Nita tu mana boleh duduk diam dekat satu tempat, kalau nak harapkan dia jumpa Mak ngah alamt kempunanlah”

“kenapa kau suka buruk-burukkan Nita?”

“bukan buruk-burukkan tapi memang buruk” jelas Fazrul dalam sisa tawa. Masih ada yang yang mak ngah tak tahu. Biarlah dia mengagungkan perempuan macam tu. Bukan ada kaitan dengan dia. “oklah Mak ngah pasal apa yang kita bincangkan tu nanti saya fikirkan rancangan terbaik..kalau betul si Lokman tu ada hubungan dengan Intan. Entah-entah bertepuk sebelah tangan”

“ehhh...kau jaga sikit mulut kau tu. Anak aku tu belum ada lagi perempuan yang tolak dia kecualilah perempuan tu sewel tak pun gila” ucap Datin Maznah dengan angkuhnya.

Fazrul mencebik. Memang Mak ngahnya tak pernah nak kalah sentiasa nak menang. Kalau terus dilayan alamatnya dia juga yang kena nanti.

“oklah Mak ngah apapun kita kena tunggu dulu apa yang patut kita buat sebab kata orang silap langkah membawa padah”.

“suka hati kaulah nak buat apa..tapi mesti berjaya, jangan sampai perempuan tu dah jadi menantu aku baru kau nak bertindak..”

“emmm kalau tak jadi menantu Mak ngah nanti..dia jadi isteri saya..anak buah mak ngah juga” Fazrul ketawa kuat. Jelingan Mak ngahnya langsung tak meninggalkan kesan apa yang dia tahu sekarang poketnya penuh. Senyuman semakin mekar.

****

Suasana restoran tenang, hanya kedengaran alunan mainana piano di sudut sebelah kiri, dimainkan oleh seorang wanita yang berumur sekitar 40 an. Mungkin pemain profesional. Gaya alunan tangannya betul-betul memukau. Farid sempat menilik jam tangan rolex ditangannya. Tepat pukul 9.00 malam, nampak bayang insan yang ditunggu-tunggu masih tak kelihatan.

“kita buat apa dekat sini?” Maya kirana keliahatan anggun dengan baju kurung berwarna kuning air.

“emmm buat bodoh...”

“tak sangka pulak saya Encik peguam kita ni dah pandai buat lawak”

“sayapun tak sangka yang usahawan berjaya macam awak boleh tanya soalan macam tu sedangkan kita memang sudah berada di sebuah restoran Cik maya kirana tak akan kita nak beli basikal pulak” Maya ketawa kecil. Dia menjeling manja, Membuatkan Farid juga tersenyum sama.

“awak sihat?”

“Encik Farid kalau saya tak sihat, saya tak akan ada dekat sini” bisik Maya perlahan.

“betul juga...semuanya boleh dijadikan satu jawapan yang bernas..”

Mereka memesan makanan. Farid dengan Nasi goreng berudang rempah manakala Maya membuat keputusan hanya menikmati mee goreng masakan cina. Mereka masing-masing khusuk menghabiskan makanan, yang kedengaran hanya bunyi lagaan sudu dan garpu.

“saya suka tengok awak tersenyum...manis” pujian keluar dari mulut Farid. Walaupun dirasakan agak ganjil dia berkata begitu tapi semuanya lahir dari hati kecilnya.

“lelaki...memang mulut semanis gula...tapi last-last dapat diabetis kalau percaya” ketawa Farid akhirnya kedengaran.

“awak seperti meletakkan label ada semua lelaki”

“pengalaman banyak mengajar saya mengenal siapa lelaki yang sebenarnya, cukuplah kalau saya katakan lelaki bagi saya mungkin diperlukan oleh perempuan tapi tidak saya”

Farid terkedu. Ada ketegasan di sebalik senyuman yang terlakar di wajah itu. Dia tahu apa yang terjadi dalam hidup Maya kirana, dia tahu kesakitan yang ditanggung tak mungkin boleh dipadamkan semudah memadam garisan pensel di atas kertas.

“mungkin Pengalaman mengajar kita, tapi bukan untuk penyesalan tapi mengajar kita untuk tidak tersilap langkah lagi”

“dan kerana tak mahu tersalah langkah saya rasa keputusan saya adalah yang terbaik” sambung Maya lagi. ada rasa tak puas hati di wajah lelaki di depannya.

Farid akhirnya tersenyum lagi, dia tahu Maya hanya menhafikan apa yang sedang bermain di hatinya. Buarlah dia memberi ruang kepada wanita ini untuk mengenal kehidupan lalunya. Dari jauh ada mata yang tajam menikam pasangan yang berbalas senyuman itu.

“apa yang You tengok tu?” anita bertanya manja. Matanya diturut ke arah yang mengamit pandangan pasangannya itu. “oiii I see...your ex-wife tu kan...wahhh bukan main lagi I tengok, jadi janda berhias ke apa?”

Anita sengaja menduga Johan. Dari mata lelaki itu dia tahu ada api cemburu yang sedang menyala. Kalau bukan sebab tubuhnya yang mengoda pasti Johan tak akan tunduk kepadanya, dengan kata-kata yang manis dalam sekelip mata lelaki bodoh itu jatuh mencium kakinya. Kini apa saja yang dikatakan pasti akan dilakukan johan, malah dengan mudah Johan meninggalkan Isteri tercinta hanya kerana wanita sepertinya yang dikaburkan dengan nama cinta.

“You cemburu ke?”

“hishhh tak akanlah, lagipun I dengan dia dah tak ada apa-apa...”nafi johan. Walaupun hakikatnya terasa sesuatu yang membakar jiwanya tika itu.

“jangan-jangan You ni dah gila talak tak?” duga Anita lagi.

“kalau yang akan gila talak tu bukan I tapi perempuan tu” jarinya di arahkan kepada Maya kirana yang tersenyum manis dengan lelaki di depannya.

“kalau tak silap I, lelaki tu peguam..I rasa pernah jumpa dia..” anita cuba mengingati wajah lelaki yang kelihatan bergaya di depan bekas Isteri Johan.

Johan sekali lagi meneliti wajah segak di depan Maya Kirana. Memang betul apa yang dikatakan anita, memang itulah peguam yang bersama Bekas isterinya semasa di makhamah dulu dan lelaki itulah yang bersuara lantang menegaskan tuntutan cerai mewakili Bekas Isterinya.

‘hah dasar lelaki tak sedar diri’

Anita tersenyum, ada api cemburu yang membara di wajah Johan. Johan lelaki yang mudah tunduk dengan perasaan. Langsung tak fikir masa depan. Anita pantas menarik tangan johan, lebih baik dia bertindak, tak mahu ada masalah yang timbul yang akan memalukan.

***

“haii kamu ni dari mana Mira dan malam-malam macam ni baru balik?”

“Mira pergi yayasan ma” bulat mata mamanya.

“kau jangan ikut perangai Along kau tu, sibuk menolong perempuan tu jaga rumah tu nak buat apa? “

“mama tak baik kata kak Mai macam tu” Mira memandang tepat anak mata mamanya. Penuh keegoan.

“tak sudah-sudah lagi ke arwah suami dia dulu menyusahkan kita ini giliran dia pulak dok sibuk menangih simpati”

“Mak..walau apapun dia tetap menantu papa, dan dia ada hak...lagipun arwah abangpun ada hak dalam keluarga kita..” Datin Maznah mencebik. Geram dia mendengar kata-kata anak perempuannya. Selalu sanat nak menangkn musuh keluarga,

“dia abang tiri, dan mama dan beratus kali cakap mama tak suka Lokman dan Mira tolong perempuan tu..biar dia hidup sendiri.

“malaslah layan mama ni..” Mira terus meninggalkan Datin Maznah yang masih memekiki tak tentu pasal. Pintu bilik pantas ditutup dan dikunci. Bosan mendengar bbelan mamanya,

Lokman masih memandag wajah kerut adiknya . mesti ada yang tak kena. Amira masuk ke bilik alongnya terus berbaring di katil. Pen di tangan dilepaskan ke atas meja. Dia bangun dari meja kerjanya. Bukan dia tak dengar suara mama yang nyaring sampai ke atas.

“kenapa?”

“bosanlah along, semua Mira buat semua tak betul..” Lokman tersenyum mendengar aduan adiknya. Satu-satunya adik yang dia ada.

“apa yang membuatkan adik kesayangan abang ni bosan?”

“siapa lagi kalau bukan mama kesayangan along tulah...tak habis-habis nak membebel, ingat mira ni budak kecik lagi ke?”

Perlahan satu persatu peristiwa pertengkaran kecil dia dan mamanya diceritakan kepada Lokman. Tiada satupun yang tertinggal semuanya diluahkan biar puas,

“laaa pasal itu rupanya. Kan adik dah tahu mama tak suka adik pergi yayasan. Kenapa pergi juga”

“along...mira bukan buat apapun, Cuma tolong apa yang patut..lagipun dah lama sangat mira tak pergi sana sejak abang pergi sejak itu mira tak pernah pergi”

Lokman diam. Lama dia memproses apa yang dikatakan amira. Memang dia sendiri tak faham kenapa mama begitu benci dengan yayasan, sedangkan selama inipun papa sering mengalakkan mereka membantu di yayasan. Memang dulu yayasan langsung tak bermakna dalam hidupnya tapi sejak dia mengenal erti cinta dan ketika dia kenal apa itu kasih, yayasan adalah tempat yang paling wajib dilindungi.

“dahlah Mira rehat, jangan fikirkan sangat mama tu.. lagipun mama tu marahnya sekejap sikit lagi sejuklah hati dia tu” nasihat Lokman kepada adiknya.

“emmmm macam ada yang tak kena je dengan abang kesayangan Mira ni” wajah tampan Lokman ditilik.

Lokman mengelak dari bertentang mata dengan adiknya. Memang kalau nak menipu adiknya yang sorang ni jangan harap. Mira bijak mengesan apa yang bermain di fikirannya. Hanya Mira saja saudara yang dia ada.

“tak ada apalah..kenapa tengok along macam tu?”

Mira tersengih menayang gigi yang tersusun rapi. Tahu sangat taktik alongnya nak melarikan diri. Tapi sorrylah tak jalan.

“apalah yang Along dok fikir sangat, kalau dah suka tu katakan saja nanti taklah berputih mata” ajuk Mira.

“mata putih ke biru ke kuning ke yang penting adik along ni dah berbau masam tahap tinggi, so dengan segala hormatnya dipersilakan mandi sebelum ada yang kena rendam dalam air sabun”

Lokman menghantar langkah adiknya yang masih mencebik ke muka pintu. Jarinya masih menutup hidung memberi isyarat apa yang diucapkan adalah betul. Walaupun hakikatnya sekadar menutup persoalan yang bermain di bibir adiknya. Lokman tersenyum sambil mengelengkan kepala.


***

“kalau saya katakan cinta tu buat seseorang bahagia?”

“dan bagi saya cinta buat seseorang kenal erti derita...” balas Maya.

“tapi cik Maya menilai cinta dari sudut yang negatif..”

“sebabnya encik farid, saya tak nampak dimana hebatnya cinta bila kita kecewa..”

“menidakkan cinta samalah seperti awak menidakkan takdir tuhan..” penguam muda itu masih tak puas hati.

“dan bila saya YA kan cinta yang saya sendiri tahu hakikatnya tak bawa makna itu pula berdosakan..”

“jadi awak salahkan cinta ?”

“saya tak salahkan cinta dan saya tak pernah halang cinta dan tak pernah terfikir untuk membuat kelab Anti-cinta”

“jadi tak salahlah kalau saya katakan yang saya dah jatuh cinta pada awak..”

“saya tak kata salah...Hah!!!? apa?”

Maya tersenyum.. Gila...itulah perkataan pertama yang diungkapkan kepada lelaki itu. Luahan perasaan yang tak pernah terlintas di fikirannya.

“hah!! Ni kes apa senyum sampai ke telinga sesorang ni?”

“mana adalah” Intan mencebik. Dari jauh kelihatan seri wajah memancar di wajah teman baiknya itu.

Orang kata cinta itu memang buta..
Kadang kala sampai kita lupa diri..
Semuanya tak dipeduli.
Demi cinta lautan api direnangi...

“hishhh anak dara ni nyanyi pulak..cepat siapkan kerja tu”..Maya menampar lembut bahu Intan yang asyik menyanyikan lagu entah apa tajuknya dia sendiri lupa.

Hari ini hari pertama dia di butik. Banyak kerjanya yang tertangguh disebabkan terpaksa bermalam dengan pakej lengkap di hospital. Satu persatu resit jual beli di lihat dengan teliti. Bukan kerana tak percaya dengan kerja yang dilakukan para pekerjanya tapi Cuma ingin melihat sejauhmana perkembangan butik selama dia di wad.

“kau janganlah risau...sepanjang kau tak ada aku dah pastikan budak-budak ni semua buat kerja” ucap Maya dengan senyuman yang masih belum lekang di bibir.

“saja aku nak tengok, berapa keuntungan kita dah dapat sampai boleh buat kawan aku senyum sampai ke telinga macam ni” ucap Intan sambil tanganya tetap meneliti satu persatu resit di dalam fail.

“aku senyum sebab gembira kawan aku ni dah mula nak menyibukkan diri dengan kerja sampai lupa kesihatan” sindir Maya. Jelingan Intan tidak berbekas di hatinya.

“kalau aku masuk Wad balikpun ok jugak, boleh juga kau cuci mata dengan doktor-doktor dekat situ..sebab hari-hari kau lawat aku”

Intan tertawa kecil. Fail didepatnya ditutup. Kembali menumpukan perhatian kepada temanya.

“kalau aku nak cuci mata duduk dekat butik ni pun boleh dapat doktor..silap-silap Dato pun lepas..” bisik Maya selamba. Dia memanjangkan gurauan Intan. Kalau mengelah nanti nampak sangat dia lemah. So baik lawan...

“habis tu ini dah ada datolah?? Dato mana?”

“datuk yang dah ada 17 cucu....” ketawa mereka bersatu. Menarik senyuman tiga orang pekerja Laifa butik yang ada di situ. “minggu lepas Datin Maimunah tempah 30 pasang ela Satin..fuhhh memang masuklah banyak sikit” sambung Maya, sengaja memberi laporan kepada rakan kongsi merangkap teman baiknya.

“emmm tak sangka pulak Datin yang secerewet itu boleh terpikat dengan butik tak seberapa kita ni”

“ehhh tengok oranglah siapa yang pasang strategi”

Intan hanya tersenyum, malas mengiya atau menidakkan kata-kata Maya. Apa yang pasti kawannya yang sorang ni ceria semacam..mesti ada yang tak kena.

“ehhh kau dah lama tak ke yayasan ek.. kenapa?”

“emmm kalau ikutkan memang aku pergi sangat, tapi bila aku rasa sakitnya aku rasa baik aku duduk dalam butik ni lagi bagus”

“Intan kan aku dah cakap, bebaskan diri kau..jangan biarkan apa yang bermain dalam fikiran kau tu nanti merosakkan apa yang kau ada”

“ehhh aku lupa aku ada janji dengan Maria nak hantarkan katalog baru, oklah aku pergi dululah ek sayang” bahu Maya disentuh perlahan.

Jam ditangan menunjukkan 3 petang. Sengaja dia larikan diri...

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets