Sunday, May 17, 2009

DR CINTA 2

Dr cinta 2

Mazliana membawa karyanya ke klinik. Sengaja dia ingin menghadiahkan satu lukisan untuk kakak kesayangannya. Bukan apa sengaja nak ambil hati, maklumlah baru lepas kena marah.

”haii..apa mimpi bagi karya mahal Maz ni dekat Akak?”

”alaa sengaja nak menghiasi klinik buruk akak ni..” bulat mata Dr azlin mendengar kata-kata adiknya.

Mazliana menyangkut sendiri lukisan pemandangan senja itu di sudut tepi klinik yang memang kosong.

”buat apa sebenarnya ni?”

”lukisan sebenarnya boleh dijadikan terapi tahu tak..kalau pesakit-pesakit akak datang tak adalah asyik baca maklumat tentang diabetes, darah tinggi, jantung segala ni...” jarinya menunjuk ke arah paparan yang melekat kemas di dinding klinik.

”emmm yelah tu ke nak ambik hati akak?”

”hishhh... akak ni tak baik tahu tak buat tuduhan macam tu tak baik untuk kesihatan, ada fakta yang menayatakan bila dahi kita dikerutkan seperti yang akak buat tu proses penuaan akan lebih cepat..tu sebab sekarang ni kalau akak jalan dengan mak mesti orang ingat mak tu adik akak tau..”

”amboii sedap mulut tu berkata-kata ek..mari sini biar akak jahit sikit” ketawa Mazliana kedengaran. Kak Ani turut sama ersenyum mendengar telatah Maz.

”hahh cantik tak Kak Ani?” tanyanya sambil memeluk bahu wanita itu.

”cantik..tak sangka Maz pandai melukis macam ni”

“dia ni bukan pandai melukis je Kak Ani pandai menari, pandai bercakap dan apa yang penting dia ni pandai belakon..sampai jadi pandai menipu” sindir Azlin. Sengaja mengusik adik kesayangannya.

“alaa nak perli orang arr tu.. disebabkan kepandaian yang melampau nilah Kak Ani..Dr Azlin ni dapat si johan tu..” giliran Azlin pula terkena.

Johan atau Dr. Johan adalah salah seorang pensyarahnya, johan jatuh cinta pandang pertama apabila Azlin menghantar tugasan adiknya Mazliana. Tak pasal-pasal dia yang sangkut.

“ekk akak tolong Maz tau”
”emm yalah tu tolong sambil menyelam minum air...orang suruh tolong hantarkan tugasan dia boleh pula jual minyak dengan si johan tu Kak ani” kata-kata itu membuatkan lengannya menjadi mangsa cubitan. Sakit.

”kan Maz ni Dr. Cinta mestilah pakar dalam bab-bab macam ni kan..” Kak Ani pula menyelah. Sengaja mengusik anak manja kesayangan Hj. Nordin.

”pandai pun Kak Ani ni tak sia-sia Maz turunkan ilmu...bagus-bagus ” Azlin mencebik.

”dahlah jom kata nak keluar makan”

”ni yang sayang akak ni tahu je bila perut orang ni dah bunyikan..jom Kak Ani lagipun Dr Azlin nak belanja”

”ehh tak apalah..Kak Ani tunggu klinik lagipun akak dah makan tadi”

”oklah kalau macam tu kak Ani, jangan sampai Kak Ani pun menyamar jadi Doktor sudah” ucapan Azlin membuatkan Mazliana terkedu. Dia tahu kakaknya sengaja menduganya.

Mereka singgah di restoran Reaksi Melayu, makanan di sini memang peargg sedap gila. Tambah-tambah Gulai lemak Masam maniz, rugilah kalau siapa tak makan. Macam biasa mereka mengambil tempat yang sedikit jauh dari orang ramai. Itulah Azlin dia sukakan tempat yang private. Sedang asyik Mazliana melayan perasaan dia dapat menangkap bayangan Dr. Johan yang berjalan ke arah mereka.

”akak ajak dia sekali ke?”

”yup...lagipun akak memang dah janji dengan dia nak makan sekali”

”alaaa kenapa tak cakap awal-awal... tak sukalah macam ni”

”kenapa pula...apa yang Maz tak suka sangat dengan Abang Johan tu?” ucapan itu membuatkan Azlin tersenyum.

”heloo girl..” Johan tersenyum memandang kearah tunang dan bakal adik iar kesayangan nya.

”emmm...”

”abang tak ada kelas ke?”

”emm tak ada Cuma malam nanti pukul 8” kata-kata itu begitu lembut di gegedang telinganya. Cisshhh depan kakak aku pijak semut pun tak mati, kalau dalam kelas mahu nak terkeluar anak tekak menjerit.

”Liana apa khabar?”

”baik..” ringkas jawapannya acuh tak acuh.

”lama tak jumpa Liana makin tembam abang tengok” Maz mencebik. Makin tembam dia kata aku kurang asam jawa.. kau ingat kau tu hensem sangat. Kakak aku je buta mata, buta hati, buta cinta.. bebel Maz dalam hati.

”hello...hah laaa ya ke... ok..ok aku datang sekarang..” tiba-tiba Maz memecah kesunyian.

”aik tak dengar bunyi fon pun?” tanya Azlin pelik.

”silent mode..oklah akak Maz ada hal..sorry tak dapat join makan sekali..kita makan dekat rumahlah ek..” pantas Maz meninggalkan kedua-dua insan itu.

”sorry abang...tak sangka dia buat lagi” Johan hanya tersenyum.

”marah betul dia dengan abangkan” kenyataan itu membuatkan Azlin turut tersenyum.

”sebab dia marahkan abanglah kita dapat jumpa dan sampai sekarang ni bahagiakan” kata-kata Azlin mencetuskan ketawa kecil Johan. Mazliana bekas pelajarnya yang banyak menimbulkan kontroversi sehinggakan semua pensyarah akan bercakap mengenainya.

Masih tersingat kepetahan Mazliana mematahkan hujahnya ketika didalam kelas, masih terbayang bagaimana pelajarnya itu mempengaruhi dekan fakulti seni untuk menerima projek akhirnya selepas direject oleh Johan. Mungkin disebabkan banyak salah faham antara mereka yang membuatkan hubungan mereka jauh begini walaupun mereka bakal menjadi sebuah keluarga.

Mazliana menyumpah-nyumpah dalam hatinya, kenapalah hatinya panas bila bertentang mata dengan si johan tu, kalau boleh sekarang juga dia memaksa kakaknya memutuskan pertunangan dengan lelaki itu. Hishh tak masuk dengan jiwa rock aku pensyarah macam tu.

Tiba-tiba matanya terpandang seorang yang seperti dikenali. Hah Zikri dengan Iskandar? Alamak ..sembunyi-sembunyi cepat selamatkan diri. Dia hilang di sebalik orang ramai yang lalu lalang.

”kau tengok apa tu Is?”

”entah aku macam perasan seseorang tadi..”

”siapa?” mata Zikri turut mencari gerangan yang di maksudkan.

”kawan lama..”

”dahlah kita dah lambat ni..jom..”

Mazliana menarik nafas lega. Hishh dahlah hari tu sikit punya payah nak melarikan diri. Tak sangka pulak mak cik tu mak pemuda yang ditipunya, kalau lambat bertindak mesti mati dia terjerat dengan penipuan tak sengajanya itu.

”Laaa tak sangka yang Maz ni Doktor” Mak Engku memagang lembut tangannya. Rasa serba salahnya beraja di hati. Tak pasal-pasal kena tipu juga Mak engku ni. Masalahnya ini semua sebab si Zikri tu kalau tidak mesti penipuannya tak berpanjangan,

”tak apalah mak Engku saya ada urusan penting, mungkin kita boleh minum lain kali”

”baiklah kalau macam tu Maz datanglah rumah Mak Engku, ini alamatnya” Kad itu bertukar tangan. Tanpa berfikir panjang dia terus meminta diri sebelum lagi banyak persoalan yang akan lahir.

”weii apa hal termenung dekat sini?” hampir luruh jantungnya disergah begitu. Dia kembali ke alam nyata. Matanya tepat memandang seorang wanita yang tak berapa cukup wanitanya. Dengan jeans lusuh yang koyak bahagia lutut, rambut berwarna-warni. T-shirt yang dipakai juga berwarna hitam. Lama matanya meneliti.

”weii Maz kau jangan bat muka tak ada perasaan dekat aku ek... ni syamin laa mimi comel..” ingatannya kembali berputur..mimi comel.

”laaa kau ke mimi Al bosan....” sebaris gelaran itu membuatkan mereka berpelukan. Lama dia tidak berjumpa dengan kawan baiknya itu semenjak dia menghabiskan ijazah sarjana mudanya. Mereka terputus hubungan.

”kau buat apa dekat sini?”

”buat bodohlah..”

”tak payah buat...” mereka ketawa.

”lamanya tak jumpa kau...tapi kenapa kau macam.....” penampilan mimi dipandang. Banyak perubahan.

”aku baru balik dari latihan teater la..nilah watak terbaru aku..”

”teater? Best ye...kau aktif lagi ke?”

“ehh mestilah aku mana boleh berpisah dengan dunia pementasan” mimi tersenyum bangga dengan kenyataannya.

“kau macamana? Apa kau buat sekarang?”

”aku macam nilah, tak buat apa tanam anggur dekat depan rumah aku..” Maz tersenyum, mungkin belum ada kerja yang kena dengan jiwanya.

”haiii best student macam kau tak ada kerja?”

”amboii perli aku nampak..kau kerja dekat mana sekarang?” giliran Maz pula bertanya.

”aku kerja syarikat periklanan, yang penting lari jauh dari ijazah yang aku ada..” Mimi menjelaskan kedudukannya.

”baguslah tu dari tak kerja langsung..jomlah kita minum-minum..makan-makan...kau belanja” Maz memeluk bahu sahabatnya itu.

”amboiii aku pulak yang kena”

”yalah aku bukan ada kerja pun..” Maz menayangkan muka kesiannya,.

”kau ni tak pernah berubahkan andai betul manipulasi orang ek...jomlah” mereka berjalan seiringan, masih banyak yang ingin dibualkan. Tambah-tambah tentang rahsia-rahsia yang masih menjadi rahsia.

GILA KAU 27

Gila kau 27

Intan duduk termenung di taman rumahnya. Sudah seminggu Maya meninggalkan dirinya. Hidupnya tiba-tiba terasa kosong. Entah kenapa pemergiaan sahabatnya itu memberi kesan dalam hidupnya. ’Moga kau bahagia wahai temanku’ doanya dalam hati. Perkahwinan Johan dan Maya dijalankan kecil-kecilan sahaja, menurut Maya itu adalah permintaan Johan sendiri. Intan sendiri hairan kenapa mesti Johan yang mampu begitu juga keluarga Maya tapi...hah biarlahkan sederhana dituntut dalam Islam. Matanya tepat memandang bulan seakan sedang turut melihatnya.

”emm.. menung apalah kawan aku ni?”

”mesti sunyikan kalau kau dan tak ada nanti” Maya tersenyum

”hishh kau ni..kalau macam tu apa kata kau ikut aku pindah rumah duduk sekali dengan aku dengan Johan”

”gila apa..cadangan kau tu?”

”ehh aku serius la..”

”banyaklah kau..baiklah kau jaga laki kau baik-baik lepas ni, jangan sampai Johan tu buat balik perangai lama dia” nasihat Intan.

”baik bos” Intan tersenyum. Tangan mereka masih bertaut. Persahabatan inilah yang menguatkan semangatnya untuk terus bersendirian.

”kalau kau rindu aku kau pandanglah bulan tu..kalau bulan tu senyum mesti akupun rindu dekat kau”

Intan tersenyum. Kata-kata Maya masih terdengar di telinganya, mungkin kau tengah rindukan akukan. Semoga kau bahagia.

”weii berangan?” Intan terkejut. Dia mengurut dadanya. Nafasnya turun naik. Wajah Shah dipandang geram. Lelaki itu berdiri tegak di sebalik pagar pemisah rumahnya dan rumah lelaki itu.

”awak ni tak reti nak bagi salam ke? Main terjah suka hati dia je” marah Intan. Mahu nak jatuh jantungnya disergah begitu.

”aku dah bagi salam banyak kali kau yang tak dengar..sibuk melayan perasaan. Kau ingat siapa? Teringat dekat aku ek?”

”eiii pleaselah jangan perasan”

”alaaa malu nak mengaku pula.. marilah datang rumah”
”hah nak buat apa?” Shah tersenyum, eii minah ni otak mesti fikir lain ni..

”apa lagi kita berdua..bermadu kasihlah....” usik Shahrul sengaja dia menduga apa yang bermain di minda Intan.

”gila..”

”kau ni suka sangat cakap aku gila kan...kalau aku gilakan kau siapa nak jawab??..mak ajaklah makan kuih pelita..” bulan matanya mendengar kuih pelita. Emm sedap je bunyinya.

”hahh tak payah fikir-fikir, aku tahu kau memang dah teringin nak makankan cepatlah, aku tunggu dekat sini” Intan bangun dari duduknya, langkah di aturkan perlahan menuju ke pintu pagar utama. Bayangan kuih pelita terbayang di mindanya.

”awak nak kemana hensem-hensem ni?” shah kelihatan segak dengan baju melayu biru gelap. Nasib baik tak bersamping.

”nak pergi rumah tok kadi”

”hah nak buat apa?” tanya Intan tak puas hati.

”Nak suruh nikahkan kitalah...kan kau nak kawin dengan aku?” Intan mencebik, ketawa shah membuatkan hatinya sakit. malas dia melayan lelaki itu, makin dilayan makin gila. Sementara shah pula sudah menghilang dengan keretanya. Entah kemana.

***

”kenapa mak Siti tak bagitau Intan nak buat kuih ni boleh Intan tolong..”

”alaaa..bukan susah sangat setakat Intan nak makan dengan Shah ni tak apa sekejap saja siap..” Mak Siti tersenyum, hatinya seronok melihat Intan bersemangat makan kuih buatan tangannya.

Jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 10, Intan melilau mencari shah sejak tadi lelaki itu hilang entah ke mana, tadi ajak aku makan lepas tu dia hilang entah kemana.

”Shah ni tak balik-balik lagi pulak” persoalan Mak Siti seolah-olah faham akan isyarat mata Intan.

”dia pergi mana Mak Siti?”

”pergi rumah Pak Jusof, ada kenduri doa selamat ..”

”Mak Siti tak pergi ?”

”tak besar pun kendurinya Intan Cuma ajak orang-orang dekat dengan jemaah surau” Intan mengangguk faham.

”Intan tak takut ke duduk sorang dalam rumah tu?”

”emmm takut tu tak adalah Mak Siti..cumaa sunyilah pula Maya tak ada..bosan tak ada kawan berborak”

”kalau macam tu tinggal rumah Mak Siti ajalah nak?” persoalan Mak Siti membuatkan dia ketawa.

”Mak Siti ni rumah tu saya dah biasa..lagipun rumah mak Siti ni kan dekat, kalau ada apa-apa Intan lompat je pagar tu terus sampai” ketawanya masih belum surut. Mak Siti tersenyum. Sebenarnya ada maksud lain kata-katanya tadi tapi biarlah Shah yang bertindak dulu. Nanti kalau dia pula yang lebih-lebih apa pula kata Intan.

Intan duduk di sofa empuk buatan Itali milik Mak Siti. Matanya terpandang akan album yang tersusun di bawah meja. Pantas tangannya mencapai album itu dibawa ke riba.

”Mak Siti Intan tengok album dekat meja ni..” tanpa menunggu balasan dari pertanyaannya album itu dibuka satu persatu.

”mak aiii pelajar terbaik SPM, Pemenang Pidato kebangsaan, emmm Johan Lompat tinggi..hebat juga mamat poyo ni” satu persatu gambar Shahrul ditatap. Adakalanya dia berkerut, adakalanya dia tersenyum. Kelakar. Tiba-tiba matanya singgah pada seorang kanak-kanak lelaki yang comel tapi....tiba-tiba ketawanya semakin kuat.

”ehhh kau tengok apa tu??” tiba-tiba ada tangan yang merampas Album itu bertukar tangan. Wajah lelaki itu kelihatan merah menahan malu. Ketawa Intan masih belum reda.

”kenapa kau ketawa?” tanya Shah tak puas hati. Bulat matanya apabila melihat album gambarnya berada di tangan Intan. Hah?? Gambar tu...

”tak sangka seksi juga awak ek mamat poyo” kata-katanya disambut dengan ketawa.

”kenapa Intan..” Mak Siti berjalan menuju ke arah anak terunanya yang sedang mendakap kuat album di tangan.

”tak ada Mak Siti..comel laaa gambar budak lelaki dalam album tu..tambah-tambah gambar yang mandi dekat sungai tu..” berkerut dahi Mak Siti. Akhirnya senyum di bibir wanita itu mekar. Akhirnya mengundang tawa. Terbayang gambar shahrul yang berbogel di tepi sungai ketika itu dia berusia 10 tahun.

”mak laa ni kenapa letak dekat sini album tu..kau ni pun satu suka-suka tengok gambar aku” sisa tawa Intan masih ada. Shah bengang. Wajahnya tegang menahan malu.

”elehhh dah ada peluang tengok tak akan nak lepaskan kot” Intan sekali lagi ketawa. Puas hatinya melihat wajah kelat shah. Hahh selalu lagi kenakan aku kan dah terkena.

Shah mengangkat kakinya menuju ke tangga, malas dia berdiri lama di situ menjadi bahan tawa maknya dan Intan. Album di tangannya itu ditatap. Dia tersenyum. Ketawa Intan masih terdengar di telinganya, bahagia dia melihat senyuman yang terukir di wajah itu. Senyumnya semakin lebar. Dia memandang kipas di siling yang berputar laju selaju deyutan jantungnya saat berebut album dengan Intan tadi. Dia tahu Intan sengaja mengenakannya.

”shah tu anak yang hebat..sejak Ayahnya meninggal dialah satu-satunya tempat Mak cik mengadu sakit pening Intan” Mak Siti melahirkan rasa syukurnya. Intan meneliti lagi gambar lain yang ada didalam album kecil yang masih ditangannya.

”emm ini siapa Mak Siti?” gambar Shah bersama seorang wanita cantik yang tersenyum manja di sebelahnya. Gambar mereka di tepi pantai. Senyuman manis shahrul yang tak pernah dilihat sebelum ini.

”itu arwah Najihah...tunang shahrul”

”hah?? Tunang? Mak Siti tak pernah cerita pun?”

”lama dah Intan 3 tahun lepas, dia meninggal sebab kemalangan jalan raya” Intan tersentak, kenapalah jalan raya selalu meragut insan-insan yang baik? Teringat kedua mak dan ayahnya. Hatinya dipagut rasa sayu.

”kenapa Intan?”

”emm...tak ada..manis orangnya” lama wajah wanita itu dipandang, macam pernah dilihat sebelum ini tapi dekat mana ek?

”Mak Siti, Intan balik dululah lagipun dah lewat ni..”

”ehh tidur sini sajalah. Bukan lari kemanapun rumah kamu tu” dia tersenyum. Pelawaan itu segera ditolak.

”tak apalah Mak Siti..lagipun rumah tu bukan Intan kunci tadi sebab ingat nak datang kejap je alih-alih lama pulak” segera dia mengatur langkah.

”nanti Mak Cik suruh Shah tolong hantarkan”

”ehh tak payahlah Mak Siti dekat je...lompat pagar pun boleh sampai..” ketawa Intan kedengaran.

Fikirannya masih membayangkan wajah wanita dalam gambar itu. Niatnya untuk bertanya lebih mendalam tapi niat itu mati apabila Mak Siti kelihatan tak selesa menceritakannya. Siapa Najihah? Aku kenal dia ke? Persoalan itu bermain-main. Hahh lantaklah bukan pentingpun. Akhirnya dia mengalah.

****

”sampai bila you nak lari dari I macam ni shahrul?” Ayu masih berdiri tegang di depannya. Baru sebentar tadi pintu biliknya dirempuh masuk. Ayu masuk tanpa sempat setiausahanya menghalang. Perempuan yang dulu bertahta di hatinya, dia sanggup berikan segalanya demi membuat Ayu tersenyum. Tapi sejak peristiwa itu Ayu bukan lagi wanita yang difikirkan layak menjaga wanita kesayangannya. Walau apa keadaan sekalipun maknya adalah wanita pertama. Tidak pernah akan jatuh taraf itu.

”you nak apa ni sebenarnya?”

”I nak You, shahrul Iskandar yang dulu, yang sayang I yang sentiasa merindui I” wajah Ayu meminta simpati

”maafkan I ayu, mungkin you bukan untuk I. Mungkin ada yang lebih baik untuk you.”

”I tahu you mesti dah ada perempuan lainkan?” suara Ayu berubah garang. Matanya tajam menikam mata Shah. Tapi lelaki itu tetap berlagak tenang.

”hahh itu semua alasan you untuk tinggalkan I. Mengaku sajalah you ada perempuan lain”

”yup...baiklah untuk pengetahuan you, I memang dah ada wanita istimewa yang akan menjadi anak kepada mak I, isteri ,kawan, dan Ibu kepada anak-anak I” jawapan itu membuatkan Ayu mengundur ke belakang. Puas hati shah apabila meluahkan segalanya. Dia benci dengan sikap Ayu yang sengaja berlakon di hadapannya padahal baru dua hari lepas dia berkepit dengan seorang lelaki di hotel. Shah enggan mengulas tentang itu, baginya apa yang berlaku itu adalah hak Ayu dan wanita itu sudah tiada makna baginya.

”you memang kejam shah...”

”I kejam sebab I dah tak bagi you RM2000 sebulan untuk belanja you? I kejam sebab I tak belikan you rantai belian seperti selalu? Atau I kejam sebab tak bayar ansuran kereta dan rumah you?” Ayu terpaku. Nampaknya lelaki itu memang betul-betul berubah. Dia gagal mengoda shah lagi. Jika dulu lelaki itu akan menurut segala apa yang diinginkan, tapi kini segalanya musnah. Entah saitan apa yang merasuk dirinya sehinggakan melupakan aku yang cantik ini.

”sudahlah Ayu baik you balik, I banyak keje nak buat...”

”baiklah kali ini mungkin I lepaskan You tapi...ingat shah I tak akan pernah ditolak oleh mana-mana lelaki sekalipun”

”kan I baru lepas tolak you?” kata-kata itu diselangkan dengan senyum menyindir. Ayu geram dia berdengus marah dan terus meninggalkan bilik Shah itu. Shahrul mengelengkan kepalanya, pening kepalanya memikirkan wanita ini. Hairan macamanalah dia boleh jatuh cinta dengan perempuan macam ni dulu. Lainlah kalau Najihah..

’apa makna cinta bagi Is?’

’cinta bagi Is adalah Najihah’

’main-mainlah..’ dia bersuara manja.

‘laa apa pula main-main Cinta bagi Is adalah Najihah Najwa Muhammad’

‘ini untuk Is…’

Sekeping A4 berwarna kunig bertukar tangan, satu persatu bait ayat yang tertulis di atasnya dibaca.


Cinta
Ada suka ada duka
Kenal cinta buat aku bahagia
Kenal rindu buat aku menunggu
Kenal dirimu buat aku tahu..itulah cinta.

Andai cintaku bisa bersuara
Pasti kau juga tak akan percaya
Sesungguhnya inilah bahagia
Kerana cintaku hanya untukmu
Hanya buatmu
ISKANDAR......
Najihah najwa.....

Shah tersenyum, ingatan itu yang masih segar.Iskandar lama nama itu tidak didengar. Hanya Najihah yang akan memanggilnya dengan nama itu. Tapi sekarang semuanya kosong hanya tinggal kenangan. Bayangan senyuman Najihah terlintas di mindanya. Mata dipejamkan perlahan, sambil kepalanya disandarkan ke kerusi. Ingatannya bersama najihah. Tapi tiba-tiba wajah Intan menjelma.

”weii mamat poyo...” jeritan itu membuatkan matanya terbuka luas. Matanya melilau mencari wanita yang memanggilnya tadi.

”Ya Allah....” dia meraut wajahnya beberapa kali. Mungkinkah cintanya kini milik Intan?


kerana kau 9

Kerana kau 9

Ayuni duduk di tempatnya. Wajahnya masam mencuka masih teringat ugutan bosnya meminta dia kembali ke pejabat. Suka hati dia nak marah orang ingat aku ni tak ada perasaan ke?. Kau ingat kau pandai sangat.

“haii Ayuni baru sampai ke?” Siti dan asyikin datang merapati Ayuni yang sedang menyusun fail-fail di atas mejanya. Ayuni tersenyum. Seminggu dia bercuti sendiri akhirnya dia mengambil keputusan untuk kembali ke Neraca Holding.

”lama Ayuni bercuti ek..” Asyikin kerani akaun bahgian pemasaran duduk di depan Ayuni.

”emm sengaja nak tenangkan otak ni dari dengar maki hamun bos kesayangan awak tu” perli Ayuni. Ketawa mereka bersatu.

Mereka membantu Ayuni menyusun fail yang bersepah di atas mejanya. Terbayang banyak kerja yang masih tak diuruskan. Lepas ni mesti terpaksa kerja lebih masa.

”ala..sebenarnya bos kita tu rindukan awak Ayuni..tu yang sentiasa tanyakan awak” Ayuni mencebik mendengar kata-kata Siti. Rindu? Eii nak muntah aku..

”banyaklah rindu awak, tengoklah fail atas meja ni sengajakan tinggalkan beban banyak macam ni dekat saya.” siti tersenyum .

Jam menunjukkan pukul 3.30 petang, namun Ayuni masih tekun dengan fail projek terbaru neraca Holding. Dia tenggelam dalam dunianya sendiri. Terdengar lagi bebelan Noraina yang marah kerana mengetahui dia masih belum makan tengahari. Hah kawannya itu sememangnya seorang teman yang terbaik.

”Ayuni sorry ganggu bos panggillah” mendengar keluhan yang keluar dari mulut Ayuni membuatkan Siti kembali memandang wajah wanita itu. Dia tersenyum.

”apa dia nak Siti?”

”entahlah..alaa dia rindu nak jumpa awaklah tu”

”emmm ke dia rindu nak maki hamun saya ni?”

Langkahnya terus diaturkan ke bilik Fariz. Sekali lagi hembusan berat dilepaskan. Pintu diketuk beberapa kali. Masih teringat tekingan Fariz saat dia masuk tanpa mengetuk pintu. Hishh tak mungkin dia mengulangi kesilapan itu. Mendengar suara bosnya barulah dia menolak pintu untuk masuk. Matanya menangkap seorang lagi yang sibuk berbincang dengan Fariz, lelaki itu mengadap Fariz membelakanginya. Kehadirannya seperti tidak menarik perhatian dua lelaki itu.

’tak akan nak suruh aku jadi tunggul dekat sini..’

”emmm encik Fariz ada apa-apa yang boleh saya tolong?” kata-kata itu membuatkan Fariz dan adam berpaling serentak. Adam memandang lama ke wajah yang berdiri di tepinya kini.

” Nur Ayuni Balqis” itu saja yang keluar dari mulutnya. Ayuni hanya tersenyum manis ke arah adam. Memang dia dah agak yang lelaki itu akan mengingatinya.

”apa awak buat dekat sini?” belum sempat Ayuni membuka mulut, Adam sudah bertanya lagi.

”saya...saya...”

” dia pengurus pemasaran Neraca Holding” bulat mata Adam mendengarnya.

”pengurus pemasaran? Kenapa selama aku dekat sini tak pernah nampak pun Ayuni?” persoalan itu ditujukan kepada Fariz. Tapi Ayuni bertindak terlebih dahulu.

”saya cuti panjang Encik Adam”

“emm korang dah kenal ke?” giliran Fariz pula bersuara. Tak sangka kehadiran Adam mengundang senyuman manis Ayuni yang tak pernah dilihat selama ini. Spanjang wanita itu bertentang mata dengannya.

”Encik Fariz panggil saya?” pertanyaan itu diulang lagi. Malas dia berlama di bilik bosnya itu terasa panas.

“saya nak awak sediakan promosi untuk klien kita yang baru. Syarikat dari US dan saya nak awak pastikan yang tiga hari lagi draf penuh akan sampai atas meja saya” bulat mata Ayuni mendengar arahan bosnya tiga hari? Gila apa mana nak buat research lagi pasal syarikat mana sempat. Bisik hatinya. Wajahnya berkerut hebat.

”ada apa-apa masalah?”

”emm boleh saya mintak tambahkan tempoh Encik....”

”saya tak nak dengar alasan..lagipun awakkan dah ambil cuti lama. Tak akan tak cukup lagi rehatnya” sindir Fariz. Matanya masih menatap lakaran di hadapannya. Adam di depannya hanya diam membisu. Tak patut rasanya dia mencelah sebab dia sendiri tak tahu apa-apa.

“kalau tak ada apa lagi awak boleh keluar” jelingan mata Fariz cukup menyakitkan hati. Mana tidaknya sengaja dia mendera wanita itu.

Ayuni meninggalkan bilik bosnya dengar dahi yang berkerut. Manalah dia nak siapkan tiga kerja dalam satu masa. Matilah kalau tak sempat siap, mesti mamat poyo ni menjerit nanti dekat telinga aku. Langkah terus diaturkan sambil mindanya merencanakan apa lagi yang sepatutnya dilakukan.

”kau biar betul..tiga hari sempat ke nak buat?” Adam bertanya tak puas hati.

”entah..”

”habis tu yang kau suruh budak tu dalam masa tiga hari buat apa?” sekali lagi dia bertanya. Fariz memandang tepat wajah sahabatnya.

”diakan pekerja yang bagus, mestilah dia boleh siapkan..dan untuk pengetahuan kau budak tulah yang bagi aku penumbuk tu” kali ini giliran Adam pula yang terkejut. Ayuni adalah wanita yang diceritakan Fariz selama ni? Tapi betul ke?

”Nur Ayuni Balqis?”

”yup...emmm macamana kau kenal dia?”

“jumpa secara tak sengaja”

“ada apa-apa ke? Aku tengok pandangan mata kau tu lain macam je” Adam menelan air liurnya. Terasa perit.

“kau ni mana ada apa-apa, Cuma aku suka tengok muka dia comel” kata-kata Adam membuatkan Fariz tersenyum, dasar lelaki. Namun dia sengaja menayangkan muka selamba. Walaupun hatinya mengakui apa yang diucapkan oleh Adam.

Perutnya sudah beberapa kali menyanyi lagu Rock. Terasa sangat lapar. Melihat jam masih belum menunjukkan pukul 4.15 petang. ‘alaaa lambat lagi ke nak balik ni, aku sakit perut dah ni’ hatinya menyesal kerana tak makan tengahari. Perutnya semakin menekan-nekan. Namun cuba ditahan, sengaja disibukkan dengan kerja-kerja yang bertimbun di atas meja.

Akhirnya dia berjaya membereskan beberapa laporan yang patut di siapkan minggu lepas. Hatinya lega lepas ni bolehlah dia tumpukan perhatian dengan projek terbaru ni. Dia mengemas kertas-kertas yang berselerak di meja. Sebelum balik dia mesti memastikan yang semua maklumat mengenai kertas cadangan Syarikat US dibawa bersama. Mungkin masa rehatnya di rumah terpaksa dikorbankan.

”Ayuni bos panggil” suara itu membuatkan Ayuni terkejut.

”hah?laa dia nak apa lagi? Saya nak baliklah” Siti hanya menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu.

”hishhh menyusahkan orang betul” dia bangun dari kerusinya, beg tangannya juga sudah disandang. Berkira-kira untuk terus pulang selepas berjumpa Fariz.

Fariz tidak senang duduk, satu persatu maklumat yang tertera di skrin komputernya di lihat. Hatinya pasti itu adalah iklan rekaan syarikat mereka. Tapi kenapa mesti cybercop yang dulumengeluarkannya? Meja ditumbuk. Geram. Ini mesti ada orang dalam yang buat hal.

”macamana Riz?” adam bergegas masuk. Dia duduk di depan Fariz.

“entahlah aku pun tak tahu macamana rekaan kita boleh serupa dengan mereka. Tapi aku yakin ini mesti ada dalang” Muka Fariz berkerut hebat.

Dalam masa yang sama, Ayuni pula menjengukkan kepalanya. Dua pasang mata memandang tepat ke arahnya.

”ayuni masuk” pinta Fariz.

”kenapa Encik?”

”kenapa awak kata?.. ni macamana boleh jadi macam ni?” Fariz menunjukkan lakaran draf iklan dengan iklan milik cybercop. Berkerut dahi Ayuni. Dia meneliti draf di depannya, cuba membandingkan antara dua. Ini kerja bahagian rekabentu apa kaitannya dengan aku?’ sempat persoalan itu bermain di mindanya.

”sama”

”ya Cik Ayuni Balqis sama..dan draf yang kita buat sama dengan Iklan yang sudah di keluarkan oleh syarikat cybercop, macamana ini boleh berlaku?”

”hah?” Adam dan Fariz memandang ke arahnya seolah-olah semua jawapan ada padanya.

”jadi apa kaitannya dengan saya?” soalan dijawab dengan soalan.

Fariz terdiam, baru dia berfikir. Kenapa dia memanggil Ayuni? Kini giliran dia pula menjadi perhatian.

“emmm apa pandangan dari bahagian pemasaran sebelum kita pasarkan iklan ini untuk syarikat?”

“emmm kita tak boleh teruskan iklan ini kerana ini akan membuatkan iklan yang kita hasilkan klon Encik Fariz. Kita perlu ubah reka bentuk iklan malah mungkin temanya, maksud saya mungkin lakaran baru”

”tapi esok kita akan bentangkan strategi iklan dan segala perincian untuk klien...tak mungkin kita boleh minta rekaan baru untuk iklan yang separuh siap” kini giliran Adam pula yang bersuara. Esok dia yang akan membuat pebentangan sendiri bersama Fariz. Syarikat OPEx adalah pelangan terbesar syarikat. Mereka sama-sama berfikir.

”emmm nampaknya kita perlukan draf cadangan baru dan kita sediakan penyata sebenar perbelanjaan yang dan dibuat dan sebab kenapa syarikat perlu mengubah tema iklan” cadangan bernas Ayuni membuatkan Fariz dan Adam memandang sesama sendiri.

”jadi kita mesti siapkan draf cadangan itu hari ini juga sebelum 9.00 pagi esok” arahan Fariz disambut anggukan oleh Adam dan Ayuni.

Mereka mengambil tugas masing-masing, kalau nak diikutkan memang tak logik syarikat sebesar Neraca Holding akan melakukan kesilapan sebesar ini. Neraca holding punya 300 orang pekerja profesional dan sembilan anak syarikat yang semakin maju tapi...

Ayuni menutup mulutnya, mata sudah mula mengantuk, jam di tangan menunjukkan jam 10.00 malam. Adam dan Fariz masih tekun dengan kerja mereka. Dia menekan perutnya yang dari tadi terasa pedih. Baru dia teringat dari pagi dia hanya makan dua keping roti.

”Ayuni awak ok?” Adam dapat menangkap wajah kerut Ayuni.

”emm tak ada apa Encik Adam”

Kerja mereka diteruskan lagi. Ayuni memberitahu Noraina masalah yang dihadapi. Sempat teman serumahnya itu berpesan tentang makan. Ayuni tersenyum. Terpaksalah dia menipu menyatakan yang dia sudah makan.

Jam tepat pukul 12.00, ayuni gelisah di duduknya ditambah pula dia duduk bersama dua orang lelaki yang sepatutnya menjadi musuhnya. Kenapa dia mesti bersusah payah kerana Neraca Holding? Bukankan kemusnahan syarikat itu yang menjadi matlamatnya?. Lama dia termenung.

”Ayuni...Ayuni...” panggilan Adam tidak dihiraukan.

”Ayuni....” pantas dia berpaling ke arah Fariz, jeritan lelaki itu membuatkan dia kecut perut. Suka sangat suara tu memecahkan telinga aku.

”apa?” tanyanya kasar. Hah lantak arr lagipun dah lepas waktu kerja.

”awak dah siap?” tanya Fariz.

”dah..” kertas yang keluar dari muka printer diambil dan diberikan kepada Fariz. Masih panas.

”bagus...akhirnya kita berjaya siapkan, aku rasa cukup lengkap untuk kita esok” Adam tersenyum bangga. Teruja dengan asal kerja mereka.

Ayuni mengemaskan meja rehat bilik Fariz. Beg tangannya dicapai. Perutnya dari tadi pedih namun tidak disuarakan kerana melihat dua orang bosnya yang lemas dalam kerja.

”kalau tak ada apa-apa lagi saya balik dululah Encik Fariz, Encik Adam” dia membetulkan pinggang yang terasa sakit akibat duduk terlalu lama.

”awak balik naik apa?” tanya Fariz tapi matanya masih meneliti kertas-kertas didepannya.

”teksi”

”tak apalah saya hantar awak balik” Fariz memandang Adam, kawannya itu lebih dulu bertindak.

”ehh tak apalah Encik Adam saya dah biasa naik teksi”

”biasa tu lepas waktu kerja pukul 5..sekarang ni dah pukul 12 malam awak tahu... bahaya” bulat matanya mendengar kata-kata Fariz. Betul ke apa yang dia dengar ni? Encik Fariz cakap macam tu?.

“oklah Riz aku balik hantar Ayuni dulu” minta adam. Dia bangun mencapai kot di atas sofa dan kunci keretanya di atas meja Fariz.

“ok”

“kau jangan nak tidur dalam ofis ni pula...” pesan Adam. Faham benar dia dengan sikap Fariz yang gila kerja itu.

Adam mengikut rapat di belakang Ayuni, walaupun wanita itu tidak mengambarkan wajah takut tapi dia tahu apa yang bermain di fikiran wanita itu. Kalau Aleyya dah lama lengannya dipeluk kuat. Aleyya takut dengan suasana gelap. Pernah sekali mereka terperangkap dalam Lif yang menyebabkan wanita itu diserang demam teruk.

“awak tak takut gelap?” Ayuni tersenyum mendengar pertanyaan Adam.

“saya dah biasa Encik Adam..”

“panggil Adam cukup, dan lepas waktu kerjakan”

“awak memang seorang wanita yang berani nampaknya sebab setahu saya wanita yang saya jumpa semua takut dengan gelap”

“bukan saya seorang yang berani Encik Adam tapi kadang kala keadaan memaksa kita menentang lumrah alam terutamanya perasaan”

“maksud awak?”
“mungkin satu hari nanti Encik Adam akan tahu apa yang saya katakan” Ayuni menekan perutnya, aduhh perut ni nak buat perangai pulak.

Adam membuka pintu keretanya. Memberi laluan kepada ayuni untuk masuk. Tapi langkahnya mati apabila matanya terhenti di tayar kereta yang kempis tiada angin. ’alamak...’

”macamana ni Encik Adam?”

”nak buat hal masa ni juga tayar ni...tak apalah kita minta tolong Fariz ” mendengar kata-kata itu membuatkan Ayuni melepaskan nafas lega. Hampir terlupa yang Fariz masih ada di pejabatnya.

Keringan telifon membuatkan fariz mencari bunyinya dari arah mana. Satu persatu kertas diselak mencari telifon yang berbunyi. Matanya tertangkap dengan Nokia N70 berwarna pink, pasti milik Ayuni. Kepalanya digelengkan, wanita ini memang cuai. Sekali lagi ia berbunyi, panggilan dari nombor yang sama. Fariz mengambil kepuntusan untuk menjawabnya.

”helo..wei kau dekat mana ni tak balik lagi? Aku risaulah..ni kau dah makan belum? Jangan cakap dekat aku yang kau belum makan lagi ayuni. Tolonglah dahlah kau tak makan tengahari tadi..ni dah dekat pagi tak balik-balik, aku risau..hello..hello..” bebelan Noraina tidak memberi peluang untuk Fariz menjawab.

”hello..”

”ehhh siapa ni?”

”saya Fariz bos Ayuni..dia tertinggal telifon, tapi awak jangan risau dia dah balik”

”emmm ok baiklah Encik terima kasih” terus talian itu dimatikan. Belum sempat dia kembali ke tempatnya, giliran telifon bimbitnya pula menjerit.

***

”apa mimpi kau tetiba nak belanja tengah-tengah malam ni?” tanya Adam. Pelik apabila Fariz membawa mereka ke restoran seri andang yang buka sehingga pagi. Baru petang tadi mereka makan di situ masakan perut kawannya itu lapar lagi.

”entahlah aku tetiba rasa nak makan nasi goreng kampung dekat sini sedap”, Adam tersenyum, perangai kawannya itu bukan senang diramal, kadang kala gilanya akan datang.

”ni telifon kau ke?” Fariz berpura-pura tanya.

”hishh kau ni tak akan telifon aku..warna pink plak tu..bukanlah. mana kau jumpa?”
”emmm dekat bilik aku tadi”

”laaa Ayuni awak punya kot?”

”hah?” ayuni yang diam melayani perasaannya terkejut apabila namanya dipanggil.

”ni haa telifon awak ke?” adam menayangkan telifon pink itu di hadapan Ayuni. Ayuni kelihatan meraba-raba beg tangannya.

”yalah saya punya..” pantas diambil dan dimasukkan ke dalam beg, bimbang kalau ada apa-apa yang akan terbongkar. Gambar Datuk Mansur banyak disimpan di dalam telifonnya. Matanya beralih ke arah Fariz, cuba menilai pandangan lelaki itu takut-takut rahsianya sudah diketahui. Tapi dia yakin lelaki itu masih belum mengetahui apa-apa.

”awak makan sekali ayuni” pelawa Adam ”lagipun bos kita nak belanja hari ni bukan senang dia nak belanja makan ni tahu tak” sambungnya lagi.

Ayuni hanya mengangguk setuju, dia sendiri sudah tak sanggup menahan lapar. Nasi goreng di depannya membuka selera. Bersemangat dia makan tanpa mempedulikan apa yang dibualkan Adam dan Fariz. Apa yang penting matlamatnya hanya satu balik tidur.

”terima kasih Encik Adam...” ucapnya sebaik sahaja sampai di depan pagar rumah sewanya. Kelihatan lampu rumahnya masih terang. Pasti Noraina sedang menunggunya.

”ehh awak kena berterima kasih dengan bos awak ni sebab siap belanja makan lagi” ucapan Adam membuatkan matanya menatap sekilas wajah Fariz di tempat duduk pemandu.

”terima kasih” itu sahaja yang mampu di ucapkan.

***

Telifon bimbitnya dipandang lama. Cuai betul dia macamana kalau rahsianya terbongkar? Macamana kalau niatnya selama ini sampai ke pengetahuan Datuk Mansur sekeluarga. Hah tak mungkin. Dia mengenggam kuat telifon itu tak mungkin perkara ini akan berlaku. Tak mungkin. Itulah janjinya.




Friday, May 8, 2009

DR. CINTA 1


“Maz nak duduk sini ke? Tak nak ikut akak”
“malaslah..lagipun kak Ani ada depan tu”
”ok...akak tak lama dalam 20 minit je ek..”
”emm ye ke 20 minit?...dah jumpa buah hati tak akan 20 jam pun boleh”. Mazliana ketawa kuat. Dr. Azlin kakaknya hanya mencebik.
”orang suruh cari kekasih tak nak...pas tu cemburu plak”
”eiii pleaselah ek nak cemburu..cemburu segala ni, tak ada dalam kamus hidup Siti Mazliana Nordin tau” Dr. Azlin menjelir lidah ke arah adik kesayangannya. Dia keluar meninggalkan kliniknya. Dia sudah lewat. Muka Monyok Johan terbayang di kotak fikiran. Bertambah laju kakinya melangkah.

Mazliana memandang sekeliling.bosan. yang ada di atas meja semuanya tidak menarik perhatiannya. Dia terpandang Tag nama yang terletak cantik di jubah putih. ’Dr.Mazliana’ dia berangan sendirian. Tanpa sedar jubah itu sudah tersarung di badannya. Cantik.
’eiii boleh jadi doktor aku ni’
’ya sakit apa, boleh saya tolong?’
’emmm..ok mak cik boleh ambil ubat dekat luar’
Dia tersenyum gerak geri Dr.Azlin dilakonkan. Dia kembali duduk di kerusi yang di tinggalkan tadi. Novel suratan kasih dibuka semula, minatnya dalam penulisan dan lakonan membuatkan dia menolak tawaran perubatan yang diterima. Masih terdengar bebelan mamanya sehingga kini mamanya bersikap dingin.

”Doktor...doktor..tolong kawan saya ni”, tiba-tiba dua orang pemuda merempuh masuk ke dalam bilik. Habis terpelanting novelnya entah ke mana. Mazliana mengurut dada. Eiii bagilah salam dulu kalau nak minta tolong pun.
“ehhh kenapa ni??”
Mazliana bertanya bodoh. Dia mengaru kepalanya, melihat lelaki itu sedang mengerang kesakitan.
”dia jatuh masa perlawanan tadi, tak boleh nak bangun”
Hanya pemuda yang masih berjersi bola itu menjawab. Yang sorang lagi masih mengerang kesakitan. Mazliana panik, dia mendekati lelaki yang sudah duduk dan mengerang kesakitan.
”kat mana sakit ni??”
”kakilah, tak akan kepala kot...aduhhhh..”
’amboii sakit pun kurang ajar lagi’ bisik mazliana perlahan.
”apa doktor??” tanya lelaki itu. Wajahnya berkerut menahan sakit.
”emmm tak ada macam ni sebenarnya........”, mazliana cuba berterus terang.
”aduhhhhh........”,
”doktor kenapa kaki dia ni patah ke?!...”, pertanyaan pemuda di sebelahnya membuatkan mazliana bertambah kalut.
”hah?!Entah.....”
”entah????...maksud doktor?”, Zikri bertanya hairan. Doktor dihadapannya kelihatan pelik. Dari tadi dia hanya berdiri dan melihat keadaan Iskandar dari jauh.
”emmm tak maksud saya mana saya tahu..sebab saya tak periksa lagi”, sekali lagi mazliana mengutuk dirinya kerana menipu. Tapi jelingan pemuda di sebelahnya betul-betul membuatkan dia rasa takut.
”doktor tengoklah cepat”, sergahan pemuda yang mengerang sakit itu sekali lagi membuatkan jantungnya seakan mahu gugur. Eiiii suka menjerit betul mamat ni.
”Encik..boleh tak jangan memekik macam tu, kalau encik beristifar banyak-banyak tak adalah sakit sangat” Iskandar terkedu. Zikri pula tersenyum mendengar kata-kata Doktor muda itu. Dalam hatinya mengekek gelak melihat wajah kelat Iskandar.
”sakitlah Doktor!...” sekali lagi Iskandar bersuara tapi tidak sekuat tadi.
”sakit pun anugerah juga...saya tahulah awak sakit tapi janganlah mengerang. Macam perempuan.”
Mazliana berkata selamba. Pantas dia tunduk melihat kaki lelaki itu yang sudah membengkak.
’alaaa....sikit jer menjerit macam nak mati’ mazliana bermonolog sendiri. Wajah lelaki itu dipandang mesti anak manja sakit sikit pun nak kecoh.
”emmm tak ada apa-apa kaki awak ni, Cuma terseliuh sikit je”,
”sikit doktor kata...kenapa sakit sangat??”
”ehhh...saya tahulah saya doktor ke awak doktor?”
Iskandar menjeling tajam Zikri yang tergelak kecil. Semua salah sahabatnya itu sibuk ajak main bola.padahal dia sendiri tahu yang Tengku Iskandar Tengku Mazlan ni tak akan pernah mengotorkan kakinya. Baginya permainan bola sepak adalah permainan yang bodoh. Satu bola berebut ramai-ramai.
”emmm Is tolonglah aku...team aku tak cukup kaki ni..”
”ooooohhh NO..No kau dah lama kenal akukan. Jawapan aku mesti TIDAK”
”alaaa..aku tahu kau pandai main”,
”Zik kenapalah kau nak main permainan bodoh tu...emmm kalau kau nak sangat bola tu aku boleh belikan. Emmm berapa orang team kau?..satu sorang aku bagi bola tak payah berebut”,
Rayuan Zikri masih terdengar-dengar. Entah atas dasar apa dia menerima tawaran yang diberikan. Akhirnya inilah yang dia dapat sakit satu badan.
”Jadi macamana doktor?” suara Zikri kedengaran. Iskandar kemabali ke alam nyata.
”ini urut sikit ni oklah...”
”Urut??”
Mazliana tunduk melihat kaki lelaki itu. Dia mengaplikasikan kemahiran mengurut turun temurun arwah neneknya. Iskandar mejerit kecil setiap kali jari itu menyentuh kakinya. Zikri pula hanya menjadi pemerhati setia. Leka melihat doktor muda itu. Matanya jatuh ke wajah bersih milik mazliana. Cantik. Dia memuji dalam diam.

”ok...” kata-kata itu membuatkan mata Zikri dan Iskandar terarah pada wajah Mazliana.
”awak boleh ambil ubat sejam dari sekarang..”
”kenapa sejam doktor? Lamanya?”
”emmm...emmm..” mazliana memikir ayat yang sesuai. Matanya melilau mencari idea. Tulah menipu lagikan dah susah. Bisik hatinya.
”sebab klinik saya dah kehabisan ubat so lagi sejam awak datang balik, ok awak berdua bolehlah keluar”, satu senyuman kecil dilemparkan.

Sebaik sahaja bayang dua pemuda itu tidak kelihatan mazliana melepaskan keluhan berat. Dia memikir kembali pembohongan kecil yang dibuat. Hisshhh kerja gila nasib baik Cuma terseliuh buatnya sakit jantung tak pasal-pasal. Pantas dia membuka jubah putih yang dipakai.
”kak Ani kenapa benarkan pesakit tu masuk?”
”hah? Kenapa pulak?”
”kak Lin mana adalah dalam bilik”
”laaa...akak tak tahu pulak Dr.Lin tak ada, habis macamana pula mamat hensem tu tak kata apa-apa pulak”
”hehehhe...sebab Maz yang jadi Doktor”
”ya Allah budak ni, biar betul.....”
”betullah Dr Cinta...” mazliana gelak besar. Kak Ani hanya mengelengkan kepala. Dia lebih senang apabila bersama Mazliana berbanding Azlin. Azlin seorang yang tegas tapi Maz seorang gadis yang periang dan sentiasa tersenyum.

”ni semua kau punya pasal....”, Iskandar memandang wajah selamba Zikri. Kereta Gen2 hitam miliknya bergerak perlahan meninggalkan klinik.
”ala...kau ni bukan aku yang buat kau jadi macam tu...”, Zikri tak puas hati dari tadi Iskandar hanya mengalahkan dirinya.
”doktor tu satu suka hati mulut dia je nak bercakap” Iskandar melihat kakinya.
”alaaaa....aku tengok kau pun syok je tadi kena urut dengan diri..”
”kata aku. Kaupun apa kurangnya mata macam nak terkeluar pandang muka dia” gelak mereka kedengaran. Masing-masing tidak lupa kenangan bersama Dr. Muda itu.

Peristiwa di klinik masih terbayang-bayang. Mazliana mengaru kepalanya beberapa kali. Puas juga dia dimarahi Azlin. Tapi dia yakin marah Azlin kepadanya tidak akan lama. Dia cukup faham dengan perangai kakaknya itu.

“haiii jauh anak mama ni mengelamun”. Puan maznah duduk di sebelah anaknya.
“emmm tak jauh manapun mak. Sekarang ni minyak mahal tak boleh jauh-jauh sangat”
“hishhh macam tu pulak..main-main ek...” pipi gebu anaknya dicubit perlahan. “kenapa muka Kakak tu smacam mak tengok?”sambungnya lagi.. Puan Maznah duduk disebelah anaknya.
“entahlah mak gaduh dengan si johan tu kot” tangannya kembali menari di atas lukisan. Satu persatu warna dicalit. Cuba menyembunyikan masalah sebenar. Tak akan nak bagi tahu sebab aku kot hishhh kantoi arr nanti.
“amboii sedapnya bahasa anak mak ni?” Puan Maznah menampar lembut bahu anak manjanya itu. Lukisan yang terlakar di depan matanya dipandang. Cantik memang anaknya itu pelik sejak kecil lagi sudah berbakat.
”anak mak lukis apa ni?”
”emmm perasaan..” Mazliana tersenyum. Itulah tema hasilan terbarunya itu.
”perasaan?”
”emmm lukisan yang mengambarkan perasaan kita manusia yang tak dapat digambarkan..tapi calitan warna ni boleh terangkan segalanya mak..” berkerut dahinya mendengar penerangan jelas dari mulut anaknya itu.
”tak fahamlah tu....” Mazliana bersuara. Melihat wajah maknya jelas wanita itu tidak memahami. Puan Maznah tersenyum, anaknya terlebih dahulu membaca apa yang bermain di mindanya.
”manalah mak tahu, kalau cerita pasal ikan masak asam pedas mak fahamlah” ketawa mereka bersatu.
”memandangkan mak memahami ikan masak asam pedas, apakah gerangannya jika tuan hamba memasaknya esok untuk hamba, kerna teringin benar rasa tekak ini..ohhh sedapnya” terbayang ikan pari masak asam pedas,perhhh terangkat kalau mak mentua lalu pun aku buat tak nampak.
”boleh saja tapi dengan satu syarat...tolong urutkan beta dulu..sakit-sakit badan mak ni, terasa-rasa tangan ajaib anak mak ni urut”
”amboiii beta tu mak...baiklah patik menurut perintah tuanku” sekali lagi dia gelak besar. Maknya adalah wanita teratas dalam hidupnya tak mungkin ada penganti. Pantas tangannya memainkan peranan. Puan Maznah tersenyum menikmati urutan anaknya.

***
Pagi itu seperti biasa mazliana akan menghabiskan masa di taman. Sudah menjadi rutinnya, dia cukup gemar berjogging. Oeh kerana hari minggu kakaknya awal-awal lagi sudah angkat tangan tak nak ikut. Mamanya pula sibuk dengan kenduri rumah jiran nak ajak papa lagilah jangan harap.

Peluh sudah menitis bermakna joggingnya kali ini berjaya walaupun hanya seorang diri. Langkahnya terhenti apabila melihat seorang wanita yang sebaya maknya duduk di bangku rehat. Mukanya berkerut seperti menahan sakit.

”emm ehh mak cik kenapa ni?” wajah wanita itu dipandang dari gayanya nampak seperti baru lepas berjogging. Wahh...main teka teki pulak...suka hati baca riak muka orang.
”entahlah ni pinggang mak cik ni tiba-tiba sakit”, Mazliana duduk di bangku yang sama cuba melihat tepat yang ditunjukkan oleh wanita itu.

”mak cik datang sorang je ke ni?”
”emm..driver mak cik hantar tadi tapi dia balik sebab anak dia demam panas”, Mazliana mengangguk perlahan.
”emmm saya hantar mak cik baliklah kalau macam tu?”
”ehh tak menyusahkan ke?.. tak apalah mak cik tunggu...tadi anak mak cik kata kawan dia akan datang ambil mak cik”
”hishh panas ni mak cik nak tunggu apa lagi mari saya hantarkan..”, mazliana tersenyum. Akhirnya dia berjaya memujuk wanita itu. Baiknya dia hari ni nasib baiklah mak cik ni jumpa aku yang baik hati...Mazliana tersenyum memuji diri sendiri. Mazliana membantu langkah Mak cik yang entah siapa namanya.
Sebaik sahaja mereka keluar dari taman, sebuah BMW series warna hitam muncul betul-betul hampir nak merempuh mereka.
”hishhh gila ke bawa kereta macam ni?” seorang pemuda keluar dari kereta itu. Pantas mendapatkan wanita di sebelahnya. Tangan wanita itu disalami. Lalu cermin matanya dibuka. Mazliana memandang lama..macam pernahku lihat mamat ni tapi dekat mana ek? Pelakon ke? Hishhh aku mana layan cerita melayu..tak mungkin!!

”maaf Mak engku zik lambat...kereta pula buat hal..tu bawa kereta Is ni” nasib baik dia cepat kalau tidak mesti kena bambu dengan Iskandar.
”tak apa zikri...lagipun tak lambat manapun” zikri tersenyum matanya beralih ke wanita yang berdiri tak jauh dari mereka.
”ehhh doktor buat apa dekat sini?” laa...mamat dekat klinik tu ke..baru Mazliana dapat mengingat jelas wajah itu. Matilah aku!! Bisiknya perlahan.
”zikri kenal ke?”
”laaa Mak Engku nilah doktor yang urut kaki Is tu...” zikri menerangkan keadaan sebenar.

****

KERANA KAU 8


Kerana kau 8

“ehh kau nak kemana ni?” Noraina memandang wajah pucat temannya.

“ofislah dah laa semalam aku ponteng, matilah aku kali ni” sempat dia bersuara sambil bibirnya dicalit sedikit pelembab bibir ingin menutup bibirnya yang kelihatan pucat.

“kau kan sakit tak payahlah…” Noraina masih mencuba walaupun dia sendiri tahu usahanya itu sia-sia.

“tak apa kau jangan risau nanti kalau ada apa-apa aku call kau ek”, jam menunjukkan pukul 7.30, aduhh nampaknya lambat lagi dia kali ni. Sengal-sengal sakit perutnya masih terasa.

Noraina hanya mampu memandang kelibat Ayuni yang meninggalkannya. Faham sangat dia sikap degil ayuni dari dulu lagi tak pernah berubah. Dalam hatinya berdoa agar tiada apa yang berlaku ke atas temannya itu. Dia yang sakit aku pulak yang tak kerja, teringat dia mengambil cuti dua hari semata-mata ingin menjaga Ayuni.

Ayuni melepaskan keluhan berat. Lelahnya dilepaskan perlahan. akhirnya sampai juga Neraca Holding, macam jauh sangat rasanya. Haiii macamanalah agaknya bos aku hari ni, mesti naik angin lagilah, pelik perangai sama macam mak dia dah memang keturunan menyusahkan orang nombor satu. Ayuni membebel dalam hatinya.

“haii awak ingat syarikat ni bapak awak punya? Sesuka hati awak je nak cuti, nak datang lambat?” terkejut, ayuni megurut dadanya. Pantas dia berpaling. Encik Fariz!!

“saya....” semua mata sudah memandang ke arahnya. Malunya hanya tuhan saja yang tahu. Kalau ada kuasa mesti dia akan hilangkan diri saat itu.
“awak masuk bilik saya sekarang”, Fariz bersuara kuat. Kecut semua yang mendengarnya.

Ayuni mencampakkan beg yang dipegangnya ke atas meja. Bodoh dia ingat aku ni apa..sesuka hati dia nak pekik nak menjerit. Kau ingat ini syarikat bapak kau, kau dah bagus sangatlah. Dia berdengus geram, perlahan dia meraba perutnya yang terasa sakit. Dia tertunduk ke bumi. Tangannya masih menekan perut yang sakit.

“aduhhh...tolonglah perut bukan masa ni kau nak sakit” bisiknya perlahan cuba meredakan rasa sakit.

“Ayuni awak ok ke?”

“hah!!..ehh ok..ok..” dia tersenyum memandang siti.

“ok ke muka awak pucat semacam je saya tengok?” Siti memegang lengan Ayuni cuba membantu wanita itu.

“emmm oklah mana ada apa-apa lupa..”

“Encik Fariz.....” belum sempat Siti menghabiskan ayatnya ayuni sudah menggangguk faham. Dia sudah diarahkan tadi lagi untuk ke bilik bosnya tapi entah kenapa sengaja dia buat tak dengar.

Langkah diatur perlahan pintu itu diketuk beberapa kali. Lalu dia melangkah masuk. Fariz berdiri membelakanginya, meneliti permandangan hutan konkrit. Cantik bilik ni’ sempat hatinya memuji.

“Encik Fariz panggil saya?” wajah kelat lelaki itu membuatkan dia bersedia untuk menerima apa yang akan dimuntahkan.

“awak ni memang sengajakan...sengaja nak mencabar saya?”

“apa maksud Encik Fariz?” berkerut dahinya.

“awak tahu macamana keadaan syarikat sambut Encik Adam semalam?, memalukan saya. Semua salah awak...awak tahu?..awak sedap sedap cuti tak datang kerja? Kenapa?”

“saya ada masalah sikit Encik Fariz..saya...”

“sudah,,saya tak nak dengar alasan pekerja macam awak ni..mungkin mak ayah awak tak ajar agaknya..” Ayuni memandang tajam wajah Fariz..lelaki itu nampak begitu kecil di matanya.

“encik Fariz ni kenapa?? Kalau nak marah saya jangan libatkan mak bapak pula” bulat mata Fariz mendengar jeritan Ayuni. Panas hatinya.

“amboii...menjawab nampaknya...salah ke apa saya cakap? Kalau perangai awak macam ni mesti sebabkan asuhan awak..” Ayuni mengenggam kuat tangannya. Dia mendekati Fariz, Gumpalan penumbuknya dilayankan tepat ke muka lelaki itu. Hah ambik kau!!.

“saya tak tahulah salah siapa tapi memang encik fariz ni kurang ajar, tak reti nak hormat orang, bodoh sombong, degil macam-macam lagilah...kalau nak salahkan ayah saya mungkin ayah Encik Fariz pun sama”

Ayuni meninggalkan Fariz dalam kesakitan. Puas hatinya. Padan muka!!

***

“padan muka kau” dalam ketawa yang masih bersisa Adam menelek muka Fariz. hebat juga perempuan ni, bos sendiri pun dia tumbuk.

“aduh....” Fariz menahan sakitnya, Siti masuk membawa dua cawan kopi yang diminta oleh bosnya. Berita Ayuni menumbuk muka bosnya sudah diketahui dari tadi. Wanita hanya memandang sayu wajah Ayuni bila wanita itu keluar dengan barang-barangnya sekali.

“Encik Fariz pecat ayuni?” tanya siti berani. Walaupun ada sedikit rasa takut di hatinya.

“kau pecat dia Fariz??” tanya Adam pula, mengulangi persoalan Siti.

“mana ada...kenapa awak cakap macam tu Siti?” cawan kopi yang didepannya diangkat pelahan.

“Ayuni dah kemas semua barang dia tadi lepas tu terus balik” kata-kata Siti membuatkan Fariz terdiam.

“dia takutlah tu saya buat apa-apa dekat dia, sebab tu ambil keputusan sendiri” Fariz masih belum mengaku, kesalahannya.

“emm saya bukan apa Encik Fariz Ayuni tu anak yatim piatu, kesian pula saya tengok dia keluar tadi. Lagipun mungkin dia tak sengaja nak buat macam tu dekat Encik Fariz” kata-kata Siti membuatkan Fariz sekali lagi tersentap. Dia bangun dari duduknya. Matanya memandang ke arah Siti.

“Maksud awak ayuni anak yatim piatu?” soalan bodoh yang lahir dari mulutnya membuatkan dia mengingati kembali apa yang terkeluar dari mulut jahatnya. Hishhh biar betul kau ni Fariz kenapa kau ni lancang sangat pula...fariz mengutuk dirinya.

“mana dia sekarang siti?”

“dia dah lama balik Encik Fariz”

“amboii suka-suka dia balik...awak tulis satu surat rasmi, dia tak dibenarkan letak jawatan selagi belum setahun itu perjanjian yang telah dipersetujuikan”, kata-kata Fariz membuatkan Adam tersenyum, bijak kawannya itu menutup kesalahannya.

“kau ni kenapa pula senyum-senyum?” Adam mendongak memandang Fariz..hah sudah nak marah aku kang kena penumbuk lagi sekali baru tahu.

“aku teringin pula nak kenal perempuan yang tumbuk muka hensem kau ni...nampak sangat dia tak pernahpun kagum dengan muka kacak kau” ketawa Adam masih berlarutan. Dia bangun meninggalkan Fariz. masih banyak kerja yang perlu diselesaikan.

“ehh kau nak ke mana pula tu?” tanya Fariz melihat Adam yang sudah bangun dari duduknya.

“laaa buat kerjalah bos tak akan nak layan perasaan bos je.. nanti saya pulak yang kena penumbuk” sempat dia mengenakan Fariz. Fariz mengetap bibirnya. Geram

***

Hari ni dah masuk dua hari dia memerap dirumah, pagi tadi, dia mendapat panggilan dari Siti, sengaja dia membiarkan apa yang diberitahu kepadanya itu walaupun dia sendiri tahu kesan perjanjian itu. Tapi entah kenapa hatinya seperti tiada berperasaan. Dia memandang cermin di depannya iris matanya sendiri seperti menyatakan sesuatu tapi apa?

‘hahhh macamlah kau tak pernah dengar hinaan lebih dari itu’ bisik satu suara.

‘tapi kenapa dia mesti sakitkan hati aku? Apa salah aku?’

‘dah memang nasib kau kena herdik kena hina kau memang anak sial sama macam apa yang kawan-kawan kau kata masa sekolah dulu’

‘tidak...tidak.....’

Ayuni bangun dari duduknya pantas tangannya menutup kedua belah telinganya. Tak mahu mendengar lagi suara-suara yang berbisik itu. Cepat dia membawa dirinya jauh dari cermin itu. Tapi kemana dia nak lari?

***

“kenapa anak mama ni termenung jauh?” Datin Normah duduk di sebelah anak lelaki kesayangannya.

“mama....” hanya secalit senyuman terukir di wajah itu.

“kenapa lain macam je senyum tu macam ada makna je?” pandangan mamanya membuatkan Fariz kembali memandang kolam renang di hadapannya.

“Fariz ada masalah ke sayang?” tanyanya sekali lagi apabila anaknya itu terus membisu.

“emmm tak adalah mama..biasalah masalah syarikat tu...”

“haiii tak pernah-pernah anak mama ni merungut pasal kerja kat syarikat pelik ni?” Fariz tersenyum, mamanya memang seorang yang lemah lembut.

“ke anak mama ni teringatkan bakal menantu mama kot” tekaan mamanya membuatkan Fariz ketawa kecil, mulalah kalau dah masuk isu menantu ni mesti sikit lagi mamanya akan membebel.

“Riz tengah cari perempuan macam mama, seorang wanita, isteri, mama yang baik”, pujian anaknya membuatkan hatinya kembang. Tapi baikkah wanita sepertinya merampas kebahagiaan wanita lain? Kalau fariz tahu kisah mama adakah pujian itu akan keluar dari mulut Fariz?.

“mama...mama...” Datin Normah tersentak, panggilan Fariz membuatkan dia kembali ke alam nyata.

“haiii mama tak akan rindukan papa kot..”

“hishhh dah tua-tua nak rindu apanya” fariz tersenyum melihat wajah malu-malu mamanya.

“papa mana tak balik lagi ke?”

“entahlah tadi katanya nak jumpa kawan lama, tak balik-balik lagi”,

“Kawan lama? Aikk siapa ek kawan lama papa?” persoalan yang sama beraja di fikiran Datin Normah sejak tadi. Tak pernah suaminya keluar tergesa-gesa begitu. Mesti ada sesuatu yang disembunyikan.

Malam masih diterangi cahaya bulan. Datuk Mansur masih menunggu kehadiran orang yang sudah lama ditunggu. Dari jauh dia dapat menangkap bayang lelaki itu. Serba hitam baju yang dipakai. Topi menutup sebahagian mukanya. Macam gaya penjahat pula, bisik hatinya.

“Maaf Datuk saya lambat ada urusan sekejap tadi”

“tak apa Borhan..macamana? ada apa-apa yang kau jumpa?” tanya datuk Mansur sebelum sempat Borhan duduk didepannya.

“pasal Puan Mardiana saya gagal kesan datuk tapi saya dah jumpa anak datuk..” kata-kata Borhan membuatkan Datuk Mansur tersenyum. lantas dia mengambil gambar yang dihulurkan oleh penyiasat Upahannya itu. Bertahun dia cuba mengesan jejak isterinya itu tapi gagal. Namun berita inilah yang ditunggu-tunggu sejak 20 tahun lalu. Sampul surat ditangannya dibuka satu persatu kepingan gambar ditarik keluar.

“Ayuni????” satu persatu gambar itu ditatap.

“betul ke ini anak saya? Apa bukti yang mengatakan dia ini anak saya?”

“buktinya masih belum sah tapi dari maklumat yang saya dapat dia adalah orang yang Datuk cari selama ini, untuk pengesahan kita buat DNA saja datuk” cadangan Borhan membuatkan Datuk Mansur menggangguk perlahan. lama gambar itu ditatap. Patutlah bila aku menatap wajah dia macam ada sesuatu. Ya Allah tahukah dia aku ini Papanya?.

“kau ni kenapa aku tengok macam ayam berak kapur je?” pertanyaan Noraina disambut dengan senyuman kecil.

“tak sakit lagi?” sekali lagi temannya bertanya.

“ok dah kalau nak main badminton pun dah boleh” Noraina mencebik. Mug berisi milo panas dihulurkan kepada Ayuni.

“terima kasih”

“untuk apa?” Noraina bertanya pelik.

“untuk segalanya..”

“hishhh kau ni...”

“kaulah saudara aku sampai mati aina.. aku tak akan lupakan jasa kau..susah senang aku, kau tak pernah tinggalkan aku..terima kasih” terharu Noraina mendengar kata-kata ayuni.

“kau kan kawan aku...hahh macamana kerja kau tu?”

“entahlah aku pun tak tahu..dia buat aku ni macam hamba dia pulak ikut suka hati dia. Ingat aku ni robot ke apa?” Ayuni melepaskan marahnya. Noraina tersenyum jarang temannya itu melepaskan marah sebegitu teruk.

“tapi dapat juga dia rasa penumbuk comel kau tu”

“emmm itu baru penumbuk dia tak rasa lagi yang lebih dari itu...” ugutan Ayuni membuatkan dia terbayang wajah kecut Fariz saat menahan sakit akibat penangannya. Dia ketawa kuat.

“suka pula..” Noraina menyampuk, hairan melihat Ayuni yang tiba-tiba ketawa.

“kalau kau tengok muka dia lepas kena tumbuk dengan aku..macam muka cicak tetelan racun..” sambungnya ayuni menekan perutnya tak dapat menahan rasa suka yang tiba-tiba muncul. Aina tersenyum. kawannya itu memang sukar diduga.

Saturday, May 2, 2009

KERANA KAU 7

Kerana kau 7

“ya Encik Fariz nak jumpa saya?”

“duduk” arahan itu diakur, walaupun dalam hati hanya tuhan yang tahu. Rasa sakit hatinya masih Belum reda. Baru nak duduk saja dah dipanggil masuk mengadap bilik dia.

“lama awak lunch tengok jam pukul berapa?” dia menoleh jam yang terpampang besar di bilik Fariz.

“saya ada masalah sikit tadi Encik Fariz lagipun saya dah maklumkan pada Siti yang saya masuk lambat”

“awak jangan buat sesuka hati awak saja, awak tahu tak saya tunggu awak dari pukul 2 ni sekarang 3 .15...ingat syarikat ni keluarga awak punya” Ayuni mengenggam kuat tangannya. ‘Apa masalahnya kalau syarikat ni memang bapak aku yang punya’ bisik hatinya.

“saya minta maaf Encik Fariz lagipun.....”

“sudah...saya tak nak dengar alasan awak... esok pengurus operasi baru akan masuk saya nak awak uruskan” suara Fariz masuk begitu pastas dalam telinganya. Kalau lama-lama macam ni boleh pekak aku dengar.

“tapi Encik Fariz itu bukan kerja saya”

“ini arahan...lagipun esok Siti cuti so awak kena gantikan tempat dia”..berkerut dahi Ayuni kenapa pula dia yang kena ganti? Hisshhh apa fungsinya di bahagian pemasaran halau kerja HR pun dia masuk campur.

“awak kemas bilik da dulu saya tak mahu ada kesulitan esok..faham?”.

“faham”, jawabnya perlahan.

“awak faham ke tak ni?” tanya Fariz sekali lagi apabila melihat wanita itu lama membisu.

“faham!!” tinggi suara Ayuni membuatkan Fariz terkejut.

“kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu” hilang rasa hormatnya. Entah kenapa lelaki itu sengaja menaikkan rasa marahnya. Puas dia mengawal namun ada saja yan tak kena di mata bosnya itu.

Melihat ayuni yang keluar dari bilik bos dengan muka masam, siti berasa serba salah. Bukan niatnya untuk membebankan ayuni tapi dia terpaksa mengambil cuti demi anaknya yang masih di hospital.

“maaf ek ayuni saya tak sangka akan jadi macam ni..ni semua salah saya, gatal sangat nak ambik cuti” ayuni memandang wajah Siti dengan senyuman. Tak mungkin marahnya akan dilepaskan kepada Siti bukan salah dia.

“tak apalah siti lagipun saya dah tahu masalah anak siti tu, nanti kalau ada masa saya ke hospital..siti jangan bimbang kerja-kerja siti esok saya bereskan” lembut tutur katanya. Memang dia ikhlas. Melihat Siti mengingatkannya kepada arwah ibunya. Dia tahu betapa susahnya seorang ibu demi anaknya.

“kenapa Ayuni?”

“hah?? Tak ada apa...oklah saya kena kemas bilik bos baru kita..tak pasal-pasal kena jadi cleaner hari ni”

“emmm...biasalah tu..tak apa saya tolong awaklah” kata-kata Siti disambut dengan senyuman. Memang dia perlukan pertolongan, tak akan dia sorang nak mengemas bilik yang dah lama tak digunakan itu.

“siti tahu ke siapa bos baru kita ni?” tanyanya sambil menyusun fail-fail yang lama.

“emm alaa Encik Adam, bukan orang lainpun bakal menantu Datuk” nampaknya segala tekaannya tepat,

“nampaknya kira sistem keluargalah ek..senangnya jadi orang kaya ni tak payah nak bersusah payah dari bawah macam kita, habis belajar terus jadi bos” perli Ayuni.

“Datuk tu baik orangnya, kebajikan pekerja semua dia ambil kisah, susah nak jumpa bos baik macam tu” puji Siti.

“mungkin dia nak tutup sesuatu..” ayuni terlepas cakap cepat kata-kata itu dimatikan.

“apa dia ayuni?”

“tak adalah Datuk tu mesti seorang ayah yang penyayang...tengok anak-anak dia jelah” kata-kata itu membawa maksud yang mendalam.

“emmm betul tu Ayuni, Datuk memang sayangkan anak-anaknya tambah-tambah bos kita Encik Fariz tu.”

“macamana dengan datin?” cuba mencungkil rahsia.

“Datin tu low profile sikit..dia tak sombong dulu saya ingat dia macam datin-datin yang ada ni..rupa-upanya tak.. baik sangat kalau dia datang pejabat ni mesti bawa buah tangan untuk kamilah Cuma sekarang ni dia jarang datang. Dengar kata tak berapa sihat” Ayuni tersenyum sinis. Baik ke perempuan perampas tu?

“kenapa Ayuni jauh termenung?”

“ehhh taklah..ni tengok gambar keluarga Datuk ni meemang macam bahagia pun” kebetulan di meja itu terdapat majalah yang dihiasi gambar meeka sekeluarga.

“ayuni punya keluarga macamana tak pernah ceritapun” Ayuni tersentak. Cuba menahan perasaannya.

“saya sebatang kara Siti, hidup anak yati piatu macam saya ni tak ada istilah keluarga” sayu kedengaran suara itu.

“maafkan saya Ayuni, saya tak tahu” Siti serba salah.

“ehh tak apa tak kisahpun lagipun kalau kecik-kecik dulu mesti nangis dah, sekarang ni dah besar saya dah boleh terima kenyataan” pelahan saja dia menuturkan kata-kata itu walaupun hakikatnya tak ernah sesaatpun dia melupakan kisah silam itu. Tak mungkin dan mustahil kecualilah kalau dia mati. Suaranya nekad.

“emm tak apalah Ayuni nanti awak bolehlah cari keluarga sendiri, ada suami anak-anak yang sayangkan kita” Ayuni tersenyum. ada misi yang lebih membahagiakan dari itu semua siti dan hanya aku yang tahu.

***

“alamak macamana ni apa aku nak buat?” noraina cemas melihat wajah pucat temannya. Dari semalam Ayuni mengadu sakit perut. Tapi pagi ni lebih teruk.

“kau tak payah pergi kerja”

“tak apa aku ok je kau janganlah risau sangat..sakit sikit je ni sikit lagi eloklah..” Ayuni cuba menahan sakitnya.

“ehhh aku kata tak payahlah..” tubuh sahabatnya itu dipimpin kembali ke katil. Dia sendiri akan mengambil MC tak mungkin dia meninggalkan Ayuni seorang diri.

“tapi aku ada tugas penting hari ni, matilah kalau aku tak pergi nanti”

“alaaa tak ada siapa yang akan marah kau kalau kau tunjuk surat MC, sudah kalau kau sayangkan aku kau rehat je atas katil ni, jangan degil” sememangnya sakitnya mengatasi segalanya. Dia lena di atas katil.

***

“hishhh boleh pula dia tak datang kerja...memang sengaja cari pasalah” marah Fariz.

“alaaa relaxlah Fariz bukan aku nak sambutan meriahpun tapi pelih juga sampai pintu bilik akupun tak ada ni” ketawa Adam membuatkan Fariz bertambah panas hati. Dia dimaklumkan Ayuni Balqis MC hari ni. malah kunci bilik adam juga ditangan wanita itu.

“tak apalah adam kau lepak dulu bilik aku ni, aku mintak orang ambilkan kunci dekat bahagian keselamatan”

“ok”

***

“kau ni kenapa tak habis lagi ke marah kau tu?”

“aku geram betullah budak ni memang sengaja cari pasal dengan aku” terbayang wajah selamba Ayuni yang sentiasa menbalas kata-katanya dengan sinis.

“kenapa pula macam tu sekali...alaa dia ada masalahlah tu lagipun budak tu MC kan” faham benar dia dengan sikap panas baran sahabatnya itu.

“masalahnya aku dah inform awal-awal dekat dia tapi dia buat hal juga memang saja nak cari pasallahkan” adam hanya tersenyum.

“dahlah jom cepat nanti panjang pulak muncung adik sayang kau tu”

“alaaa awek kau juga, lagipun siapa suruh kau ajak dia sekali?” tanya Fariz tak puas hati

“macam kau tak kenal je adik kau tu...mana aku pergi dia dapat hidu tau tak..” kata Adam tak puas hati.

“nasib kaulah Adam” ketawa Fariz tercetus. Terbayang wajah aleyya. Memang dia akui adiknya itu memang manja, dan adam adalah lelaki yang boleh bertahan dengan sikap aleyya yang kadang kala susah nak dijangka.

Ayuni bangun dari pembaringannya, dia melihat jam di dinding menunjukkan pukul 1 pagi. Lamanya dia tidur. Matanya terhenti pada Maya yang sedang lena sambil duduk di sebelah katilnya. Dia tersenyum, air matanya menitis terharu dengan layanan sahabatnya itu.

“aina...aina...”

“emmm...” Noraina bangun sambil mengaru kepalanya. Dalam mamai dia sempat lagi bertanyakan keadaan Ayuni.

“dahlah naiklah atas katil tidur betul-betul” tanpa suara Noraina memanjat katil milik Ayuni lalu kepalanya diletakkan ke bantal. Ayuni bersandar di kepala katil. Cuba memikirkan keadaannya esok. Sakit perutnya masih lagi terasa. Dia bermatian tidak mahu ke klinik. Penadol yang ditelan tadi mungkin dapat melalikan sedikit rasa sakitnya. Perutnya kembali terasa sakit.

“ibu tolong Ayuni....ayuni sakit..” bisikan itu kedengaran perlahan sedaya upaya ditahan. Tak nak menganggu tidur Aina.

Suasana lampu tidur yang malap masih belum mampu mengundang lenanya. Lama dia cuba memejamkan mata namun masih gagal.

“abang tak tidur lagi?” Datin Normah bangun dari pembaringannya.

“emm belum lagi Mah..maaf abang ganggu tidur Mah”

“kenapa abang tak boleh tidur ke?”

“entahlah hati abang ni rasa macam ada sesuatu” ucapan suaminya itu membuatkan Datin Normah mengeluh perlahan.

“abang masih fikirkan dia?” sememangnya sejak dulu lagi ingatannya semakin teguh terhadap mardiana entah kenapa rasa sayangnya kembali seakan ketika baru mereka menyemai benih cinta.

“abang rindukan dia..” bisik Datuk Mansur tanpa sedar.

“Mah tahu...”

“maafkan abang Mah..”

“tak perlu abang minta maaf, itu hak abang...manalah kak mardiana menghilang, macamanalah dia sekarang” kata-kata isterinya itu mengundang sayu di hati Datuk Mansur.


GILA KAU 26


Gila kau 26

Intan masih lagi tercegat di situ, kereta gen 2nya dipandang tanpa ada perasaan.

’kenapalah kau buat hal saat-saat macam ni’ dia cuba menyentuh sesuatu di enjin keretanya,tapi apa yang dia tahu, wayar berserabut tupun bukan dia tahu namanya. Sekali lagi dia mengeluh. Jam ditangan menunjukkan pukul 2. janjinya dengan anak-anak yayasan hari ini tak mungkin dibatalkan. Nak pinjam kereta Maya, kawannya itu sudah lesap entah kemana.

”kenapa tu?” macam kenal suara itu...matanya melilau mencari gerangan empunya suara.

“apa awak buat dekat sini?” hampir meloncat Intan apabila Shah betul-betul berada dibelakangnya.

“buat bodoh” selamba saja mamat ni.. Shah nampak santai dengan jeans hitam dan t-shirt polo berkolar warna yang sama.

”tak payah buat..memang dah bodohpun..” bisik Intan perlahan.

“apa kau kata?” laju Intan mengelengkan kepalanya. Menayang muka tak berperasaan.

”kenapa ni?”

”hishhh sibuk je nak tahu kenapa?” bidas Intan. Keningnya berkerut. Shah merenungnya tajam.

”cik adikk sayang..kereta awak ni dok depan rumah siapa sekarang ni? Cuba buka mata tu luas-luas, harap mata je cantik tapi...” shah tidak menyudahkan kata-katanya apabila dapat melihat riak kantoi di wajah Intan.

Intan meneliti keretanya betul-betul berhadapan dengan rumah mamat poyo ni. Alaaa macam mana aku boleh tak perasan malu betullah.

”manalah saya tahu tadi boleh je jalan...sampai je sini mati terus...langsung tak boleh hidup”..

”bila hantar servis?”

”hah servis?” pertanyaan dibalas dengan pertanyaan. Shah mengangkat keningnya. Hishh mamat ni suka sangat angkat kening, bajet hensemlah tu.

”ni mesti kes tak pernah hantar servis ni,,,bila kali terakhir awak hantar bengkel ni?” shah bertanya serius tiada senyuman terlakar di bibirnya.

Intan tunduk berkira-kira di dalam hati. Bila ekk... pernah ke dia hantar servis kereta ni?...

”emm hahh ada..masa nak balik kampung awak tulah..” Intan tersenyum puas, pertanya itu sudah ada jawapan.

”hah?? Mak aiii dah berapa bulan dah.. biar betul...” shah mengelengkan kepala, ”bukan masa tu aku yang hantar servis ke?” tanya shah kembali. Matanya melihat-lihat enjin kereta Intan yang sudah terdedah.

Intan tersenyum mendengar pertanyaan shah...alaaa kura-kura dalam perahu pulak. Berkerut dahi Intan menolak keretanya. Kedengaran arahan shah dari dalam kereta memanaskan lagi telinganya. Sakit hati terasa dipermainkan.

”kenapa pulak saya yang kena tolak...?” tanya Intan tak puas hati. Shah tersenyum lagi apabila Intan menolak cadangannya. Cadangan nakal yang secara tak sengaja singgah di kepala otaknya.

”laaa dah kereta kau...tak akan aku pula yang kena tolak.” panjang muncung Intan, tak akan dia dah lawa-lawa macam ni tolak kereta kot.

”alaaa bukan jauh pun depankan sikit je...lagipun nanti kereta aku nak keluar pulak susah” lama Intan terdiam. akhirnya dia mengalah.

Sedaya upaya Intan menolak keretanya. Terasa berat.

”ok tolak....1..2...tolak...” kedengaran ketawa shahrul didalam kereta.

’hantu punya mamat poyo...kau kenakan aku ek...kereta ni pun satu buat hal masa ni juga’ Intan mengomel dalam hati.

Wajah merah Intan dipandang. Cantik. Baju kurung ungu lembut dan selendang putih yang dipakai membuatkan dia tertarik untuk menatap wajah wanita itu lebih lama. Mata hitamnya nampak bersinar. Shah tersenyum apabila Intan melepaskan lelahnya.

”awak tengok apa?” Intan mengosokkan tangan ke mukanya . mungkin ada sesuatu yang tak kena di mukanya yang membuatkan shah tersenyum.

”kenapa muka saya kotor ke?” shah ketawa.

”kau nak pergi mana cantik-cantik ni?”

”hahhh...apa awak kata?” Intan berpura-pura tak dengar. Walaupun memang jelas sebab lelaki itu hanya disebelahnya. Mereka sama-sama bersandar di kereta gen 2 nya.

”kau ke mana cantik-cantik ni...???” kali ini sengaja shah mendekatkan mulutnya ke telinga Intan. Menjerit kuat. Pantas Intan menjarakkan dirinya dengan shah.

”tak payahlah menjerit....ingat saya ni pekak ke?”

”laaa dengar rupanya, ingatkan nak bagi bahasa isyarat tadi”

”emmm tak sangka akhirnya awak puji juga saya cantikkan..” kali ini giliran Intan pula gelak besar. Berkerut dahi shah...ehhh aku puji dia cantik ke?

”alamak dah lambatlah..macamana ni..” ketawanya berganti risau. Janjinya dengan anak-anak yayasan pukul 2 sekarang dah 2.30 mesti ada diantara mereka yang muncung nanti. Tak mungkin dia akan membatalkan janjinya. Pantas telifon bimbitnya dikeluarkan dari beg tangannya. Nampak gayanya tak ada pilihan kena naik teksilah.

”ehh nak call siapa pula tu?” shah disebelahnya dipandng dengan ekor mata. Namun tangannya sudah memainkan peranan.

”teksilah...saya dah lambat ni..”

“tak payah jom aku hantarkan, lagipun aku memang nak keluar ni”

”hishhh tak apalah saya boleh naik teksi” tolak Intan.

”jangan nak mengada-ngada..tak akan aku nak biarkan awek aku naik teksi..” belum sempat kata-kata itu dibalas shah sudahpun melepasi pagar rumahnya. Sempat dia menjerit berpesan menyuruh Intan menunggunya.

Keadaan panas membuatkan Intan berteduh di taman Indah milik Mak Siti. Sudah dua hari wanita itu meninggalkan rumah. Ada urusan keluarga tapi tak pula Mak Siti cerita apa urusannya. Selalunya semua benda dia akan cerita kepada Intan.

”nak pergi mana ni?”

”Yayasan kasih” shah tersenyum.

”emm nanti kereta tu aku suruh orang datang tengok”

”terima kasih”

”kasih diterima” Intan mencebik. Baru dia ingin buka mulut bertanyakan hal keretanya tapi shah seakan mengerti. Payahlah tak ada kereta tak akan nak naik teksi kot. Bukan dia tak biasa naik teksi tapi dalam masa sekarang ni kerja yang bertimbun-timbun mana mungkin dia akan bekerja ke sana ke mari naik teksi.

Suasana nyaman petang ini membuatkan Intan berasa segar. Matanya masih memandang ke arah shah yang asyik memain dengan anak-anak yayasan. Kadang tersenyum kadang ketawa. Melihat ketawa itu dia turut tersenyum, tak sangka shah akan berkeras untuk menunggunya di sini. Apa yang pelik bin hairan anak-anak di sini kelihatan mesra dengannya.

“kau memang selalu datang sini ek?” shah mengambil tempat di sebelah Intan. Bauan lavender dari tubuh wanita itu menyenangkan.

“emmm inilah keluarga saya...” shah mengangguk perlahan. memberi ruang kepada Intan, wanita itu tersenyum.

“saya dibesarkan di sini...macam yang awak tahu saya tak ada sesiapa..tempat ini buat saya terasa ada keluarga” shah memandang ke dalam mata wanita pujaannya, entah kenapa debar hatinya semakin kuat. Terasa mahu ditarik wanita itu dalam pelukannya.

“awak tahu tak?”

“tak tahu...” .balas shah pantas.

“ni nak bagi tahu la...saya selalu cemburu dengan awak tau”

“hah?dengan aku..kenapa?” tanya shah laju. tak sangka ayat itu akan keluar dari mulut Intan. Dia seakan tak sabar untuk mendengar.

“bila saya tengok awak dengan mak awak....saya rasa cemburu..kadang-kadang tu sampai saya pula rasa nak peluk mak awak” shah tersenyum. barulah dia dapat menangkap maksud kata-kata Intan tadi. Perlahan dia bangun. Berdiri tak jauh dari tempat duduk Intan.

“Mak pun dah anggap kau macam anak dia, sampai nak makan pun ingat kau...bukan selalu ke kau peluk dia? Cuma anak dia je kau tak peluk lagi...” ketawa shah kedengaran.

“eiiii...gila...” Intan membaling batu kecil yang memang ada ditangannya ke arah shah tapi sempat lelaki itu mengelak.

“ehhh...main balik-balik pula...” tawa shah makin kuat.

“malas layan awak ni...poyo” Intan meninggalkan shah. Tak sanggup dia mendengar ketawa mamat tu. orang serius dia main-main pulak..eiii senggal...

***

“ehhh kereta kau mana?”

“hantar bengkel..boleh pulak tak hidup pagi tadi” Intan melabuhkan punggungnya di sofa. Air di tangan Maya dicapai dan diteguk sekali. Tekaknya terasa kering.

“laa....habis tu?’
“habis 2..3...4...”Intan ketawa melihat muka blur maya.

“haiiii gembira semacam je kawan aku ni..ada apa-apa ke?...tak akan kau gembira kereta rosak kot?” keningnya diangkat berkali-kali. Sengaja melontarkan pandangan pelik ke arah Intan.

“mana adalah..biasa je..aku baru balik dari yayasanlah”

“selalu je kau balik dari yayasan tak adapun muka berseri macam ni?” sekali lagi soalan memerangkap diajukan. Maya duduk begitu rapat dengan Intan, jelas duduk temannya itu tak tenang.

“emmm dah la mandi lagi bagus dari layan kau..”

“hahhh yalah tu ehhh malam ni kita makan dekat luar ek..aku ada hal nak bincang dengan kau”,

“baik bos..” Intan mengangkat tangannya ke dahi sebagai tanda hormat serta patuh pada arahan. Dia kemudian ketawa dengan gelagatnya sendiri.

“harap kau akan terus ketawa bahagia macam tu Intan...” ucap Maya apabila tidak lagi melihat kelibat temannya itu. Dia gembira melihat ada ketawa di wajah Intan.

***

“tahniah” ucap Intan sambil tangannya mengenggam erat tangan Maya. Terasa mahu menangis bila mendengar berita yang disampaikan oleh temannya itu.

“kau yakin dia akan bahagiakan kau?” pertanyaan itu membuatkan Maya tersenyum. keyakinannya memang dah lama milik johan Cuma lelaki itu saja seakan lambat untuk menyatakan kasihnya.

“akhirnya kawan aku jumpa juga hero dia” Intan cuba menyembunyikan rasa. Walaupun dia tidak begitu suka dengan johan yang panas baran itu. Namun demi kebahagiaan satu-satunya sahabat yang dia miliki dia turut bahagia.

“emmm lagipun keluarga kamipun dah setuju, masing-masing dah buat keputusan nak langsungkan cepat je tak payah tunang-tunang.. tapi aku sayanglah nak tinggalkan kau” ucapan Maya membuatkan tangkai hatinya terasa pedih. Dia juga berat hati melepaskan Maya.

“alaaa...kalau kau dah jadi isteri orang pun kau tetap akan jumpa aku dekat butik”
“emmm itu satu lagi Intan..lepas ni mungkin aku akan serahkan urusan butik tu dekat kau sebab Johan tak bagi aku kerja” perlahan Maya meluahkan permintaan bakal suaminya.

“tapi...butik tu kan usaha kita bersama..” Intan tak puas hati. Kenapa mesti Johan begitu,

“dia nak aku duduk rumah jaga makan minun dia...jadi aku rasa ada betulnya juga” berkerut dahi Intan.

“aku tak kisah kalau kau nak aku jual semua bahagian aku....” kata-kata itu membuatkan Intan tersenyum.

“haiii kau ingat aku ni apa.... kau tetap sebahagiaan hidup aku..tak apa butik tu kau jangan risau lagipun kitakan ada pekerja, tapi kau jangan pula ceita semua bahagian kau dekat Johan” Maya tersenyum. dia memang sayangkan butik yang menyaksikan jatuh bangunnya dengan Intan. Tak mungkin dia akan meninggalkannya begitu saja.

“lepas ni aku tinggal sorang-soranglah dekat rumah tu”

“apa kata kau cari juga...boleh kita kawin sekali” ketawa Maya kuat.

“amboiii kau ingat macam cari ikan dekat pasar?”

“kalau kau nak...aku yakin kau petik jari je mesti bersusun yang minta borang tau..masalahnya kau je jual mahal sangat” Tambah maya lagi, sengaja mengenakan Intan. Sebaik mendengar kata-kata Maya Intan mengankat tangannya memetik beberapa kali.

“hahh tak adapun yang datang..dah dua kali petik dah..”

“ye..cik makan apa?” seorang pelayan lelaki datang . kehadirannya membuatkan Intan terkejut. Maya tidak dapat menahan ketawanya. Pelayan lelaki itu hanya tersenyum apabila melihat kedua wanita di meja 13 itu ketawa. Entah apa yang melucukan dia sendiri tak tahu.


TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets