Friday, September 11, 2009

KERANA KAU 13


Kerana kau 13
Ayuni tersenyum kepada penyambut tetamu di restoran mewah seri kenangan. Tempat orang kaya! Bisik hatinya. Pertama dia menjejakan kaki ke tempat mewah seperti itu. Tapi memang tak pernah terfikirpun niatnya untuk ke tempat macam ni.
Jemputan makan bersama Datuk Mansur membuatkan dia tertanya-tanya. Apa agenda orang tua ni jemput aku makan, tapi apa yang pasti dia dijemput secara rasmi jadi mesti urusan syarikat. Lagipun dia masih tak tahu siapa aku yang sebenarnya. Dia sudah dibawa ke Satu bilik khas yang menempatkan satu meja mewah . pelik tiada siapapun dekat sini.
“Assalamualaikum” Ayuni berpaling. Seorang lelaki membuka pintu bersamanya Datuk Mansur yang sudah tersenyum ke arahnya. Salam dijawab dalam hati.
“Jemput duduk Ayuni” tutur bicaranya lancer walaupun ada getar di hati. Mata anaknya dipandang. Persis Mardina. Rindunya dia pada wanita itu.
“kenapa tak ada orang lain Datuk? Atau saya silap masa?”
“tidak…Ayuni datAng tepat pada masanya”
“emmm…ada apa sebenarnya Datuk nak berjumpa dengan saya ni?”Lama datuk Mansur terdiam.
“kita makan dulu?” pelawanya sebaik saja melihat kerutan di dahi Ayuni.
Anaknya membesar dengan cantik. Mesti masa kecilnya dia kanak-kanak yang comel. Hah!! Aku juga yang menolak kehadirannya dulu ini semua kerana nafsu, kerana rasa cinta yang kononnya adalah segalanya sampai aku mengabaikan tanggungjawab.
“tak apalah Datuk, kita teruskan dulu perbincangan kita lagipun sekejap lagi saya nak masuk pejabat dah” dalih Ayuni. Tak sedar ke dia yang berdiri di depannya adalah empunya Naraca Holding.
“sebenar ada sesuatu yang saya nak katakan, tapi bukan sebagai datuk Mansur tapi sebagai papa kepada Nur Ayuni Balqis” Ayuni tersentak. Dia bangun.
“apa Datuk merepek ni?” marahnya perlahan.
Getaran hatinya semakin laju. entah apa yang merasuk dirinya dia sendiri tidak tahu apa yang pasti dia bukan datang ke sini untuk bertemu dan berbual mesra. Tapi kehadirannya lebih kepada ingin membuat perhitungan. Tapi kenapa?. Tiba-tiba dia berdiri tegak, tidak berganjak dari tepat terkakunya langkah kaki tadi. Hanya wajah itu dimatanya. Wajah selama ini menabur duka hidupnya.
“maafkan papa Ayuni” matanya dipejamkan. Terasa ingin lari jauh tapi kenapa kakinya tetap tak nak melangkah.
“apa datuk cakap ni saya tak faham?” cuba lagi dia berdalih. Kini dia hanya berada berdua dengan seorang insane yang selama ini sentiasa bermain di mindanya.
“papa dah tahu segalanya..semua tentang diri Ayuni…kenapa ayuni tak jumpa Papa?”
“saya rasa Datuk ni salah faham..maaflah saya ada urusan ni, lagipun saya datang ke restoran ni sebab Datuk kata ada urusan syarikat”
“kenapa Ayuni lari dari papa?” Ayuni mencebik. Benci, benci dia dengan panggilan itu.
“Maaflah Datuk saya kerja masa ni” malas dia berlama di situ. Lagi lama di situ lagi jiwanya rasa tak tenteram.
“ayuni dengar dulu apa papa nak cakap”
“Saya bukan anak Datuk..datuk silap orang”
“papa bersalah sayang…maafkan papa, tolong beri papa peluang untuk tebus segala dosa yang selama ini papa lakukan..papa merayu pada ayuni?”
Tangan digenggam kuat. Seakan ingin melepaskan satu tumbukan padu. Tapi ketika itu rayuan lelaki itu membuatkan dia puas, ya..puas. airmata itu palsu baginya semuanya plastik. Patutlah beria-ria nak berjumpa tadi.
“Papa sanggup bagi apa sahaja kepada ayuni asalkan Ayuni sudi maafkan papa”
Ketawa kecilnya tercetus. Di samping papanya ada seorang lelaki yang tidak dikenali, mungkin pengawal peribadi. Takut mungkin aku membunuh lelaki itu di sini. Dia tertawa lagi.
“Papa!!? Datuk nak bagi saya semua yang saya nak?”
Anggukkan Datuk Mansur membuatkan Ayuni tersenyum lagi. Betul kata Ibu lelaki ini memang suka berjanji. Tapi pernah ke dia tepati segala janji tu?
“Walaupun semua yang Datuk ada?”
“semua ini memang untu Ayuni..ayuni anak papa”
“datuk Yakin saya anak datuK?”
“papa yakin sejak mula bertentang mata dengan ayuni.. mata yang sama, wajah yang sama..papa kenal mata yang selama ini papa rindu”
“rindu?? Rindu dengan menghalau seorang isteri yang mengandung? Meninggalkan anak yang entah hidup entahkan mati? Meninggalkan tapi ada rasa belas atau simpati?indahnya rindu Datuk” Ayuni sudah tak mampu menahan berat di dadanya. Mahu dilepaskan segalanya.
“maafkan papa sayang… papa memang bersalah, dulu papa silap. Berilah papa ruang untuk tebus segala dosa papa”
“Datuk tahu ke apa itu dosa??”
“maafkan papa..” Datuk Mansur sudah melutut dilantai.
“senang manusia ni kan..salah minta maaf lepas tu boleh buat salah lagi sebab maaf boleh melupakan segalanya..layak ke Datuk dimaafkan?” Datuk Mansur terkedu. Wajah di depannya dipandang sayu. Dosanya memang tak boleh dimaafkan.
“Jangan hukum papa macam ni Ayuni”
“hukum??Ini bukan hukum namanya Datuk.. ini namanya balasan”
Ayuni sudah meneruskan langkahnya meninggalkan Datuk Mansur yang sudah melutut di situ. Kini hatinya sesak dengan pelbagai perasaan yang tak mungkin ada penyelesaiannya. Sakit . menitis lagi airmata tua itu. Saleh mendapatkan bosnya. Dia sendiri pilu.
“sabarlah datuk mungkin dia inginkan masa” nasihat saleh. Pengawal peribadi merangkap permandu kepada Datuk Mansur.
“saya banyak dosa Saleh”
Memang dia nak membuat perhitungan tapi bukan hari ini, dia masih belum bersedia untuk berdepan dengan segalanya. Dendam di hati masih belum terpadam dan tak mungkin akan terpadam. Ayuni mencampak kuat beg tangannya ke atas meja. Marahnya masih belum reda.
“Cik Ayuni, Encik Fariz panggil”
Senyuman Aini membuatkan dia mengangguk. Tapi tiada segaris senyuman di wajahnya. Dia melangkah perlahan. Cuba menenangkan hati yang berkocak. Tak cukup dengan ayah ni anak pula nak menyusahkan aku. Benci!! Bisik hatinya.
“hah!!..adapun awak cik Nur ayuni Balqis”
Matanya menangkap wajah bengis Fariz dan Adam yang gelisah di tempat duduknya.
“siapa kau yang pandai-pandai keluarkan dana syarikat? Apa niat kau ni?”suara Fariz ternyata sangat marah. Adam pelik apabiala mengetahui ada pengeluaran dana syarikat dilakukan secara rahsia. Bertambah terkejut apabila ayuni adalah insan yang mengeluarkannya. Untuk apa dana itu dikeluarkan.
“Ayuni awak ada masalah ke?” Tanya Adam lembut. Ayuni diam lagi tak sangka perkara itu dapat dikesan dengan cepat. Mesti ada dalang yang membongkarkan segalanya ni.
“perempuan ni memang ada niat jahat dengan Neraca Holding, sejak dia datang aku dah rasa ada yang tak kena”
“Encik Fariz jangan menuduh tanpa bukti”giliran dia pula yang meninggikan suara.
“ehhh..ni hah, bukti segalanya..awak yang mengeluarkan 300 ribu untuk tujuan syarikat. Tapi tiada satupun invois yang menjadi bukti ke mana duit itu pergi” fariz memegang erat fail merah di tangannya lalu dihempas kuat ke meja. Pantang dia bila ada pekerja yang berani seperti Ayuni. Mengeluarkan wang syarikat tanpa usul.
“kemana dana itu sebenarnya Ayuni?” Adam masih enggan menerima hakikat yang ayuni melenyapkan duit syarikat.
Ayuni masih berdiam diri. Dia malas untuk menjawab hanya wajah tak bersalah ditayangkan. Mata dua lelaki yang menikam wajahnya langsung tidak mengetarkan hatinya. Fariz berdengus geram. Dia menekan kuat interKom lalu meminta Ina mengumumkan mesyuarat ketua-ketua unit .
“meeting Encik Fariz? Bila?” Ina juga kedengaran terkejut.
“sekarang!!!” jeritnya kuat.
Wajah Ayuni membuatkan hatinya serba tak kena, kenapa wanita itu melakukan ini semua? apa sebenarnya niat Ayuni? Wajah polosnya melambangkan dia bukanlah perempuan jahat yang sanggup berkerjasama dengan mana-mana syarikat untuk menjatuhkan Naraca Holding.
“kau cakap kau sebenarnya berkerja untuk siapa?” tangan Fariz mengenggam kuat pergelangan tangan Ayuni.
“kau nak jatuhkan Neraca Holdingkan?”
Wajah ayuni jelas menahan sakit tapi suaranya masih tak keluar. Adam bangun dari duduknya,, Fariz ni bukan boleh dibiarkan nanti mati pula budak ni. Wajah Ayuni meraih simpatinya. Tak sanggup dia melihat wanita itu disakiti.
“Riz sudah tu… kita tunggu papa kau” ucapnya perlahan. Fariz berdengus kuat. Tangan ayuni dilepaskan kuat sehingga menyebabkan wanita itu terdorong kebelakang. Imbangan badannya tak dapat dikawal.Ayuni jatuh terduduk.
“aduh!!” dahinya terhantuk bucu meja. Sakit, terasa dahinya berdenyut kuat.
“Ayuni!!” jerit seseorang dimuka pintu. Fariz dan Adam berpaling. Terkejut. Wanita itu sudah memegang dahinya. Ada darah yang mengalir.
“Ya Allah” datuk Mansur sudah meluru ke arah Ayuni. Tangan yang menutup dahi ditarik ada sedikit darah.
Fariz dan Adam berpandangan. Pelik melihat aksi Datuk Mansur yang cuba membangunkan Ayuni. Mereka kini sudah duduk di sofa. Haiii papa ni lebih-lebih pula ni kenapa? Fariz melihat luka di dahi Ayuni dari jauh. Jelas kemerahan. Timbul rasa kasihan tapi dia tetap berdiri dari jauh memerhati aksi papanya. Papanya bermesra macam dia dan adam tiada di situ.
“apa sebenarnya ni fariz? Adam?” Tanya Datuk Mansur tak puas hati. Tangannya masih cuba merawat luka di dahi Ayuni. Sayu hatinya melihat kerutan di dahi anaknya menahan sakit.
“ayuni ok?” Tanyanya semula. Jelas tangannya ditolak kasar.
“saya dah biasa datuk..” katanya keras pantas bangun. Ingin meninggalkan , tapi tangannya dipegang sekali lagi oleh Fariz. Jelas wajah tidak puas hatinya.
“kes kau belum selesai lagi, adam bawa sini fail tu” adam pantas mengambil fail di meja.
“apa penjelasan untuk ini?..300 ribu bukan jumlah yang sikit”
“300 ribu?”
“papa tengoklah apa pekerja kesayangan papa ni dah buat..dana syarikat dikeluarkan tanpa sebab, bukan sikit tapi jumlah yang besar”. Fariz menerang segalanya, biar papanya sedar.
“betul ke Ayuni?”
“betul” nadanya mendatar. Seperti tiada kesalahan yang dilakukan.
“Ayuni buat apa dengan duit sebanyak tu?”
Fariz pelik papanya masih bertanya lembut. Apa sebenarnya hubungan mereka, timbul sedikit syak di hatinya. Adam melihat wajah Fariz. Dia tahu apa yang bermain di minda temannya dia juga memikirkan perkara yang sama.
“encik fariz semua sudah menanti di bilik mesyuarat” jenguk setiausaha Fariz.
“meeting for what?” Tanya Datuk Mansur.
“Untuk merungkai siapa sebenarnya perempuan yang berdiri depan papa ni”
“Ina cancel meeting tu”
ringkas arahan Datuk Mansur membuatkan Ina terpinga-pinga. Cancel pulak dah, dia terus keluar dapat dirasai ada suasana tegang di dalam bilik bosnya itu.
“tapi kenapa papa”
“kita selesaikan disini saja..Ayuni jelaskan apa yang berlaku sekarang ni”
“tiada apa yang nak dijelaskan”
Fariz dan adam terkedu mendengar jawapan Ayuni. Kasar dan penuh dengan amarah. Matanya wanita itu hanya menikam lke arah datuk Mansur. Fariz menjeling kea rah adam, adam mengeleng dan mengangkat sedikit bahunya.
“kenapa Ayuni buat semua ni?”
Diam, fariz dan Adam hanya diam. Kini hanya datuk Mansur dan Nur Ayuni Balqis yang memainkan peranan.
“Fariz, Adam tinggalkan kami berdua” ucap datuk Mansur tanpa mengalihkan pandangan. Matanya tetap memandang anak perempuannya itu.
Bulat mata fariz melihat permintaan papanya. Dia dapat menangkap senyuman sinis Ayuni kepadanya. Cishhh!! Apa perempuan ni buat dengan papa aku?.
“Fariz please..” pinta datuk sekali lagi kali ini suaranya lebih tinggi. Adam pantas menarik tangan sahabatnya, member ruang untuk datuk Mansur dan Ayuni, walaupun hakikatnya dia sendiri mahu terus berada di dalam bilik ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.
****
Fariz menghempas tubuhnya ke sofa ,Adam menutup pintu biliknya. Wajah keruh temannya dipandang. Tekanan jelas di wajah Fariz.
“apa masalah papa aku tu sebenarnya? Kenapa dia baik sangat dengan perempuan tu?”
“aku pun pelik juga…” adam seolah memikirkan sesuatu.
“entah-entah papa aku ada apa-apa tak dengan perempuan tu?”
“maksud kau?” Tanya adam kembali, dia mengaru kepalanya,kusut. Entah kenapa dia pulak yang tak senang duduk.
“hishhh tak mungkin aku kenal papa aku..dia seorang yang bertanggungjawab tak mungkin dia ada hubungan dengan perempuan macam ayuni tu” dia menyangkal kembali andaiannya. Kepercayaannya pada papa tak pernah berkurang. Lagipun dia sendiri menjadi saksi kasih saying mama dan papa tak mungkin ada orang ketiga. Kecualilah….
“kenapa?” soalan Adam lagi tak puas hati apabila Fariz terus membisu.
“melainkan perempuan tu yang gatal menggoda papa aku”
“tapi tak mungkin ayuni macam tu, dia seorang perempuan yang lain dari yang lain” adam bersuara perlahan.
“lain macam ayat kau?”
“ehhh maksud aku dia Nampak baik sepanjang kerja dekat sini” Adam resah dengan jelingan tajam Fariz. Saat ini mereka hanya mampu menungu dan terus menunggu.
***
“kenapa ayuni buat papa macam ni?”
“maaf Datuk saya tak berminat untuk berbincang”
“tapi kita perlu berbincang” Datuk Mansur serius. “ayuni buat apa dengan duit sebanyak tu?”
“haiii…datuk juga yang kata sanggup lakukan apa saja demi Nur Ayuni Balqis, tak akan baru 300 ribu dah berubah?”
“kalau ayuni nak duit tu papa boleh bagi..tapi bukan dengan cara ayuni ambil dari syarikat, kenapa perlu ayuni buat macam tu?”
“sebab janji..”
Datuk Mansur menekan dadanya yang senak, sesak, sekan ada yang menghimpit. Dia terkapai-kapai menahan sakit. Ayuni menjeling reaksi Datuk Mansur. Ada detik risau di hatinya.
“Ina!!!!” Ayuni menjerit kuat.
***
Renungan tajam Fariz tidak dipedulikan, wajah selamba Ayuni menyakitkan hatinya. Aleyya di sisi papanya sudah mnegesat airmata, adam cuba menenangkan hati tunangnya. Ayuni menjeling wajah kesat milik wanita yang paling dibenci. Ya dialah perempuan yang merosakkan segalanya. Datin Normah masih duduk di sampai suaminya. Terkejut dia mendengar panggilan Fariz menyatakan suaminya berada di hospital. serangan jantung. Memang suaminya ada masalah jantung tapi tidak pernah dia terfikir seburuk ini.
“hah..yang kau ni tunggu apa tagi dekat sini? Aku tak nak tengok lagi muka kau..pergi berambus “ sinis kata-kata Fariz namun masih perlahan enggan menganggu papanya.
“fariz..jangan buat macam tu tak baik” Datin Normah mnegur anaknya perlahan. Tak suka dengan perangai kasar anaknya.
Wajah pekerja Neraca Holding itu dilihat sekali lagi, mengikut apa yang diceritakan oleh anaknya memeng wanita itu bersalah kerana mencuri wang syarikat, tapi entah kenapa mulutnya berat untuk melepaskan marah. Mata redup milik wanita itu dari tadi menikam wajahnya.
“mama dia ni yang sebabkan papa jadi macam ni, jangan nak bagi muka sangat..aku dah telifon polis lepas ni kau tahulah nasib kau”
Ayuni melepaskan keluhan perlahan. Sejak dia nekad untuk masuk ke Neraca holding dia tak pernah takut dengan Polis. Malah dengan mati pun dia tak pernah gentar.
“aku tak pernah takut dengan polis…” kata ayuni kuat. Sengaja dihamburkan ke muka Fariz. Merah padam muka lelaki itu.
“kau jangan nak naikkan darah aku” fariz sudah mula naik angin. Adam sudah bersedia untuk menahan temannya. Datin Normah bangun memegang tangan anaknya.
“kalau ada apa-apa terjadi pada papa aku..kau tunggulah akibatnya”
“Ya Allah…RIz sabar sayang”
“ehhh perempuan kau keluar sekarang..sebelum aku tampar muka kau” Giliran Aleyya pula naik hantu. Ayuni tersenyum sinis.
“leyya…” datin Normah mengawal tingkah anaknya.
Ayuni mendapatkan tubuh datuk Mansur yang sedang kaku di atas katil. Wajah tua itu dipandang, berbeza sekali dengar gambar yang ada di simpanannya. Wajah itu sudah dimamah usia. Ada seribu rasa yang bermain di hatinya, kadang kala dia ingin melonjak gembira tapi jauh di sudut hatinya….?. Dia kembali berpaling kepada Datin Normah.
“luka datin baru sedikit tak ternilaipun dengan luka yang saya tanggung selama 25 tahun, ini baru permulaan..” bisiknya perlahan. Dia berlalu meninggalkan wad vip itu.
“Ya Allah….Kak Mar??” bisik nya perlahan. Fariz, Adam dan aleyya termanggu sesama sendiri. Apa yang dimaksudkan Ayuni?.
“Ayuni…Ayuni…” suara perlahan Datuk Mansur menarik perhatian semua yang ada di siti. Matanya dibuka perlahan. Terasa sakit di dada.

Thursday, September 10, 2009

Gila kau 35


Gila kau 35.

suasana sepi, hanya kedengaran bunyi lagaan sudu dan garpu menghiasi meja yang serba mewah itu. Mira hanya memandang wajah abangnya yang masam mencuka. Dia tahu lokman sakit hati kerana terpaksa membatalkan temujanji penting disebabkan idea terkejut mamanya Datin Maznah. Senyuman plastik sepupunya Anita membuatkan dia rasa nak muntah.

Skirt merah ketat yang dipakai oleh sepupunya itu dipandang. Mak oiii boleh tersembur biji mata. Nasib baik abang aku jenis tak layan benda-benda macam ni sekarang kalau dulu mesti dia senyum sampai telinga. Sekali lagi wajah Lokman, abang kesayangannya dipandang. Apa agaknya yang buat abang berubah?.

“ Nita cadang nak buat apa lepas ni?”

“emm..papa dah suruh Nita masuk Mawar Holding tapi Nita malaslah Mak Long”

“kenapa pula?”

“emmm Nita cadang nak buka butik..lagipun Nita jenis yang suka fesyen so butik the best choice” anita berkata Bangga. Amira mencebikkan mukanya ke arah Lokman. Abangnya itu tersenyum lebar.

“kalau nak buka butik bolehlah minta tolong dengan Man...”

“emmm cadangnya macam tulah Mak Long nak minta tolong dengan pak long pun dia tak ada dekat sini sekarang..bagus juga kalau abang Man nak tolong”

“boleh apa salahnya, tapi nak buka bisness ni buka perkara main-main, Nita kena betul-betul bersedia bukan setakat tahu berfesyen” sindir Lokman.
Anita tersenyum kecil waaupun dia tahu Lokman memperkecilkannya tapi dia tak kisah, memang itulah peluang yang selama ini dicari. Bukan untuk butik tapi demi cintanya kepada dua pupunya itu.

Apalah yang ada pada si Anita ni yang buat mama tergila-gila sangat nak buatkan menantu?kalau nak kata cantik memang cantik tapi....hati aku tetap tak bole terima dia. Lokman tersedar apabila tangannya disiku dari tepi.

“kalau ya pun bosan janganlah sampai berangan sampai tak ingat orang ada kat sebelah”, usik Mira. Wajah lokman kemerahan.

“lokman, Mira apa yang bisik-bisik tu?? tak nampak kita ada tetamu?”

“nampaklah mama...” balas Mira malas.

“papa dengan mama apa cerita? Lama Mak Long tak jumpa”

“Papa macam biasalah sibuk dengan Mawar Holding lagipun sekarang papa dekat Cina, mama pula kemana lagi dekat london la shoping tak habis lagi Mak Long”

“best ye... mak Long pun teringin nak ke London lagi tapi tulah masalahnya Pak Long kamu tu sibuk memanjang”

“kalau mak Long nak pergi call Nita je... sekarangpun kita boleh ke sana?” bulat mata Mira mendengar kata-kata dua pupunya itu. Mak aiiikkk belagak gila. Orang gila pun tak belagak macam ni.

“Mira you study dekat mana sekarang?”

“UKM”

“what? UKM?!!..you means UKM bangi?”

“yup...kenapa Kak Nita?”

“emmm tak ada apa-apa...I ingat you sekarang dekat oversea”

“Mak Long dah suruh dah dia ke UK atau London..tapi degil nak juga duduk dekat malaysia ni”

“mama sekarang ni Universiti Malaysia dah setaraf universiti luar..tak payah nak bangga kalau dari UK or US sekalipun kalau balik nanti tak lulus” Mira melepaskan marahnya. Lokman menyimpan senyumnya. Kalau tak difikirkan mamanya sudah lama dia melepaskan ketawanya biar berguling-guling.

Anita terkedu. Adakah Mira tahu yang dia balik dari oversea tanpa segulung ijazah? Hah..tak mungkin siapapun tahu dia tahu papanya sudah menutup segala hal berkaitan dengannya sebelum balik ke Malaysia.

“ehh..makanlah Nita jangan malu-malu” Datin Maznah memaniskan muka. Dia menjeling ke arah Mira, mulut celupar anak gadisnya itu akan merosakkan plan nya.

Lokman duduk di kerusi yang diperbuat dari kayu jati di tepi kolam ikan kesayangan papanya. Lama dia merenung ikan emas yang sederhana besar yang bermain-main di tepi kolam. Apa agaknya perasaan Intan bila dia terpaksa membatalkan temujanji yang sudah lama dinanti-nanti. Anita tetamu istimewa mamanya sudah lama balik. Dapat dilihat senyum Datin Maznah sampai ke telinga. Entah kenapa dia sendiri tak tahu.

“frust nampak?”

“hishh...frust? nampak sangat ke?” tanyanya kembali kepada adiknya yang sudah duduk di sebelahnya. Mira tersenyum mendengar jawapan abangnya. Satu-satunya tempat dia mengadu suka duka.

“memang frust ke?” soalan itu sengaja diajukan sekali lagi.

“hahhhh...kenapalah mama buat lawak macam ni? tak kelakar langsung” dia seolah-olah mengajukan soalan itu kepada dirinya sendiri. Melahirkan lahir kecewa.

“sabarlah abang lagipun ini semua untuk abang juga”

“untuk abang? Kenapa Mira cakap macam tu?”

“abang ni lembablah tak akan abang tak dapat hidu plan mama tu?”

“plan apa pula ni? cuba mira jangan belit-belit macam ni..cakap terus teranglah”

“mama tu nak jodohkan kak Nita dengan abang..tak akan abang tak perasan kot?”

“hah??!! Abang dengan Nita?..merepeklah”

“hahh..tulah abang suka cakap Mira ni merepek, nanti kalau dah tersepit baru tahu.. and for your information kak Nita tupun memang dah lama sukakan abang”

“hishhh mira ni.. abang sendiri nampak kak Nita dengan pak we dia dekat Mall tak akanlah dia ada hati dengan abang?”

“mana tahu yang dekat mall tu pak we dia, yang dekat sini bakal suami” Lokman ketawa kecil melihat aksi adiknya. Mira memang bijak meneka. Tapi selalunya tekaannya sentiasa salah.

“mira ni ada-ada je”

“abang Mira suka abang yang sekarang” berkerut dahi Lokman. Wajah adiknya dipandang tepat.

“apa maksud Mira?”

“kalau dulu mesti abang tak akan lepaskan perempuan secantik kak Nita tu, tapi sekarang Mira tengok abang relax je macam tak ada perasaan” dia ketawa lagi. kenyataan adik manjanya itu ada betulnya.

“mungkin ada yang dah curi hati abang mira ni kot?” Mira bertanya lagi kali ini sengaja diangkat sebelah keningnya.

“mungkin juga... dah awak tu study tak habis lagi jangan nak menyibuk hal orang besar”

“elehhh macamlah Mira ni kecik lagi.. Mira dah 22 tahunlah...”

“ooohhh ya ke abang rasa adik abang ni macam baru 2 tahun” rambut adiknya sengaja ditarik. Mira menjerit sakit.

“bila abang nak kenalkan dekat Mira?”

“tengoklah nanti..”

“abang esok hari minggu temankan Mira beli baju ek..nak beli baju kurunglah”

“alaaa...abang baru nak rehat..”

“tak ada maknanya rehat, lagipun abang dah janjikan”

“ok..baik bos” ketawa mereka bersatu.

Lokman mencapai telifon bimbitnya. satu persatu nombor milik Intan ditekan. Tapi tangannya berhenti seketika?. Nak call ke? Nak cakap apa?


“hai..kata ada date malam ni?”

“emmm tak jadi cancel.. bagus juga akupun malaslah nak keluar malam-malam macam ni” Intan mencapai majalah wanita didepannya. Walaupun sudah dua kali dia membaca kandungan majalah itu tapi tangannya tetap menyelak dari satu muka ke muka yang lain.

“pulak…habis Lokman macamana?”

“dia ada hal katanya, masalah keluarga”

“haiii pelik je bunyinya abang hensem kau tu” Intan tersenyum. itulah gelaran yang diberikan kepada Lokman. Hensem ke?? Hishhh memang hensem pun.

“emmm intan aku tanya sikit boleh tak?”

“tanyalah sejak bila kau minta izin?”

“antara Lokman dengan mamat poyo kau tu mana kau pilih?” berkerut dahinya mendengar soalan yang keluar dari mulut maya.

“ehhh kenapa pulak aku kena pilih?”

“aku cakap kalau..”

“tak ada maknanya kalau kau tu....kalau aku kena pilih senang je aku bagi dua-dua dekat kau..habis cerita”

“hishhhh suka-suka nak lepas dekat kita pulak..tak nak aku..” muka tak puas hati Maya membuatkan dia tersenyum. tak sangka sahabatnya itu akan kembali semula ke rumah ini. Bukan dia mintak perpisahan Maya dan Johan, tapi dari awal lagi hatinya cukup berat apabila mendengar nama lelaki itu.

“kau dengan Johan apa cerita?”

“emmm mungkin jodoh kami sampai takat ni saja..”

“kau tak kecewa?” wajah maya tiba-tiba redup. Intan duduk semula ke sofa. Tangan Maya digenggam erat.

“tipulah kalau aku cakap aku tak kecewa..dia cinta pertama aku, seluruh hidup aku aku dah serahkan pada dia. Tapi mungkin kami banyak perbezaan dan aku tak salahkan dia kalau dia memilih untuk bahagia dengan orang lain”

“dan kau juga berhak untuk bahagia dengan orang lain”
“biarlah Intan sekarang ni aku tak ada masa nak fikirkan semua tu, baik aku fikir pasal butik kita tu....lagi bagus”

“aku akan sentiasa sokong apa yang kau buat Maya” mereka saling tersenyum. mungkin orang lain akan mengata macam-macam tentang maya. Baru je berumah tangga dah menjanda. Tapi bagi Intan dia kagum dengan semangat wanita didepannya itu.

****

“you kesal dengan apa yang terjadi?”

“emmm tak ada apa yang nak dikesalkan..lagipun saya hidup dipenuhi orang tersayang Encik Farid. Saya tak kisah kalau kehilangan insan yang tak menghargai saya”

“jadi lepas ni apa perancangan awak?”

“emmm..mungkin saya akan teruskan aktiviti harian saya masa single dulu” ketawa kecil kedengaran.

“emmm...itulah yang lebih baik” Farid menatap wajah wanita di depannya. Tiba-tiba jantungnya bergerak lagu. Pantas dipegang dada. Kejap.

“kenapa Encik Farid” tanya Maya hairan. Peguam muda itu diam tiba-tiba.

“emmm...tak ada apa”

“tapi nasib baik saya tak ada anak..kalau tidak mesti dia jadi mangsa, saya bersyukur sangat” sambung Maya lagi. “ehhh dah lambat ni saya balik dulu Encik Farid”

“Kirana naik apa?”

“ehhh panggil saya maya saja..”

“kenapa salah ke saya panggil kirana.. maya kirana?”

“emmm tak saya rasa lain pulak..”

“tak apa saya memang suka dianggap lain dari yang lain.. cik kirana balik naik apa? Saya boleh hantarkan?”

“ehhh,....tak perlu, kereta saya ada dekat depan sana”

Mereka melangkah meninggalkan makhamah syariah Kuala Lumpur. Sejak tamatnya kes tadi wajah Johan langsung tidak dipandang. Dia nekad nama lelaki itu akan di ‘delate’ terus dari mindanya. Biarlah segalanya tinggal sejarah.

Nokia N80 menjerit kuat. Nita menjawab malas.

“nak apa ni?”

“I nak jumpa you...hari ni I bebas...sekarang kita boleh hidup bersama tanpa ada sebarang masalah Nita, I datang jemput you?” suara riang johan kedengaran. Nita mencebik.

“ehhh..tak payahlah kita jumpa esok, lagipun I ada plan dengan family I. Nanti apa-apa I call you, bye” talian dimatikan Johan hampa.

“you ni I tengok macam nak mengelak dari I kenapa?”

“apa you cakap ni sayang…mana ada I nak mengelak dari you..I love you” bergetar dada Johan mendengar suara manja Anita.

“I miss you Nita…please malam ni sekejap pun jadilah”

“sorry malam ni I memang tak boleh… oklah nanti apa-apa I call you balik ok..” talian dimatikan tanpa sempat Johan berkata apa-apa. Hampa.

Dari dalam kereta dia melihat bekas isterinya yang cantik berbaju kurung biru dan tudung putih. Peguam muda itu melambai ke arah kereta sehinggalah kereta milik bekas isterinya itu hilang. Cisshhh belum sama beberapa jam jadi janda dah nak mengatal?. Johan terdiam. kenapa diam perlu marah? Bukakah ini yang dia nak? Kenapa dia perlu marah.

Maya kirana melepaskan satu keluhan berat. Akhirnya semuanya tamat dengan satu tandatangan. Tiada lagi senyum tawa yang akan menyakitkan hatinya. Telifon bimbitnya berbunyi perlahan. isyarat masuk ‘1 mesej diterima’. Dia tersenyum.

“setiap yang manis kadangkala boleh menghiris,setiap yang indah kadangkala membawa padah dan setiap yang hadir bukannya takdir,mungkin menyuruh manusia berfikir”.

Maya tersenyum. ringkas tapi cukup membuatkan dia kembali bersemangat. dia tahu Intan sentiasa bersamanya walau siapapun dia. Terima kasih temanku. Dia yang melarang Intan untuk turut sama ke makhamah, kalau ada Intan pasti lmat si johan itu dikerjakan kalau tak dapat dengan tangan dengan mulutpun mesti kenalah. Dia tahu niat suci intan adaah ingin membantu tapi dia tak akan pernah membiarkan teman baiknya itu melanggar undang-undang disebabkan lelaki yang sudah tak bermakna.

Satu persatu anak tangga dituruni. Hati-hati nanti ada pula yang tergolek macam nangka busuk. Bau ayam goreng menusuk masuk ke rongga hidung. Ni mesti kerja Maya ni. Sedap gila, tiba-tiba perutnya berlagu. Lapar.

“amboiii..banyaknya kau masak?” Intan tersenyum. Maya menarik kerusi dan duduk di depan Intan yang mengadap makanan. Sedap bau ayam tumis madu.
“jangan banyak bunyi.. ok”
Intan tersenyum, namun senyumnya mati apabila melihat semua lauk pauk yang dimasak oleh Maya dimasukkan ke dalam bekas. Ehh nak kemana pula minah ni? Tak akan nak berkelah pula malam-malam ni?
“weiii kau nak kemana pula, siap tapau-tapau ni?”
“malam ni kita makan dekat rumah orang Mak Siti, aku dah janji dengan dia petang tadi” Intan terkedu.
“hah?? Alamak aku lupa aku ada kerja, emmm kau pergilah ek. Nanti tinggalkan lauk sikit umtuk aku kang tak pasal-pasal kempunan pulak aku”
“ada aku kisah?” bulat mata Intan,
“hai macam kenal je ayat tu?”
“kau ingat aku baru kenal kau ke? Lagipun aku nak raikan hari kebebasan aku ni, bakal memegang gelaran janda” maya berkata perlahan.
Intan tersenyum, terasa senyuman itu terpaksa. Perlahan tangan sahabatnya digenggam.
“kau jangan jadi bodoh menangisi orang yang sia-siakan kau, ingat selagi Intan Azura bergelar sahabat kepada Maya Kirana tak aka nada siapa yang akan sakitkan hati kawan aku yang comel ni” pipi Maya dicubit perlahan.
“sakitlah…dan selagi aku bergelar kawan kepada Maya kirana aku nak kau pergi pakai tudung aku nak kita ke sebelah sekarang” satu arahan atau ugutan? Maya tersenyum sinis melihat wajah kecut temannya. Terhalau semua lara hatinya sebentar tadi.
“malamlah nak jalan malam-malam ni..kau pergilah” Intan kembali duduk di kerusi meja makan.
“kenapa pulak? Haiii kau jangan lupa banyak jasa mak Siti tu dengan kau dengan aku ni”
“aku tahulah...itulah orang kata jangan termakan budi nanti tergadai body”
“pelik je bunyi maksud kau tu intan? Kau nak gadaikan body kau dekat siapa? “ ketawa Maya semakin rancak, sengaja dihadiahkan jelingan sinis. Intan menjelir lidah.
“kau jang nak fikir lain ek.. aku banyak....”
“hah...sudah jangan nak buat muka tak bersalah dekat sini.. cepat siap aku tak kira nak ke tak nak kena pergi juga, aku dah janji dengan Mak Siti”
“kau yang janji bukan aku” Intan menjawab nakal.
“Intan Azura.....”
“oklah..hishh suka main-paksa-paksa tahu tak.. kenapalah sejak akhir-akhir ni aku ni jadi mangsa asyik kena paksa je” bebel Intan namun kakinya tetap di atur menuju ke bilik. Ingin mengambil tudung.
Maya tersenyum. Betul kata Intan untuk apa kita sia-siakan hidup untuk menangisi orang yang tak pernah menghargai siapa kita. Aku tak pernah ada nilai bagi dia, jadi kenapa aku kena sedih, sudahlah Maya Kirana bangun!!bangun! kau seorang wanita hebat.
“haii cik maya Kirana sampai bila nak berdiri dekat situ?”
Maya ketawa kecil, entah bila Intan tercegat disisinya dia sendiri tak tahu. Apa yang pasti temamnya itu sudah siap memakai tudung putih. Menampakkan lagi wajahnya yang putih bersih.
“siapa lagi yang dijemput ni Maya? Ini yang aku tak suka ni”
“manalah aku tahu, Mak siti kata dia dengan shahrul je, tapi tadi aku dengar sepupu shah pun nak dating juga aku tak tahu pula siapa”
“farid kot?”
“farid?” tanya Maya pelik, macam familiar nama tu. Tapi siapa?
“alaaa…sepupu dialah, nanti kau kenallah..jomlah masuk..”
“amboi..tadi nak datang bukan main seribu alasan, sekarang dah depan rumah dia pulak yang tak sabar-sabar nak masuk”
Langkah Intan mati tiba-tiba, wajah Maya direnung geram.
“aku baliklah..”
“ala-ala merajuklah pula” pantas tangan temannya ditarik laju, Intan ni bukan boleh dilayan buatnya dia balik kang tak ke mati kutu aku sesorang.
Salam disambut dengan senyuman, Mak Siti sedang asyik membasuh di dapur. Kelihatan meja sudah dipenuhi dengan pelbagai lauk pauk, mak aiiiikkk macam nak makan sepuluh orang. Bak kata iklan estro macam-macam ada. Intan dan Maya saling berpandangan.
“kan Mak Siti dah cakap jangan masak apa-apa, ni pun dah banyak”
“tu laa mak siti Intan tengok macam nak kenduri je? Kita bertiga ke yang nak habiskan ni?” sempat Maya menyiku lengan temannya. Intan buat muka bodoh.
“shah dengan farid ada dekat belakang tu, entah apa yang diborakkan Mak Siti pun tak tahu, dari tadi macam serius semacam” Intan terdiam. Maya tersenyum, dia tahu Intan tak selesa apabila nama shah disebut. Haiii kawan adakah kau dah jatuh cinta?
“apa yang Intan bawa ni, sedapnya ayam tumis madu..ayam goreng pun ada nak buat apa banyak-banyak ni?” tangan Mak siti mengeluarkan lauk pauk dari bekas yang dipegangnya sejak tadi.
“Intan tukang bawa je mak Siti, ni yang masak” jarinya menunjuk lurus ke arah Maya.
Mak Siti tersenyum.
“hahhh apa mengumpat ni?” Farid menjerit kuat dari arah pintu belakang. Maya berpaling.
“awak??” ucap mereka serentak. Hanya mata terpaku. Hanya rasa yang kedengaran. Intan tersenyum. Namun senyumnya mati apabila melihat sepasang mata yang merenung tajam ke arahnya. Dia juga tak dapat melarikan matanya dari menikam mata hitam milik lelaki itu. Kini hanya mata yang berbahasa.
***
“tak sangkakan kecik pula dunia ni...pi mai pi mai tang tu” Farid ketawa kecil Maya hanya tersenyum.
“emmm tulah saya tak sangka pula awak ni anak saudara Mak Siti”
“saya pulak tak sangka awak jiran Mak saudara saya”
Mereka sama-sama tergelak. Suasana malam membuatkan taman milik Mak siti sangat cantik. Farid mengilas pandangan ke wajah ayu milik wanita di depannya. Terasa damai setiap kali menatap wajah itu. Sejak dari pertama kali mereka berjumpa. Jatuh cintakah dia?
“kenapa?”
“hah!!? Kenapa?” Farid kalut. Mukanya pucat apabila mata itu tiba-tiba memandang tepat ke wajahnya.
“kenapa awak tengok saya macam tu?”
“emm....entah” itu sahaja jawapan yang lahir dari bibirnya.
“awak.....” belum sempat farid melafaz kata, kelibat Intan sudah menuju ke arah mereka. Wajahnya masam mencuka, bibirnya terkumat kamit seperti menyatakan sesuatu.
“maya jom baliklah!” jeritnya perlahan.
“Hah?? Balik kenapa?” selepas selesai makan malam dan mengemas dia sengaja keluar mengambil angin. Meninggalkan Intan yang asyik berbual dengan Mak Siti.
“jangan banyak soal boleh tak.. dah kalau kau nak tidur sini suka hati kau” hahhh sudah ada yang tak kena ni, wajah masam mencuka Intan dipandang dengan seribu satu persoalan.
“ehhh nak balik dah ke?” soal shah yang entah datang dari mana. Tiba-tiba muncul, menambahkan lagi cuka di wajah Intan. Muncung bertambah panjang. Sah!! Gaduh lagi ni. Bisik hati maya.
“Maya...” Intan sudah melangkah ke pintu pagar.
“jangan Lupa janji kau..” jerit Shah. Ketawanya semakin kuat. Farid hairan. Kenapa pula ni?
“gila....” jerit Intan Kuat. Jelas kedengaran di telingan mereka yang ada di situ. Shah bertambah suka.
“apa yang kau buat dengan dia Shah??”
“aku ajak dia main kawin-kawin..” ketawanya semakin kuat. Menambahkan kerutan di wajah Farid. Kelibat Maya dan Intan sudah hilang.
“main kawin-kawin??” soalnya kembali, main tak faham. Farid dapat melihat betapa gembira sepupunya ketika itu.
“comel juga dia kalau marah..” Shah bersuara perlahan. Kali ini tawanya semakin hilang.
“apa kau buat ni shah???”
“biarlah rahsia...” dia meninggalkan Farid dengan tanda tanya. Senyumnya masih lebar teringat peristiwa di dapur tadi.
****
“kau sihat ke?
“ya”
“Kau tak nak gaduh dengan aku lagi?”
“ya”
“kau yakin?”
“ya” jawab Intan sedikit kuat mukanya sudah merah menahan marah. Teringat janjinya tak akan bergaduh dengan lelaki ini lagi. Janjinya pada Mak Siti. Shahrul menahan senyum nakalnya. Bukan dia tak dengar janji intan tadi.
“boleh tahan ke ni? Muka tu macam nak bertukar jadi raksasa tu”
“ya” pinggan dibasuh laju. Hatinya menyumpah-nyumpah lelaki di depannya.
“kau dah jadi baik arr ni?”
“ya”
“kau janji?”
“ya!” shahrul tersenyum nakal.
“kau setuju jadi isteri aku?”
“ya!!!ya!!ya!!!hah??” Intan tersedar,darahnya naik ke muka. Dadanya bergetar hebat. Ketawa shahrul Iskandar menyedarkannya.
“oooo..patutlah nak berbaik dengan aku, rupanya ada udang sebalik mee” usik shah lagi. Intan meletak kasar pinggan di singki. Tangan dilap dengan kain bersih di depannya. Kemarahannya memuncak.
“kau dah janji..”
“apa????” jeritnya kuat mamat poyo ni memang nak kena hentak dengan bangku agaknya.
“jadi isteri aku” ketawanya sekali lagi pecah..
“gilaaaaaa!!!!!” intan melangkah laju meninggalkan shah dengan tawanya. Hahhh tulah dari tadi dok Ya..ya..ya... kan dah ter’ya’ soalan penting. Shah tersenyum. Kakinya mengekori langkah laju Intan.




Saturday, September 5, 2009

EDISI RAMADHAN: ZIKIR CINTA.


Edisi ramadhan : Zikir cinta.


Suasana gelap hanya diterangi lampu-lampu yang berwarna-warni, lagu rancak seiring dengar rentak tarian dan lenggok setiap pemuda dan pemudi yang ada di situ. Ada yang bergeser ada juga tangan yang mengosok sesame sendiri, ada yang separuh sedar dan ada yang masih tak sedarkan diri.
“alaaa..Jo kau dah nak balik ke relaxlah baru pukul 2..malam masih muda” johan tersenyum, kepala Liyana yang terlentok di bahunya diusap perlahan. Gadis itu nampaknya hanyut dalam dunianya sendiri, maklumlah minum sampai 8 gelas.
“aku nak hantar si liyana ni..kau tengoklah dah hanyut..” mata Zack memandang gadis seksi disebelah Johan. Betis yang keputihan membuatkan nafsu lelakinya bergocak hebat.
“kau nak rasa dia ke malam ni?”
“emmm..malaslah aku malam ni nak rehatlah..lagipun Liyana ni aku tak selera sangat” gelak tawa mereka kedengaran. Liyana turut tertawa.
“kalau kau tak nak bagi dekat akulah”
“haiii kau nak bekas aku ke?”
“layan je..”
“hishh janganlah aku dah janji dengan mama dia tadi nak hantar dia balik” zack hampa. Niatnya tak kesampaian.
BMW hitam itu meluncur lagu meninggalkan kegirangan kelab bostam, dalam kepayahan matanya terpaksa dibukakan. Nasib baik mala mini dia tak minum banyak kalau tak mesti tidur hotel lagilah jawabnya.
Liyana disebelah dipandang perlahan, tersenyum. Liyana datuk Mahmud seorang gadis yang berani, seksi ada segalanya cantik? Ya memang cantik. Malah sudah berapa kali wanita itu menawarkan tubuhnya tapi ditolak dengan cara baik. Entah kenapa dia bukanlah lelaki yang sampai merosakkan perempuan. Hidupnya hanya diserikan dengan perempuan dan minuman keras. Hari minggunya tak akan bermakna tanpa dua perkara penting itu.
“haiiii…bangunlah rumah you dah sampai”
“alaaa Jo, I tak nak balik..I nak tidur dengan you”
“hahhh sudah jangan buat hal..turun” arah Johan. Hon kereta dibunyikan beberapa kali di depan rumah bangle 3 tingkat itu. Kelihatan seorang wanita tua berlari-lari anak mendapatkan keretanya.
“Ambik dia ni Mak jah..” bisik Johan dalam keadaan separuh sedar.
“Ya Allah” itu sahaja yang lahir dari mulut tua itu. Lalu memapah anak majikannya keluar dari kereta lalu masuk ke dalam rumah.
Laju kereta Johanmeninggalkan kawasan perumahan mewah itu. Dilihat jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Tiba-tiba keretanya dipandu perlahan, tak tahu mana lagi arahnya. Balik rumah? Hahhh Vila mewah itu bukan tempat yang menenangkan. Dia bosan tinggal di rumah seorang diri. Mama dan papa tak pernah ada. Kereta dipecut laju tanpa arah.
***
“Qis tak tidur lagi?”
“belum mak…” telekung ditanggalkan perlahan. hening malam ini membuatkan dia terasa sangat damai. Al-Quran disimpan kembali ke tempatnya.
“mak tak tidur lagi?”
“emmm..mak dahaga pulak itu yang terbangun”
“mak nak air? Qis buatkan”
Mak Munah tersenyum. Kepalanya diangguk perlahan. Selama dia membesarkan siti nur balqis tidak pernah sekalipun anak itu menyusahkannya. Terlalu banyak yang berlaku tapi anaknya tak pernah merungut. Kesusahan dan kemiskinan hanya membuatkan anaknya tersenyum.
“ayah belum balik mak?”
“belum lagi Qis, biasanya masa ni dah sampai” hatinya mula berbunga risau.
Tiba-tiba ketukan yang kuat dari arah pintu membuatkan mereka berpaling. Mak Munah melangkah pantas mendapatkan suara suaminya yang mengetuk pintu macam nak pecah.
“Ya Allah siapa ni bang?”
“entahlah, abang jumpa kereta dia kemalangan dekat depan simpang sana..teruk juga luka budak ni”
“kenapa tak bawa ke hospital ayah?”
“nak naik apa Qis? Tak akan nak pergi hospital dengan basikal ayah tu?”
Balqis tersenyum. Betul juga kata ayahnya tak akan nak pergi hospital dengan basikal, tak mungkin ayahnya mampu. Tugas sebagai pengawal keselamatan membuatkan wajah tua itu Nampak begitu keletihan.
“dah bawa dia masuk bilik nanti ayah panggilkan anak Pak Lebai si Lokman tu…dia kan Doktor”
***
“weiii orang tua apa kau buat ni?” terasa sakit teramat sangat di kakinya. Rumah buruk ini dipandang lagi. Hishhh rumah jenis apa ni? kelihatan ada atap yang berlubang-lubang. Lantainya juga mengunakan tikar getah yang dah lusuh. Eiiii…
“anak kemalangan..pak cik bawa balik rumah”
“ini rumah ke reban ayam?” Pak Mail terkedu,
Tiba-tiba masuk seorang gadis yang manis bertudung putih. Dia menatang segelas air dan sepinggan nasi.
“ini ayah..”
“makanlah nak ini sajalah yang ada”
“apa ni? macam sampah” pantas pinggan itu ditepis kasar. Bulat mata Mak Munah melihat nasi bertaburan dilantai. Nafasnya turun naik. Geram. Balqis tersenyum. Dia mengutip kembali nasi dan lauk yang bertaburan.
“balqis”
“tak apa ayah qis ambilkan yang baru nanti”
“ehhh apa korang buat dengan aku ni hah?? Aku nak balik…hantar aku balik..aku tak nak dudk dekat reban ayam ni rimas busuk..”
“kaki anak cedera..nanti bila dah sembuh bolehlah balik” lembut bicara Pak mail. Ayahnya memang seorang yang sabar.
Johan cuba bangun tapi tak berdaya akhirnya dia merepek seorang diri di dalam bilik usang dan kecil itu. 3 hari dia merasa sengal di kaki dan tangan selama itu juga dia dijaga rapi oleh tiga penghuni reban ayam itu.
Wajah wanita itu dipandang sekali lagi.
“ehhhh..kau tak faham ke aku kata tak nak?? Pekak ke?”
“tak apa kalau awak tak nak tapi kalau kau nak makan awak ambil sendiri” Johan menjeling langkah wanita yang meninggalkannya. Hishh bilalah kaki aku ni nak baik? Boleh gila kalau terus duduk rumah buruk ni. perutnya berbunyi kuat. Lapar..pantas pinggan berisi nasi itu diangkat dan disuap laju ke mulut.
“kalau awak nak solat saya dah letakkan sejadah dengan kain pelekat dekat atas meja tu”
“hishhh kau ni tak bolehh diam ke? Rimas betullah perempuan ni, keluar..bodoh”
Balqis terdiam. Dia tersenyum, malas nak memanjangkan lagi marah lelaki itu dia keluar dari bilik. Memang sejak masuk ke rumah ini lelaki itu asyik marah, marah dan marah. Wajah bengis sentiasa menghiasi irisnya.
“ehhh…orang tua mana baju aku nak mandi..dan bau kambing, dahlah duduk reban ayam..nak suruh aku jadi apa?” mak munah mengurut dadanya terkejut dengan tengkingan Johan. Pantas dia menghulurkan tuala bersih ke arah anak muda ini. Nasib baik biliknya tak jauh dari bilik air kalau tidak alamat terpaksalah dia menahan sakit melangkah jauh.
“boleh ke?? Nak mak cik tolong?”
“tak payah..aku boleh jalan sendiri” dia meneruskan langkahnya. Berdenyut lukanya.
“aduhhhh!!..”
Mak munah berpaling. Cuba membantu tapi ditepi Johan. Dia tak mahu dipandang lemah. Dia berusaha sekali lagi untuk bangun. Tiba-tiba lengannya ditarik perlahan untuk bangun. Wajah Balqis tenang. Dengan lapik sehelai kain batik dia memimpin tangan johan hingga ke pintu bilik air. Johan terdiam. Hatinya ingin menolak tapi badannya menolak rasa hatinya.
“hati-hati..bilik air tu licin..” pesan Balqis dengan senyuman.
Tiada jawapan. Lelaki itu terus masuk tanpa mempedulikan Balqis dan Maknya.
“siapa nama kau?” Tanya Johan sedikit kasar.
“Siti Nur Balqis” emmm sedap namanya selembut orangnya bisik hati Johan.
“aku johan, kau tak lemas ke duduk dalam reban ayam ni?” Balqis menoleh ke arah Johan.
“walau dimana kita berada yang usulkan rasa adalah hati.. andai hati kita bahagia tak kisahlah kat manapun kita perasaan bahagia tu akan ada. Di sini hati saya dan di sini juga saya bahagia” panjang lebar jawapan Balqis membuatkan dia kembali kea lam nyata.
“awak boleh keraskan suara awak untuk saya tapi saya minta tolong jangan buat perkara yang sama pada dua insane yang selama ini membahagiakan saya…” nipis saja sidirannya. Johan terpana kali ini wanita itu ibarat memberikan dia amaran.
Alunan suara merdu yang mengalunkan ayat suci al-Quran membunuh lenanya. Dia bangun meluru ke bilik milik wanita itu. ingin menjerit supaya suara itu diam tapi mulutnya tiba-tiba terkunci. Kakinya seakan terpaku. Ada cahaya yang dari wajah yang bertelekung serba putih itu. Berseri.
“awak nak apa? “
“aku lapar” nada suaranya lemah. Kenapa begitu perlahan? Johan pelik dengan dirinya. Bukankah dia bangun untuk memaki hamun perempuan itu tapi kenapa tiba-tiba lain yang keluar?.
Dilihat Balqis bangun dari sejadahnya. Dia berlalu ke dapur. Johan hanya mengekorinya dari belakang. Lincah tangan Balqis meletakkan nasi dan membuka tudung salji yang menutup lauk di atas meja.
“mungkin awak tak biasa dengan lauk ini, saya minta maaf sebab inilah yang mampu kami sediakan untuk awak sebagai tetamu, mungkin dapat mengalas perut dari lapar” kata-kata Balqis membuatkan Johan terkedu. Diam. Lama terdiam akhirnya dia duduk membasuh tangan lalu menyuap laju makanan di depannya ke dalam mulut. Balqis tersenyum. Sekali lagi Johan tewas. Sepanjang dia makan Balqis hanya memerhati sedikit jauh darinya.
“esok hari jadi aku..kalau aku dekat KL mesti dah buat majlis besar-besaran”
“ya..bertuahlah awak..”
“aku memang dilahirkan bertuah, apa yang aku nak semua dapat…petik jari semua dapat”
“awak dah telifon keluarga awak?”
“untuk apa?”
“beritahu awak ada di sini..kalau tak esok mesti mereka risau”
“papa dan mama ke paris…tak mungkin mereka ingat aku dekat sini” sedikit sayu ucapan akhirnya. Tiba-tiba hatinya sebak. Sayu.
“mama dengan papa tu memang tak guna!!” jeritnya perlahan. Balqis tersentap, bukankah tadi dia merasa bertuah kenapa tiba-tiba nak marah?’
“dahlah tak selera aku nak makan..tak sedap langsung” Johan meninggalkan ruang dapur yang sempit. Bukan dia tak selera tapi airmatanya terasa ingin jatuh. Tak mungkin dia akan menangis di depan wanita miskin itu.
Malam itu tidurnya tidak sejenak selalu, tubuhnya terasa panas, kakinya terasa sejuk. Dia berpusing ke kiri berpusing ke kanan. Mulutnya mengerang kesakitan. Kepalanya berdenyut kuat. Mak Munah masuk ke dalam bilik, apabila mendengar panggilan ‘mama’ dari mulut anak muda itu.
“Ya Allah demam budak ni”
“kenapa Nah?”
“budak ni demam bang”
“Ya Allah pergi ambil air asam jawa..panas sangat ni”
Bergegas mak Munah keluar mendapatkan apa yang diminta oleh suaminya, dia masuk semula ke dalam bilik. Kepala Johan dibasahkan dengan air asam jawa, tuala basah diletakkan di dahinya.
“mama…mama johan sakit..”
Mak Munah memandang ke arah suaminya. Pak Mail hanya memandang sayu, budak ni tak dapat kasih sayang sebenarnya.
“mama…..mama..”
Tangan mak Munah masih digenggam erat. Terasa dia memegang tangan seorang ibu. Matanya masih terpejam. Dahinya berkerut menahan sakit.
Pagi itu johan terasa segar. Dia meraba tuala kecil yang terletak di dahinya. Air di sebelahnya dipandang. Tiba-tiba terselit satu perasaan sayu. Sedih yang teramat sangat. Rasa berdosa? Dosa? Tahukah dia erti dosa?, johan melangkah keluar dari bilik. Kepalanya masih sedikit sakit. Perlahan. Langkah terhenti apabila mendengar suara tawa dua beranak di ruang tengah. Si ibu sedang duduk dan anak sedang bersandar manja di bahunya.
“selamat hari lahir sayang mak ni” diusap lembut pipi Balqis. “tahun ni balqis nak hadiah apa?” mak munah bertanya..mungkin untuk sedapkan hati anaknya, walhal sebelum ini tiada apa yang mampu diberikan untuk membahagiakan anaknya. Balqis juga tak menyambung pelajarannya kerana mereka tidak mampu.
“emmm…balqis nak banyak…”
“banyak?? Apa?” Mak munah sedikit terkejut, apa yang diinginkan anaknya?
“banyak dan lebih banyak kasih sayang mak dan ayah….” Wajah itu dipandang lama…setitis airmata ibunya jatuh dipipi pantas diseka.
“mak jangan menangis sebab balqis, Qis tak sanggup nak merenangi lautan nanti bila di sana” berharganya airmata ibu. Betapa berdosanya jika seorang anak membiarkan airmata ibunya jatuh.
Johan menyeka airmatanya. Dia menangis?? Tapi kenapa?..ada sendu yang berlagu..adakah mama akan memeluknya begitu? Mama? Hah tak mungkin..baju mahalnya bernilai beribu ringgit tak mungkin dikotorkan dengan airmataku.
Dia melangkah perlahan mendapatkan dua beranak itu. Jelas wajah terkejut Mak Munah dan balqis. Dia duduk mengadap Mak munah.
“mak cik..saya…saya…saya minta maaf…..” tangan tua itu dicapai..dicium lembut. Mak munah pada awalnya terkedu tapi akhirnya tersenyum. Diusap perlahan rambut hitam lebat anak muda didepannya. Kasihnya jatuh pada mata bundar itu. Kasih seorang ibu.
“sudahlah Nak…makcik tak pernah marahkan Johan…jangan menangis”
“mak cik boleh Johan baring atas riba makcik..” airmata mak munah kembali bergenang. Permintaan itu ibarat satu pengharapan di matanya. Balqis menjarakkan dirinya. Matanya masih melihat aksi pemuda itu baring di ribaan ibunya. Sayu.
“mak…maafkan Johan..” itu saja yang kedengaran sayu…” mak munah mengangguk lagi tangannya membelai lembut. Ya Allah kau berikan aku kurniaan yang tak terhingga. Terasa kehadiran adiff anak sulung yang dah lama pergi datang kembali.
Pak mail di muka pintu menyeka airmata yang mengalir di wajah tuanya. Tentu sekali jika adiff ada sudah sebaya dengan johan. Mesti dia sudah mampu tersenyum bangga dengan kejayaan anak sulungnya. Tapi tuhan lebih menyanyangi anaknya. Anakku tenanglah kau disana…..
Johan sudah membersihkan badannya. Baju milik pak mail dan kain pelekat tersarung di tubuhnya, tak sangka dia akan berpakaian begini. Kehadiran balqis mengejutkannya. Wanita itu hanya berbaju kurung kuning dan bertudung warna yang sama. Nampak sopan di matanya.
“ini untuk awak..” satu bungusan bertukar tangan.
“selamat hari lahir” ucapnya lembut.
“tak sangka kita lahir hari yang sama…” itu saja yang mampu diucapkan johan. Dia melihat senyuman manis di wajah Balqis.
“tapi saya tak ada hadiah untuk awak..” ada sedikit kesal di hati johan.
“tak apa hadiah saya adalah bila awak guna dan pakai hadiah saya tu dengan baik”
Wanita itu meninggalkannya dengan seribu tanda Tanya. Perlahan tangannya membuka balutan bungkusan yang diterima. Luruh airmatanya. Al quran dan tasbih itu dicium lembut..Ya Allah..terlalu jauh aku padamu…bisik hati kecilnya.
“ayah banyak lagi ke ni?” Tanya Johan. Panggilan itu membuatkan Pak Mail tersenyum. Terbayang Adiff yang selalu memanggilnya.
“emmm ada lagi 10 pokok…tak apalah itu kita sambung esok-esok” peluh yang meniti di dahinya dikesat dengan tuala kecil. Memang dia tak ubah seperti pekebun sekarang.
“ayah marilah kita balik, lagipun sikit lagi nak zohor dah ni”
“Alhamdulillah…” ucap pak mail lembut, 3 bulan dia mengajar erti hidup kepada anak angkatnya itu. Kini dia mampu berbangga dengan hasilnya. Syukur kepadaMu Ya Allah.
“marilah mesti mak kamu dah masak…”
***
“awak tak pernah marah dengan apa yang saya buat sebelum ini?”
“kenapa pulak nak marah?”
“sebab selama ni saya….”
“tak ada insan yang tak melakukan kesilapan, mungkin ada hikmah atas segala yang berlaku pada awak”
“maksud awak?” Johan bertanya lagi. Benarkah wanita ini tak pernah marah dengannya?
“kemalangan itu membawa awak jauh datang ke teratak buruk saya..luka di kaki awak membuatkan awak berehat dari cara hidup lama awak yang awak sendiri tak sedar selama ini adalah salah, itulah hikmah yang kita boleh Nampak”
“Islam bagi saya hanya pada kad pengenalan, 27 tahun saya hidup tak pernah saya terfikir untuk solat…”
“sekarang?”
“keluarga awak banyak menyedarkan saya, bangun dari satu mimpi yang paling ngeri dalam hidup saya, tak tahu macamana nak berterima kasih pada awak sekeluarga”
“kasih kita hanya padaNya, kerana segala yang berlaku dalam Hidup kita adalah skrip dariNya dan Dia juga pengarahnya”
Johan mengangguk perlahan, terbayang saat dia bergelumang dengan dosa yang teramat besar. Ya Allah kau mohon ampun padaMu..moga kau terima taubatku.
“kenapa awak suka senyum?”Tanya Johan.
“kan senyum tu sedekah”
“tapi kalau Balqis selalu senyum macam tu..nanti ramai lelaki yang akan tergoda” ucapan Johan membuatkan Balqis tersenyum lagi.
“setiap apa yang kita lakukan niatlah kerana Allah, kerana niat itu akan membuatkan kita sentiasa dilindungi” Johan tersenyum istimewanya gadis ini.
“jadi sampai bila nak bersedekah?”
“maksud awak?”
“senyum tu….?”
“sampai hujung nyawa…mungkin masa tu tiada siapa yang akan menangis sebab lihat saya senyum” johan tersenyum. Rasa kasihnya seakan melimpah kepada wanita di depannya kini. Jatuh cintakah aku??
Lama dia mendiami rumah usang ini. Terdengar lagi hinaannya kepada rumah ibarat syurganya ini. Macamana aku boleh terfikir meletakkan kau setaraf dengan reban ayam? Johan berkata sendir sambil memandang kea rah rumah milik Pak Mail sekeluarga. ‘Dia bahagia di sini kerana hatinya disini’ ucapan Balqis bergema kembali. Dia tersenyum. Mungkin hatinya juga disini.
Balqis memerhatikan laut yang terbentang luas, cantik. hatinya tak pernah berhenti melafazkan syukur kerana diberi peluang melihat laut itu. Dari kecil laut inilah yang menjadi temannya. Johan dan
“suka laut?”
“emmm….laut membuatkan saya sedar bertapa besar kebesaranNya, awak nampak garis antara langit dengan laut tu?”
“Nampak..” Johan melihat arah yang ditunjukkan oleh Balqis.
“awak pernah fikir tak berapa jauh garis tu?”
“entah..” johan tersenyum dengan jawapannya. Wajah Balqis ditatap kembali.
“emmm kalau awak selalu ada dekat sini awak akan rasa betapa cantiknya garisan tu…” itu sahaja jawapan yang lahir.
Johan memandang semula kearah yang dimaksudkan, berkerut dahinya memikirkan apa yang diucapkan oleh Balqis. Tak faham lagi apa yang dimaksudkan.
“awak tak nak balik?”
“awak halau saya?”
“bukan macam tu..tapi kehidupan awak bukan di sini, bukan dirumah buruk saya tu”
“Balqis…dirumah buruk awak tulah saya dapat kehidupan saya”
“tapi awak banyak tanggungjawab yang perlu awak selesaikan..”
“saya ada satu lagi tanggungjawab yang harus saya selesaikan di sini..” johan tersenyum. Segalanya sudah dimaklumkan kepada papa dan mama semua niatnya telah dinyatakan dan seperti biasa ‘it up to you baby’ jawapan ringkas mama.
“apa dia?”
“awak..”
“apa maksud awak?” balqis cuba menenangkan dirinya. Walaupun mata Johan tidak memandangnya tapi getaran hatinya sangat hebat ketika itu.
“saya seorang lelaki yang serba kekurangan terutamanya dalama melindungi maruah seorang wanita, kalau dulu wanita saya letakkan di tahap yang paling rendah, bagi saya tiada wanita di dunia ini mampu menundukkan Tengku Johan aliff. Tapi hari ini saya terasa tersungkur dengan rasa hati. Bukan kerana rasa cinta yang lemah tapi kerana bisikan cinta yang bertambah. Siti Nur Balqis sudikan awak menjadi Isteri, teman dan sahabat saya seumur nafas saya?..sudikah awak menjadi tangan yang memimpin saya hingga ke hujung nyawa” ucapnya tenang.
Tiada jawapan dari mulut wanita itu, yang kedengaran hanya ombak menghempas pantai.
“berikan saya masa kerana saya tak mahu cinta yang melebihi cintaNya”
Mungkin ini suratan yang ditakdirkan. Lama hati ini melonjak rasa, namun takut, johan menyimpan rasa siapa dia untuk memiliki gadis sesuci ini? Siapa dia untuk memahami setiap bicara lembut yang lahir dari insane yang bernama Siti Nur Balqis. Tapi bisikan Cinta kerana Allah membuatkan dia berani melafaz kata. Dia yakin andai dia tercipta untukku dan hanya aku yang akan memilikinya.
“Qis buatkan abang air..hauslah” rungut Johan, mukanya berpeluh-peluh. Tak pernah seumur hidupnya memegang cangkul tapi hari ini dia Berjaya menanam 3 anak pisang.
“berapa abang dapat hari ni?”
“emmm banyak juga 3 pokok” jawab johan dengan bangga. Senyumannya lebar, tapi kemabli mati mendengar ketawa kuat wanita kesayangannya. Kini dia sudah menjadi tunangku dan dalam masa terdekat ini kami akan menjadi suami isteri, ikatan yang selama ini sentiasa dinantikan.
“amboiii…Qis gelakkan abang nak kena ni” Johan bangun dari duduknya cuba mengejar Balqis, bergema gelak tawa mereka.
“mak tengoklah anak dara mak ni sesuka hati mengata Jo” adu Johan persis anak manja.
“alaaa….manjanya dia” perli Balqis, dia tersenyum bahagia.
Mak Munah hanya tersenyum, kebahagiaan anaknya adalah segala-galanya. Walaupun berketak orang kampungnya kerana membiarkan tuning anak tinggal serumah tapi dia dan suaminya tak pernah ambil kisah, dia kini bagaikan dikurniakan seorang anak lelaki. Malah sikap dah perubahan Johan membuatkan naluri keibuannya bertambah sayang.
“Qis tahu tak apa yang paling mengembirakan abang?”
“apa dia?” senyuman yang sama membuatkan dia terpana. Terima kasih Ya Allah…
“saat Qis terima lamaran Abang…saat Qis menyatakan Ya pada kasih dan saying abang”
Balqis tersenyum. Dia mengangguk perlahan. Solat istikharah yang dilakukan menunjukkan inilah pilihan yang paling tepat. Bukan kerana rasa yang terbit tapi kerana inilah takdirnya.
Mereka mengambil tempat di atas sebuah batu. Seperti selalu Johan akan menjarakkan duduknya, itulah yang dia pelajari dari balqis, cinta pada Tuhan adalah jalan cinta teragung.
“qis abang Tanya sikit boleh?”
“boleh..”
“sejak bila Qis sedar yang Qis cintakan abang”
“perlukah qis jawab soalan abang tu?”
“mungkin bagi qis tak penting tapi bagi abang jawapan qis akan membuatkan hati abang tenang”
“cinta qis pada abang saat abang tunduk membaca Alif..ba..ta..di depan ayah, sayang qis tumpah saat abang mula mengimamkan solat jemaah dan kasih Qis bercambah saat abang memilih Qis kerana Allah” tenang jawapan itu..hah dialah pilihanku. Johan memejamkan matanya perlahan. Dia tercipta untukku.
Mereka berjalan melintasi jalan, sama-sama tersenyum. Persalinan untuk majlis membatalkan air sembahyang sudah ada di tangan Balqis. Tak lekang mulut Mak siti memuji kecantikan Balqis saat menyarungkan baju berona putih itu. Wajahnya Nampak bersih memekarkan lagi cinta di hati.
“alamak kunci kereta tinggal dekat kedai Mak Siti” rungut Johan.
“emm..tak apalah abang, Qis tolong ambilkan..abang tolong pegang baik-baik baju ni nanti tak sempat pula Qis nak pakai”
“ok sayang, abang tunggu dekat kereta”
“Siti Nur Balqis sayang abang..” kata-kata itu terdengar di telinganya. Balqis mengundur perlahan dengan senyuman.
Dummm!!!…jeritan break kereta membuatkan Johan berpaling. Ada tubuh yang terdampar lesu di tengah jalan. Beberapa orang mengelilingi cuba membantu. Johan terpaku. Kosong. Hanya tangan terkulai dengan jari manis bersarung indah cincin pertunangan mereka kelihatan.
“BALQIS!!!!!”…..pandangan gelap.
***
Lama dia berteleku di sejadah. Setitis airmatanya jatuh membasahi pipi. Tangan diangkat ingin memohon…..
Ya Allah andai rindu ini milik kekasihku kau lindungilah Rinduku padaMu
Ya Allah andai kasih ini melebihi hati kau berkatilah kasihku padaMu
Ya Allah andai dia tercipta untukku kau lindungilah kasihku PadaMu
Ya Allah andai hati ini seakan berubah kau kembalikan aku kepadaMu
Andai kasih ini melebihi diriMu ku mohon kau ampunkanlah diriku…
Kau lindungilah kasihku seindah kasihku padaMu
Kau kasihi hatiku kerna Hati ini MilikMu.
Amin…
Matanya dipejamkan perlahan. Wajah Siti Nur Balqis menjelma lagi. Senyumannya membuatkan hatinya terasa amat rindu. Sakitnya YA Allah..
‘bisikan doaku pada butiran tasbih, kupanjatkan pintaku padaMu Maha cinta, sudah diubun-ubun cinta mengusir resah, tak bisa kuterpaksa walau hatiku menjerit’ lagu kesukaan Balqis meresap masuk ke jiwanya.
“cintailah DIA lebih dari segalanya kerana cinta DIA terbitnya rasa cinta” kata-kata Balqis sekali lagi membuatkan airmatanya mengalir.
Moga hatinya kuat menahan rindu ini..Qis, abang dah Nampak bertapa cantiknya pertemuan pantai dan langit. Indah. Moga kau dicucuri rahmat sayang….Zikirku hanya kerana cinta, Zikirmu mengajar aku erti kasihMu. Terima kasih Qis. Perlahan dia melangkah meninggalkan pusara. Abang sayang Siti Nur Balqis.

Nukilan kecil: dyadila
Rupa yang cantik tiada nilainya andai akhlak mulia entah kemana, Susuk tubuh yang cantik menggoda tiada bernilai andai auratnya terbuka, Tutur kata yang manja yang boleh mencairkan sang jejeka tidak bermakna andai hilang jujurnya. Namun andai wanita ...itu baik akhlaknya, taat pada ALLAH dan RasulNYA, banyak amalannya dan jujur pada tutur katanya itulah yang akan membuatkan wanita itu lebih cantik dan menarik. Wallahu

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets