Wednesday, January 21, 2009

ISTERI UNTUK ATUKKU


ISTERI UNTUK ATUKKU.

“Anis anak pungut…anak pungut….” Ejekan Najwa dan kawan-kawan lebih kuat.

Anis berlari mendapatkan kereta atuknya yang tidak jauh dari pagar sekolah. Pintu kereta ditutup kuat. Pantas air matanya merembes keluar tidak henti.

”Kenapa awek atuk nangis ni?”

”Atuk betul ke Anis anak pungut?”,

”hishhhh...taklah Anis cucu atuk. Atuk dengan nenekkan ada. Dah jangan menangis nanti kita beli ais krim”, pujukan Hj.sidik membuatkan senyuman kembali mekar di bibir cucunya.

Kini 20 tahun telah berlalu. Zaman pahit di sekolah tiada lagi. Anis tidak lagi tertanya-tanya ejekan kawan-kawan. Dia kini Anis Suraya yang cukup bersemangat.

”Hishhh biar betik ni tuk. Anis nak angkat semua ni?”, guni tepung seberat 10 kilo itu dipandang lagi. Sekali lagi kepalanya mengeleng laju.

”Ada atuk suruh Anis angkat?”, dengan kuasa bulan dan bintang dengan machonya Hj. Sidiq mengangkat guni itu masuk ke dalam kereta. Fuyooo kalau Malik nor ada di tempat kejadian mesti tabik springlah dekat atuk.

Kereta buruk atuk yang mungkin sebaya dengannya bergerak perlahan meninggalkan kedai Ah Chong. Anis yang duduk di sebelah pemandu hanya diam. Atuk nampak cukup bergaya dengan cermin mata hitam terselit di bajunya. Terbayang gaya ala-ala romeo abang Yusuf sebelah rumah atuk. Ni mesti pembawakan dia sehinggakan atuk tidak lagi seperti dulu.

Lagu ’my humps’ dari Black Eyed Peas tiba-tiba membingit. Pantas aku memandang atuk yang sedang terhangguk-hangguk. Sekali lagi aku menarik nafas panjang.

”atuk bila pulak layan lagu ni?”,

”lama dah Anis je yang baru dengar....ni lagu Enimen ke men..men la bunyinya.”, aku menepuk dahiku.

”bukanlah tuk.....”

”hishhh kamu mana tahu...kamu tu budak lagi...”, sekali lagi Anis terkedu. Orang tua ni ok ke tidak ni? Telingaku menangkap suara atuk yang mengikut lagu rancak itu. Tiba-tiba ketawa yang dari tadi ditahan pecah.

”hah...ape ke halnya gelak tiba-tiba ni?”, Anis mengeleng. Atuk diam kembali memandang ke depan jarak rumah atuk ke kedai Ah Chong agak jauh. Dia sendiri tidak faham kenapa atuknya membeli tepung begitu banyak tak akan nak buat kenduri kot.

Teka teki yang dari tadi bermain dalam kepalanya terjawab. Hakikat kini didepan mata. Atuk sedang tersenyum manis sambil menolak pemberian wang dari mak cik timah.

”abang ambiklah duit ni, segan pulak timah macam ni”, aksi malu-malu kucing terserlah di depan mata. ’Abang?’ anis seakan ingin muntah..

”apalah yang nak malunya dengan abang,. Lagipun kita bukan orang lain pun...” suara manja Hj Sidik pula kedengaran. Anis cuak melihat aksi atuknya yang mematah-matahkan ranting pokok bunga di sebelahnya.

***

”Anis mari sini atuk ada benda perkara nak cakap?”, anis duduk di hadapan atuknya sedang duduk di kerusi malas.

”emm...Atuk dah buat keputusan yang atuk akan kawin dengan mak cik timah minggu depan”, Anis tersentap wajah atuknya dipandang tajam.

”anis tak setuju ke?...”

”selama ni atuk yang jaga Anis dari kecik sampailah dah besar sekarang. Anis tak akan halang kalau itu yang buat atuk gembira”, pertanyaan tuk sidik membuatkan dia terdiam. Tak setuju!!! Hatinya memekik kuat. Tapi hakikatnya itu tak akan terluah.Tuk sidik tersenyum mendengar jawapan cucu kesayangannya itu.

****

Majlis perkahwinan orang kaya Sidiq berjalan dengan meriah. Setelah 8 tahun menduda akhirnya janda beranak 3 juga dipilih. Fatimah memandang anaknya yang tersenyum ke arahnya. Normah dan Nina sudah berkeluarga. Anak bongsunya khairul pula masih di london tapi dia bersyukur kerana semua anaknya merestui perkahwinannya. Dia sendiri tidak menyangka akan naik sekali lagi ke atas pelamin setelah kehilangan seami berbelas tahun lamanya. Walaupun Hj. Sidiq agak berusia namun entah kenapa rasa sayang tumpah pada lelaki itu.

Anis memandang dari jauh. Atuknya tersenyum bahagia. Wajah-wajah anak kepada nenek barunya dilihat, baru tadi mereka berkenalan. masih terbayang jelingan Nina seakan ingin menikamnya. Kejam.

”kenapa cucu atuk ni diam je dari tadi?”

”emmm....penat sikit”

”ya ke??”, Hj. Sidiq duduk sambil mengusap rambut cucu kesayangannya.

”Anis tak suka atuk kawin ke?” tanyanya lagi apabila melihat kebisuan Anis.

”Anis peninglah Tuk..”

”kenapa?”

”Anis nak panggil apa mak cik timah tu?”

“hah?!”, Hj sidiq memandang dalam anak mata cucunya keliru.

“yalah...umur anis ni lebih kurang je anak-anak dia tak akan nak panggil nenek kot?”, ketawa Hj.sidiq kuat kedengaran. Itu rupanya yang dirunsingkan cucunya.

“sudahlah Anis jangan pening-pening. Anis panggil je macam Anis selalu panggil tu, atuk yakin dia tak kisah”

Hj. Sidiq meninggalkan cucunya. Tetamu masih ramai untuk dilayan. Anis memandang lesu langkah atuknya bukan itu sebenarnya yang dirunsingkan. Perlahan dia melangkah masuk ke rumah ingin berehat, terasa kehadirannya disitu tidak memberi makna.

***

”mak jangan bagi muka sangat perempuan tu”,

”perempuan mana pulak ni Angah?”,Fatimah memandang wajah anak keduanya. Serius.

”alaaa...cucu Ayah tulah...kalau dia buat apa-apa dekat mak bagi tahu Angah..taulah nasib dia”,

”amboi anak mak ni, awak tu dah kawin, jaga je laki tu. Mak tengok tadi si Fahrin tu makan pun ambik sendiri..” Nina tersentap. Merah mukanya mendengar teguran Fátimah

“dia dah biasalah mak…”

“hahh…yang biasa tulah esok jadi masalah…”, maknya sudah mula ingin membebel.

“mak Khai bila balik?”, Nina mengubah tajuk. Fuhhh selamat wajah kerut maknya mula hilang mendengar nama anak kesayangannya disebut.

”emmm entahlah katanya minggu depan, rindunya mak dekat dia”, Nina mencebik. Nampak sangat maknya lebihkan Khairul adiknya. Maknya sanggup bersusah payah untuk menanggung Khairul di luar negara.

***
Genap seminggu Anis hidup bersama isteri Atuknya, namun masih ganjil rasa perjalanan hidup barunya. Entah kenapa berita kepulangan anak mak cik timah juga membuatkan dia rasa serba tak kena. Dia masih belum dapat menerima dunia barunya sekarang.

” ayah sihat?” tangan ayah tirinya disalam. Hj sidiq suami maknya jadi seboleh mungkin dia akan menghormati lelaki itu.

”sihat” wajah tua itu tersenyum.senang dengan penerimaan anak tirinya itu. Fatimah juga masih belum sudah senyuman dibibir, dia pasti Khairul akan menerima pilihannya.

”sikit lagi pangkat besarlah anak kita ni, balik dari oversea..”, gurauan Hj.sidiq disambut ketawa kecil isteri dan anak tirinya.

Khairul memandang ruang bilik yang sederhana besar itu. Maknya sedang asyik mengemas bajunya. Satu persatu dimasukkan ke dalam almari.
”mak bahagia?”

”haiii anak mak ni...mestilah mak bahagia anak manja mak kan dah balik”, diusap rambut anaknya yang sudah rebah di ribanya. Khairul sememangnya anak yang manja.

”maksud khai dekat rumah ni..”

”khai..ayah layan mak baik sangat..dia lelaki yang baik, lantaklah orang nak kata apapun mak bahagia dengan dia”, khairul tersenyum.

”emmm kenapa tak pernah tengok pun cucu ayah tu masa khai kat sini ek”,

”si anis tu budak bijak, dia sekolah asrama penuh lepas tu terus universiti, manalah khai nak jumpa dia. Tapi lepas tu dia terus duduk kampung uruskan ladang atuk dia”, terang Fatimah. Khairul mengangguk perlahan, terbayang wajah selamba Anis saat mereka dikenalkan.

“dia tak suka mak ke?”, pertanyaan itu membuatkan Fatimah terdiam

“mak...khai tanya ni..”,

“dia belum biasa lagi dengan mak”, jawapan itu membuatkan dahi khairul berkerut. Belum biasa??. Dia pasti ada yang tak kena dengan hubungan maknya dengan Anis.

Suasana banglo setingkat itu agak sepi. Masing-masing dengan hal sendiri. Anis masih melayan perasaannya di atas buaian besi di taman bunga atuknya. Hj sidik sememangnya suka berkebun. Tidak hairanlah berpuluh ekar tanahnya membuahkan hasil.

”kenapa awek atuk yang sorang ni moyok je?”, Anis tersenyum. ’awek’ itulah perkataan yang sering digunakan atuknya.

”sebab pak we Anis dah ada awek lain”, kata-kata Anis membuatkan Hj sidiq tersenyum dia duduk di atas buaian yang sama.

” Tuk sekarang dah ada mak cik timah, kak Normah, Kak Nina, Abang Fahrin, Khairul semua tu atuk sayang.. tapi tempat Anis tak pernah berubah tau... Anis tetap cucu sayang atuk sampai atuk mati...”, Anis sayu. Kata-kata atuknya meresap ke hati.

”Anis yang bawa bahagia dalam hidup atuk dan arwah nenek dulu....sebab Anis ada atuk bahagia. Lepas nenek tinggalkan kita Anis tak pernah tinggalkan atuk..sakit pening atuk kan dengan Anis”, Anis mengangguk perlahan.

”Anis sayang atuk...”, Anis tersenyum manja..

”hahhh nilah awek atuk...senyum je, dah pergi masuk makan. Atuk tahu anis tak makan lagikan”,

”baik bos......” ketawanya tercetus bahagia.

Anis masuk ke dapur melihat kalau-kalau ada lagi lauk yang boleh dimakan. Peti sejuk LG di buka. Oren juice dikeluarkan. Mungkin itu yang dapat mengalas perutnya. Nak meminta kepada mak cik timah terasa malu pula.

“Anis nak makan ke?”, suara itu membuatkan Anis berpaling.

“taklah....” krikk krikk..pantas Anis menekan perutnya. Alamak perut ni kuatnya bunyi memalukan. Fatimah tersenyum, yakin gadis itu lapar.

“mak cik ada masak mee goreng udang tadi, nanti mak cik keluarkan kita makan sama-sama”, Anis mengangguk perlahan tidak dapat menafikan perutnya yang lapar tahap dewa.

“emmm...sedap”, tiba-tiba pujian itu keluar secara tak sengaja. Fatimah tersenyum mendengar pujian yang lahir dari mulut Anis.

“ehhh makan apa tu, mee goreng udang...ada lagi tak? terasa nak makan lagilah mak..” suara manja Khairul pula memecah sunyi di dapur. Dia menarik kerusi bertentangan dengan Anis.

“haiii..bukan tadi dah makan ke?....”, Fatimah tahu anaknya sengaja menyiasat sejauh mana hubungan dia dengan Anis.

“lapar lagilah mak...mak masakkan sedap, dua kali tambah baru cukup syarat..” khairul mengajuk satu iklan TV.

Anis dapat merasa kasih sayang seorang ibu yang ditunjukkan oleh Mak cik Timah kepada Khairul. timbul rasa cemburu di hatinya, dia tidak pernah merasa kasih sayang itu lagi selepas neneknya meninggal. Pantas mee di pinggan dihabiskan tidak mahu berlama di situ.

“ehhh...Anis nak lagi?”

“emm..tak apa dah kenyang..”

Mata khairul hanya memandang wajah hampa maknya. Langkah Anis dihantar dengan jelingan. Wanita itu langsung tidak menegurnya sejak dia menjejakkan kaki ke rumah besar ini.

****

Anis sedang asyik membasuh kereta kancil pinknya. Comel. Tangannya sudah penuh dengan buih sabun.

“emmm comel kereta kau..”, khairul berdiri hampir dengan kereta Anis sambil melihat-lihat ke dalam kereta wanita itu. Anis diam lagu yang tadi tak henti dari mulutnya berhenti tiba-tiba.

“kereta cantik tapi tuan dia garang, muka masam 24 jam”,

“apa dia?”, Anis dapat menangkap kata-kata khairul.

Tiba-tiba hatinya berbisik nakal. Khairul memasang air dan menarik getah paip hampir dengan kereta milik Anis. Perlahan tangannya mengarahkan air itu ke kereta. Anis hanya mengawasi khairul dengan ekor mata.

“ehhh apa ni???..” anis menjerit kuat apabila, bajunya sudah basah. Dia yakin lelaki itu sengaja mengarahkan air itu kepadanya.

“oopppss sory ada orang rupanya, ingatkan kereta ni bercakap...”, khairul sudah ketawa kuat.

“oooiikkk kau nak sangat main air sangat ek...”, Anis mengangkat baldi yang berisi air sabun lalu di simbah ke arah khairul. Khairul menjerit kuat tidak menyangka tindakan Anis sepantas itu. Lama mereka terdiam akhirnya gelak Anis kedengaran.

***

”kau sedarlah sikit kau tu bukan cucu betul ayah pun..”

”apa kak Nina cakap ni?”

”kau jangan buat-buat lupa. Kau tu Hj sidik ambik dari rumah anak yatim tau. Tak tentu asal usul entah datang dari keturunan mana”, wajah Nina direnung tajam. Anis cuba menyabarkan dirinya. Dia mengucap di dalam hati.

”terima kasih kak sebab ingatkan saya, saya tak pernah lupa”,

Kata-kata Nina pagi tadi masih bermain-main di mindanya. Entah kenapa Anis Suraya boleh lembut hati begini. Mungkin ajaran atuk membuatkan dia sentiasa mendahulukan akal dari perasaan.

”Anis abang minta maaf, kenapa anis susah sangat nak maafkan abang”, suara Fahrin membawanya kembali ke alam realiti.

”dahlah kisah kita dah habis...kau juga yang pilih diakan..kalau maaf yang kau nak, aku dah lama maafkan kau”, wajah Fahrin langsung tidak dipandang. Rasa benci pada lelaki itu mungkin sudah tiada tapi untuk berbaik seperti dulu jawapannya tidak.

”jadi Anis tak cintakan abang lagi?”, pertanyaan itu bagaikan belati menikam hatinya. Kalau ikutkan hati mahu saja di tampar beratus kali wajah tampan di hadapannya.

”sudahlah..gelilah dengar cinta-cinta ni jangan lupa kau tu suami orang. Aku tak akan rela jadi perampas lagipun kita dah bersaudara sekarang. Kau pun dah jadi pak cik tiri aku”, Anis tersenyum entah kenapa terasa lucu bila perkataan itu keluar dari mulutnya tak akan dia nak panggil si Nina tu mak cik. Boleh biru muka dia dengar.

Laju langkahnya meninggalkan Fahrin. Memang dulu Fahrin lelaki yang memiliki hatinya 5 tahun mereka mengemai cinta. Tapi entah dekat mana silapnya lelaki itu memilih Nina. Terbayang wajah berserinya di pelamin. Hahhh semua tu dah berlalu. Kisah itu sudah lama tamat.

”Anis dari mana?”, semua mata memandang ke arahnya. Atuk dan Khairul sedang asik menghirup kopi aroma goreng pisang menusuk rongga hidungnya.

”Anis mak cik tanya tu..”, suara atuknya pula kedengaran membuatkan dia tersedar.

”emm tak ke mana saja ronda-ronda kampung”,

”marilah makan sekali”, Fatimah tersenyum manis. Dia sedar kehadirannya masih belum diterima oleh cucu suaminya itu.

”emmm tak apalah mak cik, anis dah makan tadi”, pantas kakinya memanjat tangga meninggalkan 3 insan itu.

****
Hubungan khairul dan Anis bertambah baik. Anis bukanlah seorang yang susah didekati Cuma dia susah untuk mulakan satu perkenalan. Khairul berkeras ingin mengikut anis ke kebun. Dia bosan duduk di rumah.

“kau ni baik juga ek” khairul memandang wajah Anis persis petani moden. Wanita itu kelihatan lasak dengan cangkul di tangan.

“siapa kata aku jahat?”

”Kenapa kau tak kerja dekat KL, kau kan ada Ijazah”, tanya khairul. Tangannya masih ligat memasukkan benih jagung ke dalam lubang yang dibuat oleh Anis.

”entah malas kot...lemaslah pak cik hidup dekat bandar..hutan konkrit”

”hahhh.. apa kau panggil aku?...pak cik?”, khairul bangun, peluh di dahinya dilap dengan tuala yang tersangkut di bahu kirinya.

”laaa...betullah pak cik kan anak nenek timah...”, Anis berwajah serius cuba menahan gelaknya.

”ehhh aku ni tua 2 tahun je tau dari kau....malu je orang dengan kau panggil aku pak cik...hishhh budak ni nak kena..mari sini pak cik piat telinga tu..degil”

Anis pantas melarikan diri apabila melihat khairul sudah hampir dengannya.

“laa...kau juga suruh aku terima kenyataankan so bila aku terima kenyataan kau marah pulak”,

“masalahnya bukan kenyataan aku ni pak cik kau tapi kenyataan yang mak aku dah kawin dengan atuk kau”,

“sama je..”, jawab anis malas.

“sama tapi tak serupa”,

“tak serupa tapi kenyataannya sama..”, Anis meneruskan kerjanya malas melawan kata dengan khairul. Kahirul Bakal peguam tentulah hujahnya lagi bernas.

****

“umur kau sebaya dengan Nina kan..kenapa kau tak kawin lagi ek?”, persoalan khairul dibalas dengan renungan tajam. Sibuk je pasal orang..

“tak ada jodoh lagi..”, Anis mengigit buah mempelam muda yang masak ranum itu. Wajah khairul berkerut terasa masam buah itu di tekaknya.

“ emmm ke tak ada orang nak..kalau susah sangat kau kawin dengan aku je lah..nak? aku bagi tahu ayah dengan mak”,

“eh..eh suka suki kau je ek...kau nak keluarga kita jadi macam cite P.Ramlee ke keluarga pusing pening..kau kan pak cik aku”, khairul tersenyum. riak wajah anis terasa lucu.

Khairul terdiam matanya memandang ke ara wajah yang tersenyum. cantik. Hatinya tercuit untuk meneliti wajah wanita di depannya. Lama mereka terdiam. Anis berpaling merah mukanya apabila melihat mata khairul tak lepas dari wajahnya. Pantas biji mempelam yang habis dimakan dibaling tepat mengena dahi lelaki itu.

“aduhhhh!!!...sakitlah apa ni”, khairul mengosok dahinya. Sakit.

“emm padan muka. Kau pandang aku macam tu pe hal”,

“hishhh perasan aku tengok mempelam yang kau makan tulah..tak masam ke?”, khairul cuba mengubah topik.

“elehh alasan...”, khairul tersenyum, Anis lebih dulu meneka.

Dari atas rumah sepasang mata memandang kemesraan Khairul dan Anis. Ada rasa sakit di hatinya. Ada rasa cemburu dijiwanya. Tangan digenggam erat.

***

“selamat pagi Acik Timah masak apa hari ni?”, Mak Timah terkejut kemesraan Anis terasa melalui perbualannya. Adakah anis sudah menerimanya. Khairul dan Hj sidiq tersenyum.

“emmm nasi goreng Anis makanlah”, anis tersenyum dia elihatan begitu teruja melihat nasi goreng pantas mulutnya memuji. Mak timah terasa amat gembira.

“Anis atuk, mak Timah dengan khairul nak ke Kuala Lumpur petang ni, Anis nak ikut?”, Anis mengeleng perlahan. Dia malas sebenarnya.

“tak apalah atuk.. anis dah janji dengan abang yusuf nak jual buah petang nanti..bila atuk balik?”

“emmm esok lusalah kot”, Anis mengangguk.
“anis nak kirim apa-apa?” tanya Hj sidiq. Rutinnya setiap kali keluar rumah pasti itu soalan yang diajukan.

“emmm...atuk tolong belikan kasih sayang ek.... sebab mana tahu dekat KL nanti atuk tertinggal kasih sayang atuk untuk Anis..so adalah yang baru..” Anis sudah ketawa. Khairul dan Maktimah hanya tersenyum melihat wajah Hj sidiq yang tersindir dengan kata-kata Anis.

“amboiii...pandai ek...kenakan atuk? Siapa ajar ni?”,

“siapa lagi kalau bukan Hj sidiq yang hensem bergaya dalam kampung ni”, tercetus gelak Mak timah. Jelingan suaminya tidak dihiraukan. Suka dia dengan usikan Anis.

***

Entah di mana silapnya malam itu dia menjadi mangsa atau sudah takdir?

“kak Anis abang Fahrin kena pukul dekat tali air”, Anis terkejut Ajib yang baru tingkatan 1 berlari hilang entah ke mana. Anis mengambil kunci keretanya. Tiada siapa di rumah ini untuk menemaninya akhirnya dia nekad untuk pergi sendirian.

“Fahrin...Fahrin..”, cahaya bulan terang membolehkan matanya meneliti walaupun hari sudah malam.

Tiba-tiba dia ternampak satu tubuh yang sedang duduk keseorang. Sekali lagi dia memanggil. Fahrin ke tu! ada sedikit rasa takut. Perlahan-lahan kakinya melangkah. Emmm memang dia, tempat inilah dulu lokasi mereka bersembunyi semasa kecil.

“Anis”, suara itu milik Fahrin.

“Fahrin..Kenapa ni? apa kau buat malam-malam dekat sini?”, cuba mendekatkan diri dengan Fahrin. Tapi entah dimana silapnya tubuhnya hilang pertimbangan dia tersepah tunggul kayu. Tersembam ke depan.

“Anis?...Ya Allah ok ke?”, cepat-cepat tubuh itu cuba diangkat. Kedengaran Anis mengerang kesakitan. Hairan kenapa Anis ada disitu.

“ok ke?” sekali lagi dia bertanya.

“ok...sikit je ni, nasib baik tak mati”, mendengar kata-kata itu tersembur ketawa kedua insan itu. Tapi ketawa itu mati tiba-tiba.

“Assalammualaikum......”, mereka terkedu. Jantung Anis seakan terhenti berdegup. Nafsnya seakan sesak.

***

“Atuk Anis tak salah..percayalah Anis tak salah...”, Hj Sidik masih berdiam diri. Malunya bukan kepalang apabila Anis ditangkap kerana berkelakuan sumbang. Malah apa yang membuatkan hatinya bertambah sakit apabila lelaki itu menantunya sendiri.

“Acik Kiah....Anis tak salah...khairul percayalah Anis tak buat semua tu”, sendunya sudah kedengaran. Dia seperti orang hilang pegangan. Malah apabila menatap mata Atuknya dirinya terasa dibuang.

Fahrin memandang sepi. Entah kenapa keinginannya itu melimpah luah, keinginannya untuk mengahwini Anis sudah diberitahu kepada semua orang. Di depan seisi keluarganya dia meluahkan perasaan. Amukan Nina sudah dibayangkan dari awal tapi dia kena meluahkan rasanya. Anis tidak bersalah kenapa mesti dia dihukum. Dia ingin membela wanita itu tapi apa dayanya.

”dasar perempuan tak sedar diri. kurang ajar. Perampas, kau ingat kau hebat sangat ke? Cantik sangat? ” maki hamun Nina masih belum berhenti.

”apa ni Nina...Ya Allah Nina mengucap..” Fátimah cuba menenangkan anaknya. Malu dia dengan pandangan suaminya.

“perempuan ni mengatal dengan laki angah mak..dasar anak pungut.”, Anis tersentak. Pantas wajah tenang atuknya dipandang. Atuknya masih diam. Air matanya menitis lagi. Kebisuan atuknya menambahkan lagi rasa pilu dihati.

Normah diam seribu bahasa, mujurlah suaminya masih bertugas di Kuala Lumpur kalau tidak dia sendiri malu dengan apa yang terjadi pada keluarganya ini. Wajah adiknya dipandang sepi. Kesian pun ada. Kalau dia di tempat Nina mesti perkara yang sama akan berlaku.

”sudahlah angah, sabar dulu....”, khairul menarik tangan kakaknya.

”hahhh kaupun sama juga dah makan puaka perempuan sial ni...kaupun ada hati jugak dekat diakan..”, jeritan Nina membuatkan Khairul memandang tajam kakaknya sudah melampau.

Hj. Sidik memandang wajah keruh cucunya, dia tahu Anis terluka tapi dia perlu adil. Dia kena mendengar dari dua-dua pihak. Dia bangun langkahnya diatur dekat ke arah Fahrin. Fahrin gerun.

”kau dah buat keputusan ke?”, tanyanya perlahan. Amukan Nina berhenti. Diam. Sunyi. Semua mata terarah kepada Fahrin.

“saya dah fikir masak-masak ayah. Saya nak kawin dengan Anis.”, tegas jawapan Fahrin. Sekali lagi terdengar jeritan Nina. Khairul menjeling tajam ke arah Fahrin. tadi tumbukan sulongnya sudah mengenai wajah tampan abang iparnya. Nasib baik pergelutan mereka dimatikan oleh Hj. Sidik.

”Nina cuba bawa bertenang, jangan nak terpekik-pekik macam orang tak ada agama”, suara Hj sidik meresap masuk ke dalam hati Fátimah . terasa ada kekurangan dalam dia mendidik anak-anaknya. Nina di pelukannya diam sebaik mendengar arahan ayah tirinya ada rasa takut dengan renungan tajam mata redup itu. Sama seperti rasa takutnya kepada arwah ayahnya.

”Anis....” panggilan itulan yang ditunggu dari tadi. Anis memejamkan matanya seketika. Sayu. Akhirnya atuk memanggil namanya. Faham dengan panggilan itu dia memandang tepat wajah tua yang selama ini amat dikasihi. Lebih dari insan yang melahirkannya.

”Anis memang cintakan Fahrin tuk, 5 tahun hati Anis pada dia....” lama dia diam..dia yakin semua mata kini tertumpu padanya.”..tapi tu semua dan tamat tuk. Tapi bila dia pilih Nina semua tu dah tak ada...tak ada langsung tuk. Semua kat sini dah bercakap isi hati masing-masing sekarang giliran Anis.”, Fahrin memandang jelas wajah sayu itu. Dia kecewa dengan apa yang berlaku. Anis berdiri dekat dengan Nina.

”walaupun aku anak pungut, perempuan tak guna, perampas atau semua yang kau dah cakap tapi satu aku nak ingatkan dekat kau. Aku tak mungkin rampas hak orang lain. Walaupun hakikatnya kau yang layak digelar perampas.”,

Langkah Anis diatur perlahan meninggalkan ruang itu. Masing-masing terkedu. Panggilan atuknya tidak dipeduli, dia lemas berada di dalam rumah yang selama ini menjadi syurganya. Dia penat dengan maki hamun orang. Dari sekolah dia digelar anak pungut sehingga sebab itu juga Fahrin meninggalkannya. Khairul cuba untuk mengejar Anis tapi pantas tangannya ditarik oleh maknya. Anis perlukan masa untuk bersendiri.

****

”AKU BUKAN ANAK PUNGUT.!!!!....”, jeritan Anis kedengaran melawan rentas ombak yang memukul pantai. 3 minggu dia meninggalkan rumah atuk.

“kenapa kau bawa diri sejauh ini?”, suara itu membuatkan Anis terperanjat lalu berpaling ke belakang. Wajah Khairul dipandang. Matanya terus dilarikan semula mengadap pantai. Kedatangan lelaki itu tidak pernah diundang.

“baliklah..semua menunggu kau” kata-kata khairul dibiarkan berlalu bersama angin pantai. Anis senyum sinis.

“untuk apa?”...

“Ayah Haji sakit..dia nak jumpa kau”, Anis terkedu, atuk sakit? Lantas dia berpaling memandang tepat ke dalam anak mata Khairul. Cuba mencari kebenaran kata-kata yang diungkapkan sebentar tadi. Khairul mengangguk perlahan.

Langkah kaki dihayun laju. Hospital ini terasa amat besar. Bilik sederhana besar itu dibuka perlahan. Terlihat tubuh lesu Atuknya di atas katil. Atuknya tidak secergas dulu. Matanya hanya memandang kosong. Tiba-tiba hati Anis dipangut rasa sayu. Airmatanya menitis perlahan.

“Anis maafkan aku...maafkan aku.....aku sembah kau maafkanlah aku”, tiba-tiba Nina meluru ke kakinya. Anis terkejut. Dahinya berkerut tidak faham. Matanya beralih kepada Mak Timah yang sedia di sisi Atuk. Wanita itu tunduk begitu juga dengan Khairul dan Kak Normah. Dilihat Fahrin hanya berdiri di satu sudut yang memandang dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

“kenapa ni...sudahlah Nina..sepatutnya aku yang minta maaf”,

“aku berdosa..aku bersalah aku yang perangkap kau dan abang Fahrin. Aku yang rancang segalanya”, Anis terdiam ucapan Nina bagai belati menguris hatinya.

“tapi kenapa?”, anis bersuara kuat. Ada rasa geram di hatinya. Pantas dia menenangkan hatinya.

“Anis....”, panggilan Hj sidik membuatkan segalanya berhenti. Anis mendapatkan atuknya tangan yang terkapai itu digenggam kuat seakan ingin memberi kekuatan kepada atuknya.

“Atuk....Anis dekat sini tuk... bangun jom kita balik..” airmata mengalir deras.

“Atuk minta maaf sayang... entah kenapa atuk terlupa jaga hati Awek atuk ni..atuk terlalai sekejap..maafkan atuk.....” kata itu putus-putus tapi dapat didengar jelas. Anis memejamkan matanya perlahan.

“Atuk Anis tak kisah...Awek atuk ni kan kuat..atuk bangun ek...”,

Ada senyuman di bibir tua itu. Matanya jelas memandang ke arah Anis, tapi pandangan itu seakan semakin jauh. Dilihat bibir itu seakan mengucapkan sesuatu. Matanya terpejam lena. Nafasnya berhenti. Tangan yang tadinya mengenggam erat tangan anis terkulai.

“Atuk, tidurlah ek... Anis terlupa nak cakap tadi Anis sayang Atuk”, perasaannya kosong. Dilihat wajah atuknya sudah ditutup, khirul menarik perlahan selimut putih itu. Mak Timah sudah laju menitiskan air mata sejak tadi. Nina berteriak hebat.. menjerit-jerit meminta maaf.

***

Sudah tiga hari rumah besar ini sunyi tanpa atuk. Anis hanya berkurung di bilik. Sejak mata atuknya terpejam setitis airmatapun tidak mengalir. Kenapa dia sendiri tak pasti.

“mak..Anis macamana?” Khairul dan Fahrin duduk mengadap maknya yang baru sudah membaca Yasin. Nina menemani Normah ke rumahnya untuk mengambil barang untuk anak-anaknya.

“entahlah mak risau, menangis tak, marahpun tak...mak tak tahu nak cakap apa...mak malu sebenarnya dengan dia.” Menitis lagi airmata itu.

“mak sabarlah...jangan macam ni, Anis tu seorang yang tabah”, Fahrin pula bersuara. hatinya juga turut tak menentu melihat keadaan Anis. Khairul memandang ke arah wajah Abang Iparnya. Kalau dulu dia marah, benci dan geram, kini Fahrin adalah lelaki yang dikagumi.Lelaki itu memaafkan kakaknya walaupun kesalahan itu dia sendiri belum lagi memaafkan kakaknya Nina. Selepas kejadian itu Nina langsung tidak ditegur.

Anis keluar dari biliknya perlahan-lahan kakinya melangkah mendapatkan 3 insan yang sedang memandang ke arahnya.

“Anis nak makan? Acik Timah buatkan ek?” pertanyaan itu tidak dijawab. Matanya masih memandang ke arah Mak Timah. Ada sedikit rasa takut di hati mak Timah.

“Anis?” panggilan serentak Fahrin dan Khairul tidak dihiraukan. Mereka juga bersedia jika ada sesuatu yang akan dilakukan oleh anis.

Anis duduk di sofa sebelah mak Timah. Matanya masih memandang ke arah wajah itu. Isteri atuknya. Lama dia begitu.

“Anis dilahirkan tanpa kenal siapa ibu Anis...atuk pungut Anis, Dia bagi anis tempat tinggal, makan, pakaian cantik...atuk sentiasa senyum kalau ada yang buli Anis. Atuk pujuk nenek terima Anis, atuk buat nenek kasih pada Anis...Atuk akan buat anis genbira kalau anis sedih, atu yang akan balut luka Anis kalau cedera..”, airmatanya sudah merembes keluar. Begitu juga dengan Mak Timah. Dia terlalu sayu mendengar luahan insan kesayangan arwah suaminya ini. Nina dan Normah yang baru masuk juga turut mengalirkan airmata.

Khairul melarikan pandangan tak tahan rasa hati lelakinya melihat kesediha insan yang disayang. Kata-kata Anis membuatkan Fahrin sedar dia banyak meninggalkan kesedihan di hati wanita itu. Dia sememangnya tak layak untuk Anis.

Wajah Anis diusap perlahan. Tangan mak timah sudah menyentuh pipi lembutnya yang sudah basah dengan airmata. Semua disitu hanya menjadi penonton sepi.

“Acik Timah tahu Atuk sayang sangat Anis..”, Mak Timah menyapu airmatanya dengan lengan bajunya. Terasa sebak mengucapkan kata-kata itu.

“atuk pergi tinggalkan Anis sebab anis tinggalkan dia, tapi anis tahu atuk sayangkan anis..Atuk pergi tapi dia tak biarkan Anis sorang-sorang..dia hadiahkan Anis Acik Timah menganti kasih sayang dia kan?”, laju Mak timah menggangguk. Nina sebak rasa bersalahnya menggunung. Dia berdosa.

“boleh tak Acik Timah peluk Anis...Anis rindu sangat dekat atuk....”, ucapan perlahan Anis membuatkan tangan Mak Timah pantas menarik tubuh anis ke dalam pelukannya. Anis menangis semahunya. Tiada apa lagi yang disimpan. Semuanya diluahkan.

“terima kasih atuk” bisik hati Anis....dia tahu kini alasan utama atuk kawin lagi..
***

Maafkan Anis kerana membuat keputusan ini. Bukan niat Anis nak larikan diri tapi ini pilihan Anis Mungkin ucapan selamat tinggal hanya mampu dilafazkan di atas kertas. Atuk pernah cakap Anis anak yang kuat semangat jadi Anis kena buat keputusan. Untuk Ibu, nenek atau Acik Timah anis pernah bergurau dengan atuk yang anis keliru nak panggil apa Mak Timah nanti. Tapi semalam Anis temui jawapannya, semua panggilan itu milik Mak Timah. Kasih anis pada atuk kini untuk Mak Timah. Kepada Nina dan kak Normah sejujurnya jauh di lubuk hati ini begitu gembira kerana punya saudara. Tapi mungkin ada sempadan antara kita. Buat khairul Anis mengerti perasaanmu tapi mungkin keadaan dan masa yang menidakkan perasaan itu. Maafkan Anis. Kata maaf juga ku tujukan kepada Fahrin kerana berkasar, bukan niat Anis. Anis doakan semua akan bahagia sentiasa.

Selamat tinggal....
ANIS SURAYA...

Masing-masing terdiam. surat yang ditinggalkan Anis ibarat menjawab segalanya. Mak timah tersenyum dia pasti Anis akan pulang ke pangkuannya suatu hari nanti. Kerana rasa kasihnya berkata begitu. Fahrin memegang tangan isterinya kini dia belajar menghargai segala yang ada. Khairul melipat kemas surat ditangannya. Akhirnya dia tersenyum.

“khai nak ke mana tu?”

“cari cinta khai....”, Mak Timah tersenyum. dalam diam dia mendoakan anaknya.

Tamat_sudah_ ;)


HAH..KITA JADI PAPA


HAH…KITA JADI PAPA

Masing-masing diam. Kedengaran hanya bunyi kipas yang berputar tanpa henti. Mereka saling berpandangan. Masing-masing menggarukan kepala. Ligat kepala hotak mereka berfikir tapi jalan keluar masih tak ditemui.

”kita report polis amacam?”, Fazrul memecah kebuntuan.

“tapi ni macamana?” sehelai kertas dilayar ke muka Fazrul. Iskandar kembali berfikir. Wajah Iqram dipandang. 3 sekawan itu masih buntu.

”habis kita ikut apa kata surat tu?” pertanyaan Iqram membuatkan Fazrul dan Iskandar memandang ke arahnya.

Fazrul menjenguk wajah kecil yang sedang asyik dibuai lena. Sampai hati ibu anak ini meninggalkannya. Comel. Bisik hatinya.

”gila!!, habis siapa pulak nak jaga dia. Kau kena ingat kita semua keje, jangan cari masalah”, Iskandar menolak cadangan Iqram.

”habis nak buat apa???”, Fazrul terdiam, Iskandar dan Iqram saling berpandangan. Mereka bertambah kalut apabila mendengar tangisan kuat dari bayi lelaki itu.

”macamana perempuan tu boleh tinggalkan anak dia dekat kau faz? Entah-entah anak kau kot?” gurau Iskandar. Fazrul memadang tajam teman serumah merangkap sahabatnya dari kecil.

”kepala hotak kau...kalau anak aku dah lama aku halau korang dua orang dari rumah ni, baik aku tinggal dengan isteri dan anak aku..” jawapan fazrul mengundang ketawa Iskandar dan Iqram.

Mereka faham sangat dengan perangai Fazrul,dia seorang yang gila kerja untuk rapat dengan insan bergelar perempuanpun susah inikan pula nak dapat anak. Hishh suatu perkara yang hairan bin ajaiblah kalau terjadi.

Semalaman tiga sekawan itu tidak tidur memikirkan masalah baru yang melanda rumah mereka. Bermacam-macam idea bodoh keluar dari mulut mereka.

Saya mohon tolong jaga anak ini...
Dia adalah segala-galanya bagi saya...
Tolong lindungi permata saya ini..
Demi tuhan saya akan mengambilnya...
Sumpah saya akan mengambilnya kembali..
Jangan anggap dia anak terbuang...

Ibu malang...

Surat itu sekali lagi dibaca. Haiii..macamana pulak kau boleh terfikir nak letak anak kau dekat dalam kereta aku?..carilah kereta orang yang berkeluarga ini bujang trang tang-tang macam aku ni. Fazrul bermonolog sendiri.

”kau mintak tolong ayuni tak boleh?”, Iqram cuba menenangkan Boboy yang masih menangis.

”hishh..kau gila! dia tu dahlah cemburu nak mampus kang tak pasal-pasal dia kata boboy ni anak aku...sape nak jawab?”, iskandar menggeleng kepala tidak setuju, terbayang wajah singa Ayuni.

Hampir 2 tahun dia berkawan dengan Ayuni, tapi belum sekalipun hati lelakinya terdetik untuk menjadikan wanita itu surinya. Iskandar juba memikirkan watak wanita lain yang ada dalam hidupnya. Satu persatu nama di senaraikan akhirnya dia mengelengkan kepala.

”tak layak?”,

”apa yang tak layak?”, tanya Iqram yang dari tadi menanti jawapan dari bibirnya.

”semua awek aku tak layak...misi gagal...” mereka sama-sama terduduk.

***

Entah apa yang menyokong idea bodoh itu sehinggakan mereka bersetuju untuk menjaga bayi lelaki yang comel itu. Boboy!! ya itulah nama manja yang diberikan hasil idea bernas Fazrul sediri. Sebagai lelaki yang hari ini masih bergelar lelaki ini adalah perkara yang paling fantastik berlaku dalam hidup mereka.

”lai lai li lilat tampelum..”

”yes..ok dengan segala hormatnya En Iskandar zainuddin dilantik untuk membeli barang-barang keperluan boboy”, Fazrul dan Iqram bertepuk gembira. Wajah masam Iskandar dipandang.

”weiii..jatuhlah imej aku... arkitek terkenal KL beli botol susu, lampin eiii malu siot...kalau orang tanya aku nak jawab apa?”, Iskandar duduk kembali.

”alaaa...tak ada maknanya orang nak tanya kau...jangan perasan. sebarang surat-mengurat tidak dilayan”, Iskandar hampa. Puas dia cuba mengelak.

****




Dari tadi boboy hanya menangis dan terus menangis. Berpuluh lagu sudah dilagukan unuk menenangkannya tapi gagal. Iskandar tidak senang duduk, Iqram masih mengaru kepala. Susu yang tadi dibuat sudah habis diminum dia sendiri tak faham apa yang sebenarnya diinginkan anak kecil ini.

”macamana ni Is...apa nak buat ni?”

”mana aku tahu...hish kau ni. aku kan anak tunggal lagilah tak tahu, kau kan ada adik tak akan tak tahu kot”

”hishhh adik aku dah besarlah mana pernah aku jaga diorangpun...kakak aku yang cover semua”

Fazrul yang baru balik dari pejabat terkejut mendengar tangisan kuat boboy. Langkah kakinya terus diatur ke bilik Iskandar. Langkahnya mati apabila melihat bilik Iskandar yang bersepah-sepah. Setahunya Iskandar seorang yang pembersih.

”apahal ni?”,fazrul duduk sambil tangannya cuba menenangkan boboy yang dalam dukungan Iskandar. Boboy bertukar tangan.

”aku tak tahulah dari tadi menangis je..nak kata lapar aku dan bagi minum susu, macamana ni?” fazrul mengaru kepalanya, tali leher yang tergantung dilehernya diungkai perlahan-lahan lalu dicampak ke tepi. Dia mengambil alih boboy perlahan boboy berada dalam pelukannya.

”hishhh kenapa boboy?..bagitau papa kenapa?”, papa?!! Iskandar dan Iqram berpandangan. Akhirnya ketawa mereka meledak kuat.

”apahal korang ni?”

”papa....hahahah” kata-kata Iskandar membuatkan fazrul tersenyum nipis. Sedar dia tersasul. Entah kenapa tindakan refleknya itu tidak disedari. Tangisan boboy mulai reda..

”korang ada cium bau something tak??”, tanya fazrul tiba-tiba.

”yalah bau busuk....bau apa bilik kau ni Is?”, tanya Iqram...dahinya sudah berkerut. Bau itu membuatkannya menutup hidungnya dengan bantal.

”jangan-jangan.....boboy ek..ekkk kot...eiiiiii”, Iskandar dan Iqram sudah berlari keluar dari bilik. Yakin bau busuk itu datang dari boboy.

”weiii habis tu nak buat apa weiii....hoii tolonglah aku mana tahu nak cuci ni..”,

****

Fazrul selesai menunaikan solat isyak. Telinganya menangkap suasana sunyi rumahnya. Aiikkk asal senyap semacam je ni?. Pantas dia bangun sejadah dilipat kemas kemudian diletak di tempat asalnya.lantas dia tersenyum wajah boboy yang sedang lena dipandang. Hatinya tambah tercuit lucu apabila lena Iqram dan Iskandar juga terpanpang di matanya. Kehadiran boboy betul-betul mengubah sikap mereka.

”weii bangun arrrr, korang dah solat belum?”, suaranya seboleh mungkin diperlahankan bimbang boboy juga akan terbangun.
”emmm...mandipun belum lagi tau...” Iskandar mengangkat tangan, mencium aroma yang keluar dari ketiaknya.
”hishhh tak payah cium aku yang jauh ni pun dah sesak nafas”
Iqram dan Iskandar bangun perlahan-lahan. Kalau boboy terjaga tak pasal-pasal dating mereka terbantut.

”aku dengan iskandar nak keluar....kau gilir pulak ek”
”laa....nak ke mana?”, suara masih diperlahankan.
”apa lagi malam minggu we all nak datinglah papa...” sekali lagi perkataan papa itu ditekankan. Fazrul mencebik.

Kini tinggal dia dan boboy, wajah lena boboy dipandang. Dalam diam dia mengagumi ciptaanNya dengan adanya insan istimewa bergelar wanita maka lahirlah manusia yang sempurna dimatanya. Dia mengagumi ciptaan hawa kini. Terbayang susah payah Ibu menjaga dan membelainya semenjak lahir.

Nokia N70 diambil. Pantas tangannya mendial nombor rumah ibunya. Ada secalit rindu pada suara itu.

***

“kenalkan ini Iskandar dan Iqram, merekapun tuan rumah ni”
“Ini aku kenalkan Qistina, dia akan bantu keja rumah kita termasuklah jaga boboy”, Iskandar dan Iqram tersenyum, perihal Qistina sudah dibincankan semalam. Menurut cerita Fazrul, Qistina datang ke rumah mereka merayu diberikan kerja. Puas dia menolak namun wajah sayu wanita itu membuatkan dia bersetuju.
“emmm Dia tidur sini ke?” tanya Iqram perlahan.
”hisshhh nak mampus, gila kau kalau dia apa-apakan kita macamana?” Iskandar menyilang tangannya menutup dadanya. Iqram tersenyum. Bodoh betul kawannya.
“dia nak buat apa dekat kau?..aku tampar kang nak...dia akan masuk kerja pukul 7.50 pagi dan balik 7.00 petang. Aku nak bagi amaran kecil dekat korang jangan ambil kesempatan”
”elehhh kau ni macam kenal aku ni semalam...tapi kalau si Iqram ni aku tak tahu la...heheh”
”emmm...tapi comellah budak tu, gebu putih bersih”, mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Iqram. Sepantas kilat kepalanya disekeh oleh Fazrul.
”aduh...sakit la....”, perbualan mereka terganggu apabila mendengar tangisan kuat boboy. Masing-masing berlari mendapatkannya.
Masing-masing kalut boboy masih belum berhenti menangis... Qistina melangkah merapati 3 majikan barunya itu. Lama matanya menusuk wajah kecil yang amat dirindui.

”Emmm Encik Fazrul biar saya....” huluran tangan Qiatina membuatkan Fazrul terus memberikan Boboy kepadanya.

Qistina tersenyum wajahnya berseri. Dia memeluk erat tubuh kecil itu. Kasihnya tumpah tak dapat dikawal. Dahi mulus itu dikucup perlahan beralih ke pipi kiri dan kanannya. Fazrul, Iqram dan Iskandar berpandangan sesama sendiri. Tangisan rancak Boboy berhenti sebaik sahaja gadis itu mencium wajahnya. Akhirnya mereka tersenyum.

Qistina menjalankan tugas seperti biasa, walaupun rumah ini agak besar namun tidak menjadi masalah baginya. Semua tugas berjalan dengan lancar. Pakaian milik Fazrul, Iskandar dan Iqram juga sudah dibasuh. Mulanya mereka enggan Qistina membasuh baju mereka akhirnya mereka setuju dengan syarat yang bahagian-bahagian dalam akan dibasuh sendiri. Qiatina tersenyum terasa lucu bila mengingatkan wajah merah Iskandar apabila seluar dalamnya terlepas dan dibasuh oleh Qistina.

“Qistina awak basuh ke?.....”
“basuk pe?”
“alaaa....tu yang sidai kat ampai kat luar tu...saya punya tu...”
“hah??....” Qistina masih belum dapat menangkap maksud Iskandar.
”alaaa.....hishhh tu seluar kecik saya tu mana awak dapat?” akhirnya terlepas juga. Merah muka Iskandar jelas kelihatan.
”ooo....ada dalam bakul Encik tadi so saya basuh terus..”, senyuman Qistina membuatkan Iskandar lagi serba salah. Akhirnya Iskandar ketawa kecil.
”lain kali jangan basuh tau kalau jumpa pun..yang tu terlepas kot...”,
Mereka sama-sama tersenyum.

***

Malam itu 3 pemuda idaman melaya terperap di rumah. Sejak kedatangan boboy mereka akui masa mereka lebih dihabiskan dirumah. Tidak lagi seperti dulu nak bertemu muka pun payah.

”Amboi boboy dah pandai ek..kecik-kecik dah gatal...tengok perempuan kau diam ek...”, pipi kecil itu dicubit.

Fazrul yang sedang mengadap lap topnya berhenti. Gila apa si Is ni cakap dengan budak kecik macam tu?.

”baguskan Qistina tu ada...korang tengoklah rumah kita dari habuk tebal 10 inci dulu ni nak jumpa debu pun susah...”,

”aku setuju pe ko cakap Is...yang paling aku kagum tu ni hah budak kecik ni boleh pulak suka sangat dekat dia, kan boboy kan...”, Iskandar menepuk-nepuk tanganya. Boboy dihadapannya seakan faham dengan apa yang dikatakan Iskandar. Anak kecil itu tersenyum.

”Weii Korang Tengok Boboy senyumlah...dia senyum dekat aku..”

”mana?..”, IqRam meloncat turun dari sofa duduk di permaidani mengadap Boboy teruja bila bibir kecil itu tersenyum.

”Boboy..senyum ala-ala...tengok sini muka lawak papa Is..” Iskandar mengajuk lagi. Kedengaran suara gelak kecil itu.

Fazrul menghentikan ketukan kerjanya. notebook ditutup dia yang juga di ruang tamu seakan ditarik-tarik untuk turut bersama Boboy. Semakin teruja apabila gelak ketawa Iskandar dan Iqram bersatu. Mereka sama-sama terlayan kerenah si kecil itu sehinggakan tidak sedar jam mencecah 12 malam.

”dah boboy mari ikut papa Faz tidur jangan layan orang tua dua ekor ni”, tubuh kecil itu didukung. Waktu tidur boboy mesti dijaga.

”alaa...kau ni kan Faz, lepak arr malam masih muda la...”

”hotak kau malam masih muda tengok jam tu dah pukul berapa?”

“mak aiii pukul 12??” Iskandar pura-pura terkejut.

“dahlah boboy pergi tidar yea sayang papa Iq pun dah ngantuk..nite”, satu ciuman kecil hinggap di dahi Boboy. Giliran Iskandar pula.

“ok papa Fazrul tidur ek..muah....”,

“eiiiii....”, ketawa Iskandar kedengaran. Langkah diatur masuk ke bilik. Sememangnya malam ini boboy akan tidur bersama Fazrul.

Fazrul memandang Boboy di dukungannya. Mata kecil itu seakan masih segar, tiada tanda-tanda mahu tidur.

“boboy tidur tau. Jangan buat konsert malam ni..papa esok ada meeting pukul 8”,

***

”sampai bila kau nak biarkan anak kau dengan diorang?”, Maria bertanya keras. Walaupun baru mengenali Qistina banyak tentang wanita itu sudah diketahui.

”aku tak tahu...aku takut, apa aku nak cakap?”

”tapi sampai bila?”,

”tapi aku tengok diorang macam sayang sangat dekat Hazim..”

”itu bukan alasan untuk kau terus biarkan anak kau macam tu. Ingat kalau dulu kau mungkin ada alasan sebab kau susah tapi sekarang kau mampu, kau ada aku...”, masih terbayang sangat perkenalannya dengan Qistina yang hanya sehelai sepinggang. Merayau mencari tempat berteduh. Kematian suaminya dalam kemalangan jalan raya membuatkan dia hilang segalanya.

”mak mentua kau macamana?”, soalan Maria membuatkan Qistina tersentak. Herdikan wanita itu memakinya membuatkan dia rasa terhina disebabkan wanita itu juga dia berpisah dengan anaknya. Disebabkan wanita itu dia hilang segalanya.

”emm...tak tahu aku, bagi dia aku ni bawa sial dalam keluarga dia. Dia tuduh aku punca pemergian Jefri. Entah-entah aku ni memang bawa sial kot?”

”Ya Allah Qistina mengucap...jangan kau hina takdir tuhan. Berdosa.”, Qistina terdiam. Bukan niatnya menghina atau menolak takdir tapi.....

”sudah sekarang ni kau kena fikir pasal anak kau. Ingat kau ibu dia jangan sampai dia tak kenal kau siapa”, terasa ingin menangis apabila kata-kata Maria masuk ke telinganya. Hati ibu mana yang sanggup meninggalkan anaknya berpisah dengan anak yang dikandung 9 bulan? Berpayah separuh mati melahirkannya. Dia terpaksa.

”emmm..kenapa awak nak sangat kerja dekat sini?”,

”emmm saya kena tanggung anak saya encik Fazrul”

”suami awak?”, ada sedikit getar mendengar perkataan suami meniti di bibir Qistina.

”dia dah tak ada, kemalangan jalan raya”,

’fuhh nasib baik’ fazrul berbisik perlahan.

”hah? Apa dia Encik?”

”emm...tak ada apalah, so mana anak awak sekarang?”, sekali lagi Qistina terdiam. Otaknya ligat berfikir.

”dijaga oleh orang yang baik”

”emmm...ok”, Qistina menarik nafas lega. Yakin soalan itu akan berakhir. Fazrul sangat mengambil berat tentang dirinya. Lelaki itu istimewa. Bertuah perempuan yang akan menjadi surinya. Walaupun agak tegas tapi ada kelembutan yang tersembunyi di balik wajahnya. Qistina berhenti menilai. Sergahan Maria mengembalikan Qistina ke alam nyata.

***

”Assalammuailaikum....” pintu rumah dibuka. Qistina masuk dengan 3 bungkus nasi lemak. Hari ini dia terlewat ada urusan yang perlu diselesaikan.

Keadaan rumah sunyi. Dah pergi kerja ke? Habis boboy mana?’ Qistina bersoal sendiri. Dia melangkah laju menuju ke bilik Encik Fazrul meninjau kalau-kalau Boboy ada di situ. Pintu bilik dikuak perlahan. Dia tersenyum melihat boboy yang sedang tidur tapi senyumnya mati apabila melihat Fazrul yang masih lena diatas katil.

”encik fazrul...encik fazrul...”, suaranya dikuatkan sedikit. Cuba membangunkan lena majikannya itu.

”emmmm..Qistina kenapa?”, Fazrul bertanya dalam mamai..

”Encik tak kerja ke hari ini?”

”emmm keje esok....” Fazrul kembali manarik selimutnya. Matanya seakan tidak dapat dibuka. Dia baru terlena selepas subuh tadi apabila boboy merenget semalaman.

“Encik tak kerjalah hari ni?”

”kerja?...emmm...hah!!! kerja...Ya Allah dah pukul berapa ni? Saya ada meeting pagi ni..”, Fazrul meloncat dari katil. Rasa ngantuknya hilang serta merta. Dia dah lambat jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi.

Melihat keadaan fazrul yang meluru ke bilik air dia mengatur langkah untuk keluar dari bilik itu. Tak manis jika dia masih di situ. Namun langkasnya mati apabila terdengar jeritan Fazrul dari bilik air.

”Qis tolong sediakan baju saya. Keluarkan dari almari”, Qistina mengikut arahan Fazrul almari sebesar lima pintu itu dibuka satu persatu. Selesai memilih baju itu diletakkan di atas katil lalu dia keluar. Masih banyak kerja yang perlu dilakukan.

”ok Qis saya pergi dulu”, Qistina hanya memandang gelagat Fazrul yang keluar sambil memakai tali leher dah mengigit roti yang disediakan di atas meja. Qistina hanya mengelengkan kepala.

Tangannya pantas melakukan kerja rumah. Rutin harian yang baginya tidaklah susah mana. Dia ingin cepat bersama boboy.

”emm sayang semalam nakal ek?”, melihat anaknya tersenyum hatinya terusik sedih. Terharu dengan jagaan yang diberikan oleh trio bos terhadap anaknya.

”kesian papa Fazrul lambat pergi kerja..anak mama jangan nakal-nakal lagi tau...”, rambut Boboy diusap perlahan. Anaknya lena dibuai mimpi. Dia kembali kepada rutin tugasnya.

Qistina memandang jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 7.00 mlm sikit lagi trio bosnya akan balik dari kerja. Dia juga akan balik. Wajah Boboy dipandang.

”Emmm..mama balik dulu ek sayang..maafkan mama sebab terpaksa berpisah dengan sayang..jangan risau bila masa sesuai kita balik rumah kita”, pipi kecil yang sedang lena itu dicium lembut.

Qistina sangat berterima kasih dengan layanan yang diberikan oleh trio bosnya. Mereka menjaga boboy dengan baik. Dia juga bersusah payah menjejak Fazrul selepas seminggu dia bermatian akhirnya alamat lelaki itu ditemui. Macam-macam cara difikirkan untuk dekat dengan anaknya kembali dan ini jalan yang dipilih, menjadi orang gaji kepada mereka yang telah menyelamatkan anaknya dari turut kelaparan bersama. Airmata menitis laju pantas disekat apabila mendengar suara trio bosnya memanggil boboy.

”Boboy mana?...” tanya Iqram.
”emm tidur dalam bilik”, Fazrul mengangguk. Lalu tersenyum. ”saya dah panggilkan teksi ada dekat luar mulai hari ni Pak Mat teksi tu akan hantar awak balik” seperti satu arahan. Qistina mengangguk lalu terus melangkah keluar bimbang kesan airmata yang masih bersisa berlinang lagi.

”hoh...amboi dah arr tu..bayang pun dah hilang, kau tengok apa?”, dari tadi Iqram memerhati gelagat sahabatnya. Mata Fazrul akan bersinar apabila berdepan dengan Qistina. Dia tahu apa yang tersembunyi di hati sahabatnya.

”weiii kawan-kawan marilah sini. Tengok ni..” jeritan kuat Iskandar dari dapur membuatkan persoalan Iqram terbiar begitu saja.

”mak aiii....banyak ye lauk...sedapnya. macam tahu je perut aku ni dah berlagu sayang”, Iqram sudah duduk mengadap hidangan di atas meja. Iskandar sudah siap nasi di pinggan.

”pandailah budak ni masak. Sedap, rasa macam masakan mak aku...tak rugilah Qistina ada, ni bukan boleh jadi orang gaji je jadi bini pun bagus ni...baik kau makan Faz. sedap” Iskandar menambah lagi nasi ke dalam pinggangnya. Jarinya dijilat. Hishh macam tak pernah jumpa nasi pulak. Fazrul menggelengkan kepala. Kadang kala perangai dua sahabatnya ni macam kanak-kanak rebena.

”tak apalah korang makan. aku nak naik solat dulu, nak tengok si boboy kejap”,

”baik papa!!” Iqram dan Iskandar menjawab serentak. Ketawa mereka tercetus.

***

Datin Latifah masih membisu. Sakit hatinya masih membuak-buak. Ketiga-tiga wajah di hadapannya dipandang.

”apa sebenarnya yang terjadi ni, telinga ni dah sakit dengar cerita pasal kamu bertiga ni, sudah mak nak kamu terangkan keadaan sebenar”, terkejut bukan kepalang apabila berita yang disampaikan oleh Kak Senah jiran anaknya.bertambah yakin dengar berita itu apabila matanya sendiri melihat perempuan yang disebut-sebut ada dirumah anak bujangnya.

”ni anak siapa pula ni?.. Faz mama baru seminggu balik dari London kau dah buat hal..nak malukan mama ke?” hatinya bertambah sakit.

”dia anak saya ” aku iskandar

”bukan dia anak saya mak cik” Iqram pula kembali bersuara.

“sebenarnya dia anak saya mama..”, lambat kata-kata itu keluar dari mulut fazrul tapi cukup menyakinkan.

“Ya Allah…sakitnya kepala aku. Jangan buat darah aku ni naik..sebelum apa-apa mengaku cepar anak siapa ni???” jeritan kuat Datin Latifah membuatkan mereka terkedu. Fazrul gerun belum pernah melihat mamanya begitu. Mamanya adalah seorang yang lembut dan baik.

Qistina tidak senang duduk. 3 pemuda itu sudah melayan anaknya dengan baik. Tiada cacat celanya, sepanjang dua minggu berada di rumah bujang itu dia cukup yakin dengan kasih sayang yang diterima dari

“dia sebenarnya anak saya datin.....” kini Qistina pula bersuara. Semua mata tertumpu ke arahnya. Datin Latifah terduduk.

Nafasnya yang tadi sesak seakan kendur melihat wajah naif wanita didepannya. hatinya tertanya-tanya siapa wanita ini dari tadi hanya diam kini dia juga mengaku perkara yang sama seperti budak 3 ekor ni. sememangnya keakrapan anaknya dengan Iskandar dan Iqram membuatkan dia merasa anaknya bukan hanya seorang tapi tiga. Satu persatu kisah benar terkeluar dari mulut Qistina.. mengalir bersama airmata yang menderas. Simpati Datin Latifah menggunung. Iskandar, Iqram dan Fazrul bertemu dengan jawapan yang selama ini menjadi persoalan.

**

”kenapa?”, hanya itu yang terlafaz setelah lama terdiam. Bahasa yang terpamer di wajah Fazrul sukar ditafsir.

“maafkan saya, bukan niat saya nak buat macam tu, saya terpaksa. Keadaan memaksa saya dan saya bersyukur Encik Fazrul dan kawan-kawan yang jaga anak saya”, keadaan kembali sunyi.

“jadi untuk apa awak pergi?”, denyutan jantungnya semakin deras melihat Qistina yang sudah melepasi pintu.

“maafkan saya ...terima kasih kerana manjaga Boboy. Hanya tuhan dapat membalas”,

”kalau awak kata macam tu saya pun dah buat keputusan..”, kata-kata itu membuat Qistina berhenti.

Iskandar dan Iqram bersalaman. Mereka tersenyum.

***

“sayang buat apa duduk termenung dekat sini?”, Fazrul mendakap tubuh isteri tercinta

“emm....saja. tengok keluarga kita. Qis bahagia”, senyumannya bertambah mekar.

“weii..kalau ya pun nak bercinta dalam bilik la..”, tiba-tiba Iskandar menjerit di telinga Fazrul. Membuatkan kedua mereka terkejut. Ayuni menampar perlahan bahu suaminya. Kadang kala sikap suaminya sukar dikawal.

“hishhh kau ni Is nak jadi papa pun perangai tak berubah”, Iskandar tersengih mendengar kata-kata sahabatnya. Peluk isterinya yang semakin membesar diusap perlahan.

”aku nak berterima kasih pada boboy, kalau tak sebab dia mungkin hati aku ni tak akan terbuka nak jadi suami dan sikit lagi jadi papa..kan sayang...”, Ayuni malu. Merah mukanya apabila Iskandar tidak agak-agak mengucup lembut dahinya.

”bukan boboylah...Hazim Aiman...”, puas Fazrul membetulkan nama sebenar anaknya itu.

”alaaaa yang penting kitorang sayang si boboy tu...ingat dia bukan anak kau sorang jangan nak perasan”, suara Iqram membuatkan mereka berpaling. Gadis di sebelah Iqram tersenyum manis.

”Iq siapakah gerangan wanita cantik sebelah kau tu?”,

”bakal Isteri aku dan Ibu kepada bakal anakku”, Maria tersenyum tidak sangka hatinya akan terpikat dengan Iqram. Lelaki yang penuh dengan gelak tawa tak pernah serius. Perkenalan di majlis perkahwinan Qistina dan Fazrul membibitkan rasa cinta.

”amboii pandai ek rahsia..”, bisik Qistina perlahan di telinga.

”PAPA!!!”, panggila si kecil. Hazim berlari mendapatkan kelompok ini.

”Ya...boboy!!” Fazrul, Iskandar dan Iqram bersuara serentak. Akhirnya mereka ketawa sendiri.

Tamat sudah_ cerita asal dr cite korea aku entah pe tajuk ye... gatal-gatal je tangan ni nak tulis kalau tak best sorrylah ek....huhuhu

Monday, January 12, 2009

KERANA KAU 1


“Abang cintakan dia Dina…” Airmata masih setia.

“Jadi sebab perempuan tu abang sanggup putuskan hubungan kita?” tangisannya makin kuat kedengaran.

Mansur terus memasukkan pakaian ke dalam beg pakaian. Niatnya akan diteruskan, bukan kerana rasa sayang yang sudah tiada tapi kerana dia terpaksa memilih antara dua. Kini pilihannya lebih kepada Normah.

”Abang tak akan abaikan Dina, Abang janji tapi janganlah halang niat abang ni.”,

Airmata Dina dipandang. Sumpah bukan hatinya tak runtuh melihat airmata itu. Tapi... keinginan mengatasi segalanya. Lagipun dia sendiri sudah berjanji kasih dengan Normah. Wanita itu banyak membantu perniagaannya.

”Tapi dina mengandung abang....”, langkahnya mati. Mengandung?!.

”Dina jangan sampai menipu, jangan ingat abang akan batalkan niat abang walau apapun”, hatinya nekad. Langkahnya terus dilajukan menuju pintu yang sedia terbuka. Tiba-tiba ada tangan memegang kakinya. Dia inginkan zuriat itu adalah alasan yang pasti kenapa Dina ditinggalkan.

”Abang...tolong jangan tinggalkan dina”, airmata semakin laju. ”Dina dan ayu masih perlukan abang....” sambungnya lagi.

”Maafkan abang...” Mansur terus melangkah. Direntap kuat pegangan isterinya itu.

Ayuni meraut wajahnya. Setiap malam mimpi yang sama berulang. Ini menambahkan lagi dendam yang semakin membara dalam hidupnya. 15 tahun dia hidup dalam ketakutan, sepanjang masa itu juga dia hidup tanpa insan bernama ayah. Benci!!. Hanya rasa itu yang singgah di hatinya. Hanya satu jalan penyelesaian...kemusnahan!!

”kenapa ni?” jeritan Ayuni mengejutkan tidur lenanya. Noraiana bangun mendapatkan Ayuni. Dia tahu kenapa sahabatnya itu menjerit.

”Mimpi lagi?”

”aku benci dia...aku benci” jawapan yang sama keluar dari mulut gadis itu. Noraina mengusap perlahan rambut sahabatnya. Memang berat penderitaan yang ditanggung Ayuni. Dahlah mak tak ada ayah pulak entah kemana.

Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata. Rasa benci dan dendamnya semakin memuncak. Terasa seakan darahnya sudah naik ke kepala. Sekali lagi majalah Usahawan itu dipegang lama dia menatapnya. Dato Mansur. Nama itu meniti lagi dibibirnya. Kemesraan perempuan yang merampas kebahagiaan ibunya dipandang.

’senyumlah sekarang sebab lepas ni korang akan menangis..aku akan pastikan’ majalah dilempar ke dinding seakan ingin membuang wajah yang bermain di mindanya.

***

”Kau jadi ke nak pergi Kuala Lumpur ikut aku ni?”, pertanyaan Noraiana dia jawab dengan senyuman.

”aku dah dapat kerjalah dekat sana, syarikat besar lagi tahu tak..”

”ke kau ada misi yang aku tak pernah tahu?”

”hishhh mana pulak misi-misi, aku nak cari rezekilah, lagipun dekat kampung ni bukan ada apa lagi yang tinggal. Tok wan pun dah tak ada, jadi dah tiba masanya aku kejar cita-cita aku pula”

”ayah kau dah tahu ke?”, Noraina bertanya serius. Dia tahu siapa ayah Ayuni malah lebih dari itu dia tahu kisah yang membuatkan hati gadis itu menjadi gelap.

”emmm perlu ke dia tahu?”, Ayuni terus menghilang masuk ke dalam kereta. Bibirnya jadi berat bila nama ayah menjadi topik perbualan.

Perjalanan dari Johor bharu ke Kuala lumpur membuatkan badannya sakit-sakit. Mujur bukan dia yang memandu kalau tidak boleh patah pinggangnya. Tiba sahaja di rumah teres dua tingkat Noraini dia terus terlantar di atas sofa.

“amboi macam kau je yang drive kan”

”penatlah...”, Ayuni bersuara manja.

”emmm penat ke tidak pergi buatkan aku air..haus gila ni”

”ehhh ni terbalik ni. Aku kan tetamu mana pulak kena buat air untuk tuan rumah?”

”alaaa sejak bila pulak kau jadi tetamu? Cepat-cepat buat air”, noraina terasa geli hati. Wajah kelat Ayuni membuatkan gelaknya semakin menjadi.

:hahhh suka-suka!!”

*****

Pusara Mardina ditinggalkan. Langkahnya layu, Ayuni melangkah perlahan. Hatinya masih diselimuti kesedihan. Insan yang disayangi hilang buat selama-lamanya.

’sampai hati papa buat macam ni’ Hatinya penuh dendam. Perancangan demi terlayar di mindanya. Apa yang pasti kepulangannya kali ini bukan sebagai Ayuni yang dulu. Kini Ayuni bukan lagi kanak-kanak yang tak tahu apa-apa.

_kejayaan usahawan terkenal Datuk Mansur Ishak_

Utusan malaysia ditangannya lama ditatap. Papanya tersenyum bangga. Disisinya wanita yang paling dibenci bersama dua orang anak gadis dan seorang lelaki.

’tersenyumlah mungkin nanti masanya tidak lagi ada untuk kamu semua senyum’

GILA KAU 11



Part 11

Intan masih tekun dengan bunga kertas putih di tamannya. Hari ini dia ingin bersenang senang di rumah. Matanya terarah kepada Mak Siti yang baru keluar dari rumah. Wanita itu tersenyum ke arahnya.

“ Rajinnya Intan pagi-pagi dah layan bunga..”, Mak Siti menghampiri. Mereka hanya dipisahkan dengan pagar besi yang sederhana tinggi. Namun Mak si dapat melihat Intan dengan jelas, begitu juga Intan.

“Dah tak ada kerja mak cik macam nilah...gatal sangat nak cuti”, tawanya pecah. Teringat wajah kelat Maya apabila dia memberi surat cuti dua minggu kepada temannya itu.

“kenapa cuti? Sakit ke?”, Mak Siti bersuara risau. Intan tersenyum. pertanyaan Mak Siti membuatkan hatinya terharu.

“tak adalah mak cik saja cuti. Lagipun memang Intan dah ada pekerja baru kat butik jadi tak payah nak risau tak cukup kakitanganlah”,

“ooo..macam tu..lama Intan cuti?”,

“ Emmm...dalam dua minggu kot. Kenapa Mak cik ada plan ke nak makan angin? Jom nak Intan belanja”, tanya Intan penuh semangat.

“Intan bolehlah temankan Mak cik balik kampung kalau cuti lama..anak buah mak cik kawin, shah pun macam sibuk sangat”, permintaan Mak siti membuatkan dia tersenyum. kampung, macam best je...

“emmm..shah ikut sekali ke?” keningnya diangkat. Mak Siti tersenyum. Faham sangat kenapa Intan bertanyakan soalan itu. Diapun hairan dengan anak bujangnya, rajin sangat mengusik Intan. Kepalanya digelengkan perlahan.

Intan tersenyum. dua hari lagi dia akan ke kampung Mak siti. Mungkin cutinya kali ini lebih bermakna.

***

Shah sedang asyik menikmati makan malam. Asam pedas kegemarannya membuatkan nasi dipinggannya ditambah lagi. masuk ni dah tiga pinggan, oooohhh sedap gila.

“Amboi makan tu tak pandang kiri kanan”, shah tersenyum. kuah asam pedas dihirup. Nikmat.

“emmm...Asam pedas mak ni boleh buat shah hilang stress tau...sampai menjilat ibu jari kaki”, shah tersenyum sambil menjilat ibu jarinya. Mak siti mengeleng pelahan.

“hishhh...buat perangai budak-budak tu”, Mak siti membasuh tangannya, bibirnya berbisik perlahan membaca doa selepas makan. Bersyukur dengan nikmat kurnian rezeki dariNya.”hahh shah mak jadi tau balik kampung hari khamis ni”, sambung Mak siti lagi sambil matanya masih memandang ke arah anak bujangnya.

“emmm...laa, mak kan shah dah janji nak balik hari sabtu, balik sekali dengan shahlah...bahayalah mak naik bas tu”, suapannya mati. Kata-kata mamanya membuatkan hatinya tak sedap. Teringat kembali peristiwa mamanya pengsan di perhentian bas. Hishhh tak sanggup lagi kejadian itu berulang.

“ siapa kata naik bas?...mak bukan naik baslah...”,

“habis...mama nak drive ke?” shah hairan. Tak akan maknya nak drive kot.

“ hishhh....mama balik dengan Intan ‘bakal menantu’ mak...”,

Shah tersedak. Tersebur sedikit nasi dari mulutnya yang baru dikunyah. Mak Siti tersenyum sampai begitu sekali reaksi anaknya. Dia pantas menghulurkan air kepada shah. Mungkin gurauannya tadi yang membuatkan anaknya tersedak, sengaja ditekan perkataan bakal menantu.

“Intan...kenapa pula mak nak balik dengan dia?”, bukan itu sebenarnya yang membuatkan dia terkejut tapi perkataan menantu yang keluar dari mulut mamanya.

“dia cuti, mak ajaklah dia balik kampung”

“ mak tak payahlah susahkan orang pula”,

“alaaaa.....tak apa diapun bukannya orang lain..mak dah anggap macam anak mak. Dia pun tak kisah ikut ”, shah terdiam, rasanya lebih selamat maknya balik dengan Intan dari balik dengan bas. Akhirnya dia setuju dengan permintaan mamanya.

“mak rasa Intan tu baik budaknya, sopan santun . hishhh kalaulah jadi menantu mak mesti seronok. Mesti cucu mak nanti comel macam dia”, Mak Siti memasak angan-angan sengaja diluahkan keinginannya dengan cara itu. Shah masih sibuk menambah nasi. Bukan dia tak dengar kata-kata maknya sengaja dia buat tak dengar.

“shah dengar tak mak cakap ni?”

“dengar...mak nak balik dengan Intankan. Baliklah kalau mak dah setuju shah ON je”, dia bangun. Nasi dijarinya dijilat.ikut sunnah rasul.

Mak siti memandang aksi selamba anaknya, dia masak benar dengan perangai shah cukup liat kalau bercerita pasal jodoh.

***

Shah bersandar di balkoni biliknya. Pemandangan malam begitu menenangkan. Tiba-tiba matanya terhenti pada susuk tubuh yang sedang termenung di taman sebelah rumahnya. Jelas kelihatan dari tempat dia berdiri. Hatinya cukup yakin yang wanita itu adalah Intan. Sudah beberapa kali gelagat wanita itu diintip dari situ. Hampir setiap malam Intan akan menghabiskan masa disitu. Entah apa difikirkan.

‘mama balik dengan Intan bakal menantu mama’. Kata-kata mamanya bermain di minda. Entah kenapa kata-kata itu seakan lekat di mindanya. ‘Hishhh menantu tu maknanya jadi isteri aku...ehhh gila ke..’ kepalanya digelengkan berkali-kali. Mustahil. kakinya segera melangkah masuk ke dalam bilik. Berlama disitu akan membuatkan hatinya berkata macam-macam.

Intan memandang ke sekelilingnya terasa seperti ada orang melihatnya. Entah kenapa bulu romanya tiba-tiba tegak berdiri.

“woittt apa hal..?”. Intan tersentak. Pantas dadanya diurut.

“kau ni...kalau bagi salam boleh tak..sakit jantung aku tahu tak..” Intan menyambut cawan yang berisi Milo panas dari tangan Maya.

“Cik Intan Azura, badan aku yang sebesar-besar ni tak akan kau tak perasan ni mesti kes berangan ni”, Maya mengambil tempat di sebelah Intan, Milo panas dihirup perlahan-lahan.

“ Cik Maya Kirana sebab badan awak sebesar-besar nilah saya suruh bagi salam, mana tau kot makluk asing planet pluto ke nak culik bidadari ni”, Intan mengekek ketawa.

“ Perasan nak mampus... kau jadi ke ikut Mentua kau balik kampung?” giliran maya pula mengusik.

“ Amboi...suka suki kau kata mentua aku...tu mak angkat aku tau”,

“emmm...mula-mula angkatlah lepas tu terangkat.....”, ketawa Maya kuat kedengaran. Namun pantas dia menutup mulutnya apabila dirasakan keterlaluan. Bimbang mengganggu jiran malam-malam ni.

“Banyaklah kau.... jadilah akukan dalam cuti, mestilah nak enjoy puas-puas”, Maya mencebik. Namun dia sendiri bersetuju dengan keinginan Intan untuk bercuti kerana sahabatnya itu terlalu sibuk dengan butik. Terlampau obses dengan kerja.


GILA KAU 10

Lokman leka merenung langit malam yang dihiasi bintang, menoleh ke arah mamanya yang sudah melangkah menghampirinya. Dia sekadar tersenyum.

“Jauh anak mama mengelamun. Dah sampai mana?”

Lokman sekadar tersengih. Matanya kembali terarah ke arah bintang. Dia seakan mengira setiap butiran bintang yang bertaburan. Itulah hobinya. Matanya masih belum mahu dilelapkan, dia duduk melepak di taman rehat rumahnya.

“Anak mama fikir apa ni”, Datin Maznah duduk di bangku bertentangan dengan anaknya.

“Masa depan”, dia tersenyum dengan jawapannya. “tak adalah mama, saja ambil angin mata ni tak boleh nak tidur”,

“ Sebab itulah mama suruh kawin cepat. Mesti lena tidur lepas ni”, kedengaran ketawa kecil anaknya.

“Baik lokman bertindak cepat. Jangan nanti berputih mata”, Datin Maznah meninggalkan Lokman. Sengaja dia mencabar anaknya itu.

Kata-kata mamanya masih bermain di telinga. Kalaulah Intan dikebas orang macamana. Tapi dia sendiri tidak tahu adakah hati intan masih kosong atau sudah berpunya.

“tapi Man kena ingat mama nak perempuan tu mesti setaraf dengan kita, jangan pula Man kutip pengemis tepi jalan tu jadi menantu mama”, Lokman terkedu. Kata-kata mamanya seperti halilintar.

“ Mama pengemispun manusia juga...mama ni janganlah ulang lagi cerita cinta antara dua darjat plak”, sinis kata-kata anaknya. Datin Maznah mencebik. Kata-kata lokman langsung tidak berbekal dihatinya. Lokman mengelengkan kepalanya. Datim maznah meninggalkan anaknya malas dia terus disitu. Hatinya sakit.

Lokman mencapai buku disisinya. ‘pedoman cintaku keranaNya’ buku ini banyak memberikan makna cinta dalam hidupnya. Kalau dulu dia menganggap wanita adalah alat penghibur kaum lelaki.

‘Wanita itu tulang rusukmu
Jagai dia belai dia sebaik adanya jasadmu
Wanita itu bukan alas kakimu
Bukan untuk diletak kakimu
Wanita itu dekat dihatimu
Bukan untuk disakiti
Malah untuk disayangi.’

Kata-kata yang cukup membawa makna yang mendalam.

“Intan baca buku apa tu?”

“ ni...” buku itu ditunjukkan kepada Lokman. Perlahan lokman membacanya. Buku itu bertukar tangan.

Melihat lokman seakan berminat meneliti isi buku. Intan terus menghulurkannya kepada lokman.

“saya bagi awak pinjam, bacalah....”,Intan mengangguk perlahan.

“awak suka baca buku macam ni ek?”

“emmm...kalau kita baca buku macam ni sacara tak langsung kita akan tengok balik diri kita”,

Kata-kata Intan masih segar di ingatannya. Entah kenapa kehadiran wanita itu dalam hidupnya ibarat membawa satu perubahan dalam dirinya.

“kenapa dengan mama tu Along?”

“Entah dia mengamuk tiba-tiba”, Lokman ketawa. Wajah Mira dipandang satu-satunya adik kesayangannya.

Mira mencapai telifon bimbit Alongnya. Memang sejak dulu itulah sikap yang masih tidak boleh dibuang, mengodek hak Lokman. Dia tertarik pada satu persatu gambar gadis yang sama terlayar di skrin itu. Sangat comel. Siapa dia??

“ehhh apa ni...bagi balik”

“oooo...Along dah ada special girl rupanya. Patut ar mandi tak basah tidur tak lena makan pun ala-ala tak kenyang gitu..” telifon di tangan Mira dirampas perlahan. Tidak berniat untuk merahsiakan sesuatu dari adiknya.

“siapa dia Along?”

“emmm...entahlah seorang yang buat Along tak senang hati...dia pencuri Mira...”

“hah pencuri?? Biar betul Along?” tidak berkedip mata adiknya. Lokman tersenyum.

“dia curi hati Along”,

Lama Mira terdiam. akhirnya dia tersenyum dan tercetus satu gelak besar. Tidak pernah Alongnya jadi macam tu, mesti wanita itu sangat hebat. Dia mengagumi gadis itu dalam diam.

“siapa nama dia Along?”

“Intan Azura” senyum di bibirnya mekar. Mira turut senyum.

“cantik namanya secantik orangnya juga. Along cinta dia?”

“emmm entahlah dik Along pun tak tahu..satu perasaan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata”, Lokman meraut juntaian rambut di dahinya ke belakang. Memikirkan kebenaran kata-katanya.

“emmm tapi senyuman dan wajah Along tu dah berkata-kata...haiii makan nasi minyaklah kita sikit lagi”, Mira dan Lokman sama-sama ketawa. Ada angan-angan di sebalik kata-kata adiknya.

Bintang dilangit seakan tersenyum. Lokman seakan membilang butirannya satu- persatu. Mira sudah lama meninggalkannya bersama dengan gelak tawa yang sentiasa menghiasi hubungan mereka adik beradik. Cinta kah dia pada Intan?! Bagaimana dengan Intan?...hatinya masih bertanya.

Wednesday, January 7, 2009

GILA KAU 9


Bayang Intan hilang entah kemana, puas dia mencari namun gagal. Lokman kembali kepada Anita yang menunggunya. Hatinya pasti gadis yang dilihat tadi adalah Intan. Tapi..ehh tak akan aku dah gila bayang. Dia tersenyum sendiri. Kepalanya di garu beberapa kali.

“ Abang cari apa?”, Anita pelik melihat Lokman. Macam kucing hilang anak.

“hah...tak ada apa-apalah...jom kita balik mesti mama tunggu.” Soalan Anita dibiarkan berlalu. Anita segera berlari mendapatkan Lokman apabila lelaki itu sudah jauh meninggalkannya. Hisshhh tak romantik langsung!!

Intan keluar dari celahan kain yang tergantung di butiknya. Dia menarik nafas lega. Tapi kenapa dia buat macam tu?. Dia sendiri tak pasti. Apa yang dia tahu, dia tidak bersedia untuk berjumpa Lokman ketika itu.

“ Hoiii....kau buat apa tu?”,Intan terkejut. Dia mengurut dadanya, sergahan Maya membuat jantungnya berdenyut laju.

“Ni nasi kerabu kegemaran kau...”, senyuman yang tadinya dibuat-buat terus satu ketawa kuat. Bau Nasi kerabu kegemarannya membuatkan perutnya berdondang sayang.

“Kenapa?”. Maya pelik.

“Baru semalam aku mimpi makan nasi kerabu....sayanglah kau ni”, bungkusan itu bertukar tangan. Maya mengelengkan kepala. Macam tak makan setahun.

“ aku tanya sikit kau marah tak?” Maya meminta kepastian sahabatnya. Intan masih mengunyah pelahan Nasi kerabunya.

“kalau aku marahpun bukan sampai kau masuk ICU pun”, Maya tersengih mendengar sindiran Intan. Wajah sahabatnya dipandang lama.

“Kenapa kau tak ada boyfriend lagi”, Maya teragak-agak.

“Emm ek eleh..aku ingat apalah soalan kau nak tanya”, Intan ketawa kecil. Persoalan yang sering didengarnya.

“Maya kau ingat lelaki ni macam ikan dekat pasar sekilo RM10, kalau macam ikan dah lama aku beli”, Maya mecebik dia tahu taktik kotor sahabatnya itu untuk melarikan diri dari pertanyaannya.

“Kau memangkan kalau aku tanya...ada saja helah kau nak larikan diri”, Intan tersenyum. Maya sudah masak dengan sikapnya.

Tepat jam 8 mereka sampai ke rumah. Suis utama dipasang menerangkan banglo dua tingkat yang tadinya gelap. Maya masih bergayut di telifonnya, biasalah orang bercintan cintun ni kentutpun wangi. Intan terus membawa langkahnya menuju ke bilik di tingkat atas badannya sudah melekit. Niatnya untuk terus mandi. Sudah menjadi kebiasaan mereka akan bersolat magrib di butik sebelum pulang ke rumah. Semuanya sebab nak elakkan kesesakkan.

Aksi Lokman petang tadi masih lagi bermain di mindanya. Terbayang wajah manja wanita yang berbual mesra dengan Lokman. Mesra. Tapi siapa? Hatinya dari tadi tak henti bertanyakan soalan yang sama. Intan merebahkan tubuhnya di katil. Bear pinknya dipeluk. Hadiah dari Maya.

‘ aku dah jatuh cinta ke?’

‘aku cemburu...?’. Intan menafikan perasaannya.

Tiba-tiba NOKIA 2360 miliknya membingit. ‘Mesej received’ tertera di skrin.

‘C.I.N.T.A.....cinta indah namun terlalu aneh’

Berkerut dahinya. Mesej itu dibaca sekali lagi. siapa pula ni?. Hanya perkataan itu yang tertera di skrin telifon bimbitnya. Dia bertanya sendiri.

‘sape ni? pe mksd awk?’ butang send ditekan membalas


Lokman bermalas-malas di atas katilnya. Fikirannya terbang entah ke mana. Masih awal untuk dia melelapkan mata. Kalau diikutkan malasnya, baik dia mengeram saja dalam bilik. Penat. Telifon bimbitnya dicapai, satu persatu gambar Intan Azura terlayar di skrin. Dia tersenyum. Gila bayang!!. Mungkin itulah perkataan yang sesuai untuknya. Lantas dairinya dibuka.

H.I.D.U.P.......’Hanya Indah Dipandanganku Untuk Percintaan’

Lokman mentafsirkan setiap perkataan yang terlintas di mindanya. Bibirnya melakar senyuman. Tanpa paksa lenanya datang sendiri, bertemankan perasaan yang masih bermain di jiwanya. Lenanya datang sendiri membawa bersama rindu yan kian memuncak.

***

Pagi ini seakan ada nafas baru. Intan menghias kaunter butiknya dengan bunga ros merah. Tersenyum. nafas ditarik perlahan. mungkin aura rajinnya sudah sampai. Jam ditangan tepat sudah 10 pagi.

“hai”, lelaki itu melangkah masuk. Laifa butik...emmm dia memandang sekilas kearah papan promosi didepannya

“hai, Encik boleh......”, ayatnya mati disitu. Intan menjeling tajam. Apa pulak mangkuk tingkat ni cari dekat sini. Dia ingin melangkah pergi.

“ EHH...macam ni ke servis kedai ni.... very low and slow...”, langkah Intan mati. Intan menyabarkan dirinya. Perlahan-lahan nafas ditarik dan dilepaskan semula.

Intan mengekori langkah lelaki itu. Lagaknya macam bos, Intan berdengus geram. Hampir setengah jam shah hanya meneliti seakan ingin mengira stok kain di kedainya. Selepas satu kain ke satu kain ditanyakan kepada Intan. Shah menyembunyikan tawanya apabila melihat wajah Intan menahan geram.

“Awak ni nak apa sebenarnya?” Intan bertanya geram. Kalau diikutkan hati muka lelaki di hadapannya itu sudah ditampar beratus kali. Shah masih diam menayangkanwajah seriusnya seolah dia keliru dalam memilih fabrik kain yang dicari.

“ aku nak beli kainlah tak akan nak beli kereta datang butik kot....”,

“Ok Encik boleh saya tahu kain jenis apa yang encik nak....” Intan bersuara lembut dapat dilihat Shah yang tersenyum sinis.

“Aku nak cari kain untuk seorang wanita cantik. Dia ni sangat bermakna dalam hidup aku”, Intan mencebik. Elehhh..ayat poyo.

Shahrul berterus-terang. Dia suka melihat wajah Intan menahan marah. walaupun memang niatnya untuk membeli kain sebagai hadiah tapi bila melihat wajah Intan hati nakalnya berbisik untuk mengenakan wanita itu. Dia sengaja menguji kesabaran wanita dihadapannya ini. Satu persatu kain ditunjukkan kepada shah. Namun semuanya ditolak. Dah banyaklah. Macam kain buruklah. Warna tak cantiklah. Akhirnya Intan mengeluh kuat.

“ Awak nak kain macamana ni, semua awak tak nak..apa kata bawa kekasih hati awak tu datang sini senang”,

“Ok aku nak yang warna ungu tu”, Intan terkedu. Sutera korea yang menjadi pilihan pertama yang ditunjuknya kepada Shah tadi.

Intan menyumpah dalam hati tadi beria-ria dia kata tak cantiklah tak modenlah last-last kain ni jugak jadi pilihan. Hatinya sakit pemergian shah dihantar dengan renungan tajam. Shah tersenyum. dia puas dapat mengenakan Intan.

“ eiiii....kejap”. Intan melajukan tugas memasukkan kain itu ke dalam paper beg rekaan khas untuk butiknya.

Shah hanya memerhati segala tingkah laku Intan. Hatinya masih tersenyum gembira. Sebabnya dia sendiri tak pasti.

Tuesday, January 6, 2009

AIRMATA DYAHANA


19 april adalah hari yang banyak mengundang keperitan dalam lipatan hidup ini saat aku ditinggalkan saat aku tersiksa difitnah oleh seorang insan bergelar manusia, waktu inilah aku merasakan diri ini amat kotor dan sangat hina di saat aku masih bergelar isteri kepada pegurus besar BMH HOLDING… Ahh..bukan semuanya Indah,,aku sendiri dapat merasakan betapa bodohnya hidupku sebagai seorang manusia bergelar wanita yang menyerahkan 100% kepercayaanku kepada insan bergelar suami yang aku sayangu dari mula aku mengenal apa makna sebenar cinta itu. Bagaimana boleh aku lalui sebagai wanita apabila maruah aku sendiri diperlakukan seperti aku ini tiada. Walaupun hatiku masih ada secebis kasih yang tidak kesampaian, namun aleyya adalah satu-satunya pengubat hatiku kala hati ini betul-betul kesunyian
Kini aku berbangga dapat membesarkannya benihku tanpa insan bergelar lelaki. Sendirian aku bersusah payah mengharungi kehidupan di tempat asing benar-benar memberikan aku sinar baru yang tak mungkin aku peroleh sepanjang aku bersama johan. Kehidupan bersama datin mariam umpama detik hitam dalam hidup ini malah dia telah kuanggap seperti setan betina yang menghancurkan kehidupan kami bahagian aku bersama johan. Bagaimanalah rupanya sekarang bersama bahagiakah johan bersama menantu kesayangan dan pilihan ibu kesayangannya itu. Sampai di KLIA aku di sambut oleh wakil syarikat SATURA HOLDING, hasil titik peluhku sepanjang 6 tahun di landon kini pasaran malaysia mula menerima syarikat laburanku dan aku akan memastikan syarikat ini berkembang maju di malaysia sepertimana ia menjadi kebanggaan bangsa asing di landon. Banglo khas telahku beli di damansara yang lengkap rapi yang pasti kini anakku tidak akan merasai kekurangan yang aku rasai sewaktu aku merempat semenjak ketiada kedua orang tuaku.
“ sha..ko berapa lama kat sini?? Aku terkejut juga bila ko kata nak balik malaysia, pelik bila ko sendiri langgar prinsip ko kan..” aku hanya tersenyum memandang rohani yang aku kenal semasa di landon satu- satunya kawan yang membantuku di tempat asing.
“engkau tinggalkan aku so aku pun kena turun malaysia la jejak engkau” rohani mencebikkan muka, sememangnya perkahwinan rohani menjadikan aku sunyi di landon kerana rohani mengikut amran suaminya balik ke malaysia.
“ emmmm...ya la tu tak de maknanya ko ingatkan aku...tapikan sha besarnya rumah ko ni...bleh duduk 20 orang tau...” melilau mata rohani memandang rumah rakannya sungguh tidak disangka bahawa wanita yang dahulunya daif yang terpaksa mengusung perutnya yang membongot ke sana kemari akan berjaya sehingga tahap ini. Hatinya juga bersyukur tidak sanggup lagi dia melihat hati sahabatnya ini disakiti dan terus menderita.


4 bulan berada di malaysia sudah membuatkan aleyya selesa dan dia juga sudah mula mengenali tempah tumpah darahnya walaupun aleyya dilahirkan di landon namun aleyya tetap berasal dari malaysia. Dan dia mesti mengenali tempat ini, malah alyyeyya juga ku didik tanpa sedikitpun kurangnya terhadap bahasa dan agama..walaupun usianya sudah 6 tahun...namun kepetahannya seperti orang dewasa yang kadang kala menjadi tempat luahan perasaan tasha..masih diingati sangat dia menangis dihadapan aleyya anak kecil itu menyapu airmatanya, sedia itu luka di hatinya padam serta merta.
‘ Mama jom gi jalan-jalan nak bosan la duduk rumah..aleyya sangat bosan..” aku tersenyum memandangnya masakan dirinya bosan sedankan dia baru sahja balik dari shopping mall pagi tadi hah.. anak nya itu ada-ada sahaja.

“sayangkan kita baru balik tadi amboiii anak mama n....” pantas hidung kecilnya ku tarik..dia menjerit kecil.
“ but mama...........” muka seposennya ditayang depan mataku..
“ emm.....ok nanti kita pergi ya sayang emm... kita pergi pantai ok tak??” aku mula menarik perhatiannya, kelihatan dia terlampau seronok dan tergesa-gesa memberitahu makkiah pengasuh aleyya sejak 4 bulan lalu namun aleyya seakan sayang dan aku juga menyangi mak kiah seperti keluargaku yang tak ubah seprti ibu.
Petang itu kami sampai ke langkawi...aku sendiri tidak tahu kenapakah tempat ini menjadi pilihanku kerana..HAH johan masih menghantuiku... dari jauh ku lihat aleyya berlari-lari riang sangat berdepan dengan laut hah macam ayahnya juga sukakan laut..banyak bayang-bayang johan berada dalam diri aleyya membuatkan aku sendiri tidak dapat melupakannya. Pagi itu kami berkelah di tepi pantai aku lupakan sepenuhnya urusan syarikat yang semakin banyak...masaku kini bersama aleyya dan akan aku pastikan aleyya tidak akan putus kasih sayangnya. Walaupun keluargannya tidak sempurna.
“mama marilah main bola ni” aleyya merengek..
“ emmm...sorry sayang mama kena siapkan kerja mama ni kejep nanti mama main dengan aleyya ye...”
“ mama aleyya nak pergi sana boleh..??” sambil jarinya menunjuk ke arah hujung pantai.
“ boleh sayang tapi dengan nek kiah ek....” aku membalas sambil tanganjku ligat membaca laporan kewangan terbaru syarikat. Belum pun nek kiah bangun dari tempat duduknya aleyya sudah berlari meninggalkan nek kiahnya jauh kebelakang, sempat juga tasha menjerit memesan agar anaknya jangan nakal.

Sudah berapa hari masanya dihabiskan di dalam bilik seminar hari ini barulah dia dapat lari dari kemelut kerja yang kadang kala membosankan.. di pandang laut yang luas terbentang hatinya tenang, entah mengapa kebahagian seakan hilang di telan masa hidupnya seakan sunyi namun dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang dicari. Bumm.. bola betul-betul mengenai kepalanya..terkejut bukan kepalang terasa darahnya naik ke muka. Dipandang kiri kanan... sambil tangannya masih memegang bola sepak itu sape punya kerja ni nasib baik tak pecah kepala aku. Lelaki itu masih mencari pemilik bola itu. Di lihat seorang kanak-kanak perempuan datang menghampirinya..
“ saudara itu bola saya...” kata nya johan memandang anak kecil yang manis itu, dia melutut merendahkan, comel...kata hatinya.
“ oo...cik adik manis ni yang punya rupanya...main sorang-sorang ke?” johan masih memandang anak kecil dihadapannya dipandang wajah mulus itu tetiba hatinya menjadi tenang..

“ tak la main dengan nenek tapi nenek tak larat nak lari sebab badan dia besar..hahaha” johan tertawa sama..kemudia dilihat seorang perempuan tua datang menghampiri umurnya mungkin sebaya dengan mama, bisik hati johan... tapi mama masih tidak punya cucu itulah bezanya. Hatinya mengeluh..
“aleyya buat apa kat sini?” tanya wanita itu kepada cucunya johan hanya memerhati dari tadi..bijak anak ini berkata-kata.

“nek ni aleyya tengah intiview kawan aleyya ni...dia kena bola aleyya sepak tadi tapi tak mati nek..jangan takut hahha... “aleyya memandang johan sambil mengenyitkan mata. Johan tersenyum melihat gelagat anak kecil itu. Nek kiah meminta maaf bagi pihak aleyya dan johan turut sama terhibur apabila nek kiah melatah apabila dicuit aleyya menari-nari orang tua itu.
“ boleh uncle tahu sape nama puteri ni?..” tanya johan sebelum aleyya ingin pergi..
“nurul aleyya dyahana.......” johan terpaku nama itu???...ahhh...


“Jo nanti kita dapat anak jo nak nama ape?” natasha bertanya manja..
“ emmm.. jo suka nama aleyya dhayana...”
“ haaa...nama awek lama ek??? Ha,,, malas arrr..”
“ ada plak tu nama anak kita la... hahahha”.......kenangan bersama yang manis namun hanya seketika kenapa mesti akhirnya macam ni tasha ahhh..benci aku mendengar nama perempuan curang tu...
“uncle......” panggilan aleyya mematikan lamunan johan, lantas matanya jatuh ke anak kecil itu cantik sekali mata kecilnya mirip seseorang tapi siapa??..
“aleyya balik dulu yee nanti kita main lagi.. byee..” lambaian aleyya diiringi dengan senyuman oleh johan bijak sungguh budah ni..
Semenjak daripada pertemuan itu aleyya selalu ke pantai bersama nek kiah untuk berjumpa dengan johan. Pertemuan mereka membawa kepada hari-hari yang sangat gembira bagi johan..hatinya sangat terhibur dengan telatah aleyya. Sehinggakan dia sendiri mencari masa untuk bersembang dan menemani aleyya.
“ uncle aleyya nak balik dah...” ujar anak kecil itu sayu. Johan juga tersentak..
“ nak balik dah?? Emmm.. leyya tinggal kat mana nak balik.?”
“ tinggal kat kuala lumpur mama dan aleyya cuti dekat sini..” aleyya tersenyum banyak cerita tentang mamanya diceritakan oleh aleyya kepada johan sehinggakan dia sendiri tertarik dengan cerita ibu tunggal itu. Berjaya membesarkan anak dalam usia muda juga tidak ketinggalan menceritakan macam-macam tentang tuannya tahulah dia bahawa nek kiah hanyalah pengasuh kepada aleyya, haii ibu sekarang kerja lagi pening daripada anak, bisik hatinya..
“ nanti uncle datang la rumah aleyya.. aleyya tak ada kawan boleh main dengan aleyya..” bisik anak kecil itu johan hanya menganggukkan kepalanya. Seperti keilangan sesuatu apabila memandang wajah anak dia makin sayu.. tapi untuk apa perasaan itu dia sendiri tak tahu..


Tasha sudah mula sibuk dengan urusan hariannya, namun masa dia bersama aleyya tetap ada anak itu adalah segalanya.
“ sha ko tak nak kawin ke?”
“ aku rela hidup macam ni ani daripada aku menderita dan aleyya sekarang adalah segala-galanya bagi aku tiada lain yang aku fikir sekarang... aku tak dapat bayangkan hidupaku tanpa aleyya.”
Kata-kata itu masih tersemat sehingga sekarang dalam hatinya tiada aleyya adalah hartanya yang paling berharga. Mengatasi segalanya. Penah aleyya diserang asma dan ketika itu dia masih di jepun menguruskan belanjawan syrikatnya namun ketika itu juga dia akan terbang pulang ke landon demi aleyya walaupun penyakit amaknya itu adalah biasa.
“ Pn. tasha hari ni meeting dengan wakil syarikat berjaya holding...” rita selaku setiausahanya memberitahu agenda ringkasnya.
“ baiklah rita awak sediakan fail yang sepatutnya saya bawa”,, ujar tasha, rita tersenyum dia bangga dengan kemampuan bosnya itu walaupun janda namun tetap berjaya malah tasha seorang yang cantik malah bertambah manis dengan tudung ala-ala wardina yang dipakainya. Dia juga tidak pernah melihat bosnya meninggikan suara dengan orang lain. Malah tingkahnya sentiasa sopan dia juga tahu bahawa tasha adalah ibu muda yang sangat cekap malah berjaya menubuhkan syarikat yang besar ini. Hai... semakin hari kesibukan aku ni sampai melampau pulak, rungut tasha dalam hati.
Perjalanan yang sesak menyebabkan tasha lambat sampai ke mesyuarat yang dijanjikan sememangnya dia menyesal kerana tak meminta pertolongan suzi tadi lastnya dia sesat, walaupun banyak halangan akhirnya dia berjaya juga akhirnya.
Sesampainya tasha dia lihat semua ahli lembaga pengarah jaya holding sedang sibuk melihat jam masing-masing.
“maaf saya terlewat dato, tak sangka boleh sesat pulak kat kuala lumpur ni.” Dato hanya tersenyum dan aku juga turut tersenyum dalam alasanku sendiri... buat malu aku je tetiba mataku tertancap pada sepasang mata yang merenungku tajam dari tadi... johan...!!!
Mesyuarat yang berjalan selama sejam benar-benar membuatkan aku rasa seperti sesak nafas kalau boleh sudah lama aku angkat kaki namn apakan daya aku sudah menandatangani kontrak. Dalam diam aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mengkaji syarikat yang akan berkerjasama dengan aku..hishh,,bodoh betul..lama sungguh masaku rasakan, pandangan mata johan yang tajam tidak aku endahkan lantaklah aku peduli apa sekarang dia tak ada hak nak mengawal apa yang aku lakukan.selesai pembetanganku semua ahli bertepuk tangan aku tersenyum puas jelas hasil kerjaku dihargai. Kecuali dia hanya membisu ada sahaja soalan yang ingin menjatuhkan air mukaku ketika itu namun jika tasha dulu mungkin dia berjaya tapi tidak sekarang, aku tersenyum sendiri. Habis mesyuarat aku tidak menunggu lama lantas aku mengangkat kaki blah dari situ. Perlawaan dato untuk dinner bersama juga ku tolak alasannya aku sibuk hahaha... alasan yang direka sendiri.
Sementara di bilik dato mansur pula.....
“ Kenapa kita kena terima papa? Banyak lagi syarikat lain tapi johan tak sanggup nak berkerja dengan perempuan tu... ntah macamana dia dapat kerja kat syarikat besar macam tu jo pun tak tahu....entah-entah jual badan agaknya....”
“hishh,, kamu ni kalau bercakap tak pernah nak pikir dulu... syarikat tu besar dah dengan kerjasama ni kita dapat menyelamatkan akaun syarikat yang papa rasa kamu sendiri tahukan keadaannya sejak ekonomi meleset ni.. jadi simpan rasa peribadi kamu jangan sampai menjejaskan nama baik syarikat. Dato mansur tegas.. sambil emandang mata anak tunggalnya itu. Apalah yang susah sangat sedangkan tasha itu juga pernah menjadi menantu yang merupakan pilihan johan sendiri.
Johan termenung di biliknya..masih terbayang senyuman tasha.. manis dia tidak menafikan hatinya bersorak gembira apabila wajah itu di tenungnya masih sama seperti dulu Cuma kini dia sudah menutup kepalanya namun keayuan wajahnya tetap meresap ke dada.... tapi perempuan itu curang...curang pada cintanya..pang...gelas di meja hancur berkecai...merah padam johan menahan marahnya.
“ mama tak tau la,,,johan nak cakap apa kau balik la sendiri..isteri kau dah calit arang kat muka mak...” johan menolak pintu bilik dilihat seorang lelaki sedang duduk di atas katil dan sambil membetulkan baju dan memakai seluarnya.. tiba-tiba tasha keluar dari bilik dengan tuala mandinya, jelas johan begitu terkejut dengan keadaan tasha.. tidak pernah dia terfikir yang isterinya itu sanggup menduakannya. Lantas dadanya berombak kencang tanpa ragu-ragu tasha dihalau dan diceraikan walaupun hatinya pedih melihat tangisan itu namun marahnya tetap sakit apabila lelaki itu sendiri meminta tasha darinya kerana baginya tasha sungguh istimewa. Segala rayuan dan tangisan tasha tidak dilayan... peistiwa hitam itu menjadikan dia seorang lelaki yang hati batu dan kini dia lebih memikirkan kerja walaupun sudah setahun sally menjadi isterinya namun hanya isteri pada nama kerana mamanya lebih mengharapkan sally....
“hello...uncle jo ni aleyya...”
“ aleyya......ya sayang ada apa call uncle ni???...” johan sedikit gembira apabila anak ini menelifonnya sungguh tidak disangka walaupun sedetik Cuma mereka berjumpa namun, kekal hubungan mereka. Sungguh tak disangka oleh johan.
“ uncle aleyya bosan la dekat rumah mama asyik sibuk saja tak ada masa nak main dengan aleyya...”suara sedih aleyya membuatkan johan menjadi sedih.
“ ok apa kata kita keluar nak uncle datang ambil nak ajak la nek kiah sekali...” johan memberi idea..
“ he.... yes..nak..nak..nanti aleyya tanya nek kiah.” Aleyya melonjak gembira apabila dia berjaya menghasut nek kiah untuk bersetuju dengannya. Pertemuan mereka seperti biasa membuahkan rasa kasih di hati johan di saat itulah hatinya berlonjak mahu memiliki seorang zuriat secomel aleyya. Tapi siapa yang ingin menjadi ibunya sally?? Hah masakan perempuan itu mahu sedangkan makan pun dia memikirkan mengenai tubuhnya inikan pula nak melahirkan anak..mustahil...


“ aleyya nak cari apa sebenarnya ni mama dah penat la sayang....” tasha mempelahankan langkahnya apabila melihat anak manjanya itu tersenyum memandang...
“ tasha pun tak tahu mama...hahaha...” aleyya mencium pipi mamanya..
“ ohhh...aleyya...betuah punya budak...”
Aleyya berjalan lebih laju dari tadi.. tiba-tiba...bumm... satu perlanggaran kecil.
“ aduh...” aleyya kesakitan.
“ aleyya? What are u doing here??” johan memandang tubuh kecil yang merempuhnya tadi.
“Aleyya nak mandi laut uncle..hai kat sini nak beli barang la.. he3..” aleyya ketawa kuat,
“ datang dengan siapa ni?? Sorang-sorang tak takut ke??” johan bertanya cemas tak akan anak sekecil ini dibiar seorang diri.
“dengan mama uncle....tapi dah hilang sekarang ni aleyya tengah cari mama la..”
Aleyya mengaru kepalanya menyedari kesilapannya sememangnya dia ingin menangis tapi dia sudah di ajar untuk tabah menghadapi apa sahaja yang berlaku. Johan mengelengkan kepalanya bijak sunguh anak ini..johan membawa aleyya ke kaunter pertanyaan dah membuat pengumumuman kepada para pengunjung untuk memberitahu mama aleyya yang anak ye ada di kaunter..tasha yang seperti ayam berak kapur terus pantas menuju ke kaunter . kehilangan aleyya walaupun seminit boleh membuat dirinya menjadi gila...
“ aleyya.....” tasha berlari dah memeluk anaknya semahu mungkin.. aleyya terkejut melihat airmata ibunya. Tangahnya pantas menyapu air mata yang membasahi pipi mama kesayangannya, tanpa mempedulikan kiri kanan pipi anaknya dicium beberapa kali. Johan yang dari tadi terkejut masih leka memandang gerak geri tasha...aleyya anak tasha??? Tasha dah kawin rupanya. Cis dasar perempuan...
“ mama inilah uncle johan yang selamatkan aleyya..” aleyya tersenyum memandang johan dan mamanya.. tapi senyuman yang sama tidak di wajah tasha, wajahnya pucat dan sangat terkejut apabila terjumpa johan di situ. Begitu juga johan masih tidak sangka yang aleyya adalah anak kepada tasha sungguh dia tidak sangka. Wajah tasha ditenung tajam..tanpa berkata panjang tangan aleyya terus ditarik jauh meninggalkan johan yang masih terpingan-pinga....

Johan merenung wajahnya di sebalik cermin ‘ anak siapa agaknya tu, anak aku ke??..’ tapi perempuan itu curang mungkin itu anak jantan jahanam tu mana tahu lagipun aku tak sanggup nak berdepan dengan perempuan itu lagi, tapi mengapa? Bukankah dia yang bersalah bukan aku kenapa mesti aku yang takut untuk berdepan dengannya.


Tajuk akhbar hari ini benar-benar mengejutkan datin munah, gambar tasha bersama anaknya, sangat comel namun bukan itu yang menjadi tarikan tetapi anak kecil itu berbintikan johan anaknya. Jadi budak itu adalah cucunya.. panjang fikirannya mekar hatinya apabila merasakan yang dia sudah menjadi seorang nenek. Nak harapkan menantunya untuk melahirkan anak ehh.. jangan harap la.. mandul agaknya budak tu menyesal aku kawinkan johan dengan budak tu.. nasib baik anak tan sri kalau tidak dah lama aku campakkan keluar rumah tak berguna langsung. Sementara itu di pejabat pulajohan sedang tersenyum gembira apabila mengetahui hakikat sebenar..aleyya adalah anaknya..ohhh...

“ anak kau??? Heh!! Siapa yang kau kata anak ni aku tak kenal kau boleh keluar sekarang.” Panas hati tasha tak sangka wartawan dapat juga mencungkil kisah hidupnya bersama aleyya. Kini johan kembali menanggih haknya? Hah lelaki tidak tahu malu apa dia dah lupa apa yang dia lakukan.
“ Tapi dia anakku kau tak boleh halang aku walau apapun dia tetap hak aku.”
“ ehh.. johan, kau yakin ke dia anak kau/???” Tanya tasha berani jauh di sudut hatinya dia bersyukur kerana johan sudan mengakui anak nya..kini nasib aleyya terjamin. Lama tasha merenung wajah lelaki pertama di hatinya itu lelaki itu tersenyum lantas mengeluarkan sesuatu.
“ ini sudah cukup membuktikan yang tasha adalah anak aku, semua bukti aku ada dalam ni kau tak akan dapat menafikannya. “ johan meletakkan sampul surat itu di hadapan tasha. Tasha hanya tersenyum.
“ anak kau dah mati sejak kau biarkan aku hidup seorang johan”..tasya melangkah untuk keluar dari bilik itu sesungguhnya dia lemas dengan apa yang terjadi..
“ kalau kau berdegil kita jumpa di makhamah”.. johan berkata perlahan. Tasya tergamam tidak sangka itu ayat yang akan keluar dari mulut johan, hatinya luluh. Ya Allah dugaan apakah ini aku tak sanggup...
Semalaman tasha tidak dapat melelepkan mata masih terdengar-dengar ayat yang lahir dari mulut johan. Apakah yang harus dia lakukan.. tubuh kecil aleyya di dakap kemas tak sanggup dia kehilangan aleyya.. aleyya adalah segala-galanya.

Kemenangan johan dalam kes ini adalah satu kebanggaan buatnya hatinya puas apabila dapat memeliki haknya kembali.
“ mama aleyya nak mama.. kenapa aleyya kena ikut uncle johan, aleyya nak mama....” aleyya menangis apabila mendengar dia akan tinggal bersama uncle johan yang dikatakan papanya itu. Tasha memeluk erat tubuh anaknya hati ibu mana yang tak tersentuh apabila anaknya dibawa oleh bekas mak mentuanya yang menjadi duri dalam daging dalam hidupnya.

Hari- hari yang di lalui oleh tasha serba tidak kena selama ini aleyya adalah segala-galanya baginya atara yakin atau tidak dia kini sudah keseorangan isu curangnya sewaktu masih menjadi isteri johan yang membuatkan dirinya tidak layak untuk bergelar ibu.. apakah ini yang dikatakan keadilan yang selama ini tidak pernah adil dalam hidupnya. Tasha tidak dibenarkan untuk melihat anaknya sehingga mendapat kebenaran dari johan.
“ tasha dah mati mak kiah... “ entah ke berapa kali air matanya tumpah di hadapan wanita yang sudah di anggap sebagai ibunya sediri, kini mak kiah adalah satu-satunya teman dan sahabat yang mampu dia meluahkan segalanya. Kerana di syarikat dia terpaksa berlakon gagah sedangkan hakikatnya hatinya sudah mati... aleyyya mama rindukan sayang... gambar aleyya menjadi teman tidurnya sejak anaknya dirampas johan.
Johan lelaki yang tidak penah ada perasaan, tak berhati perut.. tasha terlena dalam ratapannya.. mak kiah menyapu airmatanya yang turut tumpah bersama penderitaan ibu muda itu.. tak sanggup dia melihat tasha begini.

“ aleyya kenapa tak makan sayang mari kita makan...” datin munah cuba memujuk cucunya sememangnya aleyya kelihatan tenang pada awalnya kini dia mula inginkan mamanya..puas datin munah melayani nya sebaik mungkin namun mamanya tetap disebut.
“ kenapa mak??” johan yang dari tadi memerhati gelagat anaknya mula mendekati.
“ dia tak nak makan johan dia nak mamanya, penat mama pujuk tetap nak kan tasha...”
“ aleyya mari makan dengan papa , nenek masak special hari ini untuk tasha.” Johan mengusap rambut anaknya sesungguhnya sayangnya pada aleyya semakin menggunung namun dia tak tahu apa yang nak dilakukan untuk melihat anaknya kembali ceria seperti awal pertemuan mereka.
“nanti papa bawa jumpa mama err.. aleyya makan dulu dengan papa, nanti aleyya sakit siapa yang susah... mari sayang..”
“ betul uncle nak bawa jumpa mama?” johan semakin tersinggung aleyya masih memanggilnya uncle sedangkah sudah beratus kali panggilan papa diingatkan kepada aleyya. Aleyya mengikut kata apabila nama mamanya menjadi umpan kalau tidak jangan haraplah..

“ Aku kata makan...makan la kau ingat aku duduk nak jaga kau je ke??? Mak dengan anak sama je...hahh nangis..nangis..” sally meluahkan rasa bencinya kepada aleyya dipandang tajam wajah aleyya yang sedang teresak-esak menangis.. pantas tangan nya mencubit aleyya apabila dia semakin kuat menangis.aleyya terus diam apabila sally menghempas meja... perlahan-lahan dia menyuap makanan ke mulutnya sendiri..
“ kenapa ni sally..??” datin munah menghampiri menantunya apabila mendengar suara sally yang agak tinggi..
“ tak ada apap-apa mak ni aleyya ni tak nak makan nak suap, manja la katakan pantas sally menyuap anak kecil itu.
“ aleyya sayang nenek makan elok-elok ek..nanti kita keluar dengan papa..pergi jalan-jalan yee sayang..” aleyya hanya mampu mengangguk apabila terpandang mata sally yang tajam. Dia benar-benar takut akan wanita itu.
Sebulan merupakan waktu yang sangat panjang buat tasha.. sudah beratus kali dia cuba menghubungi johan namun tetap hampa..
“ HELLO.....” Datin munah bersuara.
“ Hello.. datin tasha sini, saya nak cakap dengan aleyya sekejap...” tasha merayu.
“ aku kata tak boleh kau ni tak faham bahasa ke?? Johan tak benarkan sesiapa pun ganggu anak dia di sini jangan kau nak buat gila lagi...” datin munah terus meletakkan telifonnya.
Kini hampir 3 minggu tasha cuba berjumpa dengan aleyya namun masih tidak berjaya. Ada sahaja alasan yang diberikan oleh datin dan nak bercakap dengan johan jauh sekali.

“ melampau betul la johan ni dia tak waras agaknya”.. iskandar meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap rakan baiknya itu..sesungguhnya cerita tasha membuatkan hatinya panas..
“ tak apalah tasha nanti aku jumpa johan aku akan cuba nasihatkan dia.” Tasha tersenyum mampukah iskandar bercakap dengan lelaki ego itu. Namun di rumah johan lain pula yang berlaku..

“ ya Allah apa yang kau buat ni sally apa kau buat dekat cucu aku ni...” salina yang terkejut melihat aleyya tercuap-cuap sesak nafas mula bimbang.. datin munah mengangkat cucunya dan menjerit memanggil mak temah dan pak mahat drivernya untuk menghantar aleyya ke hospital. Aleyya dikejarkan di icu...

“ Mama apa yang berlaku ni, mana aleyya?”.. johan kelihatan pucat nasib anaknya aleyya .
“ mama tak tahu johan kau tanya lah isteri kau ni..apa dia buat dekat cucu mak..” datin munah menuding jarinya ke arah salina yang sedang duduk ketakutan...
“ sally apa you buat kat anak i” hatinya panas.. tak dapat ditahan lagi tangan nya pantas menumbuk dinding.
“ i tak sengaja johan, dia asyik sebut nama mama dia i marah...”...suara sally tersekat-sekat...
“hah.. sudah la......”

Tasha yang mengetahui berita anaknya terus bergegas ke hospital bersama lokman peguamnya. Hatinya tidak henti-henti berdoa untuk aleyya...airmatanya tetap menitis...

“apa yang kau buat dekat anak aku johan???...” tasha seperti orang hilang pertimbangan datin munah dan sally juga terkejut melihat tasha yang berada di situ tiba-tiba.. johan pula seperti orang bodoh tidak mengangka yang ini semua akan berlaku...nasib baik la ini hospital swasta kalau tidak dah lama mereka kena halau...lokman cuba menenangkan tasha... mereka di minta ke bilik khas untuk menunggu kerana bimbing tasha akan naik gila lagi... di situ masing-masing senyap..diam tanpa kata..tasha tidak henti-henti berdoa dalam hatinya..
“ johan kita bawa aleyya ke london dapatkan rawatan di sana hospital itu ramai pakar..” johan diam matanya masih memandang tasha entah mengapa rasa cinta dan sayangnya pada bekas isterinya itu tiba-tiba menggunung puas dia nafikan...
“ betul tu sayang...aleyya perlukan rawatan yang betul-betul pakar....” sally menyampuk lagi..
“sudah jangan nak bising dekat sini aleyya anak aku kamu semua tidak ada hak untuk nak dan ingat johan kau..kalau apa-apa terjadi pada anak aku..kau akan tahu akibatnya.” Tasha bersuara tenang wajahnya tetap tunduk menitip lantai tak sanggup dia memandang wajah manusia yang menyiksa anaknya.
“ heh..tasha kau jangan ingat kami yang menyebabkan aleyya jadi macam ni jangan lupa kau tu.......” bicara datin munah mati di situ apabila melihat renungan mata tasha yang begitu menakutkan tidak pernah ada orang yang berani memandangnya begitu. Tasha bangun menghampiri datin munah matanya tetap memandang tajam ke arah mangsa di hadapannya. Johan melihat gelagat tasha sudah bangun bimbang juga dia jika tasha mengila kepada mamanya. Pang.... satu tamparan singgah di pipi datin munah suasana menjadi sunyi..
“ apa awak buat ni tasha dah gila ke??/....” johan mendapatkan mamanya yang sedang menahan sakit.
“ memang aku gila sebab sepatutnya dari dulu lagi perempuan ni memang patut ditampar malah patut lebih dari itu..bila kau cuba racuni aku.. aku masih boleh sabar..kau cuba ugut aku..hati ini tak pernah tergugat.. kau buat aku macam hamba dalam istana yang korang banggakan sangat aku sabar..kau tuduh aku perempuan curang dengan mengupah lelaki entah dari mana aku tetap boleh sabar sebab insan yang aku pertahankan cintanya dulu aku korbankan segalanya telah rapuh kepercayaannya.. aku kau halau macam anjing kuram tetap aku diamkan diri.. tapi kini tasha bukan lagi tasha bodoh dulu yang sanggup buat apa sahaja sebaba cinta.. kau ingat aleyya segala-galanya buat aku jangan fikir aku boleh bersabar lagi..”
“ apa yang awak merepek ni tasha??” johan bertanya pelik.. hatinya terusik dengan airmata tasha yang mengalir.
“ ehh... En. Johan kalau semudah itu en johan mencari bukti aleyya adalah anak kandung awak kenapa tidak pernah terlintas pun untuk awak lakukan ini semasa awak menghalau isteri yan ketika itu mengandungkan anak awak..yang awak halau tanpa awak fikirkan anak awak??? Kenapa sekarang mudah awak mengakui yang aleyya tu anak awak. Sebab dia kan” tangan tasha menuding ke arah datin munah yang sedang menangis.
“ kalau anjing kurap itu nak berlaku curang bukan saat itu johan tidak terfikirkah awak bagaimana setianya sehingga dia kawin dengan awak tak akan awak fikir dia sanggup untuk curang...” tasha meluahkan segalanya, johan masih membisu epatah demi sepatah ayat yang keluar dari mulut tasha menikam hatinya.terimbas kembali saat bersama tasha bahagia miliknya. Dia menyapu wajahna dengan tangan.
“ datin munah sebelum apa-apa berlaku antara saya atau datin maafkan saya sekiranya saya tidak dapat memaafkan dosa datin walaupun dunia atau akhirat...” tasha bersuara perlahan..
“ ya Allah tasha maafkan mak, mak berdosa mak tak sanggup nak berpisah dengan johan....ampunkan mak”... datin munah memegang kaki tasha.
“ apa mak cakap ni johan tak faham.. apa mak dah buat??” johan kebingungan.
“ johan mak yang upah lelaki tu tasha tak bersalah mak yang salah mak berdosa maafkan mak..” johan yang mendengar kata-kata mamanya terduduk di sisi datin munah.
“ kalau datin tak sanggup nak berpisah dengan anak datin tapi mengapa datin pisahkan saya dengan aleyya..dia anak saya, saya lahirkan dia seorang diri, saya bersusah payah membesarkan dia, datin tak ada perasaan hati datin busuk...”.. kata-kata tasha mati apabila melihat doktar keluar dari bilik icu..
“ siapa mama tasha..?”
“ saya doktor...” taha berlari mendapatkan doktor.
“ saya rasa awak adalah ubat pada penyakit dia semangat aleyya hilang keinginannya nak hidup kurang bergantung kepada awak untuk tenangkan dia. Dia perlukan awak dari tadi dia tak sudah-sudah memanggil mamanya. Johan dan datin terdiam...tasha berlari masuk ke bilik khas yang menempatkan aleyya. Johan mengekori bekas isterinya itu dari belakang. Oleh kerana hanya dua orang sahaja dibenarkan masuk hanya johan dan tasha sahaja masuk..tasha memandang sayu tubuh anaknya yang terkujur di atas katil.
“ maafkan mama sayang, maafkan mama sebab lambat maafkan mama...” tasha bersuara sayu pipi aleyya di cium bertubi-tubi, “..kalau mama tahu aleyya akan jadi macam ni mama tak bawa tasha balik malaysia maafkan mama sayang” airmata johan tumpah..entah kenapa rasa bersalahnya semakin menebal. Kenapa aku selama ini buta dengan apa yang berlaku maafkan aku tasha kerana tak mampu melindungimu.. johan perlahan-lahan keluar dari bilik itu tak sanggup rasanya dia melihat natijah kesalahannya di depan mata...hatinya seakan mati tiba-tiba apabila mengetahui hakikat sebenar. Hah memang itu yang tak sanggup aku lihat tapi itu juga.
“ kenapa mama buat johan macam ni??..kenapa mama hancurkan kebahagiaan johan?.” Matanya masih enggan menjamah wanita tua yang melahirkannya walaupun wajah itu sudah berkali-kali meminta maaf..hah apa gunanya kemaafan di saat ini aku..
“ mama sayangkan johan mama nak.....”
“ AHHH...sudah la mama jangan gunakan kata sayang, kalau mama sayangkan johan mama tak akan buat johan macam ni”. Salina dipandang dengan satu pandangan yang sukar diertikan.
“ kerana dosa lalu, aku lepaskan kau salina dengan talak dua...” johan berkata perlahan lalu dia berlalu pergi tak sanggup rasanya dia berhadapan dengan orang yang memperbodohkan dirinya. Walau apapun dia sendiri malu dengan apa yang berlaku teramat malu kepada tasha wanita yang banyak menderita kerana sikap bodohnya terbayang kembali bagaimana sikapnya yang kejam hah... tuhan ampunkan hambamu ini.
Kehilangan johan menjadi tanda tanya meninggalkan segalanya termasuklah harta dan kekayaan yang menjadi kebanggaannya selama ini namun dalam hatinya masih ada lagi satu bayangan yangtak mungkin hilang dari pandangan iaitu bayangan silam tasha semakin menghantui dirinya. Dirinya kini tidak terurus semakin kacau.
“maaf uncle aleyya tidak sengaja” tiba-tiba terpacak anak kecil yang tersenyum kepadanya. “ papa maafkan aleyya” sekali lagi anak kecil itu tersenyum..johan yang mendengar apa yang dikatakan terpegun mendengar apa yang diluahkan oleh anaknya terasa dia seperti baru bermimpi. Dipandang wajah itu sekali lagi dan akhirnya tubuh kecil itu dipeluk sekali lagi,
“ kenapa awak bawa dia ke sini” johan menumpukan perhatian kepada tasha
“ sebab dia anak u dan i rasa dia adalah juga hak u dah i tak nak rampas kasih seorang papa kepada aleyya. Bagaimanapun dia tetap menjadi yang pertama dalam apa sekali kalimah dan ucapan yang akan i lafazkan kelak harap u akan sentiasa mengingati segala yang terkandung dalam pemikiran i nanti akhirnya.... senyuman terukir dibibir merah itu...johan merangkul tubuh isterinya seerat mungkin.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets